CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssyasha

setelah korang kecewa,cerai n breakups..how korg bangkit dr kecewa tu?

[Copy link]
Post time 13-12-2012 12:30 PM | Show all posts
yang lepas biarkan ia berlalu..
semoga diberi kekuatan untuk menghadapi masa akan datang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2012 08:53 PM | Show all posts
lil_sparky posted on 9-12-2012 05:48 PM
jgn la takut awk..
mungkin jodoh awk yg ke 10

owhhh tenkiu..doakan la yer...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2012 08:54 PM | Show all posts
leanazlea posted on 12-12-2012 08:59 AM
cara saya.. yang smlm itu smlm.. harini harini lah.. nk menangis ke , mata lebam ke, xmakan ke smlm. ...

btul tu..kne jd lbh bersemangat...tp adekah lg si dia yg menubggu??

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 06:59 AM | Show all posts
Salam TT,

Utk seketika tidak mengapa memberi masa untuk bersedih menangis dan melalui saat kecewa itu..Menangis lah jika ingin menangis kerana kita tetap manusia biasa punya perasaan..Usah dipendam luahkan dgn cara tersendiri..Tapi jgn biar berterusan kerana hidup mesti diteruskan dan apa yg terjadi telah terjadi.Tak mungkin waktu berpatah ke belakang..Jika menangis boleh melegakan kekecewaan menangislah..beri masa dan ruang utk kita menjadi manusia biasa punya hati dan perasaan..meluahkan kekecewaan dan kesedihan,Ya biasanya kita akan menagis.tapi hadkan tempoh kita dibuai perasaan duka dan kecewa itu..Jgn biar lama kerana dgn menangis dan meratap tidak akan membawa kita ke mana-mana..Cuma sekadar memberi ruang utk meluahkan kecewa kerana memendam rasa bukan jua cara terbaik..

Terima suratan dugaan yang menimpa..bangkitlah kembali..yakin padaNya..Sesungguhnya ada hikmah di sebalik musibah yang menimpa..Suatu ketika mungkin kita akan berterima kasih kpd kekecewaan itu kerana melaluinya mungkin kita semakin tabah melalui kekecewaan di masa akan datang.Mungkin juga sebagai peringatan dan pengajaran dalam kehidupan..yang penting Ingat kepada yang maha Pencipta..Dialah yang mengetahui segala yang terbaik di dalam kehidupan kita..Yakin kepadaNya..Mohon kekuatan dariNya dan sesungguhnya orang yg sering ditimpa musibah/dugaan adalah orang yg istimewa..Kerana dia mahu kita selalu dekat kepadaNya dalam doa dan pengharapan..Sesungguhnya Dia rindu untuk mendengar rintihan kita..suara hambaNya..Kekecewaan sebenarnya adalah jalan utk kita lebih dekat kepadaNya..Jangan bersedih kerana Dia bersama kita.dan janjiNya mintalah kepada Ku kerana aku akan menunaikan permintaan hamba Ku. Dan sematkan di hati jika belum tertunai segala permintaan mungkin yang terbaik sedang menunggu..INSYA ALLAH..Memang mudah berkata sabarlah..tapi amat payah untuk melakukannya. Tapi ingatlah janjiNya bahawa Dia bersama orang-orang yang sabar..

Saya juga seperti TT seperti sesiapa pun jua..melalui berbagai kekecewaan..Juga menangis kadang kala merasa terlalu kecewa,putus asa..tetapi mudah-mudahan segalanya akan lebih mendekatkan diri saya kepadaNya.  Mudah-mudahan melaluinya saya diberi pahala sabar pahala redha  kerana mungkin ganjaran dari amalan-amalan lain yang mungkin masih jauh ketinggalan dan belum cukup sempurna.  Semoga semua sahabat di sini sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan di dalam apa jua ujian sepanjang perjalanan meniti kehidupan.AMIN..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 12:22 PM | Show all posts
noonebutme posted on 16-12-2012 06:59 AM
Salam TT,

Utk seketika tidak mengapa memberi masa untuk bersedih menangis dan melalui saat kecewa ...

kata kata awk ni best.. tq... sejuk hati baca..  sy mengharapkan juga artikel mcm ni utk dibaca , terbaikk!! ~
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 12:26 PM | Show all posts
misssyasha posted on 15-12-2012 08:54 PM
btul tu..kne jd lbh bersemangat...tp adekah lg si dia yg menubggu??

in sha Allah .. akan ada .. tidak disini diakhirat sana.. Allah itu maha penyayang.. lagi2 pada hambanya yang bersabar..~
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2012 08:43 PM | Show all posts
leanazlea posted on 17-12-2012 12:26 PM
in sha Allah .. akan ada .. tidak disini diakhirat sana.. Allah itu maha penyayang.. lagi2 pada ha ...

insyallah...tenkiu kak....huhu...sabar je ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 11:31 PM | Show all posts
xde sambutan pulak daa...sume bz sopping ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2012 11:31 PM | Show all posts
huhu...atau pn anda sume sedang mcari cinta??

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 08:28 PM | Show all posts
da 3 minggu break.. rindu...... tp nk buat cmne.. sabar jela
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 10:19 AM | Show all posts
bunga_kekwa posted on 9-12-2012 03:53 PM
Hehe biasala tu masa sedang bercinta mmg rasa bagai dunia ini terbalik kalau tiba2 putus cinta.
T ...

betul tu... bila umur dah smkn bertambah, dah banyak berjalan dan dah byk melihat pengalaman hidup org lain, aku rasa bersyukur gak tak kawen awal
mcm2 la pengalaman org lain yg aku blaja dr life diorang
kisah kawen cerai, sblm kawen, ms kawen, lepas kawen, smpi dah cerai
aishhh mcm2 laa
bukan saja in real life (dgn org yg terdekat dgn aku), malah dlm porem cari ni kat Bod FD sana tuh
bebaru ni, ka bod CI, ada janda umur 32 thn hidup terseksa sbb diburu Along
sbb ex-laki dia letak nama dia sbg penjamin
sudahnya hidup x tenteram, smpi kene mintak bantuan UMNO Tg Karang
kesian dgn anak2 dia gak

kes terdekat, kezen aku, ms kawen, grand meriah bagai (siap masuk Nona TV3 lagi)
last2 cerai sbb bulan ke-10 kawen, baru tahu yg laki dia ghupenye amik dadah sbb duk keje kat offshore sana tuh
so parents diorang paksa suh bercerai gak

kisah2 lain, banyak gak laa..x terlarat aku nak type satu persatu
sapa2 yg juga melihat perjalanan hidup orang lain itu, mesti 'faham' apa yg aku cuba sampaikan ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 10:46 AM | Show all posts
Paling lama aku kecewa = 4tahun setengah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:55 AM | Show all posts
Laluan gelap terasa sunyi,
Ternampak cahaya di celah lorong,
Hembusan kuat tiada bunyi,
Dipasang di dinding, boleh disorong.

Jikalau tuan bijak bistari, silalah jawab soalan kami..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 06:28 PM | Show all posts
salam.

aku pun baru tiga minggu putus. dua minggu pertama, teruk gila keadaan aku. hari2 nangis. hari2 pujuk dia mintak sambung semula. dah la aku duk ruma sewa ni sorg ja. lonely gila. balik keja je nanges. kat tpt keja pi toilet nanges. tga mengajar, lari pi toilet nanges. balik rumah di kg pun nanges. mcm org gila. aku cubar sabarkan dan pujuk hati sendiri dan pd msa yg sama aku mengadu pada Allah. buat solat hajat supaya dia terima balik aku. tapi kalau dah Allah kata tak boleh, usaha macam mana pun, tetap tak boleh. jadi aku berundur setelah banyak gila aku anta msg pujuk dia, satu pun dia xreply. hampess. so, sekarang dah okey. selera makan tetiba ada setelah 3 minggu makan tak tentu hala, sampai aku jadi slim. hahaha. best gila, bila dah slim ni.  so skarang aku fikir, biarlah dia. aku lepaskan je la dia. belajar untuk lepaskan baru hati jadi tenang. sabar je. sebab Allah akan memberikan ganjaran pada org yang sabar. aku dgn dia blum sampai setahun. 8 bulan camtu lah.

kira tak lama lah aku amik masa, 3 minggu je nak move on berbanding yang lepas2 sebab ni yang ke 3 dahh. hahaha. so pengalaman memang mengajar aku. masa first love msa aku baru habis degree dulu. Masya Allah. teruk sangat pengalaman break up aku. lepas 3 tahun dengan dia, ttba dia ada pempuan lain. yang tu lagik la teruk. satu keja apa pun xjln. nanges 24 jam tak boleh nak dikawal. msa tu masih muda, aku sedih dan tak mengadu pada Allah. sbb tu cam gila sikit. haha. amek msa dalam setahun setengah lepas tu makin okey bila aku dah jumpa yang baru. dan tetiba ex aku dtg cari aku nak masuk meminang. eh??? ko dah lupa ke apa yang ko dah buat kat aku. hahaha. choyy sgt. aku mmg benci terus kat dia. lepas tu jumpa yang baru. kawan dalam setahun camtu, tak jadi jugak, frusttttt gila(sbb beliau hensemmm) tapi boleh handle gak wpun hari2 nanges. amek masa gak nak lupakan dia sampai jumpa yang latest ni dan masa dgn yang latest ni si ex bf no2 pun dtg balik cari dan ckp menyesal. tp kami msih kawan dan ttbe yg latest ni pun putuih jugokkk.

msa aku tga meroyan dua minggu lepas, aku pn decide utk jmpe kwn lama skola aku (sekampung) yang kje skali negeri ng aku kat sni. jumpa dia 1st time, wahhh. ensem dia nih. muka ala2 jepun gitu. n gila2 jugak mcm aku. sblum ni skali skala je komen2 kat fb. sbb aritu aku meroyan bgai nak gila, aku msg dia ckp nak jmpa. n aku cite sume mslh aku n dia mmg sgt pndai bg nasihat dan boleh buat aku ketawa. klu dia single lagik, da lama aku ngorat. hahaha. tp yang buat aku semangat sikit bila dia ckp 'alaa, hg ni rupa ada, personaliti ada, sat ja tu, nt dpt la org len' hahaha. tprasan aku 3 minit kat situ. tapi dia jugak kata, jgn terlalu mencari dan berharap, nanti keciwa. biarlah jodoh tu dtg sndiri. emm. btol tu. aku nk pstikan hati ni btol2 dah ok. baru cheq p mncari. harhar. skang pun rse cam nak kua lg dgn mamat tu, tp cam mls sbb dia da ada awek. segan rsa nak ganggu hubungan dia wpun dia mgkin anggap aku sbg kwn biasa je. awek die pun dok jauh nun. hurm. tp besh kuor ng dia. dilema dilema.
Last edited by weirdwaniey on 14-1-2013 06:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 12:17 AM | Show all posts
penat dah kecewa.. letih.. tapi tak tahu lah bila nak jumpa dengan yang betul..

makin bnyak kecewa..makin banyak pulak umur aku..


danggg~~!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:47 AM | Show all posts
still frustrated until now..moga2 tuhan berikan ku kekuatan untuk hadapi kehidupan nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 11:01 PM | Show all posts
weirdwaniey posted on 14-1-2013 06:28 PM
salam.

aku pun baru tiga minggu putus. dua minggu pertama, teruk gila keadaan aku. hari2 nangis.  ...

masuk hari ni dah 2 bulan aku kehilangan dia.

aku macam ko gak lah,tebal muka nak kat dia balik tapi dia leh ignore aku..bodo tak?haha

tapi skarang ni aku dah ok.

dalam 2 bulan tu macam2 aku buat sebab aku takmau kesunyian dan keseorangan.

aku travel cuti2 malaysia,tiap 2 minggu balik kampung.

aku pun rapat dengan lelaki ni.tersuka pulak dah.tapi dia dah ada awek.

lama2 emosi aku semakin stabil.aku sedar aku tak patut buat dia gitu.

aku cuma nak rapat dengan dia sebab aku sunyi,bukan sebab aku suka dia pun.

sekarang aku dah ok

sakit hati mula2, tapi bila kita dah pandai kawal emosi tu, kesakitan tu cuma salah 1 fasa sahaja.

semua tu akan berlalu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 12:15 AM | Show all posts
tabasco posted on 15-1-2013 06:01 AM
masuk hari ni dah 2 bulan aku kehilangan dia.

aku macam ko gak lah,tebal muka nak kat dia balik ...

Bila kita sedar, kekecewaan tu cuma satu episod. Tp melaluinya tentu pahit dan perit. Bila emosi dah stabil, kita akan lebih bijak mengatur langkah. Supaya tak mudah dikecewakan lagi.

Cuma bila kecewa asyik berulang, umur pun bertambah, hati kadang2 semcm putusasa, tak nak lg menempuh cinta dan lebih suka bersendiri.  Rasa tak adil pada diri sendiri. Tp nak buat mcmana, takkan kita nak tersorong2 cari calon.
Apapun semoga kita dapat yang terbaik dalam hidup samada hidup sendiri atau berdua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 09:06 AM | Show all posts
hilroram posted on 16-1-2013 12:15 AM
Bila kita sedar, kekecewaan tu cuma satu episod. Tp melaluinya tentu pahit dan perit. Bila emosi d ...

betul...kekecewaan tu cuma 1 episod.nak menghadap,melalui episod tu sangat payah.asyik terfikir bila lagi perasaan ni nak hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 04:06 PM | Show all posts
bila baca kisah2 korang ni, so i know that I'm not alone
aku break dgn dia dah almost 2 thn
sayang??? mmg sayangggggg sgt2 kat dia
mula2 tu, mmg nangis la.sket2 nangis, kat umah nangis puas2
lps tu, aku ada tertengok rcgn motivasi apatah kat astro oasis, Dr Fadzilah Kamsah
katanya, sblm tido tu, maafkan la sumorang....so aku pun buat je la spt yg disuruh
few days after that, aku dpt satu kekuatan dlm diri
satu semangat yg mengatakan bahawa aku tak takut lgsg kehilangan dia
biarlah dia hilang atau pergi jauh dr hidup aku
asalkan, aku masih ada parents lagi...dan aku admit, parents aku adalah segalanya2
so, stakat hilang si dia, apalahhh sangattt kheeennnn
sbb ms break off dgn dia, biarlah hati ni hancur berderai skalipun, aku bersyukur sbb hidup aku bukan sebatang kara
aku masih punya parents, family, kezens yg gila2, kawan2 yg caring, relatives yg caring
dan aku masih punye career yg stable
itu saja cara aku pujuk hati aku
break off bukan bermaksud dunia nak kiamat
ia hanya satu kisah episod kehidupan
stp episod hidup ni, ada perkara2 yg membuat kita belajar jd matang dan semua masalah itu mendewasakan kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.591683 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list