CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: theflash

[SERAM P'BAGAI]Himpunan Misteri Semasa Bercamping -oleh theflash

[Copy link]
 Author| Post time 30-8-2013 02:40 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 30-8-2013 01:58 PM
lahhhh dah habis ke???? cepatlah sambung TT...
dah kemaruk membacanya

ada lagi

cuma bz dgn sambutan merdeka ni

huhuh sori ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 03:29 PM | Show all posts
theflash posted on 30-8-2013 02:40 PM
ada lagi

cuma bz dgn sambutan merdeka ni

okay2...


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 04:20 PM | Show all posts
oren_pink posted on 15-7-2013 11:42 AM
Aku nak share pengalaman aku bercamping kat Gunung Pulai tahun 1999

Dulu kelab kembara sekolah ak ...

sambung laaaa...

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 03:05 PM | Show all posts
Ok TT dah kasik jalan.
Gini ceritanya, masa aku sekolah rendah dulu ada jiran aku ni kira memang kitorang close la sesama family ajak gi camping kat Gunung Ledang.Tapi memang plan bukan camping kat puncak pun ala2 kat tengah2 gunung tak silap aku.So ramai la kami bertolak dalam 10 orang gitu dengan barangnya yang banyak(almaklumlah camping berkeluarga kan).Yang bawak kami ni katanya anak angkat Puteri Gunung Ledang.Makcik ni dalam 40an masa tu.Masa derang citer2 tu aku dengar je la kan sebab aku pun tak tahu hujung pangkal sangat.
Bila dah sampai tu barang2 semua di bawak naik dengan lori kecik kat ada laluan kecil utk kereta tak silap dan kitorang ni jalan kaki.Masa nak naik tu dah  di pesan kejap lagi ni nak jumpa nenek kebayan.Aku masa tu kan sekolah lagi terus terbayang la muka nenek kebayan yang tua ala2 selalu dalam tv tu kan.Seram gak aku sebab katanya nenek kebayan ni boleh tau niat kita kalau tak elok memang kena lahhhh.
Penat berjalan tu tiba2 ada satu pondok.Pondok ni aku ingat lagi tak berdinding tapi ada seorang perempuan yang tak berapa tua dan ada 3 ke 4 orang anak2 dia kecik2 lagi duduk kat situ.Benda ni misteri sampai sekarang sebab bila aku tanya sesapa yang penah naik takda satu pun yang penah jumpa family ni.

Perempuan tu datang kat kitorang pastu aku ingat lagi dia pesan "Naik dan tidur sini kena jaga kelakuan,jaga kata2 jangan buat benda bukan2".Tu je la dia cakap tapi muka dia memang serious betul masa cakap tu.

Malam masa camping situ takde la benda2 menakutkan yang terjadi cumanya kitorang dengar bunyi macam rantai besi kena heret time baru nak tidur.Bila bangun kitorang tanya la jiran kitorang dia kata itu bunyi harimau berantai.Dia datang melawat kekdahnya.

Keesokkan harinya tu kitorang apa lagi melompat la nak mandi sungai kan siap ada air terjun yang tinggi kat tempat tu.Kebetulan anak jiran aku ni badan dia memang la tembam ya amat dan masa tu ada satu mamat ni pengunjung jugak la pergi ejek anak jiran aku ni.Kesian lak aku tengok minah tu tak terjawab bila kena ejek.

Tapi kitorang teruskan gak la mandi.Malas nak layan orang gitu kan.Tiba2 tengah mandi tu terdengar orang menjerit.Sekaliiii rupanya mamat yang ejek anak jiran aku ni rupanya sudah naik kat tempat air terjun yang paling atas then terjatuh dari atas.Hamekkkk.Punya la terperanjat semua orang tengok.Nasib baik dia tak cedera patah2.Pelik jugak kan?

Itu pengalaman misteri aku la masa camping kat Gunung Ledang masa sekolah dulu.Takde la angker cuma benda2 aneh la yang jadi and paling misteri siapa perempuan yang duduk dekat pondok tak berdinding tu sampai sekarang aku pun tak tahu dan kawan2 aku yang penah pergi pun cakap tak pernah jumpa atau nampak pondok tu..

Sekian...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2013 02:08 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 31-8-2013 03:05 PM
Ok TT dah kasik jalan.
Gini ceritanya, masa aku sekolah rendah dulu ada jiran aku ni kira memang ki ...

perghh!
sampai skrg cm serik nak camp tp air tejun .huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 02:53 PM | Show all posts
theflash posted on 1-9-2013 02:08 PM
perghh!
sampai skrg cm serik nak camp tp air tejun .huhuh

Aku rasa boleh nak camping cuma amalan aku dari dulu aku try tak menjerit2 atau cakap bukan2 dalam hutan or area gitu kan.Tapi kan flash xjumpa hantu kira ok lagi kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2013 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita2 flash ni oaling da bomb kat bod MPS nih.. Paliiiiing skeri meri..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 12:19 PM | Show all posts
lorrr.... sambung ler lagi, hari malaysia dah abis, merdeka lagi dah setel. bila lagi nak hapdet ni tt? kitorg tgh free nak membaca baci ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2013 04:32 PM | Show all posts
@theflash ..ayam rangka takde lagi ke..haha

cerita pasal gunung ledang kan..dulu saya g ngan kengkawan n family berkelah kat sagil..dah ingat dah dlm otak ni xmo sebut bukan2.

nak jadi citer..tgh mandi2 kat kolam..(diorang kata kolam puteri tp masa tu tak tau pon tu kolam puteri), tetiba ada bunga n limau lalu dpn saya..saya bleh plak tegur.."ni mesti ada org mandi bunga ni!.

balik tu tiap kali pas maghrib selama seminggu kena gatal2 kat badan..garu mcm org tak siuman.

last2 tak tahan g berubat.rupanya puteri tu marah saya mandi kat kolam dia dan bunga2 tu petanda puteri tu ada kat situ, tgh mandi sekali.

sejak tu taknak g sagil lagi..takut mulut ni celupar lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 05:01 PM | Show all posts
perghh mmg terbaik la cerita TT..
iols biasa jadi silent reader je..
tapi mmg suka ngan penulisan TT

.. CEPAT UPDATE YE TT.. XSABO NI NAK BACA
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 04:00 PM | Show all posts
cepat update ye TT...x sabar ni...huhu.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 07:52 PM | Show all posts
camping punya cite
aku pun ada banyak
aku park sini...kompem aku follow
rindu nak pasang khemah..dgr bunyi air sungai malam2
fuhhhh dah lebih 7 tahun x masuk hutan camping

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 02:44 PM | Show all posts
Salam. Akak ni bukan kaki camping. Tapi time sekolah pernahlah merasa. Ada sekali tu akak baru join MRSM Jasin. One of the orientation activities was camping lah apa lagi. Hari itu hari yg indah. chewah. Kami semua pelajar baru, ditemani beberapa orang cikgu and seniors pergi berkhemah di Hutan Simpan Melaka. Macam2 activity buat siang tu. Tapi yg paling mendebarkan aktiviti malam la of course. Malam tu ada night walk.

Sebelum aktiviti bermula, kami semua di base camp dikehendaki beratur ikut kumpulan masing2. Each one of us diberi nombor masing2. Kena ingat lah. Bukan apa, takut ada yg hilang ke apa. Tgh2 midnight tu. Brieifing pun diberi. Setiap orang kena pakai baju putih. Yang perempuan pon kena pakai tudung putih. Most of us letak yassin dalam poket. Penakut. Semua orang pun start berjalan in line and tak dibenarkan cakap menghala ke gate/entrance. Semua orang terkumat kamit bacalah mcm2 doa. Baru form 4 masa tu. Takut gak. Otw jalan tu terperasan ada seorang perempuan jalan opposite direction menghala ke base. tapi sebab gelap tak tau la sapa. senior kot.

Sampai di entrance hutan simpan. Setiap orang kena sebut kuat2 no masing2 ikut giliran lah. CUkup. Semua orang ada. Pastuh, we all pun start la jalan sorang2 menghala ke base camp. Bila jalan tu memang tak Nampak lah budak yg depan kita and belakang kita. Agak jauh jarang setiap student. Otw berjalan tu mmg mcm2 la seniors menganiaya. Mengilai la jadi pocong la baling tin kosong la. Tapi boleh agak lah seniors jek. Sampai satu selekoh sebelah kiri ada kawasan lapang sikit. Dengan ekor mata akak Nampak ada sekumpulan lelaki bersembahyang Jemaah. Dalam 5 org. Bila akak perati betul2 dlm samar2 tu Nampaklah diorg ni mcm translucent. Boleh tembus. Dalam hati sebab diorg tgh sembahyang, kalau hantu pon mesti hantu baik (time tu budak, tak paham sangat jin islam ke bunian, etc), so rasa takut tu mcm tetiba ok pulak.

So, selamatlah sampai kat base. Alhamdulillah, ok jek. Sampai kat base, sorg member ni, Elle, menyapa. Agak pelik,sebab dia panggil akak ngan nama org lain. Dia panggil org lain pun sama. Dia cam tercampur2 nama kawan2 dia. And she spoke English ok. Much later, Ustaz bgtau si Elle ni tak pergi pon ikut night walk. Half way ke entrance dia patah balik, Then, sapa pulak yg sebut nombor dia masa semua orang kumpul kat entrane tu? kan sorang2 kena sebut. Dah lah position dia masa beratur tu betul2 sebelah akak. Mak aiii..Sepanjang camping tuh and even after dah balik sekolah pon, si Elle nie suka merapu2 n meracau2 but she spoke english all the time. Last2 parents dia bawak dia balik and since then tak pernah lagi jumpa dia. Kesian.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2013 05:06 PM | Show all posts
BiniBoy posted on 25-9-2013 02:44 PM
Salam. Akak ni bukan kaki camping. Tapi time sekolah pernahlah merasa. Ada sekali tu akak baru join  ...

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 05:11 PM | Show all posts
BiniBoy posted on 25-9-2013 02:44 PM
Salam. Akak ni bukan kaki camping. Tapi time sekolah pernahlah merasa. Ada sekali tu akak baru join  ...

kesian si Elle tu kan kak tapi kelasss hantu yg sampuk dia speak english all the time. harap2 dia dah sembuh dan berbahagia now
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
BiniBoy posted on 25-9-2013 02:44 PM
Salam. Akak ni bukan kaki camping. Tapi time sekolah pernahlah merasa. Ada sekali tu akak baru join  ...

Nak tanye la hutan simpan melake tu kt air keroh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2013 11:09 AM | Show all posts
izzarishaiqal posted on 25-9-2013 09:20 PM
Nak tanye la hutan simpan melake tu kt air keroh ke?

Aah. Ayer keroh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 11:16 AM | Show all posts
Pumpkinhead posted on 25-9-2013 05:11 PM
kesian si Elle tu kan kak tapi kelasss hantu yg sampuk dia speak english all the time. harap2 dia  ...

Dengor2nya dia dah ok dah sekarang. Happily married and all. Tapi dengor2nya dia terganggu tu lama jugak lah. Kesian. Such a sweet n pretty girl. Tang speak english tu tak tau ler nak cakap. Nasib baik jugak dia quit from tht MRSM. MRSM tuh pun sama keras. KAng bertambah2 pulak. Akak pun tahan 3 bulan jek kot MRSM tu. kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 06:34 PM | Show all posts
Perghhh seram.. Nak lagi flash..

mesti 2 orang tu kat rumah si yah tu kan.. huhuu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 05:15 PM | Show all posts
theflash posted on 25-9-2013 05:06 PM
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

bila nak sambung cerita pasal si yah tu? x sabar cik gebu nak membacanye....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.312959 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list