Post Last Edit by ahkiluz at 3-5-2012 07:11
mutip banyak pulak kuar atikel pasal bella dally neh >>
Bella buru impak maksima
Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
[email protected]
PILIH KASIH sebuah program televisyen yang telah melahirkan para perintis dunia seni lakon dan sudah menobatkan beberapa nama seperti Reen Rahim, Livonia Ricky dan Iqbal Mazlan sebagai juara. Tidak kurang juga peserta-peserta lain yang lahir daripada program yang diterbitkan pelakon popular, Rosyam Nor itu. Tidak terlepas pandang, gadis bertubuh genit, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 21, yang muncul menerusi Pilih Kasih musim pertama. Berbekalkan wajah Melayu kacukan Pakistan, Cina, Filipina dan Eurasian, pasti tidak disangkal pelakon filem Seru itu ada rupa untuk dijual selain bakat. Namun, auranya tidak begitu meninggalkan impak maksimum biarpun sudah berlakon lebih 20 buah drama terbitan pelbagai stesen televisyen. Bella yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin baru-baru ini sempena promosi drama yang kini disiarkan di TV9, Friday I’m In Love tampil dengan jawapannya sendiri. Kosmo!: Bella sudah tiga tahun berkecimpung dalam industri lakonan tempatan tapi boleh dikatakan anda masih kurang dikenali umum. Kenapa agaknya? BELLA: Ramai yang bertanyakan soalan yang sama kepada saya sebelum ini. Bagi saya, rezeki itu milik masing-masing, ada yang cepat ada yang lambat. Kenapa Bella berasa kurang mendapat perhatian ramai sedangkan anda bukan lagi pelakon yang baru mahu menapak dalam dunia lakonan, malah ada juga pelakon-pelakon yang muncul kemudian daripada anda lebih cepat meraih populariti? Pemilihan watak itu penting sebenarnya, tetapi syukur sehingga hari ini banyak drama telah menaikkan nama saya antaranya, Vanilla Coklat, Serapah Darah Bulan Madu, Jangan Bunuh Matahariku dan Natrah. Saya akui kini lebih selektif dari segi pemilihan watak. Selektif bagaimana yang anda maksudkan? Saya tidak akan sesekali memilih watak yang mencerminkan perilaku negatif masyarakat. Begitu juga watak-watak yang menuntut saya berpakaian seksi. Bukan sahaja diri saya yang membataskan syarat itu tapi juga keluarga saya yang kurang senang melihat saya beraksi seksi. Selama ini Bella lebih banyak melakonkan watak hitam dalam drama-drama lakonan. Mungkin Bella ada matlamat sendiri dari segi watak yang Bella mahukan? Ya, saya mahukan watak baik pula. Selama ini saya sering diberikan peranan wanita yang jahat. Watak jahat bagi saya lebih puas tetapi peminat juga selalu sarankan supaya saya berubah angin. Kenapa Bella kata sering diberikan watak jahat oleh pengarah? Barangkali ia cuma kebetulan. Saya kurang gemarkan watak sebegitu sebenarnya. Kalau melakonkan watak jahat saya kena lebih berikan tenaga dan perlu lebih bijak berdialog. Saya ambil watak-watak sebegitu sebagai praktis untuk lebih cemerlang pada masa akan datang. Memandangkan Bella merupakan bekas peserta Pilih Kasih, mungkin ada pandangan peribadi mengenai peserta musim ketiga dan terakhir program itu? Bakat boleh digilap. Apa yang penting, berikan mereka peluang untuk membuktikan keupayaan masing-masing. Saya pun bermula dengan kosong. Pilih Kasih merupakan platform terbaik tetapi dalam masa yang sama perlu usaha dan bergantung pada rezeki. Boleh ceritakan pengalaman anda terlibat dengan drama Friday I’m In Love? Seronok bekerjasama dengan produksi drama ini. Pada mulanya masing-masing kaku dan tidak mengenali satu sama lain. Namun, selepas sahaja minum kopi bersama-sama kami terus rapat. Dalam drama ini, saya memegang watak Ana iaitu teman wanita Pitt (lakonan Aiman Hakim Ridza) yang kelakar, baik dan manis. Apa perkembangan terkini Bella? Saya baru selesai penggambaran drama Natrah dan bakal muncul dengan filem Gila-Gila Remaja 2.
credit: Kosmo online
__________________________
tikammmm bella bagi pihak zara & JWIans!! erkkk |