CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enciKacang

[HIJAB]Al-Kisah Al-Hijab (kisah seseorang yg dibuka hijabnya)

[Copy link]
Post time 8-4-2013 12:00 PM | Show all posts
Jgn lupa sambung cerita cepat yer!! ♥citer tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 12:44 PM | Show all posts
enciKacang posted on 8-4-2013 09:24 AM
salam semua..hambe kembali setelah mengharung peperangan baru2 neh..maaf sebab lame tak update..:swe ...

kolam kt gunung tu aku dok terbayang kan kolam puteri plak....hehehhh
ok, x sabo tggu sambungan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 03:07 PM | Show all posts
salam semua..ni ade sikit sambungan seterusnya...

aku kenal arman ni dalam 3 tahun yg lepas.start die masuk kerja kat tempat aku.kitorg ni keje swasta je.keje ape tak boleh la nak cakap.hehe..jadi peringkat awal aku kenal die ni takde ape yg luarbiasa pun.elok je la aku bekawan dgn die.smpai le 1 hari tu.da lama gak la start aku kenal die.kitorg dihantar oleh syarikat utk pegi 1 kem motivasi,kat ceruk hutan jgk la..jadi mlm tu ade la sesi bina semangat la bagai.phm2 la kalo dah sesi bina semangat ni.kitorg pegi tu ramai le jugak.laki pompuan ade.jadi mcm2 hal la...ade yg jadi malam tu.sebenarnye takde mende pun tp ye la kalo dah ade yg spesis lemah semangat.bunyi katak pun die kate bunyi hantu..tp jujur malam tu aku sendiri ade perasan sesuatu yg tak berape best la.aku tak pasti ape bendenye tapi yg pasti bukan benda biase.perasaan aku rase tak sedap je.ape yg aku tau..ape yg aku rase,malam tu ade spesis yg berbungkus ni duk main2 kat kawasan tu.aku rase aku nampak kelibat benda tu sebalik pokok.tp aku tak pasti.mungkin bayangan aku je.aku pun diamkan je.takde la aku cerite kat sape2.

habis kem tu barulah aku ade peluang nyembang dgn arman ni.aku saje je la tanye die.kot malam tu die ade perasan ape ke yg pelik..aku cerite ape yg aku nampak.dan memang aku tak sangka arman cakap memang ade.mate aku tak salah..die pun nampak.siap cerite lg rupenye bukan ade1 tp dekat 3-4 natang tu ade malam tu.dan salah satunye memang betul ade kat pokok yg aku nampak tu.terkejut gak la aku..dan aku agak teruje sebab arman ni boleh nampak dgn clear tak macam aku.aku tanye die macam2 sampai la terbukak cerite2 lain yg pernah berlaku kat ofis kitorg tu yg sebenarnye memang pelik.tp aku tak pasti selama ni.senang cakap ape yg die cerite tu bile aku kaitkan dgn ape yg aku perasan selama ni memang ade kaitan.berkait.seolah2 penjelasan die tu dah menerangkan pada aku ape yg aku kabur selama ni..

antaranye kat toilet ade mawas besor,(memang pernah ade yg pengsan nampak benda tu dulu)belakang ofis ade mayat hidup(barang2 kat situ selalu berusik dari tempat asal)..macam2 la.aku ingat aku je yg perasan ade something kat tempat2 tu selama ni,tp rupenye arman pun perasan dan siap cerite detail lg.jadi dari situ aku syak arman ni ade kebolehan yg special.start dr tu la aku selalu risik2 dan pakse die cerite perkara sebenar.sampai la die cerite mcm yg aku pernah bagitau mase awal aku bukak thread ni dulu..die sendiri pun tah macam mane 1 hari tu dgn rela hati bercerite dgn detail sampai la kes die jumpe bini die tu dulu..mungkin mase tu die agak stress sebab dah banyak sgt yg mengganggu die dan perlukan tempat nak bercerite.jadi aku yg memang minat bab2 cerite macam ni la jadi tempat yg sesuai kot...

so sampai ketika ni,ade mase2 aku akan tanye die kalau aku rase ade yg tak kena.nak tunggu die sendiri cerite memang tak la.die ni suke diam dan buat tak kisah je kalau ade bende2 pelik ni melainkan aku tanye.baru la die cerite...maka aku rase cukup la sampai sini aku sambung kisah arman ni secara wajib.lepas ni kalau ade ape2 perkara baru jadii ke,atau die ade cerite ape2 ke yg pernah berlaku dulu,aku akan update...dan kalau ade sape2 yg nak berkongsi cerite pasal hijab ni,boleh la share kat sini ye..

kalau aku rajin lepas ni aku bukak thread lain pulak.maybe aku akan cerite pasal pengalaman aku yg tak seberape ni pulak.kalau ade yg sudi nak bace la..heh..tq semua sebab sudi buang mase kalian utk bace kisah kawan aku ni.harap ade yg boleh dijadikan ikhtibar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 09:24 AM | Show all posts
orait ler en kacng..nnti dh buka benag baru seru ai okies..kancil
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 12:27 PM | Show all posts
nice story
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 02:03 PM | Show all posts
haha..sekarang ni bile free rase nak sambung je lg citer ni.tapi dah takde modal pulak..arman pun dah takde cerite ape buat mase ni..korang takde ke ape2 cerite yg berkaitan dgn hijab?ce share..ce share..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2013 08:56 PM | Show all posts
enciKacang posted on 11-4-2013 02:03 PM
haha..sekarang ni bile free rase nak sambung je lg citer ni.tapi dah takde modal pulak..arman pun da ...

dh habis ye..
haaa...bace lak tentang Khasyaf nie dari persektif pandangan perawat islam...

Khasyaf - oleh Ust. Muhammad Munif

Secara kasar terdapat tiga cara untuk kita menguasai ilmu bagi memudahkan yang tersirat disuratkan. Cara yang pertama adalah berdasarkan ilmu psikologi, yang kedua berdasarkan ilmu firasat dan yang ketiga berdasarkan ilmu kasyaf.

Cara yang pertama adalah melalui bidang psikologi iaitu melalui ilmu jiwa. Berdasarkan penelitian dan pemerhatian individu atau kelompok masyarakat tertentu, tentang tabiatnya, wataknya, kehendak-kehendaknya, satu rumusan tersirat dapat dikesan. Ilmu dalam bentuk ini tidaklah terhad kepada orang Islam sahaja. Orang kafir pun mampu menguasainya juga. Malahan pada masa ini orang Barat didapati lebih mendalami ilmu ini berbanding dengan kemampuan yang ada pada kita. Pengamatan yang dibuat oleh sarjana-sarjana barat, kajian yang telah dijalankan, jenis kaedah dan teknik yang digunakan telah membantu mereka untuk membaca dan memahami perasaan, sikap dan tingkah laku manusia.

Ilmu firasat merupakan satu cabang daripada ilmu makrifat. Ia adalah jalan atau kaedah kedua bagi membolehkan kita membaca yang tersirat untuk disuratkan. Ilmu firasat lebih merupakan gerak hati, rasa di mana seseorang dicampakkan ilham ke dalam hatinya oleh Allah S.W.T. untuk memahami perkara-perkara yang tersirat. Ianya bukan ilmu yang berasaskan pemikiran, renungan, pengamatan atau kajian. Ianya diperolehi dengan secara tiba-tiba, jatuh ke dalam hati insan itu. Dia akan merasa senang hati, seronok, tenang atau terhibur apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan membuahkan kebaikan kemudiannya. Atau merasa perasaan meluap, kebencian, tidak sedap hati dan sebagainya apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan mengakibatkan terjadinya keburukan.

Ilmu yang didapati dari bentuk ini berbeza dari psikologi. Ilmu psikologi adalah hasil pembacaan, pengamatan, kajian dan hasil kerja-kerja akal, manakala ilmu firasat adalah gerak hati yang dicampakkan oleh Allah. Sebab itulah mereka yang memperolehi ilmu firasat tidak menghadapi masalah keletihan akal kerana ilmunya lahir dari pacaran hati yang terikat dengan tali keimanan, yang digariskan atas syariat Allah walaupun ianya dapat menghasilkan ilmu yang banyak.

Kaedah yang paling berkesan dan pratikal sekali yang boleh diperolehi oleh manuasia dalam menilai dan memahami perkara-perkara yang tersirat dengan tepat ialah melalui ilmu kasyaf (pandangan tembus), iaitu sebahagian dari ilmu makrifat juga. Di sini insan tadi, Allah akan mengangkat hijabnya hingga dapat melihat alam roh dengan sebenar-benarnya. Sehinggakan apabila melihat seseorang, ia boleh melihat sama ada orang itu berkepala babi atau berkepala kambing atau berkepala ular dan sebagainya. Pasti secara lahirnya sifat-sifat itu akan terpapar pada tingkah laku peribadi tersebut. Malah bukan itu sahaja, ada yang dapat melihat pokok-pokok bertasbih, ayam membaca al-Quran dan sebagainya yang mana ini semua dianggap pelik bila diukur dengan kaca mata lahiriah.

Kasyaf terbahagi kepada empat jenis iaitu ;

1. Kasyaf yang berlaku kepada para Rasul, Nabi dan Waliyullah. Mereka ini telah terbina imannya, telah berjaya bermujahadah melawan nafsu dan syaitan serta tipu daya dunia hingga dapat menjadikan ianya hampir dengan Allah serta tergolong dalam kumpulan para kekasih Allah. Mereka ini tidak terpaut dan tidak terasa hebat dengan kelebihan-kelebihan yang dianugerahkan Allah. Pengadian mereka kepada Allah bukanlah kerana ganjaran syurga, atau takut dengan neraka, apatah lagi kerana dunia yang penuh tipu daya ini, tetapi adalah semata-mata kerana ianya hamba Allah. Tegasnya mereka adalah orang-orang yang dikurniakan kasyaf kerana hati mereka telah bersih dan bulat sepenuhnya mencintai Allah.

2. Dalam jenis kedua pula, Allah berikan kasyaf kepada seseorang itu sebagai modal untuk menyakinkannya akan kebesaran Allah dan tentang keesaanNya. Dengan pemberian ini menjadi penyebab untuk ia taat kepada Allah selaras dengan syariat Allah.

Inilah yang terjadi kepada orang-orang tertentu sebagai “rezeki” dari Allah kepada mereka. Contohnya, seperti yang telah terjadi kepada wali-wali besar Ibrahim Adham, Bisyru Al Hafi, Malik bin Dinar dan lain-lain. Mereka asalnya adalah orang awam, tetapi setelah dikurniakan kasyaf sebagai cara didikan terus dari Allah, maka mereka terdorong untuk membuat perubahan besar dalam hidup mereka, iaitu semata-mata berbakti kepada Allah.

Ibrahim Adham yang asalnya seorang raja, gemar berburu pada hari Jumaat. Beliau tidak menghiraukan “pantang-larang” umat Islam yang sangat memuliakan hari Jumaat sebagai hari yang dikhususkan untuk beribadat.

Suatu ketika sedang ia berburu, tiba-tiba ia mendengar satu suara ; “Wahai Ibrahim Adham! Adakah kerana ini Allah menjadikan kamu?” Ibrahim Adham terpinga-pinga. Dia tidak dapat melihat siapa dan dari mana suara itu datang. Ia pun meneruskan pemburuannya. Tetapi sekali suara itu bergema. Akhirnya, hati beliau tersentuh dan insaf atas kelalaiannya selama ini.

Ia pun meninggalkan kemewahan, dan cara hidupnya sebagai raja. Ia berkelana dan hidup sebagai seorang sufi. Mulai saat itulah darjatnya meningkat hinggalah mencapai taraf wali.

3. Kasyaf yang dikurniakan Allah kepada seseorang kerana berkat guru atau ibubapanya ataupun kerana sesuatu amal yang telah dikurniakan kasyaf jenis ini sebenarnya belum bersih lagi jiwanya. Ia hanya menerima berkat dari seseorang lain yang ada hubungan rapat dengannya. Kasyaf jenis ini juga merupakan modal awal yang sangat tinggi nilainya kepadanya untuk hampir kepada Allah. Jika ia anggota sebuah jemaah Islamiah, maka ia merupakan saluran kepada berita-berita ghaib yang sangat besar manfaatnya kepada seluruh anggota jemaah.

Hal ini dapat dicontohkan dengan kasyaf yang dikurniakan mukasyafah waktu sebelum bertaraf wali. Dengan mukasyafah itulah ia dapat merasai kebesaran Allah dan menjadi pendorong kepada dirinya berubah menjadi wanita solehah dan akhirnya menjadi seorang wali. Mengapakah Allah memilihnya? Ini disebabkan barakah dari ibunya yang sering mendoakan kesejahteraan anaknya (Rabi’atul Adawiyah). Jadi kasyaf yang diberikan padanya bukanlah hasil mujahadah tetapi sengaja Allah campakkan barakah doa seorang ibu kepada anaknya!

4. Dalam jenis keempat pula Allah memberi ilmu kasyaf kepada seseorang lebih merupakan satu ujian ke atasnya. Adakah ia akan mudah terasa hebat dengan kekasyafannya atau terasa seronok dengan kebolehannya. Dengan kekasyafan ini akan tergambarlah watak-watak terpendam pada orang itu seperti keikhlasannya dalam ibadahnya, tentang rasa kehambaannya kepada Allah serta akhlak baik dan uruknya. Ini merupakan perangkap ke atas dirinya dalam menguji sifat kehambaan yang ada pada dirinya.

Bagi para wali mereka tidak mudah tertipu dan tidak mudah terperangkap dengan ilmu kasyaf yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Contohnya, kita boleh lihat pernah suatu ketika, di waktu Syeikh Abdul Kadir Al Jailani sedang berzikir dan bermunajat dengan Allah. Ketika itu datanglah satu cahaya dan bersuara ; “Wahai Syeikh Abdul Kadir Al Jailani, engkaulah kekasihku. Mulai sekarang telah halal apa yang diharamkan ke atasmu.”

Syeikh Abdul Kadir Al Jailani terus melontar kasutnya ke arah cahaya itu dan berkata ; “Pergilah, wahai syaitan yang terkutuk!”

Mendengar itu, suara tadi (syaitan) pun berkata ; “Engkau hebat! Telah ramai wali yang telah aku sesatkan dengan cara ini. Ini sudah tentu berkat ketinggian ilmumu.”

Mendengar itu, Syeikh Abdul Kadir Al Jailani pun terus berkata lagi ; “Jangan engkau cuba menipu aku sekali lagi. Aku selamat dari tipu dayamu bukan kerana ilmuku tetapi kerana rahmat Allah!”

Inilah bentuk ujian kasyaf yang dikurniakan kepada Syeikh Abdul Kadir Al Jailani sama ada ia tertipu atau tidak. Alhamdulillah wali besar itu mendapat pimpinan Allah dan sentiasa dapat mengekalkan sifat kehambaannya walaupun kedudukannya di sisi Allah sangat tinggi.

Begitu juga dengan Rabi’atul Adawiyah, walaupun dianugerahkan dengan kehebatan-kehebatan pada dirinya, dia tidak pula terasa kagum hingga hilang sifat kehambaannya kepada Allah. Di antara karomah-karomahnya ialah dia boleh melempar tikar sejadah ke udara dan bersembahyang di atasnya. Tetapi perkara ini adalah terlalu kecil baginya. Alam kenyataan telah membuktikan ini adalah perkara biasa pada burung yang sentiasa boleh berterbangan di udara.

Sebaliknya tidak dapat kita nafikan melalui sejarah, dapat kita lihat ramai para wali yang sudah terpesona, tertipu, sudah terasa “hebat” dengan kebolehan hingga tipu daya ini membawa mereka ke kancah kekufuran. Mereka telah gagal dalam ujian yang berbentuk kerohanian ini. Kasyaf yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka ini menyebabkan mereka lupa, takabur dan sombong.

Terdapat satu kisah tentang seorang wali yang bernama Syeikh Bersisa yang sudah begitu lama beribadah kepada Allah tetap di saat akhirnya terpedaya dengan tipu daya syaitan sehingga melanggar syariat Allah. Beliau mempunyai banyak kelebihan-kelebihan sehinggakan anak muridnya telah boleh terbang bagaikan burung di udara tetapi akhirnya mati kufur. Rupa-rupanya tersingkap rahsia bahawa Bersisa menerima nasib sedemikian kerana hatinya kurang dengan rasa syukur. Sebab itulah kurniaan kasyaf bukanlah jaminan untuk selamat dunia dan akhirat tetapi sebagai pendorong sahaja untuk lebih membaiki diri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam semua.ada kisah terbaru pasal arman...dan aku! Tak sabar nak cerite tp skrg aku just bukak forum ni pake enpon.susah nak taip panjang2.sabar ye..baru lg cerite ni.dlm minggu lps..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2013 01:51 PM | Show all posts
salam semua..ada sesuatu yg aku nak share kali ni.dan kali ni pengalaman arman dgn aku sendiri..

baru2 ni,senang cakap minggu lepas la.aku dan arman telah menghadiri 1 kursus kat KL.seminggu jugak la kami kat sana.kat sana ktorg just sewa hotel bajet je area kotaraya.save bajet le katekan..so bukanlah point aku nak cerita pasal kursus tu.tp 1 kejadian pada 1 malam semasa ktorg kat sana.ditakdirkan sepanjang kursus ni aku ngan arman tak sihat sgt.batuk memanjang.asalnya aku takde ape.maybe terjangkit dgn arman la kot.dgn aku2 sekali kene..ampeh betol..so boleh katekan tiap malam ktorang kat sane takde la kemana melainkan kuar makan je.itu pun dekat2.hbs dekat g la kat mc'D kat situ.jadi le..jadi disebabkan dah tak larat nak mengadap mc'd je dah berape hari.malam ke 4 tu ktorg nekad nak cari nasik.da lame gile x makan nasik puas2.dgn masing2 batuk,tekak rase x sedap je so ktorg pakat nak pekena tomyam.tp kedai mane je ade kat tgh2 kl ni?aku ni pernah la duk kl jap dlu tp tu pun blm la khatam mane jln kl ni..yg aku terlintas mase tu kot nak merase tomyam sedap kat restoran ***...mesti korg tau restoran ni kalo aku sebut.tp tak yah la..demi menjage sensetiviti.restoran tu tak salah pun..so ape lagi.papago je la..so korg paham2 la kalo pake gps ni.kadang2 dah betul2 kat simpang baru die suh belok.berape kali tah ktorg terlepas simpang terpaksa patah balik.aku tak ingt jalan ape tp restoran ni area DBP.jalan pudu..utk kali pertama ktorg terlepas simpang.kali ke2 pun terlepas jugak..dan kali ke3 terlepas lg..sbb rupenye simpang nak masuk restoran tu kecik benor..dan kali ni arman nekad nak buat style kampung nak u turn je.die masuk ade 1 simpang kecik tak jauh dr simpang restoran tu..dan kat sini la.................

suluh2 je ada pagar...kiri kanan semak sgt.pokok besar...mcm rumah tinggal..tak boleh terus.kene reverse ke jalan besar balik.jadi sementara kat situ la..aku tgk kawasan tu.mmg agak menyeramkan keadaannya..tibe2 arman tanye aku.ni tempat ape??sambil die terjenguk2 meninjau dalam kawasan pagar tu..aku cakap mane aku tau.sambil aku pun meninjau same..tu arman cakap.biar betoi..kul bape sekarang ni??aku pun tgk jam.baru 10 lbh..aku dah syak something.aku tanye die..asal?ko nampak ape2 ke?die tak jawab...die terus masuk gear reverse dan cakap,"baik le kite blah je dulu cepat"..aku rase aku paham dan aku terus diam sambil die gerakkan kereta blah dari situ.yg sempat aku tgk kat pagar tu mcm ade signboard penulis ape ntah....tak lama dr tu dapat la kitorg masuk ke simpang yg sepatutnya ke restoran tu..lepas dah order bagai.aku tanye die balik..asal tadi?die cakap...baik le jgn cakap sekarang.tggu la dah jauh sikit karang..aku rase ni memang area taklukan diorang...

sambil tggu makanan sampai,arman teringat yg handphone die ttgal dlm kete.die pun g la ambik.mase tggu die tu tah nape hati aku ni tak sedap je.rase lain mcm je.tp aku abaikan...tak lama lps tu die datang blk dgn muke takde mood.aku malas nak tanye dulu.lps makan ktorg blah terus.sampai bilik hotel.aku pun g la mandi jap.elok setel je..aku tgk arman dah tido.aik..awal gile mamat ni tido malam ni.takpe la..ade la tu...sampai le esok pagi.on the way ktorg nak g tempat kursus...baru la aku tanye balik ape sebenarnye yg jadi semalam??....



AKU SAMBUNG JAP LAGI.BOS SUDAAA DATANG....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 03:04 PM | Show all posts
putus urat layan...to be continued le plaksss.....

cepat2 la sambung yer tuan kemah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 10:24 PM | Show all posts
Sila lah sambung sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 03:56 PM | Show all posts
erkk lambatnye nak sambung..penat merempit ni...nnti sambung sila seru..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
enciKacang posted on 24-4-2013 01:51 PM
salam semua..ada sesuatu yg aku nak share kali ni.dan kali ni pengalaman arman dgn aku sendiri..

...

cepat ler sambung... suspen ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 05:03 PM | Show all posts
isk sambung laaa cepat....aduiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2013 06:12 PM | Show all posts
ampun.........ye teman sambung le ni...

arman pun ceritekan balik..."ntah le..x tau aku nak cakap mcm mana.tak pernah aku tgk situasi yg angker mcm tu."banyak giler...tapi tu le.banyak tu 1 hal.selama ni pun ade je banyak aku tengok.tapi kali ni..lain macam.biasa bila benda2 mcm ni nampak manusia,diorang blah.seboleh2nye tak nak org nampak melainkan org tu ngacau.tapi ni lain.." suspen aku mase tu.........die sambung lagi."ko tau?benda2 tu boleh buat kerek je tengok kite semalam.usha dgn muke tak puas hati.ibaratkan kite tgh lepak kat rumah,tibe2 ade kereta yg tak dikenali masuk laman kite.mesti kite usha pelik tak puas hatikan?mcm tu la lbh kurang..mcm marah benor deme semalam..dah la banyak giler.."aku cuba bayangkan sambil bulu roma aku hbs meremang mase ni.bile ingatkan balik situasi semalam.."lepas tu yg paling aku pelik ade 1 tu..aku tau pasal spesis tu.tp selama ni aku ingat jenis tu ada kat hutan je.kawasan gunung ke..tak sangka lak aku ada kat tgh pekan ni."

aku pun tanya la spesis ape yg pelik sgt tu.."tah la.tak tau aku namanya..tapi bentuk mcm manusia gak.cuma mcm panjang sikit la.muke memang angker giler la..die la yg usha paling tak puas hati semalam.berdiri kat dahan pokok tu." memang semalam ada 1 pokok besor kat dalam pagar tu.yg paling hampir kat pagar tu la belah kiri.senang cakap mmg dekat giler la dgn aku semalam sebab aku duk belah kiri.seram aku bile teringatkan........"yg aku tau spesis ni memang keje menjahanamkan org.jenis yg boleh buat org tu sampai tertanggal kulitnya.ada org yg aku kenal pernah kena dulu.hbs kulit kakinye tanggal.sampai kaki tu last2 jadi mcm kasut keras..banyak lg.ade 1 tu pulak dah mcm gajah je aku tgk.tapi berdiri..tp yg aku mcm faham sikit ade 1 cik ponti tu..duk melayang ats bumbung rumah tu.aku rasa die tu jage tempat tu.tapi aku tak faham ape kaitan yg lain2 tu.sebab banyak sangat.....tu yg aku cakap baik kite blah cepat smlm.tak sanggup aku nak bayangkan ape jadi kalau kite lame2 kat situ."

aku tanya pulak."habis lps kite blah tu takde ke yg ngikut?"....arman ckap, "tak tau la.rase takde.tapi kawasan tu memang berlambak..termasuk kedai yg kite mkn smlm tu.ade je merata.cume aku tak nampak jelas je.melainkan masa aku pegi ambik tepon kat keta tu..huishhh...serammmmmmmm...boleh pulak ade budak mana ntah berdiri belakang kereta aku tu tegur aku!!elok aku nak blah lps ambik tepon tu die tegur plak.."nak pegi mana tu bang?....aku blah terus la.giler la nak jawab.........."

aku tanya plak budak tu mcm mana rupenye."besar..aku pun tak tau.memang nampak jelas fizikal die tu budak baya2 7-8 tahun.tp badan die besar.budak ape besar mcm tu ntah..anak jin ke pun!.."meremang aku mase die cerite semua ni...tu aku tanya kenapa tido awal smlm.arman cakap die cuma risau kalo ade yg ikut balik.selain doa banyak2 biar Allah pelihara...dia standby la kot2 ade yg datang tolong.tu je die cakap..yg aku paham kat sini.maybe yg arman maksudkan tu ialah geng2 perkampungan yg die pernah pegi melawat dulu tu..kot la...aku pun malas nak tanye lebih2.mcm tu la ceritanya..dan disebabkan bersembang panjang pagi tu,maka hari tu kitorang lambat pegi kursus....

lepas dari tu aku ade la google sikit..kot dpt jumpa tempat ape yg kitorg sampai mlm tu.berdasarkan word "penulis"...yg aku jumpe kat area tu ialah...pejabat G****...aku tgk gambar mcm betul.tp elok lak bersih dan takde la menyeramkan sgt mcm yg ktorg tgk mlm tu.samada gambar tu dah lama,atau keadaan malam berbeza dgn siang..tp yg aku pasti malam tu keadaan tempat tu mmg tak mcm yg dlm gambar aku tengok.tp mungkin juge bukan itu tempatnye..aku pun x nak mention name tempat tu.takot ade yg marah aku pulak kang..mcm yg aku ckp aku tak cakap pasti.cuma itu yg aku jumpe bile aku google kat kawasan tu.korang nilai la sendiri..........sekian....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 11:31 AM | Show all posts
enciKacang posted on 26-4-2013 06:12 PM
ampun.........ye teman sambung le ni...

arman pun ceritekan balik..."ntah le..x tau aku n ...
pejabat G****.

boleh bg tau tak kat aku pejabat ape, area mana....???? leh aku try google...
leh aku nilai sendiri.... atau pun aku g tgk sendiri bile aku turun kL.., (aku ade umh kat ampang,KL)
(kalau taknak bgtau kat sini, PM kat aku le...)


Last edited by mnSK on 27-4-2013 11:33 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2013 12:53 PM | Show all posts
TT maknanya arman tu masih berhubung la dgn org2 kampung bunian tu? dorang memang akan tolong ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2013 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
farahferrari posted on 27-4-2013 12:53 PM
TT maknanya arman tu masih berhubung la dgn org2 kampung bunian tu? dorang memang akan tolong ke?

Yg tu teman x pasti.cume ari tu die ckp ade gak kadang2 org sane dtg jumpe die..bkn die yg cari..atas urusan ape, wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 10:34 PM | Show all posts
budak2 kan kekadang boleh nampak benda2 ni kan..macam terbuka jap hijab depa.

nak citer pengalaman ngan anak sedara. mase tu dia baru umur 3 tahun. kejadian berlaku dalam pukul 8 lebih(malam) perjalanan dari penang menuju ke perak. lepas berhenti solat kat rnr juru kami teruskan perjalanan. selepas melalui tol juru tiba2 anak sedara yang duduk meriba atas mak saya kat kerusi depan terus menangkupkan muka kat atas bahu mak saya. kami berdua heran , pasal sebelum tu dia ceria je. sebelum tu memang dia merenung kedepan jer, tak de la ape2. ingatkan dia sedih ke ape sebab bawa dia ke Perak (mak dia baru lepas bersalin masa tu). pastu dengar dia macam menyedut hingus tapi tak de la plak menangis. tanya dia, tapi tak berjawab. sesekali je dia mengerling sikit ke saya yang memandu tapi sambung balik menangkup muka dia. dia senyum jer.. tapi diam.

punya la lama dia menangkup muka... dia cuma angkat kepala masa kat area bukit merah. pastu dia macam biasa semula. pastu kami tanya la, tadi kenapa?.. dia cakap dia takut. tu jer jawapan dia. tanya nampak ape? dia cuma jawap sekali lagi.. dia takut. tak tau la ape yang dia nampak. sepanjang dia menangkup muka tu memang memacam ayat la mak saya baca kat dia. itu la saje ceritanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 06:38 AM | Show all posts
terbaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.320247 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list