|
aku pun ada pengalaman sikit pasal HT ni, nak kata seram tu takla seram sangat. tapi tak salah berkongsi cerita. dah 2 kali aku pergi tempat ni, saje la nak tengok-tengok lepas tu nak rasa aura keseraman sikit hehe. 1st time last year dengan member-member. kitorang gerak 2 kereta, total dalam 9 orang semua lelaki. sampai dalam pukul 2 am lebih, park kereta dekat area rumah banglo tinggal tu. mula-mula semua terpacak je dekat situ, yelah masing-masing penakut dahla first time pergi, entrance pun tak sure nak ikut mana sebab kawasan tu kan semak samun. tak lama lepas tu ada gang motor ni sampai, diorang ni selambe je masuk situ so kitorang decide ikut diorang dari belakang la.
aku macam biasa la, bila bab berjalan ramai-ramai ni aku mesti nak ambik port tengah punya, gila kau nak duduk belakang, kena sorok dek hantu nanti naya je kekeke
kalau korang masuk semak tu, korang akan nampak ada satu laluan kecik yang menghala ke tower tu, so ikut je jalan tu. haaa time ni la aku dah ter'kena'. tengah sibuk berjalan, tiba-tiba semak sebelah kiri aku, ada la dalam 7-10 meter macam tu, boleh pulak bergoyang. kuat pulak tu tapi kejap je. aku toleh la kat situ, orang takde, binatang pun tak nampak. "ahhh sudaahhh..." aku berkata dalam hati hehe.. tapi aku diamkan je, control cool hehe.
jalan lagi... at last sampai la dekat ruang legar tower tu dengan group motor ni tadi. sampai-sampai je kitorang semua check la member masing-masing mana tau ada yang hilang ke apa. so semua ok je, kitorang usha-usha tempat tu. memang banyak sampah lepas tu dinding penuh berconteng. group motor tu decide nak naik atas ikut tangga tepi tu, aku dengan beberapa member aku pun nak ikut tapi ada yang taknak ikut. so sebab taknak group kitorang ni split, kitorang semua decide stay dekat situ je dan biarkan group motor ni naik. masa dekat bawah tu aku perasan jugak 2-3 orang member aku senyap je tak cakap apa-apa. "takpe dah keluar nanti tanya diorang, mesti ada apa-apa ni hehe" getus hatiku cewwaaaahhh
disebabkan dah takde apa nak buat kitorang keluar la dari situ ikut semak samun tu tadi. sampai je dekat kereta, aku tanya la member aku "apehal kau diam je ni?" member aku mula-mula macam taknak jawab, ada la tu bendanya tu. "aku nampak benda hitam tadi dekat semak mengadap bangunan sebelah", jawab member aku tu. laa patut la muka dah kecut je.. dan bukan dia sorang je nampak, member aku lagi sorang tu pun nampak benda sama. so apa lagi... start enjin cabuuuutttt hehe....
nanti aku cerita pengalaman kedua kitorang pergi sana |
|
|
|
|
|
|
|
Ha. Tu geng2 taiko da masok. Surfinv n shahoney tuu. :p
Mmve ak ad cte pengalaman lebih kurang cm TT la. Ak da cite. Nk bce g crik post surfinv. Aku malas nk taip cz aku on gne fon je nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 221# benn7
Copek update. Aku ngh bosan nie. Hehe. Jgn mara. |
|
|
|
|
|
|
|
Ha. Tu geng2 taiko da masok. Surfinv n shahoney tuu. :p
Mmve ak ad cte pengalaman lebih kurang ...
zakutaki91 Post at 2-7-2012 14:30
alamak..nama den disobut2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ko kata kawan ko afiq tu masa pegi pun dah diam jer, so hantu tu dah ada masa sebelum sampai hig ...
qates Post at 16-8-2010 09:59
Haha.. btol2.. aku serious ingt kawan dia si afiq tu kol bgtaw dia ada kt rumah ke apa. cett |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 224# syahoney
haha. pantang sobuit. muncul ajo. |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH DUA
memandangkan kitorang tak berapa puas hati sebab tak dapat nak naik highland tower masa 1st time disebabkan ada yang kecut perut, so awal tahun haritu dalam bulan february kitorang gerak sana untuk second time. waktu ketibaan lebih kurang sama macam first time dulu, dalam pukul 2 lebih tapi bezanya kali ni kitorang pergi 3 kereta, haaa ambik ko. total semua ada la dalam 12 orang. dari bangi kitorang konvoi sambil masing-masing dah terbayang nak experience pengalaman seram hehe...
sesampai je dekat sana, macam biasalah kereta park dekat area banglo tinggal tu. ada lagi 2 bijik kereta yang memang dah ada dekat situ, ada group lain jugak. pendekkan cerita, kitorang kenal-kenal la dengan budak-budak group ni. diorang tu budak baru habis spm, patut la perangai pun ala-ala gelabah tak berapa nak matang. tapi at last kitorang decide nak team up and naik highland tower sama-sama, bak kata orang putih "the more the merrier", padahal taknak bagi takut je huhu
kitorang pun explore la masuk tempat tu, naik tangga sampai penthouse atas sekali tu. sepanjang naik tu takde pulak kes mistik ke apa, dah macam tour pelancongan pulak aku rasa. dekat penthouse tu kitorang layan view kl, pada pandangan aku penthouse tu takde la besar mana, kira not bad la. so sebab masing-masing dah bosan tambah pulak dengan habuk dekat situ yang merimaskan, kitorang pun turun la. sambil-sambil tu berbual la gelak-gelak nak bagi meriah sikit suasana.
sampai dekat area semak tempat nak masuk tadi, ada satu lagi group consist of lelaki dan perempuan, gaya masing-masing nampak liar jugak, pada pandangan kasar aku diorang ni baru balik party atau clubbing kot pasal yang perempuan tu punya dressing bukan main sexy hot meletop wa cakap luu.. group aku ni bukan main meleleh air liur pandang awek-awek tu. freeshow, siapa taknak kan kekeke...
belakang group tu pulak ada group india, semua lelaki. so time kitorang keluar, dua group ni pulak yang masuk. aku dengan member aku mula la pikir bukan-bukan. "hmmm memang kena kenduri la perempuan tu dengan macha ni", antara kata-kata yang kedengaran meniti di bibir kitorang. *dah macam osman awang dah cara aku menulis* kitorang decide nak lepak dulu bawah tu sambil tengok-tengok banglo tinggal tu. lebih kurang 20 minit macam tu, terdengar suara perempuan menjerit dari tower tu. "haaa ni mesti macha ni dah start la ni". tak lama lepas tu group india tu turun, kitorang tanya mana group satu lagi? diorang cakap group tu dah naik atas lagi tinggalkan diorang. dari situ aku dah dapat agak mesti jeritan tadi tu takde kena mengena dengan india ni sebab diorang dah turun dulu.
bersambung.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
peristiwa ngeri di highland tower
cepat sambung!!!! XD
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 227# benn7
we want more! we want more! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply syahoney
haha. pantang sobuit. muncul ajo.
zakutaki91 Post at 2-7-2012 18:03
den buleh ghaso org sobut2 namo den~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 230# syahoney
wahh. 6th scence gitu. :p |
|
|
|
|
|
|
|
Reply syahoney
wahh. 6th scence gitu. :p
zakutaki91 Post at 3-7-2012 11:13
tak wahhh manapun..hehehehhee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 227# benn7
wah.menarik.sambung2.hehe |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH DUA
memandangkan kitorang tak berapa puas hati sebab tak dapat nak naik highland tower masa 1 ...
benn7 Post at 2-7-2012 23:08
bila nak sambung nehh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 227# benn7
sila hupdate |
|
|
|
|
|
|
|
sorry lambat sambung, aku busy la kebelakangan ni. ok ni dia sambungan...
group india tu pergi dekat motor diorang dan terus cabut. kitorang dengan group lepasan spm ni still lepak dekat situ pasal nak tunggu group hotchicks sexy tu tadi hehe.. dalam bosan-bosan takde benda nak buat tu, budak-budak habis spm tu lepak la depan banglo tinggal sebelah kawasan semak samun nak ke highland tower tu. aku dengan sorang lagi member aku join la, yang lain tu lepak dekat kereta sambil hisap rokok dengan berbual-bual je. kitorang pun mula-mula duduk je depan laman banglo tu, nak riki dulu keadaan situ. tengah suluh-suluh rumah tu, sekali member kitorang terdengar macam ada anjing menyalak dekat situ padahal kelibat anjing pun tak nampak. aku dah rasa semacam. kitorang cuba focus dari mana datang bunyi anjing tu. tengah sibuk focus, sekali terdengar pulak macam suara lelaki mengerang datang dari dalam rumah tu. semua terdiam. "weh kau dengar tak tadi?", tanya sorang budak dekat aku. "aku dengar.. suara lelaki kan?", jawab aku.
kitorang agak mungkin ada drug addict dalam tu. yang budak sorang ni balik dekat kereta ambik parang kecik, in case kalau apa-apa hal. "gila babi betul budak ni siap ada parang dalam kereta, kaki gaduh ke apa ni?", aku bermonolog sendirian. tapi aku biarkan je, malas nak tanya lebih-lebih. so kitorang pergi balik dekat rumah tu sambil menyuluh-nyuluh rumah banglo tu. senyap sunyi, yang ada bunyik unggas dengan diselangi salakan anjing yang entah dari mana datangnya. tengah leka lepak situ, member aku jerit "wehhh apa benda tu?!!". menggelupur semua bangun terperanjat bila dengar dia jerit macam tu haha. penakut jugak budak-budak ni *termasuklah aku* kekekeke...
aku tanya member aku "kau nampak apa?". member aku yang bernama fee *bagi nama terus la ye, leceh la nak bercerita tak tulis nama ni* pun cakap "aku nampak ada figure putih belakang tiang tu tadi, aku tak sure orang ke apa". ahhh sudaaahh.. lain macam dah ni. drug addict pakai baju putih ke? aku pun taktau. kitorang bagitau member yang lepak dekat kereta pasal benda ni, tapi diorang malas nak ambik port, diorang lagi suka hisap rokok berbual je rasanya. ada jugak yang dah mengantuk. appparraaa... muda-muda macam ni tidur awal kan? hehe
so kitorang teruskan misi untuk explore rumah tu. berbekalkan sedikit doa, parang kecik dan torchlight dari handphone, kitorang pun memulakan langkah. fuuhh cuak jugak woo time masuk tu. baru berapa langkah masuk situ makin meriah pulak bunyi anjing menyalak. kitorang berani explore sampai pintu sliding rumah tu je, tak berani nak masuk dalam. masa dekat situ takde pulak nampak apa-apa melainkan bunyi anjing tu je. memandangkan semua pun agak-agak pengecut taknak masuk dalam, kitorang keluar dari rumah tu.
tak lama lepas tu... group yang perempuan sexy tu pun keluar dari kawasan semak samun. muka masing-masing nampak risau. lepas tu ada sorang perempuan dah pengsan kena papah dengan member dia yang lelaki. group diorang ni pergi dekat kereta diorang, baringkan perempuan yang pengsan tu. aku agak yang pengsan tu kena sakat la kot masa kat tower tu. terdengar jugak diorang tengah bincang-bincang dekat kereta tapi tak berapa jelas apa yang dibincangkan tu. tiba-tiba sorang perempuan dalam group tu meracau-racau pulak. lepas tu dia menangis. lepas tu meracau balik, dia marah-marah dekat member dia. member diorang ni pun gabra la lepas tu suruh dia mengucap, ada yang berdoa aku tengok. *time ni baru nak ingat Allah, pakai sexy lepak lelaki perempuan pegang-pegang tak ingat pulak*, aku bisik dengan member aku hehe.. apa yang aku dengar, perempuan yang meracau ni sound member dia yang lain, dia cakap "kau jangan nak berlagak alim la dengan aku!!", pehhh suara dia boleh tahan garau jugak.
yang group aku pulak, tengok jela dari jauh. kitorang malas nak campur hal ni, lantak diorang la nak setelkan. pandai-pandai la masing-masing haha. so sebab dah takde apa nak buat, kitorang pun chow dari situ. yang kelakarnya, esoknya ada beberapa orang member aku yang demam, ada la dalam 2-3 hari. berjangkit-jangkit masing-masing. maybe lemah semangat kot. so itu jela cerita tak berapa nak seram dari aku... SEKIAN. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mcm cerita yg kwn aku cite.. tp diolah2 semula supaya nampak seram
|
|
|
|
|
|
|
|
highland tower ni ramai yg pergi sebab nk rasa pengalaman seram..tanpa diaorang tau, keseraman tu bukan masa berada kat highland tower, tp setelah meninggalkan tempat tu.. macam cerita dr seorang kawan aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
'semangat' mangsa2 still ada kat situ agaknya..poor souls.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ambik gambar ke time naik penthouse tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|