|
[Jenayah]
Kakitangan TV9 ditemui mati di rumahnya. UPDATE: Suami didakwa membunuh. Page66
[Copy link]
|
|
chaintea posted on 29-7-2012 10:37 PM ![](static/image/common/back.gif)
somi jumpa arwah dalam jam 7 time nak buka puasa
call ahli keluarga jam 9.30 mlm
ambulan sampai ja ...
masak tuk berbuka posa dulu kot
tak pun pegi param....
|
|
|
|
|
|
|
|
kepada laki atau bini yang mulut puaka mcm bapok terencat ... sila berhati-hati jika bergaduh ... nyawa anda mungkin berakhir tragis ... |
|
|
|
|
|
|
|
dari mStar online.
JENAYAH Isnin Julai 30, 2012
Anggota Keluarga Eksekutif TV9 Meninggal Dunia Ditahan
KUALA LUMPUR: Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam Ahad di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.
Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu, katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.
"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," kata Arjunaidi. Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..mesti sedih raya x cukup corum... |
|
|
|
|
|
|
|
hebat gak orang melayu ni kalah fbi,cia, hanya baca berita akhbar jerk,dah leh wat kesimpulan aku rasa,aku agak,aku pasti,aku yakin,aku setuju,aku pelik,bla bla bla.![](static/image/smiley/onion/studyhard.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by hazmireen on 30-7-2012 12:55 PM \n\ntakziah buat ursyaleza Jaafar. Kesian kat anak dia. Berita yang sungguh sedih.. ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
Anak kehilangan ibu...
Sedih sangat dah akhir zaman ni, banyak sungguh orang ada tekanan perasaan.. baik suami or isteri. Yang jadi mangsa adalah anak anak.. tak le tengok la terlalu sedih .. semoga arwah berada di tempat orang orang yang soleha. |
|
|
|
|
|
|
|
calling for kaka mimik!! eh dia bhgn johor
ini kes kat selangor...boleh riki file juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
chaintea posted on 29-7-2012 10:53 PM ![](static/image/common/back.gif)
calling for kaka mimik!! eh dia bhgn johor
ini kes kat selangor...boleh riki file juga ke?
mimik cuti berpantang...
|
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 posted on 30-7-2012 09:29 AM ![](static/image/common/back.gif)
tetiba teringat kes exec petronas dulu.. suami bunuh iseri, declare hilang ingatan.. lps jek tuduha ...
yg pengusaha katering tu suaminya terlepas bebas dari tuduhan. Keputusan penghakiman,pihak pendakwaraya tak dpt cari pembantu rumah yg ada pada masa kejadian kerana dihantar pulang ke negara asal. Very simple,kerana masalah teknikal saja si lelaki boleh terlepas. Yg paling tak tergamak aku baca masa perbicaraan, lelaki tu buat hubungan seks dgn girlfriend dia masa mayat isteri dia dlm almari menurut keterangan teman wanitanya dlm mahkamah. Entah apa jenis bangsat lelaki ni pun aku xtau:@:@:@:@![](static/image/smiley/onion/beat.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
zennaya posted on 30-7-2012 12:58 PM ![](static/image/common/back.gif)
yg pengusaha katering tu suaminya terlepas bebas dari tuduhan. Keputusan penghakiman,pihak pendakw ...
Bangsatnya suami tu. Geram rasa
|
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 posted on 30-7-2012 12:54 PM ![](static/image/common/back.gif)
mimik cuti berpantang...
dah bersalin?
alhamdulillah...
|
|
|
|
|
|
|
|
alah sedihnya...kaku rasa laki dia or dia ade affair neh...tunggu je siasatan plis..segalanya bakal terungkai.. |
|
|
|
|
|
|
|
post mortem hospital claim ada unsur jenayah selepas bedah siasatl...
yang unit forensik polis claim mati mengejut...
kenapa arjunaidi nie cepat sangat keluar statement sebelum post mortem hospital??
|
|
|
|
|
|
|
|
biasanya kalau kes diumumkan kematian mengejut di kalangan org islam, org tu bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
tgk kat blog hazrey gambar parents arwah.sedihnya ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn posted on 30-7-2012 12:53 PM ![](static/image/common/back.gif)
hebat gak orang melayu ni kalah fbi,cia, hanya baca berita akhbar jerk,dah leh wat kesimpulan aku ...
klu cmtu ketegori ngumpat ker fitnah??
|
|
|
|
|
|
|
|
http://www.hazrey.com/2012/07/875-keadilan-untuk-syaleza.html
KEADILAN UNTUK SYALEZA
![](http://1.bp.blogspot.com/-tcJmpV0lDMc/UBYKjRUHoLI/AAAAAAAADQA/WFePhZnZXBw/s400/Syaleza.jpg)
Gambar terakhir yang digunakan Allahyarham di laman facebooknya. Ya Allah, sungguh berat dugaan ini Ya Allah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sebentar tadi mengesahkan kes kematian sahabat kami, Eksekutif Pentadbiran Berita TV9, Nursyaleza Jaafar diklasifikasikan mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Sebelum ini, pelbagai media melaporkan pemergian Allahyarham diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan turut melaporkan Allahyarham dijumpai tergantung di salah sebuah bilik di rumahnya di Damansara Damai, Petaling Jaya.
Seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai suaminya, ditahan sepasukan anggota polis Ibupejabat Polis Petaling Jaya (IPD PJ) di Felda Redong 1, Labis, Johor kira-kira jam 10.15 malam semalam.
Perkembangan ini hasil bedah siasat dijalankan Hospital Sungai Buloh mendapati mangsa meninggal kerana sesak nafas akibat dijerut di bahagian leher.
.
* * *
Aku menerima khabar pemergian Nursyaleza atau lebih dikenali sebagai Syaleza kira-kira jam 1 pagi semalam dan sangat terkejut dengan berita itu lantas menelefon semua rakan untuk mengesahkan berita itu.
Di antara kami, kami sering bertengkar. Dan lazimnya pertengkaran kami berakhir dengan gelak ketawa kerana masing-masing tahu akan hati budi. Kami bukan asing, bukan kenalan. Kami bersahabat. Kami sudah lama meninggalkan aras sebagai kawan dan sudahpun duduk di selesa ruang sahabat.
Semalam, suasana pilu dan hiba menyelubungi ruang kediaman ibubapa Allahyarham di Felda Redong 1, Labis, Johor sebaik jenazah tiba menaiki kenderaan jenazah dari Hospital Sungai Buloh untuk dikebumikan di kampung halaman Allahyarham.
![](http://3.bp.blogspot.com/-TtddHGPQ35U/UBYLbbyfYVI/AAAAAAAADQQ/iylrxL_ZIRs/s400/Syaleza-10+copy.png)
![](http://1.bp.blogspot.com/-setCv66zE88/UBYLgIliU6I/AAAAAAAADQY/yJi-_hZs2EE/s400/Syaleza-11+copy.png)
Kami masih menangis. Airmata kami masih tak putus mengalir. Kami tak puas bermanja
You will be dearly missed Syaleza. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.
![](http://4.bp.blogspot.com/-QgFlWRz-Ynw/UBYLKtIrb6I/AAAAAAAADQI/ANXy1vf4fq4/s1600/syaleza2.jpg)
Anak Allahyarham, Danish berusia 2 tahun kini berada dalam jagaan keluarga Allahyarham di Felda Redong 1, Labis.
Kami tak puas bermanja dengan kamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang rakan kerja yang kami hormati. Kami tak puas bermesra dengan kamu sebagai seorang insan Allah SWT yang sentiasa membantu kami tanpa keluh, tangan rengus, tanpa rungut.
Kata-katamu tak pernah menyakiti kami, kata-katamu tak pernah merobek perasaan kami. Tak lekang kemaafan di bibir kamu tatkala menitipkan ayat. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui dan lebih berhak ke atas kamu. Ya Allah, kami mohon padaMu Ya Allah, dihimpunkan roh Allahyarham Nursyaleza Jaafar bersama orang orang yang kau redhai dan sebaik-baik golongan sebagaimana Allahyarham menjaga kami sepanjang dia dipinjamkan kepada kami.
![](http://1.bp.blogspot.com/-A38jR99OJMg/UBYMV7bAaXI/AAAAAAAADRQ/BEeudgW3mKM/s400/Syaleza-7+copy.png)
Alfatihah.
Antara sahabat dan rakan sekerja Allahyarham yang turut berada di Hospital Sungai Buloh petang semalam.
![](http://3.bp.blogspot.com/-6Bfib7IWZrU/UBYMTT4n9RI/AAAAAAAADRI/hgOffvny8J8/s400/Syaleza-6+copy.png)
Hanya tangisan dan sendu berserta doa mengiringi jenazah yang dibawa keluar dari rumah mayat Hospital Sungai Buloh untuk dibawa pulang ke kampung halaman Allahyarham.
![](http://2.bp.blogspot.com/-si6UXai4fjU/UBYMQlmijII/AAAAAAAADRA/2YINmj9J60A/s400/Syaleza-5+copy.png)
Mereka sudah berkumpul di perkarangan rumah mayat hospital itu sejak awal pagi semalam.
Antara yang turut berada di hospital semalam, Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV7, TV8, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail.
Bedah siasat dijalankan kira-kira jam 2 petang semalam.
Jenazah dibawa pulang ke kampung halaman Allahyarham di Felda Redong 1, Labis, Johor dan tiba kira-kira jam 7.15 malam, sejurus sebelum masuknya waktu berbuka.
Keadaan hiba menyelubungi kediaman ibubapa Allahyarham sebaik jenazah dibawa turun dari kenderaan jenazah dan kedua ibubapa Allahyarham, Jaafar Bakri, 60 dan Rohani Aris, 52 beberapa kali rebah dan terpaksa dipapah masuk.
Kesemua lima adik beradik Allahyarham turut berada di rumah itu selain hampir 100 saudara dan jiran bagi menatap kali terakhir wajah Allahyarham.
Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Jamek Nur Falah Felda Redong 1, Labis, Johor diimamkan Haji Md Amin Md Talib.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Redong 1, kira-kira jam 8.15 malm tadi.
![](http://1.bp.blogspot.com/-LxwtngcMRAk/UBYMMxG5ydI/AAAAAAAADQ4/ygBQ8pLhjeQ/s400/Syaleza-4+copy.png)
![](http://3.bp.blogspot.com/-73RfiP7SPGw/UBYL-x9OziI/AAAAAAAADQg/LBKpiGwLVsA/s400/Syaleza-1+copy.png)
![](http://3.bp.blogspot.com/-iTzjLH6zAQA/UBYMdB1CGjI/AAAAAAAADRg/kWqAOjyxfjE/s400/Syaleza-9+copy.png)
![](http://2.bp.blogspot.com/-VbbcED7w2ck/UBYMDooCzPI/AAAAAAAADQo/JRF65dVxa5o/s400/Syaleza-2+copy.png)
![](http://4.bp.blogspot.com/-vjSgwh99nT8/UBYMH0gy_1I/AAAAAAAADQw/Cx3j5aOynX8/s400/Syaleza-3+copy.png)
![](http://3.bp.blogspot.com/-pANgOedFn-U/UBYMYY-2yWI/AAAAAAAADRY/b-j0mk_u_u4/s400/Syaleza-8+copy.png)
Alfatihah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ibu, ayah dan famili arwah terus tabah menempuh detik ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya bila nyawa menjadi pertaruhan ![](static/image/smiley/default/cry.gif) ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|