|
Ek elleeeee.....PAS ni macam ayam jantan baru tumbuh bulu nak belasah DAP plak...ada hati tuuuuuuuu...
Pas, DAP tak sehaluan isu tukar Jalur Gemilang
20/09/2011 4:02pm
KUALA LUMPUR 20 Sept. — Pas, yang mungkin sudah belajar daripada keperitan dikecam rakyat ekoran kenyataan timbalan presidennya mengenai Mat Indera, hari ini menegaskan tidak menyokong sebarang usaha parti rakannya DAP untuk menukar Jalur Gemilang.
Malah Pas bernada menentang percubaan DAP itu apabila Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bendera negara merupakan lambang kedaulatan negara yang perlu dipertahankan.
Beliau berkata, isu itu tidak perlu dipolemikkan memandangkan ia tidak akan menjadi dasar pakatan pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pakatan Rakyat.
"as secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun,” katanya dalam satu kenyataan. — Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Ek elleeeee.....PAS ni macam ayam jantan baru tumbuh bulu nak belasah DAP plak...ada hati tuuuuuuuu. ...
Anak_Nogori Post at 20-9-2011 17:11 Nik Aziz nak kena lempang dengan Karpal Singh nih...... |
|
|
|
|
|
|
|
Pas pun tiru bendera bangladesh |
|
|
|
|
|
|
|
Pas pun tiru bendera bangladesh
BlueHand Post at 20-9-2011 17:20
bangla tu PAS + Jepon....hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
bangla tu PAS + Jepon....hahahaha
lkick2113 Post at 20-9-2011 17:30
bangla lebih seswaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara karut-marut pembangkang
Oleh ZULKIFLI JALIL
[email protected]
NAJIB Tun Razak bersama Mohd. Ali Rustam bersalaman dengan ahli-ahli Persatuan Bekas Anggota Kemajuan Masyarakat (Kemas) Malaysia pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 20 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak percaya banyak lagi perkara karut-marut yang bersarang dalam benak fikiran pakatan pembangkang untuk mengubah sejarah warisan negara sekiranya mereka memperoleh kuasa.
Tegas Perdana Menteri, matlamat pembangkang yang diutarakan menerusi wakilnya dari DAP, M. Manoharan untuk menukar Jalur Gemilang seandainya berkuasa sebenarnya hanya sekelumit perkara yang dirancang.
“Itu (nak tukar bendera Malaysia) saya fikir sedikit sahaja, banyak lagi perkara karut-marut (yang pembangkang nak buat). Kalau berkuasa, apa yang diwarisi kita akan cuba dirombak segala-galanya.
“Sebab itu ada signifikannya kita nak tuan-tuan pertahankan Putrajaya (kerajaan sedia ada). Untung nasib kita bergantung kepada BN (Barisan Nasional)...puak-puak sana tak boleh harap dan sebab itu pada pilihan raya (umum nanti), kita kena kerja habis-habisan,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia di Seri Perdana di sini hari ini.
Hadir sama penasihat persatuan berkenaan yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan presiden persatuan, Datuk Melati Ali.
Perdana Menteri menegaskan, BN sebagai pemegang tampuk pemerintahan dan yang telah bertungkus-lumus membangunkan negara tidak rela menyerah begitu sahaja kepada pembangkang yang sanggup memperkotak-katikkan sejarah dan warisan sedia ada.
“Kita yang bangunkan Putrajaya (negara), takkan kita nak serah pada orang luar (dari BN), kita tidak sanggup dihina, marilah kita sematkan azam dengan tidak sanggup menempa sejarah hitam parti yang teragung (untuk tunduk kepada pembangkang),” kata beliau.
Menurut Najib, kalau tidak dengan hasil perjuangan kerja keras BN, Malaysia tidak mungkin mencapai kejayaannya seperti hari ini.
Beliau menarik perhatian di negara-negara lain masih banyak masalah dalamannya meskipun ia merupakan negara maju.
“Di London, orang masih buat masalah dengan merusuh, di Amerika Syarikat pula kadar penganggurannya 9 peratus meskipun sebenarnya kadar tersebut adalah 17 peratus disebabkan rakyatnya tidak mahu cari kerja.
“Sedangkan di Malaysia, peluang pekerjaan cukup...kadar pengangguran cuma 3.1 peratus, itupun kita ada dua juta pekerja asing dan yang hendak berdaftar pun ramai dan selain itu harga barang di negara ini masih lagi terendah di dunia,” katanya.
Najib berkata, sebenarnya BN telah lama menjalan serta memperjuangkan kebajikan rakyat berbanding pakatan pembangkang yang baru sahaja mahu menguar-uarkan perkara itu.
“Ia telah menjelaskan bahawa BN dan UMNO sebagai parti yang mendahului kelok pembaharuan. Jangan ingat kita parti yang tidak ada idea baru dan tidak ada kesedaran.
“Ini (kejayaan Malaysia hasil kerja keras BN) sesuatu yang perlu kita tampilkan, kita tidak takut kepada pembaharuan, kita sanggup laksanakan demi Malaysia tercinta,” katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga penaung Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia mengajak lebih 3,500 pesara Kemas untuk turun padang membetulkan segala fitnah dan fakta yang diselewengkan pembangkang terhadap kerajaan selama ini.
“Jangan lembu punya susu, sapi pula dapat nama, jangan pula bila kita tolong Orang Kelainan Upaya (OKU) dan orang tua yang bajet disediakan kerajaan sebanyak RM1.4 bilion, mereka (pembangkang) pula kata mereka yang bagi.
“Bila kita bagi tiap-tiap bulan, kita dilupakan tetapi bila mereka yang hanya bagi sedikit, ia dikatakan pula lebih baik,” katanya. |

kalau manoharan ni dihantar balik ke india....dah tentu duduk kat tepi jalan sebab kasta punya hal....tak tahu diuntung |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tau politik2 ni....x campur.... dan dari aku start boleh mengundi, perkara politik dah jadi kacau bilau... x tau mana satu yang betul sbb benda besar kuman pun diperbesar2kan. tapi rasanya kalau dah begini jadinya politik (bkn politik lagi tapi dah racist lelebih)...... berlebih2an lak aku rasa. Apa kata tukarkan balik nama Malaysia ke Persekutuan Tanah Melayu semula. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tau politik2 ni....x campur.... dan dari aku start boleh mengundi, perkara politik dah jadi ...
mentimun Post at 21-9-2011 11:02
make sense jugak kata ko ni...siapa perintah dia berhak tukar apa yg dia suka..
Saya plak...kalau saya yg perintah satu hari...semua warganegara Malaysia diwajibkan angkat sumpah bertulis..sesiapa yg tak setuju dan masih mempersoalkan yg hak...mereka dilucutkan kewarganegaraan mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
make sense jugak kata ko ni...siapa perintah dia berhak tukar apa yg dia suka..
Saya plak.. ...
Anak_Nogori Post at 21-9-2011 11:09
komunisnya AN... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah siap ke design bendera baru? |
|
|
|
|
|
|
|
kambing tul. bendera pun nak tuka |
|
|
|
|
|
|
|
....itu cuma pundapat peribadi Manoharan, pasai apa macai2 ketua cawangan semua ribot bagai nak rak? kalau pun PR nak tukar bundera bila mumerintah nanti, pasti lah depa akan buat referendum ka, buat competition ka sebelum sesuatu dapat ditukar,....ingat PR tu bodoh macam kutua cawangan kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
komunisnya AN...
fairluck Post at 21-9-2011 12:26
kalau macam tu DAP tu komunis la ye tak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|