CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
Post time 10-8-2010 08:51 AM | Show all posts
...semoga JUWITA tabah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2010 09:58 AM | Show all posts
morning semua.... sedihnya...dlm sekelip mata aje ju jadi yatim piatu...kuasa tuhan tiada siapa mampu mengubahnya... sebenarnya ada rahmat yg tersembunyi di sebalik segala ujian yang di berikan kepada kita sebagai hambanya.... sama ada kita sedar atau tidak.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 11:00 AM | Show all posts
sedihnya....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 12:21 PM | Show all posts
next n3...tgh sedih ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2010 04:27 PM | Show all posts
Dengan telekung masih di badan, aku duduk di dalam surau sambil memegang al-Quran.  Kipas yang berputar perlahan mendinginkan keadaan.  Pejam celik dah hampir 3 bulan aku kehilangan emak, ayah dan Nek Ngah.  

Aku ingat lagi, masa hari ketiga mereka meninggal dunia, baru aku tersedar yang mereka dah tiada di muka bumi ini.  Baru aku sedar yang selama tempoh itu, aku tak menjamah makanan walau sesuap pun.  Seakan terbangun dari lena yang amat panjang, saat itu juga, aku meraung sekuat hati di atas katil.  Menangis bersungguh-sungguh mengenangkan nasib diri aku.  Namun Lailawati, Shakira dan Marshila hanya membiarkan aku melepaskan apa yang aku rasa.  Ya....dalam lubuk hati aku yang dalam ini, hibanya memilukan sekali.  Bagai disiat-siat. Tak boleh diungkapkan.  

Dan sekarang, aku masih di surau.  Masih di Tunas Setia.  Emosi dan perasaan

Namun, ketukan yang tiba-tiba itu menyebabkan aku tersedar. Kelihatan Anis di pintu surau tersengih sumbing.

"Kak Ju, maaf... ada orang nak jumpa Kak Ju kat bawah.  Sekarang", dan dia berlalu pergi membuatkan aku terpinga-pinga.  Siapa?

Terkocoh-kocoh aku keluar dari surau.  Menjengah ke bawah.   Aku nampak hanya seorang lelaki muda sedang berdiri di koridor Dewan Makan.  

"Siapa yer?..Anis ni pun, satu hal jugak..", hati bertanya-tanya.  Mula bermain teka-teki.  Dengan pantas, aku balik ke bilik.  Membuang telekung yang masih terlekat di badan.  Tudung di birai katil aku ambil dan sarung di kepala.

Nampak Marshila yang sedang mengemas lokernya.  Muncul idea untuk mengajak dia menemani aku. ......

|



|



|



|



|



|



|

smbung mlm kang....nak balik dulu yer..

mekasih pd yg sudi follow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2010 04:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 11-8-2010 08:01

Dengan telekung masih di badan, aku duduk di dalam surau sambil memegang al-Quran.  Kipas yang berputar perlahan mendinginkan keadaan.  Pejam celik dah hampir 3 bulan aku kehilangan emak, ayah dan Nek Ngah.  

Aku ingat lagi, masa hari ketiga mereka meninggal dunia, baru aku tersedar yang mereka dah tiada di muka bumi ini.  Baru aku sedar yang selama tempoh itu, aku tak menjamah makanan walau sesuap pun.  Seakan terbangun dari lena yang amat panjang, saat itu juga, aku meraung sekuat hati di atas katil.  Menangis bersungguh-sungguh mengenangkan nasib diri aku.  Namun Lailawati, Shakira dan Marshila hanya membiarkan aku melepaskan apa yang aku rasa.  Ya....dalam lubuk hati aku yang dalam ini, hibanya memilukan sekali.  Bagai disiat-siat. Tak boleh diungkapkan.  

Dan sekarang, aku masih di surau.  Masih di Tunas Setia.  Emosi dan perasaan juga semakin stabil.  Mungkin kerana sokongan semua kawan dan cikgu di Tunas Setia, membuatkan aku lebih bersemangat menempuh hidup ini.  Ada benarnya kata Cikgu Lina, semua yang terlaku adalah kehendakNya.  Setiap kejadian pasti ada hikmah yang tersembunyi.  

Namun, ketukan yang tiba-tiba itu menyebabkan aku tersedar. Kelihatan Anis di pintu surau tersengih sumbing.

"Kak Ju, maaf... ada orang nak jumpa Kak Ju kat bawah.  Sekarang", dan dia berlalu pergi membuatkan aku terpinga-pinga.  Siapa?

Terkocoh-kocoh aku keluar dari surau.  Menjengah ke bawah.   Aku nampak hanya seorang lelaki muda sedang berdiri di koridor Dewan Makan.  

"Siapa yer?..Anis ni pun, satu hal jugak..", hati bertanya-tanya.  Mula bermain teka-teki.  Dengan pantas, aku balik ke bilik.  Membuang telekung yang masih terlekat di badan.  Tudung di birai katil aku ambil dan sarung di kepala.

Ternampak Marshila yang sedang mengemas lokernya.  Muncul idea untuk mengajak dia teman aku ke bawah.  Aku menghampirinya.

"Jom teman aku.  Ada orang nak jumpa kat bawah..tapi aku tak kenal..", aku tunjuk muka kasihan padanya.  Dan dia mengangguk.

Kami menuruni tangga  Asrama.  Mata meliar mencari kelibat lelaki tadi.  Rasanya sangkaan aku tepat, dia orangnya yang nak jumpa aku sebab tak ada orang lain lagi di sekitar kawasan ini kecuali lelaki yang sedang berdiri di hadapan aku sekarang ini.


"Awak Dian Juwita?", aku mengganguk dan tersenyum sebab Marshila juga turut menganguk.  Tiba-tiba rasa kelakar.  

"Tapi saya tak kenal encik", aku berterus terang. Seingat aku, belum pernah lagi aku berjumpa dengan mamat ni, jadi aku pun musykil lah.  Dia jumpa aku untuk apa.

"Ya, abang tahu..", erk...abang? Geli lah wei...motif dia nak berabang-abang dengan aku?  Marshila menekup mulutnya.  Tangan aku cepat mencari pehanya sebagai sasaran.

"Abang nak bawak Dian Juwita ke satu tempat.  Jangan risau.  Ini surat pelepasan keluar Asrama", surat itu dia tunjukkan kepada aku.  Macam tahu-tahu aje mamat ni.  Nampaknya dia pandai merancang strategi.

"Tapi kami tak kenal pun dengan encik.  Entah-entah tu surat palsu.  Encik ada niat nak jual kami ke Golok ke?", Marshila menebak.  Dan mamat ni tetap cool dengan spek mata hitam yang tak ditanggalkan dari muka.  Pelik betul, bukan panas pun.

"Buat apa abang nak bohong.  Abang tak rela nak masuk penjara.  Lagipun jual kamu belum tentu boleh pulang modal", selamba dia bercakap sambil memandang kami atas dan bawah.  Selamba Marshila menunjukkan penumbuknya yang tak berapa nak besar tu.  Mamat Abang itu hanya tergelak.

"Dah, abang dah mintak permission dari Cikgu Lina. Don't worry, ok", dan kaki kami juga turut sama melangkah mengikut mamat Abang ni menuju ke kereta.  Wow....berkilat-kilat kereta dia.  Entah berapa tan kiwi agaknya dia calit kat kereta dia ni..

Rasanya macam cerita James Bond pulak.  Kami tak kenal pun mamat Abang ni tapi dengan selamba je kami ikut dia.  Kami dipukau ke..??

"Macam mana kalau dia jual kita", pertanyaan aku menyebabkan Marshila membuntangkan matanya.  Kemudian dia menggeleng.'

"Rasanya tak, kut..nampak handsome je..", adoi..ingat orang jahat tak ada yang handsome ke?...aku tepuk dahi..

Marshila mencuit aku.  Dia keluarkan sesuatu dalam poket seluar sukannya itu.  Ha ha ha serbuk cili.  Entah dari mana dia ambil, itu aku tak tahu.  

"Abang rasa macam driver pulak..", ye lah....kami berdua duduk di seat belakang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2010 12:22 AM | Show all posts
mesti NAIM kan ....




larikkkkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2010 05:23 AM | Show all posts
mesti NAIM kan ....




larikkkkk...
mijot Post at 10-8-2010 23:22



mari kita lihat sapa yg kene....


sori lum smpat smbung part di atas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2010 05:25 AM | Show all posts
next n3...tgh sedih ni
asnita Post at 10-8-2010 11:21



ada ...tp lum smpat nak abihkn part baru...msh tergantung g...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2010 10:30 AM | Show all posts
Perlahan-lahan kami keluar dari kereta.  Mamat Abang ni bawa kami ke sebuah rumah yang sangat besar.  Terteleng-teleng kepala kami berdua melihat betapa indahnya istana yang tersergam di depan mata.  Parking kereta rumah ni aje, dah seluas rumah aku.  

Marshila terintai-intai.  Dia ni kan...aku luku kepala dia.  

"Dah..jom masuk", mamat Abang itu mengarahkan kami.  Dan sebaik sahaja sampai di pintu istana, tersembul seorang makcik yang hanya berkain batik berbaju kurung kedah menjemput kami masuk.  Aku dengar mamat Abang ni panggil makcik tu, bibik.  Orang gaji barangkali.

"Duduk", arahan dari abang Mamat lagi.  Dan kami juga duduk.  Fuh..empuk gila sofa dia.  Lagi empuk dan lembut dari katil asrama.  Ni kalau dapat tidur, harus lena 3 purnama.

"Macam best je mamat ni.  Dia ni anak sultan mana?", Marshila berbisik sambil matanya tak lepas memerhatikan keadaan istana ini.  Kalau untuk rakyat marhain macam kami ni, ibarat kera mendapat bunga.  Segala perhiasan, kerusi, dining table, set home theatre, semuanya mewah.  

"Duduk sekejab.  Abang panggil Ummi..", kami berpandangan.  Ummi?  Siapa pulak Ummi ni?  Ummi Kalsom ke? Aduh...

"Wei...jom lah balik", aku cuit baju Marshila.  

"Nak balik naik apa?  Kita mana ada bawak duit.  IC semua tak ada.  Sehelai sepinggang...tau?", a'ah lah...baru ingat.  

Dan kemudian, mamat Abang turun dari tangga istana bersama-sama seorang wanita yang aku agak dalam lingkungan lima puluhan umurnya, tersenyum memandang kami.  Wooo emas dia, sebesar gajah.  

Marshila menghampiri mereka dan menyalami wanita itu.  Amboi...lawan tokey nampak...dan tanpa disuruh, aku turut melakukan perkara yang sama.


"Dian Juwita, how's life?", mata wanita itu memandang aku bila kami diajak minum petang.  Aku mengangguk perlahan.

"Tapi, saya nak tanya...bagi pihak Juwita, makcik ni siapa, ye?", soalan Marshila membuatkan pandangan kami semua terarah kepadanya.  Terus terpancar senyum manis dari wanita itu.  Mamat Abang tu pun sama.  Dan aku? Kalau dapat peluang menyekeh kepala Marshila, saat ini juga akan aku lakukan benda itu.  Dah dia yang sibuk-sibuk nak tanya, boleh pulak bagi statemen bagi pihak aku.  Tapi Marshila memang selamba badak.  Badak pun  mungkin tak seselamba dia.  

"Oh..maaf...Mak Engku terlupa.  Begini sajalah,  Mak Engku mahu Dian Juwita berkahwin dengan Tengku Man", dan air di dalam mulut terus tersembur mengenai mamat Abang.  Terbangun dia dari kerusi.  Mengibas bajunya yang kebasahan.  

Aku pandang wajah wanita itu.  Mak Engku? Mak Engku mana ni?  Tengku Man ni, siapa pulak?  

Mula-mula mamat Abang yang aku tak kenal asal usul datang jumpa aku.  Lepas tu, Marshila yang ala-ala berani tu, terus setuju ikut mamat Abang ni balik rumah dia.  Lepas tu, makcik ni yang namanya Mak Engku suruh aku kahwin dengan Tengku Man.  Siapa Tengku Man?  Anak raja mana?  

Aishhh, aku dah pening.  Aku ketuk kepala.  Kejab.  Nak fikir dalam-dalam dulu. Arwah ayah ada buat perjanjian dengan orang lain untuk kahwinkan aku dengan anak orang lain ke?  Dan orang lain itu keluarga Mak Engku?  Masalahnya aku tak pernah kenal pun dengan Mak Engku ni.  Arwah emak atau arwah Nek Ngah sendiri tak pernah buka mulut pasal benda ni.  

Kejab..tapi tak logik ! Arwah ayah takkan buat aku macam ni..tak mungkin.  Jadi alasan itu tak boleh dipakai.  Next!!

"Mak Engku, masalahnya, kami ni tak kenal pun dengan Tengku Man.  Lepas tu, kami ni study lagi.  Mak Engku bukan cakap pasal main kahwin-kahwin, kan? " bertalu-talu soalan dari Marshila, bagi pihak aku.  

Bagus juga ada Marshila.  Dia kan ikut suka je kalau bercakap.

Mak Engku masih tersenyum.  Dan mamat Abang tu pun, muka tak ada perasaan.  Aku pandang wajahnya.  Macam ada iras seseorang.  Siapa ya?

"Macam ni, Mak Engku tau kamu berdua terkejut.  Dan cara kita berbincang juga tidak formal.  Tapi biar Mak Engku jelaskan, Dian Juwita ni akan dinikahkan dengan Tengku Man bila Dian Juwita tamat peperiksaan SPM", tenang sahaja pertuturan Mak Engku.  

Namun, hati aku tak tenang.  Sebab tu, aku tak buka mulut.  Sesak kepala aku ni.

Aku bangun menuju ke arah Marshila.  Aku tarik tangannya.  Dan dia terperanjat dengan tindakan aku.

"Jom balik.  Jalan kaki pun tak apa.  Ingat aku hadap sangat ke nak kawin dengan anak orang kaya..",

"Nanti Dian Juwita, cuba bawak bersabar", mamat Abang ni berlagak macam hero pulak..

"Nak sabar apa lagi? Saya belum gila lah nak kawin dengan entah siapa-siapa.."

"Ya, itu Abang tau.  Abang tau yang Dian Juwita konpius.  Kalau Abang pun, Abang akan buat macam Dian Juwita.  Tapi ini permintaan dari Tengku Man sendiri..",

"Ishhh...masalahnya siapa Tengku Man tu?  Tengkorak?  Tengkujuh?", soalan aku menyebabkan mamat Abang ni ketawa berdekah-dekah.  Mak Engku juga turut tersenyum.  Ah...tak ada masa aku nak layan diorang ni.  Ingat kalau diorang kaya raya, senang-senang boleh beli hati dan perasaan orang miskin macam aku!

"Dian Juwita, maafkan Tengku Man.  Tapi dia sangat sayangkan Dian Juwita.  Mak Engku janji, selepas kamu habis saja study, baru Mak Engku akan berjumpa kamu semula.  Kita bincang secara formal tentang majlis nikah kamu, ya", tangan aku dicapai.  Diusap lembut.  Aku pandang matanya.  

"Tapi maafkan saya, Mak Engku.  Saya tak boleh.  Apa pun, terima kasih.  Kami balik dulu", aku dan Marshila mula mengatur langkah.  Lagi cepat aku pergi dari istana ini, lagi baik ! Senak perut aku.  Gila betul !!

"Tak apa, Abang hantar...", dah ada orang baik hati nak hantar, apa salahnya.  Aku dan Marshila senyum sesama sendiri.  Alah...lepas ni tak kan jumpa lagi dengan mamat Abang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 10:30 AM | Show all posts
siapa pulak ABANG nie...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:18 PM | Show all posts
mamat Abang - lawak sggh gelaran ni....

tengku man - mesti NAIM ...asik2 naim jer aku ni....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 01:04 PM | Show all posts
pulokkkk...kahwinkan aku dengan anak raja~~~~ kikiki... tengku naim luqman?? am i right??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2010 08:27 PM | Show all posts
siapa pulak ABANG nie...
shahrinas Post at 11-8-2010 09:30


jeng3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2010 08:29 PM | Show all posts
mamat Abang - lawak sggh gelaran ni....

tengku man - mesti NAIM ...asik2 naim jer aku ni....
mijot Post at 11-8-2010 11:18


he3...sian naim...dia x berdosa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2010 08:31 PM | Show all posts
pulokkkk...kahwinkan aku dengan anak raja~~~~ kikiki... tengku naim luqman?? am i right??
entahmengapa Post at 11-8-2010 12:04



adakah ju akan berubah hati...  mari kita lihat sapa yg kene
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2010 10:16 AM | Show all posts
rasa2nya si naim ni le tengku man... jom kita speku ramai-ramai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2010 02:00 PM | Show all posts
rasa2nya si naim ni le tengku man... jom kita speku ramai-ramai.
asnita Post at 12-8-2010 09:16



teruskn speku anda...;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2010 02:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 12-8-2010 13:33

“Ju jangan lupakan saya ya?”, aku masih merenung mata sepet itu. Dia yang ada di hadapanku. Yang menggetarkan jiwa. Mendamaikan rasa.

“Ju…hei..dengar tak ni?”, aku tersentak. Ya Allah..berangan rupanya. Terus tersipu malu. Ishh….rasa macam nak lari jauh-jauh ni.

“Saya mintak maaf kalau selama ni saya buat tak endah dengan Ju. Tapi, bukan niat saya. Saya tetap suka Ju macam Ju suka saya..”, ayatnya terhenti disitu. Dan …“Itupun…kalau Ju masih suka pada saya..”, dia pandang aku. Muka mintak kasihan.  Dan aku pulak dah jatuh kasih pada dia. Dia yang seorang. Seorang Syed Fazdwan Syed Fazdil a.k.a Fazdwan a.k.a Head Student.

“Saya masih suka awak. Perasaan saya pada awak tetap sama. Macam first time saya tengok awak. Rasa debar itu juga tetap ada. Tak berkurang pun…”, aku luah. Dalam hati.

“Eh..tak ada apa-apa lagi kan. Okeylah…moga kita jumpa lagi. Moga awak sihat selalu..”, langkah kaki aku atur perlahan.  Malas nak dengar dia bermadah helah walau  sebenarnya banyak benda lagi aku nak cakap dengan dia. Banyak yang aku nak cerita. Banyak yang aku nak luah. Banyak yang aku nak tanya.


Aku nak cakap, aku suka dia.   Aku nak cakap aku sayang dia. Lepas tu, aku nak tanya, dia suka aku tak?
Dia sayang aku tak..?? Perasaan dia tu sama macam perasaan aku tak?? Tengok...banyak yang aku nak cakap.
Banyak yang aku nak tanya tapi aku tak mampu. Takkan aku nak mulakan dulu. Ish…wat malu jek…

Sudah lah Dian Juwita, tadi masa dia dah jumpa kau, kau diam aje. Berangan tak tentu pasal. Lepas tu kau blah macam tu. Yang rugi diri kau sendiri. Ha ha tak tahu….suara itu memekak di telinga aku. Ahhh…diam lah…!! Hati menjerit.

Tapi betul apa, hari ni last day kat Tunas Setia. Lepas tu, dia sendiri yang nak jumpa kau. Kau je yang lepaskan peluang. Tak pe, cuba lagi tahun depan…kah kah kah…suara itu ketawa lagi…malas aku nak layan, hati menjawab lagi !!

Esok pagi, kami akan berpisah disini. Aku? Syukur, Marshila ajak aku tinggal dengan familinya. Memang pada mulanya aku menolak, tapi ibubapa Marshila memujuk aku. Kata mereka, keselamatan aku lebih penting dari segala-galanya. Dan akhirnya aku akur.

Dan malam ini, kami berempat duduk bersidai di depan bilik. Memandang langit yang hitam pekat.
Kelihatan cahaya bintang bertaburan menyeri alam. Subhanallah…

“Kejab je masa berlalu…”, Shakira bersuara memecah kebisuan kami.

“Macam tak percaya…yang aku pun dah semakin cun..”, gugur rambut kami mendengar luahan Shakira ini.
Tolonglah jangan perasan makcik oi..

“Kau tu dah cantik, Kira. Tapi jangan puji diri sendiri okey? Geli aku dengar..”, Marshila menekup mulutnya.
Buntang mata Shakira.

“Esok last day…sure aku rindu dengan korang…”, aku luahkan rasa. Lailawati diam. Masih memandang ke langit yang hitam.

“Kalau ada apa-apa, jangan lupa contact..mana tau, ada majlis kawin kau dengan … siapa tu..? Lupa pulak aku..”, Shakira menggaru-garu kepalanya. Cuba mengingati peristiwa yang dah berbulan-bulan itu.
Dan secara automatiknya juga, menyegarkan ingatan aku kembali.

“Alah, takkan makcik tu ingat lagi kat aku? Mengarut ajelah. Dah..kau jangan nak ungkit-ungkit cerita tu.
Ngeri siot..”, aku beri amaran pada Shakira.

“Tapi, mana tau kalau dia boleh carik kau. Entah-entah betul anak dia tu suka kat kau. Mungkin anak dia tu memang dah lama perhatian kau, Ju”, dengan selamba aku luku kepala Lailawati.

“Tak ada maknanya sebab tak logik. Aku tak kenal dia. Tak kenal pun dengan anak dia. Famili dia. Lagipun, aku tak nak kawin lagi. Banyak lagi benda yang berfaedah aku boleh buat”, aku merengus kasar. Betul, kan..??

“Atau kau nak kawin dengan Fazdwan yang kacak dan bergaya tu…”, Shakira mencuit-cuit bahuku. Ish…geramnya aku.. dan pertanyaannya itu aku biarkan tanpa jawapan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2010 02:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 12-8-2010 13:36

Kami diam semula. Melayani perasaan sendiri. Namun dengan tiba-tiba percikan bunga api meletus di dada langit. Memeranjatkan seisi Tunas Setia. Mencerahkan suasana malam.

“Wah….ada fireworks lah…sapa punya idea ni?”, Lailawati bersuara namun mata masih leka memandang ke arah percikan cahaya yang begitu berwarna warni itu.

Dan kemudian terpancar DIAN JUWITA HUSSIN, SAYA SUKA KAMU…

Erk….aku rasa macam mahu jatuh pengsan..kami semua ternganga. Memandang antara satu sama lain.

Dan kemudian terpancar IKHLAS NAIM NAJMAN ..Lagi satu kejutan. Ni memang betul-betul kejutan. Kemudian, aku dengar tepukan dari semua orang. Tanpa sedar, tanganku ditarik oleh Marshila turun ke padang Asrama. Keadaan yang tadi senyap sunyi terus hingar bingar. Dan aku masih lagi keliru. Tiba-Tiba ada seribu satu macam rasa di dalam hati. Rasa nak cekik-cekik Naim Najman. Rasa nak kunyah kunyah Naim Najman.  Rasa nak gigit-gigit Naim Najman.  Rasa macam-macam ni….

“Naim Najman !!! Keluar kau sekarang !!”, aku jerit sekuat hati. Sekali lagi, memeranjatkan Tunas Setia.

Lailawati beranjak jauh sedikit dari aku. Mungkin ambil langkah berjaga-jaga. Mana  tahu kalau-kalau aku boleh hilang ingatan atau histeria sekejab lagi bila Naim Najman tu menyerah diri.

Aku mengira kambing biri-biri di dalam hati. Dah hampir empat puluh lima ekor. Naim Najman masih belum keluar mengadap aku. Biar seribu mata masih memandang aku pun, aku tak kisah. Harus lah Naim Najman mengembalikan maruah aku semula. Menggigil badan aku sebab menahan geram yang teramat sangat…lahabau punya budak…

Dan sekonyong-konyong kelibat Naim Najman kelihatan di pandangan aku. Muka dia yang selamba berlagak kononnya tidak ada apa-apa yang berlaku menaikkan suhu badan aku. Aku tak peduli, walau pun dia dengan berkain pelekat kaler merah hati itu, dengan baju pagoda dia kaler putih yang dah berlubang-lubang tu, dengan songkok di kepala, aku tetap tak kisah. Dia nak berserban pun, aku tetap juga tak kisah.

“Aku tak suka kau! Tak suka! Faham!!”, marah ni….aku dah berangin !! Dia buat muka tak malu. Tengok ! Dia senyum, lepas tu pandang aku, perlahan dia datang dekat aku..rapat..

“Biar beribu kali awak cakap awak tak suka saya, kenyataan saya tetap suka awak”, dia bisik perlahan di telinga aku. Kemudian menjauhkan semula jaraknya. Dan aku….diam tak terkata apa-apa.

Benci lah !!!  Kenapa mesti Naim Najman? Kenapa bukan Fazdwan?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 1.109826 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list