CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mierrr

ujian/dugaan/bala

[Copy link]
Post time 22-8-2012 06:03 PM | Show all posts
mr_evergreen posted on 22-8-2012 05:52 PM
Salam
steady la...
mana gua ada nanges...anak melaka kot yg tgh nanges

salam

haha .. boleh sakit perut .. hehe
ini pun ujian jugak eeh .. mr_evergreen ..
but better gunting aah ..
cabut cabut ni .. boleh rosak urat saraf aah .. hehe

wassalam


p/s ..
mr_evergreen ..
macam dirty hairy aah .. issh .. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2012 06:25 PM | Show all posts
salam semua...

apa kelebihan surah alwaqiah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 10:24 PM | Show all posts
mierrr posted on 22-8-2012 06:25 PM
salam semua...

apa kelebihan surah alwaqiah?


good question though sebab mostly org kaitkan fadhilat surah al waqiah ni dengan rezeki

tapi saya tak berani nak tampal ye sebab saya juga maklum tentang ada hadith hadith berkenaan dengan fadhilat surah al waqiah ni dikategorikan sebagai hadith dhaif so terutamanya Ibnu ady ...

saya dengan itu lebih baik untuk tidak harming you  dengan  itu lebih membuka pertanyaan ni kepada anyone yg tahu hadith SAHIH tentang al waqiah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2012 11:34 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 22-8-2012 10:24 PM
good question though sebab mostly org kaitkan fadhilat surah al waqiah ni dengan rezeki

tapi ...

tq mbhcsf
memang saya ada dengar
dan baca mengenai mcm yang u kata
surah ni dikaitkan dgn rezeki
memang kadangkala saya membacanya
lepas solat dengan niat untuk itu
tp
tak peke niat kita ke arah itu?
demi untuk dimurahkan rezeki

harap siapa yang lebih arif
dapat lebih bagi penerangan
tentang bacaan2 ayat suci ni
tak kira surah apa pun
biarla lama kelamaan
jadi amalan kita


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 12:06 AM | Show all posts
mierrr posted on 22-8-2012 11:34 PM
tq mbhcsf
memang saya ada dengar
dan baca mengenai mcm yang u kata

hmm oh begitu ke i see....oh kalau gitu kita pun samalah ...in my case...
well i used to ask my father about yassin as well...

saya pun ada tanya : kita baca yassin , buat ayaq yassin yg sometimes i nampak mak ayah kawan kawan  letak nak bagi minum ke waktu exam ?

so i saw this  and one day i asked my father : abah , yg bagi kuasa dan izinkan budak menjawab ni Allah...so ...why kena minta ayaq bagai dan baca yassin  tu ? niat yassin tu ke atau Allah ?

abah i cakap apa ntah tapi macam nilah lebih kurang mmglah kita tahu Allah  yg bagi segalanya - kemudahan semua , tapi dengan bacaan yassin tu sebahagian  ikhtiar dan kita harap Allah memberkati dan memberikan pertolongan .
gitu ...

tapi kan bila dewasa i guess...bacalah quran hanya semata niat lillahi taala untuk mengingati  Dia...sebab Allah pun berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 152 : remember me and i will remember you ......

but again jawapan yg tuntas diperlukan di sini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 12:16 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 23-8-2012 12:06 AM
hmm oh begitu ke i see....oh kalau gitu kita pun samalah ...in my case...
well i used to ask my f ...

''tapi kan bila dewasa i guess...bacalah quran hanya semata niat lillahi taala untuk mengingati  Dia...sebab Allah pun berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 152 : remember me and i will remember you'' ......



setuju sangat
betulla mcm u kata


memang ada rasa malu
bila hanya baca untuk itu
mcm niat kita bukan ikhlas
tapi allah lebih tahu
tak pela
lama kelamaan
akan jadi rutin
bila kita rajin amalkan
moga dgn amalan
alalh izinkan/restu/makbulkan  kearah maksud dan fadhilat ayat2 suci tersebut

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2012 10:44 AM | Show all posts
mierrr posted on 23-8-2012 12:16 AM
''tapi kan bila dewasa i guess...bacalah quran hanya semata niat lillahi taala untuk mengingati  D ...

Assalamualaikum mieerr,

Rasulullah saw telah meninggalkan kpd kita yakni umatnya pelbagai PANDUAN/PEDOMAN.
Di antaranya mengenai pelbagai Surah yg di suruhnya di hafal n amal.
Spt Surah Yassin, Al Mulk, As Sajdah, Al Kahf (10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir)
Al Waqiah, Ar Rahman..............
Setiapnya di berikan Baginda saw akan FADHILAT/KELEBIHAN.
Spt kakayaan, syafaat etc...

Ada juga Surah surah yg tidak di sebut secara KHAS tetapi kita mengamalkannya.
Kenapa eh???
Nak tahu apa nya?
Surah berkenaan FARAID, NIKAH, TALAK, RUJUK, BERNIAGA, SOLAT, ZAKAT, HAJI etc

Surah Yassin di bacai setiap malam Jumaat tetapi tdak pulak di amal. (Surah Dakwah)
Bila ada golongan yg mahu mengamalkannya, kita akan Cop mereka sebagai 'sesat'  dan segalanya...

IKHLAS??
TIDAK IKHLAS?

Baca n NIAT seperti mana yg di suruh olih Rasulullah saw.

MAKBUL nya NIAT seseoghang adalah HAK Allah swt.
Kita hanya berusaha sahaja.

Allah swt bley melakukan sesuatu TANPA ASBAB, DENGAN ASBAB dan BERTENTANGAN DENGAN ASBAB.
Kalau tak baca surah2 yg di suruh tu pung.............Allah swt bley makbulkan doa komer.

Kerana kita mengaku Rasulullah saw itu sebagai PEMIMPIN kita (spt di dalam Kalimah Syahadah), kenapa tidak mahu ikut apa yg di sarankan Baginda saw??

Malu nak doa/minta daripada Allah swt?
Oghang yg tidak berdoa adalah oghang yg SOMBONG. (refer hadis)
IBLIS menunjukkan 70 ribu cara utk membuat kebajikan.

Berhati hati lah......

Banyak ayat ayat di dlm Al Quran yg di ambik utk di jadikan doa selepas solat.
Begitu juga dgn hadis hadis.

Waallahua'lam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 12:28 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 23-8-2012 10:44 AM
Assalamualaikum mieerr,

Rasulullah saw telah meninggalkan kpd kita yakni umatnya pelbagai PANDU ...

tulah  rasa nak baca quran , buatlah ...nak doalah ...

yg penting istiqamah....dalam apa apa pun...biaq sikit sikit dulu then ansur ansur dan  konsisten.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2012 03:43 PM | Show all posts
salam

Rasulullah s.a.w. bersabda;
‘‘Sinarlah rumah kamu dengan mengerjakan sembahyang dan membaca Al-Quran.’’
Riwayat Al-Baihaqi

apabila rumah kamu sudah d'terangi oleh rahmat Allah ..
nikmat itu akan bertukar menjadi berkat ..
maka keberkahan hidup itu yang dapat sesorang itu hidup aman dan tenang selalu ..
senantiasa membuat ia bersyukur ..

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda;
‘‘ Melihatlah kepada orang yang lebih rendah darimu dan
jangan melihat orang yang lebih tinggi.
Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.’’  
Sahih Muslim

wassalam




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 05:02 PM | Show all posts
Tahun ini saya diduga lagi dan amat perit ianya berlaku disaat muslimin bersiap sedia untuk menyambut Ramadhan... Hari Raya tahun ini saya x seceria mana.

Namun bila dipandang dari sudut positif.. apa yg saya lakukan sepanjang bulan Ramadhan menyedarkan saya betapa bersyukurnya saya kerana terpilih untuk menerima dugaan Allah. Ya.. Segala baik buruk yg berlaku pada kita adalah dengan izinNya.
Tipula kalau saya katakan saya x sedih atau duka nestapa tapi saya cepat fikir pasal penderitaan Nabi Ayub, Asiah isterinya Firaun, kisah Siti Fatimah.. untuk menguatkan semangat insan kerdil seperti saya. Sewaktu beraya di kampung pun ALlah temukan saya dgn kakak sepupu yang menghadapi dugaan lebih hebat dari saya. Baru saya teringat ayat 286 surah Al Baqarah "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Syukur kerana aqidah dan pegangan saya tidak terpesong.
Dan 1 lagi kurniaan Allah yg tak terhingga nikmatnya sampai kini.. Al-Quran, .. KalamNya yg menjadi penyejuk hati dikala diri sedih dan ditimpa kesusahan.


Last edited by Herlina on 23-8-2012 05:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 06:33 PM | Show all posts
meh sini ada citer perihal ikhlas dan redha ALLAH
diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a sahih bukhari   dan saya petik daripada majalah SOLUSI no. 43.
[Diceritakan oleh Ustaz Zahazan Mohamed]

Ada  tiga orang sahabat  yang bermusafir  dan apabila malam , mereka bertiga mengambil keputusan untuk bermalam di dalam sebua gua.Then suddenly, ada sebuah batu  besar  telah jatuh dari sebuah bukit dan menutupi pintu gua yg depa masuk tu. so, the three of them  had to discuss and talk about the best way to get them out of the cave.
Ketiga - tiga mereka berdoa dan mengharapkan agar  mereka dibantu ALLAH untuk keluar dari gua tersebut
dan inilah di mana :

sahabat yg pertama berdoa - Ya Allah Engkau mengetahui bahawa kedua dua ibu bapaku telah tua . Aku tidak akan mendahulukan sesiapa pun sebelum kedua ibu bapaku  apabila tiba waktu memberi susu. Tetapi suatu malam, ketika aku pulang ke rumah , aku mendapati mereka telah tidur dan tidak tergamak untuk mengejutkan mereka . Lantas aku pun memegang susu tersebut  dan memberikan susu tersebut sejurus selepas kedua ibu bapaku bangun  sebelum diberikan kepada anak - anak dan isteri. dan lelaki ini berdoa - Ya ALLAH sekiranya perkara ini berada dalam reda-Mu selamatkanlah kami dari musibah ini.

batu yang menutupi pintu gua itu berganjak sedikit.

dan datanglah giliran sahabat ke-2 berdoa dan doanya ialah oleh sebab dia berjaya mengelakkan daripada  melakukan  kejahatan yg bersifat dosa besar  denngan sepupu perempuan yang dikasihnya  dan membantu sepupu perempuannya dalam kesusahan maka didoakan  agar keikhlasannya meninggalkan kejahatan yg hampir dilakukannya  itu dapat diterima Allah dan diselamatkan merekea bertiga dari terus terperangkap dalam gua.

Batu yang menutupi pintu gua itu terbuka dan berganjak sedikit.

dan kemudian datang  sahabat ketiga dan dia berdoa :

Ya Allah aku telah mengupah beberapa orang pekerja dan memberikan upah kepada semua pekerjanya kecuali seorang pekerja yang menghilangkan diri. Aku telah melaburkan wang upahan pekerja itu sehingga mendapat pulangan yang berlipatganda . Setelah sekian lama menghilang , maka pekerja yang hilang itu muncul kembali dan menuntut haknya. Aku memintyanya mengambil unta, lembu dan kambing dan hamba - hamba kerana ini semua hak kamu sehingga orang itu menyangka ia satu gurauan . Setelah
kuceritakan kesemuanya barulah pekerja itu percaya dan mengambil haknya.

Ya Allah sekiranya amalan ku ini semata mata demi menggapai redha-Mu dan ikhlas kerana - Mu , selamatkanlah kami dari musibah ini.

batu itu beganjak keseluruhannya  daripada menutupi pintu gua tersebut.

Kisah ini  ialah mafhum hadis seperti yang diriwayatkan di atas.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 08:45 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 23-8-2012 10:44 AM
Assalamualaikum mieerr,

Rasulullah saw telah meninggalkan kpd kita yakni umatnya pelbagai PANDU ...

salam mr.niceghost,

tq tq tq
atas penerangan panjang yang bermakna
ya
jika Allah menghendaki
apa jua akan terjadi
melalui doa atau tak
tapi doa dan disertakan
sunah rasulullah seperti mengaji
lagi afdhal

ya orang yang tidak berdoa
adalah orang yang sombong
cuma kadang kala
terbit malu
denagn perbuatan kita
terhadap allah ke arah allah
tak setimpal dengan
apa yang kita minta

rezeki diberi setiap hari
kita boleh makan walau tak mewah
kita masih diberi penglihatan
anggota badan lain
tak setimpal
dgn apa yang dikurniakanNya
berbanding kita buat untukNya

apa pun Dia suka
kita berdoa kepadaNya

bacaan surah2 lagi merapatkan
hubungan kita kepadaNya


tq sekali lagi...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 08:49 PM | Show all posts
magpie5672 posted on 17-8-2012 10:25 PM
bagaimana nak sabar dengan benar2 sabar...

tunggu ujian
yang benar2 mencabar
mencabar mental
dan fizikal
baru kita boleh ukur
kesabaran kita tahap mana

tapi kebanyakannya
ujian kecil pun
kita tak sedar
kita mampu sabar atau tak

banyak benda berlaku
pada diri kita yang
bersangkutan dengan
sekeliling kita juga

kesabaran kata2
kesabaran perbuatan
kesabaran fikiran
kesabaran hati

apakah kita berjaya
menjadi org yang sabar?

rasanya jauh lagi kurang
betultak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 08:50 PM | Show all posts
NorAddin posted on 23-8-2012 03:43 PM
salam

Rasulullah s.a.w. bersabda;

salam NorAddin

tq dgn penerangan


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 08:54 PM | Show all posts
Herlina posted on 23-8-2012 05:02 PM
Tahun ini saya diduga lagi dan amat perit ianya berlaku disaat muslimin bersiap sedia untuk menyambu ...

salam herlina yang penyabar,

ada masa tertentu
jangka masa tertentu
yang ditetapkan olehNya
kita akan teruji
diuji mental dan fizikal kita
dengan berat

yang mampu i katakan
kali ni, masa ni adalah masa kita
kali ni kita di bawah
insyaAllah tyidak selamanya
kita akan berada di bawah
ujian menjadikan kita lagi kuat
lagi tabah
insyaAllah ada hikmah disebalik
yang terungkap
yang disebaliknya kita tak tahu
apa rencanaNya untuk kita

sabarlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 08:56 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 23-8-2012 06:33 PM
meh sini ada citer perihal ikhlas dan redha ALLAH
diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a sahih bu ...

tq

cerita ini dapat memberi kita berfikir
memberi panduan/pedoman
untuk menjadi insan yang lebih baik
lebih sabar dalam menghadapi
ujian/musibah/dugaan/bala

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 10:29 AM | Show all posts
mierrr posted on 23-8-2012 08:54 PM
salam herlina yang penyabar,

ada masa tertentu

Salam mierr,

saya bukan lah sekuat mana cuma bersyukur saya x jadi mcm mula2 saya diberi ujian. Dulu saya sll tanya napa aku je yg kena tak org lain. Nak pulak bl tgk org sekeliling happy je.

tapi tu la.. x tau mcmana.. saya membaca dan mendengar pandangan serta ikut kuliah di surau dan masjid..terdetik di hati.. mungkin Allah nak aku lebihkan 'mengadap' Dia, Dia nk dengar aku merayu dan berdoa lebih kerap pada Dia.

Sejak itula saya setiap kali saya x keruan atau fikiran terganggu, saya cepat pujuk balik hati saya ini tanda Allah sayangkan aku. Lebih baik saya di uji dgn kesusahan. Kalau diuji dgn kesenangan nescaya saya akan lupa daratan.

Cerita pasal sabar ni.. hmm.. ada masanya kesabaran tu hilang juga.. adakala saya jadi pemarah, x keruan, terutama bila saya pendam masalah saya sendiri. Saya bukannya maksum, kdg bila sedar saya menangis pulak sbb bila dh terkasar,  terlepas kemarahan kat anak2.. Ya Allah.. rasa bersalah sgt. Semua ni bukan salah sapa2 tap diri saya sendiri yg x mampu nak kawal emosi.

Tapi.. bak kata ustaz yg saya jmpa.. mmg kita sukar mengawal emosi apalagi kalau ia membabitkan gangguan benda2 halus sekali. Kuncinya ialah solat, puasa, berdoa dan usaha. Jadikan Allah kekasih kita dan terbitkan rasa tidak sabar untuk mengadapnya setiap kali azan berkumandang. Jadikan Kalamnya umpama kata2 cinta Dia, 'puisi' syahdu untuk menenangkan jiwa kita.

Apapun tahniah kerana thread ini terlalu byk penyumbang kata2 semangat dan pandangan yg boleh dijadikan panduan dan iktibar.



Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2012 12:48 AM | Show all posts
mierrr posted on 23-8-2012 08:50 PM
salam NorAddin

tq dgn penerangan

salam

hey .. alhamdulillah
thankz .. this for u ..

Tuah manusia ada 3
1 rajin berusaha
2 jimat cermat
3 pandai mentadbirkan

Celaka manusia ada 3
1 pemalas
2 boros
3 suka berkelahi/bergadoh

iqtikad ..
Jabariah .. wajib berusaha dan ikhtiar .. wajib dapat
ASWJ .. wajib berusaha dan ikhtiar .. harus dapat
Qadariah .. mereka tawakal saja ..

wassalam


p/s ..
wah .. mierrr
alif ba ta (avatar/avvy) dah tukar ..
makin comel .. hehe .. ni pun ujian jugak .. isshh
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2012 02:30 AM | Show all posts
Herlina posted on 23-8-2012 05:02 PM
Tahun ini saya diduga lagi dan amat perit ianya berlaku disaat muslimin bersiap sedia untuk menyambu ...

are u ok?

what happened ?

i hope you are ok ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2012 12:27 PM | Show all posts
Herlina posted on 24-8-2012 10:29 AM
Salam mierr,

saya bukan lah sekuat mana cuma bersyukur saya x jadi mcm mula2 saya diberi ujian. ...

salam Herlina,

kadang2 kita pelik
kenapa ujian yang diberikan
tak surut2
tahun ke tahun
masih tak berubah

mcm i kata pada post 1
kadang2 kita rasa kita dah buat yang terbaik
tapi masih kena uji
ada je yang tak kena

ya
betul Herlina kata
mungkin ni cara bagi Dia
untuk dekatkan lagi kita ke arahNya
tp
itu pun jika kita ke arah positif
tp kalau kita ke arah sebaliknya
lagi jauh kita dgn Nya

jadi
kita fikir balik dengan waras
kita hidup ni untuk apa
ke arah mana
jadi kuatkan diri
hidup kita ada sebab
kejadian kita ada sebab

sabar, tenang, waras
cuba hadapi segala ujianNya
samada teruk atau kurang
hadapi dgn akal
lebih dekatkan diri ke arahNya

ahhh..berkata2 memang senangkan?
tapi yang mengalami.
diri betul2 rasa down
tp cubalah kita lawan
segala yang negatif
ok..

i doakan Herlina sentiasa berada
di dalam keadaan yang positif
kuatkan semangat demi orang2 tersayang
ok



Last edited by mierrr on 25-8-2012 01:49 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.066481 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list