|
Reply 134# pearl.silver
Lame tak tengok babi hutan....jenis dia ni mmg suka berjalan anak beranak...berderet ikut belakang, yang bestnye time khianat...pakar kejar ramai2..yang anak kecik smpi jatuh bersembam lari. Tapi kalau jumpa yang jenis tunggal jangan buat main...garang. |
|
|
|
|
|
|
|
mana yg rahsia tu biarlah rahsia....kalau jatuh ke tangan yg hati hitam errm susah...lebih baik berdiam diri drpd berkata2.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam.
Sebelum ni dengar cerita dan baca dari forum berkenaan permata dari serai. baru-baru ni ada tengok album gambar member tempat kerja. pokok serai (yang buat makan) berbunga kat dengan rumah dia. ada pakcik (jiran dia kot) tegur bagitahu ada benda pelik kalau serai berbunga. Jadi, pakcik ni panggil 'orang' untuk 'tarik'. gambar yang aku tengok tu time malam. antara gambar yang aku tengok..
1) ada kain kat sebelah serai berbunga..mungkin untuk letakkan barang2 mistik.
2) ada batu permata, keris lama tanpa hulu, cincin, gelang dan rantai..tak boleh nak fikir mcmana benda2 ni ada kat bawah pokok serai.
kata member aku, masa 'upacara' tu ramai datang tengok dan saksikan sendiri keris lama keluar sedikit demi sedikit dari perut bumi..member aku ni jenis tak percaya dengan perkara mistik..dia tak berani ambil barang2 tersebut kecuali beberapa biji batu serai..
yang menjadi tanda tanya, batu-batu serai tersebut macam dah dicanai? bukannya berbentuk semulajadi (sebelum dicanai). tapi bila diperiksa samada ia lekat pada cermin (mengikut sesetengah pendapat utk tahu keaslian) ia ternyata melekat. rantai, gelang dan cincin siap ada batu permata..? member aku kata barang kemas tu dari emas dulu2 (emas pound?)..dia siap check kat kedai pajak..
mungkinkah ada sistem pertukaran antara dua dimensi? WAllahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
wow... nnt aku balik nak check pokok serai umah aku ada bunga ke takla. da ber belas tahun gak tu. yahuuu:re: |
|
|
|
|
|
|
|
menarik gak citer TT ni... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan semua pohon searai boleh ade batu serai ni hanya serai wangi shj...
it's happened to my dad...rezeki kami sekeluarga...smpi skrg masih tersimpan rapi.
18thn dulu siap kua paper warta perdana.headline dia sgt la gempak **L*s temui 50 batu ajaib!
sampai muzium negara claim batu tu hak milik mereka |
|
|
|
|
|
|
|
ermm..betul3...benda ni sumer mmg ada.mmg wujud..tapi tahap kepercayaan yang jangan terlebih dar ...
pu3_fiona Post at 25-7-2009 11:09
bagi saya, benda ni umpama cari mutiara di dasar laut je... |
|
|
|
|
|
|
|
pokok serai wangi ni mmg slalu dikaitkan dgn barang2 berharga ni ke?
dulu mak aku tanam pokok serai wangi blakang umah. ms tu aku n adik bradik kecik2 lagi. dia slalu mimpi dia korek serai tu terjumpa seketoi berlian sebesar saiz ibu jari dia. bnyk kali arr dia mmpi. tp mak aku jenis malas nk pikir so dia wat bodo jer.
ms mak aku crita dh terlambat la nak korek tapak pokok tu, coz skrg tanah tapak tanam serai tu kami dh tambah dapur kat atas die. hahahahh...adik aku leh pulak cadangkan mak aku tanam lg serai wangi tu mane tau dpt petanda lg...tahyul sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling MENYAMPAH keje sia2 ni! carik geliga la,carik batu le,carik suasa la...dh tu nk jual plak ...
kiblatku30 Post at 25-7-2009 00:56
aku tgk ko ni kalo kondem org bukan main lagi yer? bangga sgt ker jadi budak 3 line ni? aku penah baca dlu ko kutuk org siap maki mak org tu pelacur bagai. ko ni la contoh melayu tipikal yg otak ntah ape2. ko sorg jer la yg betul.
aku x ckp aku percaya dgn benda2 ni pun. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk ko ni kalo kondem org bukan main lagi yer? bangga sgt ker jadi budak 3 line ni? ak ...
blekkep Post at 18-1-2011 10:43
erk..newbie yg tua ni..kehkehkeh...3 line tu mende? adidas ke ape? |
|
|
|
|
|
|
|
batu tu nilai dia sama ke dgn batu kt pasaran.. Aku pun penah tgk je la pasal org tunjuk kat aku..guna utk ape batu ni..hiasan ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Serai makan pun boleh berbunga tapi berjanggut dulu nak berbunga. Serai wangi yang mudah berbunga. Bayangkan ada ladang serai wangi........berbunga je tarik
Tarik bukan sebarang tarik....tarik emas tak main lah batu permata.
Bunga bukan sebarang bunga....ade petanda pada bunga, selain serai pokok senduduk putih pun boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
org mungkin tak percaya......
emak aku tanam serai, serai makanlah...
dan lebih kurang 10 tahun tanam kot..
ada bunga kat serai tuh....
ala-ala bunga lalang....
tapi tiba-tiba ada satu hari...
ada sorang minah nieh..
pakaian agak rugged tapi kulit putih..
agak tembam dan tak pakai tudung (masa tuh aku yg jumpa , masa tuh aku baru darjah 6 kot)...
minah nieh nak jumpa emak aku...
dan buat deal..
makcik saya nak amik rumpun serai tuh.....
nah amik rm20.00...
emak aku kata, amikler...
di jadikan cerita..
lepas minah tuh pegi..
esoknyer..
rumpun serai tuh lesap ( 2 rumpun yg berbunga)..
dan kat tepi 2 tuh ada ditabur beras kunyit...
aku ngan emak punyalah seriau beb...
dan esoknyer plak...
minah nieh kasi dua ketul batu permata..
cantik dan bersinar2..
dibalut dgn kain kuning....
dia kata kalau nak wat cincin buatler dgn batu nieh..
TAPI jgn masukkan dia dlm tandas, dan jgn pakai masa hadas besar..
dan jgn pijak......
sampai sekarang batu tuh ada disimpan....
mmg cantik..
tp just simpan jerlah..
sbb anggap tuh pemberian..
tak buat cincin pun |
|
|
|
|
|
|
|
Cara Penarikan Batu Serai
INFO INI SAYA PETIK DARI SEORANG SAHABAT UNTUK DIKONGSIKAN PARA PENGUNJUNG MENGENAI PENARIKAN BATU SERAI.HARAP SUDI.
Satu perkara yang sebelum nie saya tak pernah dengar dan ambil tahu adalah mengenai Batu Serai. Yer ler, nama pun batu Serai so maknanya batu tu datang dari pokok serai. Batu nie boleh diambil daripada pokok serai makan ataupun pokok serai wangi. Alhamdulillah, saya berkesempatan menyaksikan kebesaran Allah dengan melihat sendiri bagaimana batu tersebut di'hasil'kan daripada pokok serai makan dan serai wangi.
Pokok serai tersebut mestilah yang berbunga. Kalau yang takde bunga, tak jadi ler. Wak yang 'membaca' doa bukan ler jenis calang-calang orang. Dah tentu dia mempunyai kelebihan berinteraksi dengan makhluk halus yang kita tak nampak. Tujuan saya pergi hanya lah sekadar memenuhi rasa ingin tahu dan melihat sendiri dengan mata, takde ler main dengar cerita orang sahaja.
Permulaan prosesnya, Wak tersebut akan mematahkan bunga-bunga Serai dan dibaca dengan sesuatu. Kain hitam digunakan untuk menutup bahagian atas rumpun serai tersebut. Selepas membaca sesuatu, dia pun menepuk-nepuk rumpun serai tu dan selepas itu mula lah operasi mencabut rumpun serai tersebut.
Apabila dicabut serai tersebut, biasanya ia akan diletak diatas tikar agar batu-batu serai yang melekat diantara akar-akarnya tidak tercicir didalam kegelapan. Sebahagian diantara kami akan mula meraba-raba mencari batu-batu serai dibekas tempat dicabut dan sebahagian lagi mencari diakar rumpun serai tersebut.
Segala usaha mencari tersebut tidak lah boleh terang, kecuali dengan menggunakan suluhan lampu suluh sahaja. Yang menariknya, batu-batu tersebut 'hidup'. Ianya boleh masuk semula kedalam tanah sekiranya kita lambat mengambilnya atau mengambil masa yang lama membelek-belek batu tersebut. Ada juga dimana batu tersebut akan menjadi seketul tanah apabila kita terlalu lama membelek-belek.
Batu serai yang terdapat agak cantik seperti kaca. Ada ketikanya batu 'jade' hijau juga akan ada bersama batu tersebut. kalau nasib baik batu delima pun ada. Selain daripada batu-batu, ada pula barangan yang perlu di 'tebus' sekiranya berminat. Harga tebusan bergantung kepada Wak atau Pembantunya yang menentukannya.
Barangan tebusan biasanya benda yang sudah siap / sempurna untuk digunakan seperti: (1) Keris Kecil (2) Al Quraan Kecil (3) Batu yang sudah diikat menjadi Cincin (4) Minyak Buluh Perindu (5) Gelang bersama Batu-batunya (6) Anting-anting dan macam-macam lagi lah.. Setakat yang saya pernah pergi 2 kali, harga tebusan yang paling murah adalah RM30 manakala yang paling mahal sehingga RM200.
Kebiasaanya benda-benda nie mempunyai 'penjaga' atau lebih popular dikenali sebagai 'khadam'. Secara umumnya, ia boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Adalah cara-cara dan kaedah yang perlu dipelajari untuk menggunakannya. Oh ya, jangan lah terlalu mudah dan awal melabelkan seseorang itu 'syirik', banyak perkara yang kita tidak tahu yang mungkin perlu kita pelajari dan dalami sebelum hendak menghukum seseorang.
Kiranya Wak nie 'terer' gak ler. Ada tu dia ambil segempal tanah dan dibaca sesuatu. Tengok-tengok ada sebiji batu serai. Kira ok ler tu haha..
Sekadar renungan, hanya kerana kita tidak nampak, tidak bererti ianya tidak ada. Hanya kerana kita tidak mengetahui, tidak bererti ianya salah atau benar.
Pada pandangan saya, sekiranya anda berkesempatan melihat sendiri benda-benda 'ajaib', pergilah, tak salahpun. Niatkan didalam hati, hendak lihat kebesaran Allah. Bahawasanya Ilmu Allah itu teramat lah luas. Kita sebagai hambanya mungkin diberi kelebihan memiliki sesuatu ilmu, terpulang lah samada kita hendak menggunakannya dijalan yang benar atau sebaliknya.
UNTUK LEBIH BANYAK INFO BOLEH LAYARI WEBSITE SAYA http://kedaikopipwm.blogspot.com
SAYA JUGA MENJUAL BARANG-BARANG ANTIK,SENJATA,PERMATA,DAN LAIN2 MISTIK..
http://barangwarisanmelayu.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
Nape pokok serai je?
Bwh pokok durian atau pokok2 lain xde ker... pelik & misteri gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ader pakcik tu ajak aku wat... leh dpt mcm2 dr alam blah sana...
Tak kose aku nk follow... Dia pon xsolat...
Kalo bagi aku emas sekilo pon aku xmao...
Kalo mendulang sendirik mau la... |
|
|
|
|
|
|
|
ni sorang kawan aku buat...
memula dia beli banyak batu... carik gelang... carik rantai... carik keris.. pastu ade beberapa barang lagik...
pastu dia tanam dlm tanah.. kat atas tu dia tanam serai... pastu lepas beberape bulan bile serai dah rimbun, dia panggil beberape kawan dia... dan dia gali dan dia tunjuk ler ape yg dia dpt...
dia buat bende tu sebab nak kenekan kengkawan dia yg taksub ngan sorang bomoh nih..
kawan yg len tu percaye bomoh tu sorang jerk leh amek batu serai..
terdiam bebudak yg tengok tu....
yg best nyer.. siap ade duit kertas, duit syiling lama dan baru.. negare lain nyer...
kawan aku yg nipu tu siap cakap bende tu leh wat ibu duit...
kengkawan yg taksub nih siap mintak, siap offer duit... byk gak ler..
tapi kawan aku yg nipu tu tak nak bagi...
dia saje nak kene kan...
hanye 3 org jerk yg tau pasal tipu tu...
hehehheheheh.... |
|
|
|
|
|
|
|
ni sorang kawan aku buat...
memula dia beli banyak batu... carik gelang... carik rantai... carik ...
muor76 Post at 7-3-2011 12:12
Salam,
kalau gini, kena buat long term planning... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
kalau gini, kena buat long term planning...
yenil95 Post at 7-3-2011 12:34
yups berbulan gak ler nak wat... siap siram pokok serai tu hari hari pakai air longkang nak bagi gemok
nak mengenakan ler katekan... heheheheh |
|
|
|
|
|
|
| |
|