CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

6 Zulhijjah - [U]

  [Copy link]
 Author| Post time 6-12-2011 03:09 PM | Show all posts
Selamat Menyambut Hari Asyura
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2011 03:12 PM | Show all posts
Reply 205# zafran_iman


    rain cakap tenkiu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 03:13 PM | Show all posts
Reply 207# Syafiya


    akak kena buat rushdi jadi "fun" sikit
rain tu kena jadi alim plak
hahahahhaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 03:17 PM | Show all posts
Reply 209# Banana


    sblm jual beli kena tgk sample dulu..... ihikkkksss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 03:18 PM | Show all posts
Reply 220# cokolat


    betul betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 03:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 6-12-2011 15:28

Betul kata Abang Rushdi, kalau tak cuba mana tahu yang kita boleh handle atau tidak. Nasib baik aku dengar nasihat dia. Kerja di TAS Consultant seronok dan taklah sesusah mana. Cuma kena rajin bertanya dan cepat tangkap ilmu. Sudah seminggu Nadia memulakan tugas di TAS Consultant dan setakat ini dia sudah arif dengan tugasan perbankan, menghitung aliran tunai, membayar bil bil syarikat dan mengira wang pendahuluan untuk staf yang bertugas di luar daerah. Cuma dia masih segan bila kena meminta bayaran dari pelanggan. Tebalkan kulit saja sebab mereka bukan kenal kita, itu petua Nik Badrin.  Nik Badrin teman yang paling akrab di situ. Staf lain pun baik baik belaka cuma mereka jarang lekat di pejabat. Tengku Arizman dari awal lagi sangat prihatin terhadap semua staf tapi isterinya Tengku Salwa lebih tegas berbanding suaminya. Wanita kecil molek itu cukup bergaya. From head to toe in designer brands, bak kata Nik Badrin yang pakar mengenal busana terkini. Wajah Tengku Salwa sentiasa serius sampai nak panggil dia Makcik Wa pun rasa serba salah. Tak kena langsung! Dulu aku bayangkan dia wanita lemah lembut yang keibuan seperti Dr Muhaya hos  rancangan motivasi di Astro Oasis. Tapi nyata aku salah. Tengku Salwa kalau senyum pun segaris saja, tak sampai ke mata. Namun Nadia tidak berprasangka buruk. Bukan sebab dia tak suka aku, tapi mungkin perwatakan semulajadinya begitu. Staf lain pun jarang bergurau senda dengan Tengku Salwa.

“ Nad, kau nak keluar makan dengan aku?”  tanya Nik Badrin. Lelaki yang wajib mengenakan warna pink setiap hari itu tercegat di depan meja Nadia. Kalau bukan kemeja pink, kemeja putih jalur pink. Kalau tak pun, tali leher pink. Nadia tidak berani nak meneka orientasi seksual nya. Ramai lelaki lembut yang straight , ramai juga yang macho tapi “ gumbira”.

“ Hari ni aku dah janji dengan kawan. Sorry lah” Siapa lagi kalau bukan Rain. Setakat ini dia mengelak Rain dengan alasan banyak kerja. Akhirnya, dia terpaksa mengalah bila Rain mengugut untuk menarik balik business dari TAS Consultant. Rupanya Intermark Group salah satu klien terbesar TAS. Busuk hati!

“ Oh, ada date dengan boyfriend ya? Is it that guy yang macam Keanu Reeves tu?”

“ Sejak bila aku kenal orang yang rupa macam Keanu Reeves?” Nadia mengerut dahi. Rain tak ada langsung rupa mana mana pelakun walaupun dia perasan muka dia lebih kacak dari Hero Malaya.

“ Ala.. yang hantar kau masa hari pertama kau masuk kerja. Aku tengah park kereta masa tu jadi aku nampak lah. Handsome! ”

“ Oh, itu my cousin Rushdi. Ada rupa Keanu Reeves kah? Aku tengok macam ustaz je” Nadia tergelak kecil.

“ Cousin kau? Dia dah kahwin? Berapa umurnya? Kerja di mana?” soal Nik Badrin dengan teruja sambil  melabuh duduk depannya.

Nadia menyimpan tawa. Apa agaknya reaksi Abang Rushdi kalau aku cerita  ada sotong pink  minat kat dia? Mesti dia terus datang untuk tarbiahkan Nik Badrin.

“ He is 32, still single. Dia baru habis PHD tapi belum kerja lagi. Apahal banyak tanya ni? Nak buat menantu kah?” perli Nadia

Nik Badrin mencebik. “ Issy... you ni!  Aku tanya saja lah. Posesif sangat dengan cousin dia. Kenapa dia dah tak hantar kau lagi?”

“ Inche Nik, dia bukan driver aku. Hari itu kebetulan dia datang rumah sebab nak bawa Mak Su aku ke hospital untuk check up so dia tumpangkan aku sekali. Sekarang dia dah sibuk dengan interview dan dia juga buat kerja dakwah. “

“ Ooooooo...  orang alim rupanya” Nik Badrin mempamerkan riak kecewa. Nadia tidak mampu menahan tawanya. Mulanya Nik Badrin nampak terujabila dengar yang Abang Rushdi belum kahwin. Ingat sekapal dengan dia lah kot. Tak sabar aku nak cerita kat Abang Rushdi... ha ha ha!
Nadia menjeling jam Juicy Couture di tangan, hadiah dari Mak Su masa harijadinya dulu. Rain janji akan menjemputnya pada pukul 12.30. Alamak... sudah terlambat.

“ Aku pergi dulu.” Nadia mencapai beg tangan dan mengunci laci meja. Khazanah syarikat kena di jaga dengan baik. Petty cash dan buku cek di pertanggungjawabkan padanya masa waktu kerja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2011 03:43 PM | Show all posts
Salam Smiley.

Auntie dah mcm nak ubah fikiran ler... Sbb Rushdi rupa mcm Keanu Reeves and Rain mcm rupa Aaron Aziz. Biar ler Nad pilih yg ala2x Keanu Reeves. Hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 04:06 PM | Show all posts
yeahhh...n3 lagii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2011 04:17 PM | Show all posts
BMW kelabu metalik sudah sedia menunggu di depan pintu pagar bila Nadia keluar. Pintu belakang kereta di buka dari dalam. Sudah semestinya Pengurus Besar tidak memandu kereta sendiri. Nadia melabuh duduk di sebelah Rain dan keretanya terus meluncur.

“ Wow.. you look great. Macam tokoh korporat wanita.” Mata Rain menilik tubuh langsing Nadia yang di sarung  jaket dan slacks hitam serta blaus ungu muda. Beg tangan Coach yang di beli di factory outlet masa di US dulu melengkapi gaya.

“ Tempat kerja aku ada dress code. Kita bagi training untuk corporate image and grooming jadi staf  pun kena lah jaga imej. Kalau kita pakai selekeh malulah kat klien kalau terserempak. Cakap tak serupa bikin. Tapi keringlah duit gaji aku  beli baju baru. “

“ Itulah, kau tak nak kahwin dengan aku. Kalau tak makan pakai kau semua aku tanggung. Cakap saja nak shopping kat mana. Aku bagi supplementary Gold credit card lagi. ” Tawa Nadia meletus.

“ Hissyy... tak kuasa aku nak kawin dengan orang eksyen macam kau. Kau ingat aku ni mata duitan ke?”

“Kenapa kau tak mata duitan macam perempuan lain,  ekk?  Senang sikit aku nak tackle” Nadia melepas tumbukan ke lengan Rain.

“ Kau ingat aku ni apa? Artis suam suam kuku yang kemaruk nak cari laki kaya? Puhleeez... aku boleh hidup dengan usaha aku sendiri.  Kalau Allah dah takdirkan aku tak kaya pun tak apa, janji hati aku senang. Dari aku kawin dengan orang kaya tapi kena hina caci dengan keluarga dia.” luah Nadia. Sakit betul hati bila Datin Adura mengata macam macam. Bukan aku saja yang kena, Auntie Aida dan Mak Su pun terpalit sama.

“ Ouchhhhh! I’m sorry about my sister. Dia tu memang tak pandai jaga mulut. Cakap sesuka hati saja. Jangan ambil hati ya, sayang. “ Rain mendepakan tangan ke belakang tempat duduk.  Nadia menjeling lalu mengesot. Tak makan saman betul lah mamat ni. Nanti kalau driver ni jadi “ penyampai” , mati aku.

“ Rain, kita nak makan kat mana ni?” Nadia mula risau bila kereta mereka bergerak perlahan memandangkan lalulintas sudah sesak di sekitar Jalan Ampang. Selalunya dia dan Nik Badrin jalan kaki ke warung atau kedai makan berdekatan ofis. Kalau hari panas sangat, mereka beli nasi bungkus dan makan di dapur ofis. Nik Badrin ” putra lilin” mengalahkan perempuan.

“ Kita pergi KLCC. You dah pernah makan di Ben’s? I suka tempat tu. Makanan sedap,tempat pun cantik”

“ Sekarang jalan jam. Tak boleh kah makan dekat dekat sini saja? I takut lah kalau lambat balik. Nanti orang kata aku baru kerja dah naik tocang”

“ Jangan risau lah. Katalah you keluar dengan klien. Bukan kah Intermark klien you? Kita nak buat team building tak lama lagi dan I tengah shortlist proposal sekarang. Jadi kalau you layan I dengan baik, I pilih TAS Consultants. ” Rain tersengih bila Nadia mengherotkan mulut. Cute! Sudah lama dia tidak menghabiskan waktu bersama Nadia sebab kerja yang menimbun. Rindunya menggunung. Gasaklah apa kakak aku nak kata. Suka hati aku lah nak kawan dengan siapa, nak bercinta dengan siapa dan nak kahwin dengan siapa. Jangan nak paksa paksa. Cuma masaalahnya dia masih tidak mampu menawan hati Nadia. Rain ralat bila Nadia terus terang mengatakan yang masa silam Rain menjadi penyebab kenapa dia susah menerima Rain. Silap aku sebab tak dapat membendung nafsu, barang free lelaki mana nak tolak. Kini aku kena tanggung akibatnya. Lebih merumitkan lagi bila Nadia mengaku yang Mak Su sudah ada calon untuknya.  Entah entah cik abang janggut kambing itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 04:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 6-12-2011 16:27

Nadia terpaksa menurut. Dia tahu pakej team building itu bernilai RM100,000. Keuntungan TAS mesti berlipat ganda kalau Intermark terima proposal mereka. Aku kena redha saja lah kalau kena tegur sebab balik lambat. Lima belas minit kemudian pemandu Rain yang di panggil Pak Jo menurunkan mereka di depan KLCC dan mereka bergegas ke restoran Ben’s di tingkat satu. Restoran itu sudah mula dipenuhi pengunjung. Betul kata Rain, cantik tempatnya. Kombinasi warna kelabu dan kuning nampak segar. Tempat duduk di tepi dinding kaca menjadi pilihan Rain, membolehkan mereka melihat taman KLCC dan kolam  dengan pancutan air.

“ Nad nak makan apa?” tanya Rain sambil membelek menu

“ Apa yang cepat siap? Dah pukul 1.00 sekarang.” Nadia melihat jam tangan sekali lagi.

“ Manalah I tahu apa yang cepat masak. I bukan kenal chef di sini. Relax lah Nad. Kalau kita lambat I temankan you ke ofis. Boleh I berbual sekejap dengan Tengku Salwa. Dia kawan my sister”

Oo ohh... lagi bahaya. Kalau Tengku Salwa dengar gossip dari Datin Adura , mesti aku kena blacklist. Rain memanggil pelayan dan memesan Caesar salad, Moroccan lamb pie dan Ice lemon tea untuk dirinya dan sementara Nadia memilih pad thai noodles dan jus tembikai.

“ Mak dengan ayah kirim salam. Dia orang tanya bila kau nak datang kampung aku? Atau kau tak sudi? Kampung aku bukan ulu sangat. Rumah aku ada letrik, air paip, aircond, astro. Semua cukup. Kalau kau nak aku pasang wi fi pun boleh.  ” Nadia menjulingkan mata ke siling. Ada ada saja si Rain ni.

“ Bukan aku tak sudi tapi tak manis kalau aku balik kampung kau. Apa orang kata nanti? Kakak kau tak suka aku rapat dengan kau. Nanti habis dia canang satu kampung yang aku ni muka tak malu. ”

“ Kakak aku tu memang bossy. Semua dia nak control. Kakak takut sangat kalau harta Abang Nasir jatuh ke tangan orang lain. Bukan boleh bawa mati pun. “ keluh Rain.

Sejurus kemudian pesanan mereka sampai. Nadia terus mengisi perut yang mula berkeriut kelaparan. Memang sedap wei. Mereka berkongsi makanan.

“ Sedap tak?”

“ Mmmm.” Angguk angguk

“ Tak menyesal datang sini kan?”

Geleng geleng

“ Memang sedap sebab makan dengan aku. Bila kau tengok muka aku yang hensem ni lagi berselera, kan?”

Jeling jeling. Nadia mengacah garfu ke arah muka Rain. ” Perasan ! Nak jadi Kasim Selamat?”

Mereka makan sambil sambil berbual hingga semua pinggan licin. Nadia akui masa pantas berlalu bila mereka bersama. Rain seorang yang menghiburkan.  Kenapa lelaki yang baik seperti Abang Rushdi sangat “dull” tapi lelaki bohjan macam Rain mudah membuat aku ketawa dan rasa selesa? Itu tandanya Tuhan Maha Adil, Nad. Tiada manusia yang sempurna.

Tiba tiba Rain mengeluarkan sesuatu dari poket jaket. “ Sebelum I lupa, this is for you.”

Nadia membulatkan mata. Pembalut kotak berlogo kedai duty free.  “ Apa ini?”

“ I pergi Singapore kelmarin. Masa tengah tunggu flight kat airport I nampak perfume yang you suka pakai.”

“ Macam mana you tahu apa perfume I suka?” Nadia membuka balutan dengan cermat.

“ I tahulah. Deria bau I tepat. Glow by J Lo, right?”

Hebat! Betul lah. Agaknya saiz kasut , baju dan erkkkk... pakaian dalam aku pun dia boleh teka dengan tepat. Bahaya ni.

“ Thanks. Aku lupa yang you ni playboy yang dah cukup mahir bab perempuan.”
Muka Rain berubah serta merta. Desahan halus di lepaskan.

“ Janganlah cakap macam tu. Aku tak boleh ubah masa silam aku walaupun aku menyesal. Aku juga tak boleh ubah apa yang aku rasa sekarang pada kau. Kesilapan paling besar yang aku buat ialah bila aku suruh kau berlakun jadi girlfriend aku. Tuhan marah sebab aku tipu  parents aku, terus aku betul betul jatuh cinta dengan kau. ” Matanya tunak memandang Nadia. Gadis itu melarikan mata ke arah panorama yang terbentang. Menara Berkembar Petronas  berdiri megah mencakar langit. Nadia kembali memandang Rain.

“ Kau masih ingatkan Rachel?”

Dengan pantas Rain menggeleng. “ Tak. Honestly, I am over her. Bila  balik ke Malaysia aku tak fikir pasal dia langsung. Rindu pun tidak.”

“ Rain,  aku nak cakap dengan jujur. Aku bukannya tak boleh terima kau sebab kau pernah tidur dengan perempuan  atau kau minum dan selalu pergi clubbing atau kau gunakan aku untuk tipu your parents. Itu masa silam kau dan aku percaya bila kau kata kau dah taubat. Tapi aku tak boleh terima kau  sebab kau mudah sangat lupakan Rachel walaupun bertahun kau bersama dengan dia. Aku tak nak perkara yang sama jadi pada aku. Aku takut kalau satu hari kau bangun tidur dan buat keputusan untuk berpisah dengan aku sebab kau jumpa orang baru atau kau rasa bosan dengan aku. Dan lepas itu kau terus lupakan aku macam aku tak pernah wujud.  Mungkin Rachel boleh terima dan mulakan hidup baru dengan mudah tapi aku bukan macam dia. Aku nak cinta yang kekal selamanya sampai ke tua. Bercinta dengan lelaki macam kau berisiko tinggi sebab ada expiry date.”

Rain meraup wajahnya. Dia kehilangan kata kata untuk membangkang hujah Nadia. Lama mereka membatu hingga Nadia memecah sepi.

“ Rain, aku minta maaf kalau kau terasa. Sejujurnya aku suka berkawan dengan kau. Tapi kau jangan lah harap lebih dari itu. Tak payahlah belikan aku hadiah atau hantar bunga walaupun aku tahu kau banyak duit.  Aku tak pandang harta , bukan macam apa kakak kau kata.  ”

Rain tersenyum tawar. “  Tapi hati aku tetap hak kau seorang saja. Selagi kau tak jadi isteri orang, aku masih ada harapan. I will not give up, Nad. ”

PARAHHH! Macam mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 04:35 PM | Show all posts
Reply 230# sang_arjuna

tingin nk tgk ex-kasanova Rain mengorat Nadia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 04:53 PM | Show all posts
sian pulak dkt si rain tu....beria-ia nak tackle nad.......tapi kalau nad dgn abg rushdi pun ok gak...
sambung lagi akak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 04:54 PM | Show all posts
Eeee.... best.... best....

Kalau pilih Rain, ada expiry date dan bakal kakak ipar tak suka. Kalau pilih Rushdi pulak, skema dan ada potential tambah 3 lagi cawangan....

Can't wait for the next entry...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 05:47 PM | Show all posts
hmmm.....betul jugak ape yg nad ckp...rain ni mdh sgt melupakan gf
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 06:45 PM | Show all posts
walau apa  pun alasannnya, aku masih lagi mak nadia ngan rain. baru ader masyuk sket. kita tengok ex-kasanova mengayat hati batu nadia. siapa yang kalah.?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:33 PM | Show all posts
susah gak nak mengayat si nad ni...
chayo...chayo rain....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2011 09:36 PM | Show all posts
suka nad ngan rain...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 11:41 PM | Show all posts
wow!!! suka gadis macam nad... tegas, jujur n tak hipokrit... rain kena keje keras kalu nak pikat nad... ahkak suka dua2 rain n rushdi... macam mana tuhhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 09:02 AM | Show all posts
wow!!! suka gadis macam nad... tegas, jujur n tak hipokrit... rain kena keje keras kalu nak pikat na ...
asyriqa Post at 6-12-2011 23:41



    lambung siling la jawabnya !!!! hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 09:46 AM | Show all posts
Itu Rain!! Dpt tepat ke muka anda!!!

Nadia.. Yes! Terus terang je.

Abg Rushdi, kenapa slow sangat nak masuk line....

Smiley!!! Suka crite ni... tepek banyk2 k!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.076624 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list