CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

DIRANG MATI DIBAKAR: IBUNYA TERKILAN BILA PESALAH DIHUKUM 1 BULAN PENJARA ! post

   Close [Copy link]
Post time 6-3-2012 05:16 PM | Show all posts
off topic jap ek..
kan ada bdk lelaki cina ilang tahun 1994.. sampai skrg mmg x jumpa lg ek
stryder_cats Post at 6-3-2012 16:34



   yg itu kena culik di sekolah bukan?
udah lah budak itu anak tunggal sahaja.

sampai sekarang tiada berita ala di mana adik sharlinie itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2012 05:28 PM | Show all posts
yg itu kena culik di sekolah bukan?
udah lah budak itu anak tunggal sahaja.

sampai seka ...
Changa Post at 6-3-2012 17:16


nama dia shoo seng or sumthing like dat kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 05:57 PM | Show all posts
Amaran Gambar 18SG

Jagalah anak2 kecil anda
Anak anda, tanggungjawab anda (scroll ke bawah)








































Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 06:23 PM | Show all posts

Ibu percaya Dira masih hidup
NORSHIKIN MOHD SALLEH
6 Mac 2012                    


        PASIR GUDANG – Biarpun sudah lima hari Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih mesra dipanggil Dira dilaporkan hilang, ibu mangsa percaya anaknya masih hidup.
        Roselyn Alan, 25, yakin anaknya kesayangannya itu akan ditemui.
“Perasaan saya tidak tenteram, saya tidak mampu lelap mata kerana runsing memikirkan keadaannya.
“Saya berusaha mendapatkan pandangan pakar perubatan alternatif, mereka mengatakan Dira masih selamat, namun dikurung di sebuah rumah dan dijaga oleh dua individu lain. Sayamerayu Dira dikembalikan,” katanya kepada Sinar Harian.
        Menurut Roselyn, keletah Dira yang gemar menyanyi dan mengusik dua adiknya bagaikan terbayang di ruang mata.
“Dia suka makan ayam goreng, jika pulang saya akan masakkan makanan kegemarannya,” katanya.
        Roselyn berkata, biarpun Dira tidak mempunyai penyakit serius, namun hatinya runsing kerana anak keduanya itu pernah dimasuki ke unit rawatan rapi (ICU) setahun lalu akibat demam panas.
        Sinar Harian kelmarin, melaporkan Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas keluar membeli mi segera di kedai runcit Flet Seri Delima, Jalan Suria Bandar, Seri Alam, di sini kira-kira jam 11 pagi, Khamis lalu.
        Roselyn berkata, Dira meminta mi segera sebaik sahaja bangun daripada tidur.
        Berbekalkan RM4 bersama sekeping nota tertulis mi segera dua bungkus dan telur RM2, Dira keluar ke kedai runcit di blok bersebelahan.
        Bagaimanapun, kanak-kanak itu dipercayai dilarikan seorang lelaki dan wanita yang selama ini mencurigakan tinggal berjiran di rumah kosong yang dilelong oleh pihak bank sejak Disember tahun lalu.
        Roselyn merayu kerjasama daripada orang ramai terlihat atau terjumpa anaknya supaya menghubungi nya di nombor 010-8239010 atau ke balai polis berhampiran.
        Sementara itu, polis mengesahkan menahan tiga individu, termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan pada 1 Mac lalu.
        Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dua lelaki dan seorang wanita berusia 36 hingga 40 tahun itu ditahan selepas menerima laporan oleh ibu mangsa pada hari kehilangan anak mereka.
“Saya sahkan menerima laporan ini dan polis berjaya menahan tiga individu yang direman sehingga esok (hari ini). Usaha mengesan kanak-kanak ini giat dijalankan di 20 lokasi sekitar bandar raya ini,” katanya di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di sini, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 06:25 PM | Show all posts
3 held over missing 5-year-old girl0 comments
JOHOR BARU: Police arrested three suspects, including a  woman, to assist in investigations of a missing  5-year-old girl, Nurul Nadirah  Abdullah.

Roselyn Alan and  her husband, Lima Medang, showing a picture of their daughter, Nurul Nadirah  Abdullah, who has gone missing since last Thursday. Pic by Hairul Anuar Abd  Rahim





        The girl, nicknamed Dira, was reported missing by her mother, Roselyn Alan,  25, on Thursday.
        Roselyn said her daughter left their four-storey Seri Delima Flats unit in  Jalan Suria Bandar Seri Alam, here, to go to a grocery shop on the ground floor  of the block.
        She said she gave her daughter some money and a list of items to buy. When  Dira failed to return home 30 minutes later, Roselyn went to look for her.
        The shop owner said Dira had left after buying the items.
        She said while she and her husband went looking for Dira, neighbours told  them that they saw a couple on a motorcycle with a bundle of material with a  child's pair of legs jutting out.
        They gave chase, but the couple sped off. It is learnt that the couple had  recently moved to the flats.
        A missing person report was lodged at Seri Alam police district headquarters  here on the same day.
        Police later arrested the couple and another person to facilitate  investigations.
        Johor police chief Datuk Mokhtar, who confirmed the arrests, said the case  was being investigated as a missing person and not kidnapping.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 06:27 PM | Show all posts
3 suspek culik budak ditahanOleh IFQDAR A. RAHMAN
[email protected]


Nurul Nadirah Abdullah



JOHOR BAHRU 5 Mac – Polis memberkas tiga individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak di sebuah rumah kosong berhampiran kediaman mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini Khamis lalu.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 36 hingga 40 tahun itu diberkas hasil maklumat penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka di rumah kosong berkenaan sejak Disember lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek ditahan pada hari yang sama selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak berusia 5 tahun itu, Nurul Nadirah Abdullah.
“Kesemua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan polis sedang berusaha mengesan kanak-kanak itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas kanak-kanak itu keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi Khamis lalu.
Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah, kata ibunya, Roselyn Alan, 25.
Mohd. Mokhtar berkata, setakat ini, polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu, namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang.
Polis, kata beliau, sedang menjalankan siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak itu agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, polis telah menemui sebelah selipar mangsa pada jarak 200 meter dari lokasi rumahnya manakala sebelah lagi 500 meter iaitu di kawasan ladang kelapa sawit.
Katanya, polis turut menemui mi segera dan telur yang sudah pecah selain gula-gula dipercayai dibeli oleh mangsa sebelum itu.
“Siasatan polis setakat ini percaya motif kejadian bermotifkan dendam yang disyaki dilakukan oleh suspek.
“Suspek berbuat demikian disebabkan nenek mangsa pernah memarahinya kerana melihatnya mencuri kabel malah pernah memberi amaran kepada keluarga mangsa supaya tidak mencampuri urusannya,” katanya.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibungkus dengan kain batik sebelum dibawa keluar dari rumah suspek yang berhadapan dengan kediaman mangsa.
Ini kerana terdapat saksi yang melihat jari tangan mangsa terkeluar dari bungkusan itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2012 06:34 PM | Show all posts
Reply 221# Changa

sharlini tu pon apa cerita skrg.. mmg misteri la
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 06:34 PM | Show all posts
Ntah2 budak tu x makan apa pun lagi..dah la kena culik sian sgt..Harap2 budak tu selamatla..amin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2012 09:44 PM | Show all posts
i duduk d taman sebelah flet ni.. setakat ini belum jumpa.. suspek yg direman adalah jiran depan rumah.... ni poster yang diedar sejak jumaat lepas, jiran i kasi.. semenjak kejadian ni,  budak2 x berkeliaran sgt kt bawah flet tu...ada hikmahnya...ayat2 popular minggu ni "lari kalo jumpa org x kenal" "jgn ambil gula2 atau barang dr org x kenal".. kpada yg x tau..jgn buat tuduhan yg bukan2 pada ibu bapa@ penjaga budak2 ni... tolong doakan keselamatan adik Nadhirah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 10:28 PM | Show all posts
i duduk d taman sebelah flet ni.. setakat ini belum jumpa.. suspek yg direman adalah jiran depan rum ...
haniryan Post at 6-3-2012 21:44



    Tiada pertuduhan , sangat jelas ibu bapa cuai suruh anak umur 5 tahun pergi kedai, siap kasi nota hendak beli apa.
Apa penduduk flat pprt kejiranan kamu anggap itu perilaku normal ibu bapa? Jikalau kamu anggap itu normal saya harap kamu katup sahaja faraj kamu supaya tidak boleh membiak anak anak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 10:36 PM | Show all posts
i duduk d taman sebelah flet ni.. setakat ini belum jumpa.. suspek yg direman adalah jiran depan rum ...
haniryan Post at 6-3-2012 09:44 PM


Saya berdoa spaya suatu hari nanti akan digubal undang2/akta untuk mendakwa ibubapa seperti ibubapa mangsa ini....ibubapa mangsa ini bukan sekadar cuai malah memandang remeh soal keselamatan anak kecil...yakni perlakuan ibubapa mereka adala SENGAJA meletakkan anak mereka didalam bahaya...saya tidak habis fikir gimana seorang dewasa yang punyai akal yang waras boleh menerima perbuatan ibu mangsa ini?...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 10:49 PM | Show all posts
Anak aku mmg sorry la aku nak kasik main kat luar. Main je kat dapur blakang while aku masak. Nak branak sorang bukan main teran jew.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 10:55 PM | Show all posts
i duduk d taman sebelah flet ni.. setakat ini belum jumpa.. suspek yg direman adalah jiran depan rum ...
haniryan Post at 6-3-2012 21:44



    Haniryan, kami tak ada tuduh parents budak2 tu. Apa yang forumers di sini cakap memang benar, bukan? Mak bapak kanak2 tu sangatlah cuai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 11:06 PM | Show all posts
Reply 230# Changa

awak salah kalau fikir saya membela ibu bapa yg cuai.. TIDAK SAMA SEKALI.. malah saya sgt setuju undang2 menghikum ibu bapa/ penjaga cuai... cuma saya ingatkan anda semua membuat tuduhan yg bukan2 terhadap penjaga budak tu.. itu saja
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 11:11 PM | Show all posts
Reply  Changa

awak salah kalau fikir saya membela ibu bapa yg cuai.. TIDAK SAMA SEKALI.. malah s ...
haniryan Post at 6-3-2012 23:06

so mak ayah budak nih tak cuai lah gituh............ camane yg dikatakan dia orang tak cuai pulak......... boleh explain perkara sebenar takkk??????????
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 11:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by Changa at 6-3-2012 23:20

Kenapa iya jikalau budak hilang sangat payah untuk di kesan dan dijumpai semula?

Adakah penculik kanak kanak sangat pro dan licik.

Yang dahulu ribut pasal anak kokesen kena culik di Portugal pun sehingga hari ini tidak dpt di kesan hidup atau mati.

Itu pun ibu bapa kokesen yg sangat cuai walhal kan ibu bapa beliau doktor sebegitu. Boleh pula tinggal anak anak kecil tgh tidur di apartment percutian tanpa berkunci dan mereka keluar dinner dgn rakan rakan di restaurant berdekatan. Konon nya mereka take turn pergi check anak anak every 30 mins sebegitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2012 11:19 PM | Show all posts
saya gak pedulik,,bukan anak saya yang diculik....saya aman saja konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 11:52 PM | Show all posts
kalau penculik tu tukang curi kabel...
dia mesti ada kenal penjahat... penyangak
yg ada kaitan dgn sindiket jual beli budak  

tak kan senang2 je diorang bawak lari budak ni siang hari..
mesti ada van dah tunggu kat ladang kelapa sawit
dah dirancang lah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 12:14 AM | Show all posts
Kenapa iya jikalau budak hilang sangat payah untuk di kesan dan dijumpai semula?

Adakah penculik  ...
Changa Post at 6-3-2012 23:18


Malahan dalam kes Madeleine ini, mak bapak dia juga merupakan prime suspects tapi tak dapat disabitkan kerana bukti yang tak cukup kuat. (Rumor has it that the police found Madeleine's blood in their rented car)
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 12:56 AM | Show all posts
org tempatan ker org datang nie?

ngaper suruh anak usia 5 thn g beli barang sendirian?tak ambik i ...
leylapple Post at 6-3-2012 07:38


sorilah kalo aku jwb ni kasar....aku rase org camni x tgk berita atau x baca paper....mungkin depa auka baca mjlh hiburan je kot....aku kalo bawak budak2 g mall pon, aku pegang tgn....kalo terlepas, siap la aku jerit nama n bebel2 marah kat budak2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.467519 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list