CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

[Copy link]
Post time 2-10-2013 05:07 PM | Show all posts
takper...saya suka! saya suka! Teruskan berceloteh bisu di sini TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2013 08:25 PM | Show all posts
hatikudus posted on 2-10-2013 05:07 PM
takper...saya suka! saya suka! Teruskan berceloteh bisu di sini TT

tengkiu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:50 AM | Show all posts
non.sari posted on 29-9-2013 10:09 PM
dup dap dup dap...
cerita dah sampai! happy journey... semoga selamat sampai ke ending of my stor ...

yea2!!!citer da update!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2013 04:43 PM | Show all posts
ni ada sikit cerita pendek dari aku.. boleh laa.. sementara aku ingat. sudi-sudikan lah membaca..

KAMBING BLACK METAL

masa tu aku kecik lagi.masih sekolah rendah. kisah ni terjadi dekat kampung atok aku yang buat nesan tu.
waktu tu petang dalam pukul 2 ke 3 petang.. lebih kurang time tu lah. aku main sorang-sorang dekat belakang rumah atok aku. yang lain semua tido ada yang tengok cerita hindustan. biasalah hari sabtu masa tu. ada punggung sabtu, eh panggung sabtu.. saja buat lawak. kelakar tak??

mungkin cerita ni tak seram mana pun. cuma agak suspen untuk aku yang masa tu baru berumur 8 or 9 tahun gitu. aku main sorang-sorang. main tanah. korek-korek tanah. cakap sorang-sorang. aktif katanya. suruh tido tak nak tido. asik nak main je. tengah main-main tu tiba-tiba aku terdengar bunyik kambing. macam dari belakang bunyiknya. tapi bila toleh-toleh tak ada. aku sambung main balik.

sekali bunyik lagi.bunyik kambing tu kalau diingat-ingat betul-betul ada dekat belakang aku. aku toleh lagi, tanjat boboi! elok pulak 3 ekor kambing tu dalam jarak 5 meter dari tempat aku main. kambing hitam pekat okeh. kambing black metal tu. yang aku perasan memang 3 ekor kambing ni warna hitam. hitam pekat. yang berwarna cuma mata dia je. masa tu aku memang ingat mata kambing tu warna merah. merah saga. aku cuma fikir kambing tu sakit mata. itu je.

aku terkejut tu bukan sebab takut pon. tapi terkejut sebab tiba-tiba ada kambing kat belakang aku tengok aku main. tadi tak ada pun. aku campur pelik sebab setahu aku atok aku memang tak ada bela kambing. tapi budak masa tu, bukan nak pikir lama pun. aku cuma pikir,'ahh panggil atok lah. ada kambing kat sini'. itu je. so aku pun lari lah masuk rumah panggil atok aku. masa tu atok aku dalam bilik tengah tido rasa nya. aku ketuk-ketuk pintu panggil atok aku.

atok aku pun bukak pintu tanya aku kenapa. aku cakap lah, ada kambing hitam 3 ekor kat belakang rumah. dia boleh tanya aku, 'kambing siapa?' mana lah aku tau kan. aku main-main, alih-alih timbul je kat belakang aku. aku tarik atok aku suruh ambik kambing tu, tiba-tiba aku rasa bertanggungjawab sangat masa tu. aku suruh atok aku cepat-cepat keluar, ambik kambing tu sebab takut lari. sebab tak tau kambing tu siapa punya. kalau hilang, aku yang rasa bersalah sebab aku yang jumpa kambing tu walaupun sebenarnya kambing tu yang datang jumpa aku. bole??

sekali pegi kat belakang tempat kedudukan kambing tu tadi, kambing hitam 3 ekor tu hilang ko! hilang macam tu je. macam takda apa-apa. aku pelik lah, aku lari-lari nak masuk kebun belakang. atok aku kejar. dia suruh masuk. aku cakap nak cari kambing tadi. sebab aku rasa bersalah lah. takut tu orang punya. atok aku kata, tak apa. biar dia hilang. tu bukan kambing atok. aku tak puas hati lah kan. aku pun masuk rumah. petang sikit baru atok aku cerita. tapi die cerita dekat mak aku lah. dia cerita perihal aku jumpa kambing tadi. rupa-rupanya tu setan! dia menjelma. atok aku dah terkena banyak kali dengan kambing. saja nak sakat.

sebab pernah sekali dia tengah leka buat kerja kat belakang, alih-alih je ada kambing hitam kat tepi dia. mengembek-ngembek kuat. pastu lari-lari masuk kebun belakang. atok aku boleh pulak dia kejar masa tu. masa tu pun mungkin dia fikir macam aku fikir. kambing orang dan rasa bertanggungjawab. sekali kejar punya kejar masuk kebun, last-last kambing entah ke mana, yang dia pun entah kat mana. cari-cari jalan keluar tak jumpa. kiri kanan pokok. orang tua, so tak lah kalut macam kita ni. bila sedar kena sakat, baca-baca sikit baru nampak jalan keluar.. itu pun rupa-rupanya tak jauh pun dari belakang rumah. siap nampak bumbung rumah lagi. padahal tadi hutan saja kiri kanan.

itu sebab masa aku nak masuk kebun belakang tu, sekonyong-konyong atok aku mengejar aku. rupa-rupanya takut jadi macam yang jadi kat dia sebelum ni. sudahnya aku kene marah sebab main sorang-sorang tengah-tengah hari buta. suruh tido tak nak tido. asik main je!
sekian... cerita kambing dari aku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2013 05:13 PM | Show all posts
ARWAH RINDU

cerita ni pun time aku kecik lagi. masa ni dekat rumah atok aku belah ayah aku. masih di daerah selatan tanah air lagi. kebetulan masa ni raya kot. so semua anak cucu balik. kejadian berlaku masa tu malam dalam pukul 9 hingga 10 malam.. maaf ea.. aku memang tak ingat time. so aku letak saja la anggaran 'hingga' tu.

keadaan aku masa tu mengadap pintu ke dapur.. sebelum turun dapur tu ada satu ruang yang menghubungkan 2 bilik dekat situ.  memang kalau malam quite scary la keadaan ruang yang menghubungkan bilik tu. malam kalau ada lampu pun malap. tak nak tukar mentol ke hape tak tau lah.. macam sengaja nak menimbulkan suasana seram kat situ.

sambung balik. badan aku menghadap dapur tapi mata aku menghadap tv dekat sebelah aku. macam mana tu? adakah aku juling?? aku pun tak tau cemane gaya aku boleh tengok tv masa tu. tapi memang itu lah kedudukan yang aku ingat. memang dekat sangat dengan tv. ruang tamu dah penuh dengan anak beranak suku sakat semua. nak baring memang tak selesa la. bukan tak selesa. tapi tak bole. limited space.

tengah leka-leka tengok tv. dengan sedara-sedara boleh bising memekak. aku tiba-tiba rasa nak pandang ruang tengah yang menghubungkan bilik tu. korang tahu ape yang aku nampak?? tak tau??
haaa... aku nampak seorang perempuan bertelekung lengkap berkain. telekung tu bersih sangat. macam bercahaya gitu. tengah leka memandang anak cucu yang sedang asyik dan leka berborak dan berbual. aku macam kene pukau. tengah takut nih. tapi mata ni tak nak lepas pulak pandang jelmaan tu. dia senyum tak. muram pun tak. muka dia zero expression. aku ingat-ingat lupa rupa dia macam mana. tak berapa seram tetapi still menakutkan. rupa dia elok. cuma kita yang pandang ni rasa seram sebab tau dia bukan manusia. aku masa tu takut tapi tetap jugak nak pandang.

last-last dia pandang aku jugak. dah dia pandang aku, aku pun pandanglah dia. mulut nak jerit tapi tak bole. takut tapi berani. haaa gitu. tapi tak lama. lepas tu dia pusing perlahan. perlahan gila. dah pusing, dia gerak pelan-pelan tinggalkan tempat dia diri tadi. lepastu puff!! hilang. masa tu otomatik baru aku boleh gerak kan mata aku. badan aku. tiba-tiba suasana bising tiba-tiba. baru aku perasan. sepanjang insiden tadi mungkin aku saja yang nampak, then keadaan sunyi seketika ataupun masa dihentikan?? cewaahhh.. aku pun tak tau. sebab elok je bende tu blah, suasana tiba-tiba bising. bising dari mulut sedara mara ni lah.

kebetulan sebelah aku, mak aku. aku terus cakap dengan mak aku apa yang aku nampak tadi. gerangan makhluk yang memerhatikan kami dari tadi. mak aku terkejut jugak. tapi tak lah terkejut sangat sebab dia tau kelebihan aku masa tu. dia cakap jangan fikir dan baca ayat kursi. aku rasa ayat pertama yang aku lancar dari sekolah rendah adalah ayat kursi lah. sebab memang itu sajalah bacaan yang mak aku bekalkan kalau aku mengadu perkara yang seram-seram nih.

esok nya baru mak aku suruh aku cerita dengan clear then dia pun terangkan kat aku. dia buat kesimpulan, itu mungkin roh makcik aku yang meninggal masa aku kecik lagi. mungkin dari apa yang aku ceritakan, condition makhluk yang aku nampak tu tak ngeri. sempurna. telekung pulak bersih. mungkin itulah expectation dari mak aku. bersangka baik sajalah. mungkin arwah datang melawat. so kami pun sedekahkan lah alfatihah kepada arwah..
sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 05:15 PM | Show all posts
Best citer kambing ko !

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-10-2013 05:51 PM | Show all posts
ANTARA PINTU RUMAH, TIANG SERI, BUMBUNG RUMAH DAN....... dot dot dot..

oke, patah balik kejap ke kampung atok aku yang buat nesan tu (ni kampung mak aku). haa.. kite jalan-jalan kejap ea. kisah ni sering terjadi tak kira dari aku kecik ke sampai aku besar. sampai aku dah kawen ni pun. rumah atok aku yang buat nesan ni memang ada yang jaga. biasalah, atok-atok dulu. dia tanam tah semangat jin tanah ke, mambang tanah ke aku pun tak sure. tapi bukan dari atok aku yang buat nesan ni. tapi dari atok kepada atok kepada atok, membawak kepada atok kepada atok-atok aku yang dulu tu.

so nak keluarkan, nak buang kene ada orang yang tanam tu buang benda tu. tapi yang tanam, yang buat benda-benda ni pun dah arwah. so tak boleh nak buat apa la kot. aku pun kurang arif dengan benda-benda ni. cuma yang menjadi misteri dari dulu sehingga sekarang adalah, bilamana dekat rumah atok aku ni. kalo ada anak cucu balik. then bising-bising ; alahhh... budak. dah jumpe regu, bising je lah. main kejar-kejar. main wrestling, main tembak-tembak, mulut semua berterabur sana sini. buat bising tak kira time. akan ada satu goncangan yang kuat dekat pintu rumah.

selain pintu rumah, tiang seri pulak bergegar. selain dari 2 tempat ni, bumbung rumah pun selalu di attack nya jugak. macam mana benda tu menyerang?? oke, benda tu menyerang bila satu masa tu rumah itu terlalu riuh, terlalu bising samada suara budak bermain, bergurau, menangis atau yang tua-tua ni pun tak nak kalah jugak kalau bercakap. cakap kuat-kuat macam teman berbual dia tu 1km dari dia.. paten sedara mara aku memang suka cakap kuat-kuat. aku pun rimas!

once dalam rumah ni buat bising, nanti tak semena-mena ada satu goncangan plus ketukan yang terlalu kuat sampai rasa bergegar pintu rumah. macam nak tanggal dia punya skru. so bila dah ada yang goncang pintu macam tu, sapa je yang berani bukak on the spot? takda sorang pun yang berani. bila dah reda 2-3 minit barulah ada yang bukak. tapi kalau bukak memang takda sesiapa melainkan angin kuat dekat luar.

depan umah atok aku ada hutan kebun. pokok besar-besar, tinggi-tinggi. sekali angin, memang boleh nampak la pokok-pokok tu meliuk lentuk kiri kanan. kalau angin kuat, memang nampak la pokok tu bergerak macam mana. macam tu lah yang kami nampak bila bukak pintu takda orang, tapi cuma pokok je yang bergoyang kesan dari angin. walaupun dari tadi takda pun angin kuat macam ni.

mak aku kata, benda ni dari kecik. dari dia kecik! dulu tak attack pintu. tapi attack tiang seri. dulu rumah atok aku ada tiang dalam rumah. time ni bila tiba-tiba semua buat bising, kejap lagi bergegar la tiang seri tu. macam ada yang goncang dari bawah. bila atok aku dan arwah pak long aku (pakcik aku yang datang time aku nak kawen tu) turun bawah tengok kat punca benda ni bergegar, tak ada sapa melainkan pokok-pokok dekat sekeliling rumah ditiup angin kuat.

baru-baru ni pun jadik jugak. aku tak ada masa tu. tapi mak aku yang ceritakan. masa tu ada kenduri rumah atok aku. aku memang tak dapat balik. so riuh la macam biasa. masa tu petang pukul 2. tengah masing-masing meriuhkan diri, berborak bergurau semua. tiba-tiba atas bumbung macam ada batu besar yang dibaling dari tempat yang tinggi. kuat giler! macam nak bocor bumbung. tapi tak bocor pun. aku tau kuat dia macam mana, sebab aku sendiri pun pernah mengalami masa duduk dekat kampung dulu. so bila mak aku cerita, aku boleh bayangkan lah macam mana kuatnya. lepas dengar bumbung dibaling something yang berat and besar tu, serentak tu ada anging semacam puting beliung kat luar.

mak aku cerita, pokok masa tu dia punya goyang lain macam betul. macam berpusing-pusing dahan-dahan dia. kuat sangat masa tu. pasir dekat laman rumah pun boleh nampak berpusing-pusing. tapi sekejap je dalam 5-10 minit. then benda tu berhenti. keadaan jadi macam sedia kala.  macam tak ada apa-apa. so semua masuk rumah la. petang tu pakcik dan abang ipar aku naik bumbung. nak tengok jugak keadaan bumbung rumah. sekali tengok memang clear. cantik lagi bumbung tu. macam tak ada apa-apa yang menimpa. termasuk lah area yang kena baling tadi. sikit pun tak terjejas. tak ada calar langsung.

kesimpulannya, aku tak tau motif apa yang membuatkan dia nak mengamuk tak tentu hala. then aku tak sure gerangan apakah yang membuat angkara. tapi yang pasti, benda ni akan bertindak kalau kita tengah leka berborak, bergurau dan ketawa. aku rasa dia ni nak mengingatkan kami, bahawasanya jangan terlalu seronok dan bergembira dengan sesuatu perkara. beringat-ingat dalam setiap perbuatan.
tapi benda ni tak pernah pun di ambik pot kat sedara mara aku. jumpa lagi kang, memekak macam biasa..

sekian..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2013 05:53 PM | Show all posts
coco_chanel posted on 3-10-2013 05:15 PM
Best citer kambing ko !

hi coco!
terima kasih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 05:49 PM | Show all posts
non.sari posted on 24-9-2013 01:59 AM
aku diuji lagi.. kali ni pengenalan pertama aku selepas kawen adalah ditindih.

yang menjadi kepe ...

ya Allah menangis sy baca cerita ni.
menangis bukan sedih ke apa ke kak. cuma, cerita akak sama dgn sy. sy ingat sy mimpi ke apa, tp bila akak cerita..mmg sama.
sy assume akak lg tua la dr sy ye.

sy tidur rumah atok sy dengan mak, abah. sbb malam tu ada kenduri sikit.
masa tu mmg aksi aksi cerita hantu sedang hangat kat rumah atok sbb atuk ada saka.
masa tu dalam proses nak buang. malam tu sy tak tenteram, kebetulan pulak tak boleh solat. sy tidur sebelah emak, emak sebelah abah kat ruang tamu rumah atok tu. sy bukan org yg golongan istimewa mcm akak, cuma bila nak kena tindih tu sy boleh lah tahu.

malam tu sy rasa berdebar sgt. mcm baru pecut 100m. sy cakap pd mak yg sy tak sedap hati, mak sy cuma suruh baca ayat kursi je. sy susah sgt nak tidur. padahal abah sy dah berdengkor kuat. masa tu laa sayup sayup sy dengan lolongan anjing. mestilah sy jd lagi takut kan. sy cuba pejam mata sampailah sy terjaga balik setengah jam lepas tu, tp terjaga dlm keadaan terkejut. sy cuba sedapkan hati, baca ayat kursi...dan sy tertidur. tak lama lepas tu sy rasa mcm sy mimpi tak mimpi, nyata tak nyata. macam..sy tidur tp terjaga. mata sy tertutup tapi sy boleh nampak keadaan sekeliling sy. masa tu sy dah kene tindih. gelap je sy rasa padahal wan sy dah pasang lampu berdekatan tempat kami tidur. masa tu sy mengadap mak sy, sy tak boleh nak gerak badan langsung. sy cuba gerak jari nak cuit emak sbb mmg sy tidur rapat dgn emak, penakut lah katakan. sy tgok jari sy smbil cuba nak gerak utk cuit emak. bila sy tengok emak sy semula, sy nmpk mcm emak sy tengah senyum pd sy. bila sy tgok lama2, baru sy perasan. tu bukan mak sy. sbb dia senyum menyeramkan. seram sgt. masa tu mmg dalam hati dapat sebut "Allah Allah Allah" je sbb lidah rasa kelu sgt. masa tu terus hilang perasaan kene tindih, terus sy tengok mak sy. mak sy tak mengadap sy masa tu. terus sy pegang mak sbb takut. masa tu jugak sy dengar suara atuk sy mengaji. tp sy tahu itu bukan atuk sy. sbb masa tu baru pukul 3 lebih. lgpun suara mengaji tu terlalu dekat dengan sy padahal bilik atuk sy jauh, rumah kampung kan selalunya memanjang dan luas.

mmg lepas tu sy elak nak tidur rumah atok.
terutamanya kalau sy tak boleh solat. kalau boleh solat tu rasa terlindung lah sikit.
ok tu je. panjang betul sy tulis disini. maap yee.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 07:34 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 4-10-2013 05:49 PM
ya Allah menangis sy baca cerita ni.
menangis bukan sedih ke apa ke kak. cuma, cerita akak sama d ...

dik... awk ckp awk nangis, time baca cerita awk, akak bole sedih plak..sedangkan ni cerita seram..
tapi cerita awk tak bnyak lari dengan cerita akak.. ada pengalaman lain tak?
hurmmm.. kita sama dik.. jangan lah nangis..
ni ujian kita.. ada sebab kenapa Allah letakkan kita kelebihan istimewa mcm ni... mesti ada sebab..
kalau ada cerita lagi kite share sama-sama ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 12:09 PM | Show all posts
non.sari posted on 4-10-2013 07:34 PM
dik... awk ckp awk nangis, time baca cerita awk, akak bole sedih plak..sedangkan ni cerita seram.. ...

sy ni takde lah smpi boleh nampak kak.
ada satu masa ni sy dgn kwn2 nak ke kuantan, lalu gambang. masa tu magrib, kawan2 sy dok cakap tak sedap hati, seram sejuk mcm ada benda tu. sy? dok buat muka toya tak rasa apa2. tp mmg kene 'usik' pun masa tu. sy je tak sedar. yela, sy ni penakut. haha. hantu real tak penah nampak. tp kalau dalam mimpi dia sokmo tunjuk muka. kena tindih, mimpi hantu je takat ni. abg sy cakap tu saka atuk sy. wallahualam. jgn dia tunjuk real sudahhh.


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
best la baca pengalaman tt nih..
sy pun ada juga la a few pengalaman tentang gangguan makhluk halus ni..
termasuk la d tindih,siap pipi sy pun d jilatnya..huhu..
Anyway,kalau tt ada masa..sila-sila la kongsi lg ya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 03:43 PM | Show all posts
cmf_blanco posted on 5-10-2013 02:48 PM
best la baca pengalaman tt nih..
sy pun ada juga la a few pengalaman tentang gangguan makhluk halus ...

ohoii! dia jilat...???
cemane lah rasa nya time dijilat itu.... kesian ko...

ko share je lah cerita ko.. aku nak tau jugak pengalaman kena jilat tu..
experience aku takde lah sampai dijilat, tapi ada jugak hampir ada aktiviti fizikal ant aku dengan jin tu sewaktu aku ditindih.
seriau bile diingat balik..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 5-10-2013 03:43 PM
ohoii! dia jilat...???  
cemane lah rasa nya time dijilat itu....  kesian ko...



kisahnya mcm ni..
perkara ni jadi waktu sy masih studi kat u..hostel yg sy tinggal adalah perumahan, kiranya pihak u sewa beberapa blok rumah utk dijadikan kolej kediaman..rumah yg sy tinggal ni ada 3 bilik..sy dpt master bedroom,kongsi dgn sorang lg rumet..
Pada malam kejadian..(ceh..skemanya..)sy decide nak tido awal,rumet sy ni pulak nak buat maraton tgk drama jepun..kedudukan katil sy dgn meja studi rumet ni bersebelahan jer..so,sy baring la..lelapkan mata..lampu bilik tu rumet dah matikan.. Baru ada thrill nak menonton drama kononnya..sy ok jer..x lama lepas tu,sy rasa mcm ditindih..susah nak bernafas,rasa dada ni berat jer..nak gerakkan badan pun payah..waktu tu sy tidur-tidur ayam,sy bukak la mata..kononya nak minta tolong ngan rumet,skali dia asyik jer dgn drama..hampeh..ada juga cuba nak panggil dia tapi suara x kluar..
Sy cuba juga gerakkan badan dan baca apa-apa yg patut tapi rasa susah sgt..waktu ni,sy terasa deruan nafas kat tepi telinga..pastu tiba-tiba pipi sy dijilat dek sesuatu..sy pejamkan mata & cuba sebut Allah..Allah berulang kali..x lama pastu,sy dah boleh gerakkan badan..sy terus bangun,jantung sy waktu ni lajunya berdegup..sy pandang rumet,dia still lagi dgn drama dia..sy tenangkan diri jap pastu cuba tido smula..
Alhamdullillah dpt juga tdo..keesokkannya harinya sy crita la dgn rumet apa yg terjadi,dia bg tau yg dia ada toleh beberapa kali kat katil kami tu dan dia ada nampak juga sy terbangun tapi sy x cakap apa-apa..bila dia toleh skali lagi,dia tengok sy dah tido.. Last edited by cmf_blanco on 5-10-2013 04:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 05:09 PM | Show all posts
hehe....dah ada kekasih gelap tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 05:33 PM | Show all posts
DIGOMOL JIN.. kuang hajaaaaaaaa!!!


sementara ada masa ni, meh aku nak cerita kejap. cerita yang aku cakap dengan sorang forumer ; aku ditindih dan hampir ada aktiviti intim dengan jin. apapun, aku minta maaf jika pengalaman aku kali ni ada unsur-unsur 18sx. hanya bercerita berdasarkan pengalaman aku. no offense!

ceritanya begini. lately aku ni kalau time 'coti' sering diganggu dan didatangi oleh makhluk-makhluk perosak ni. kebiasaannya macam biasa lah. ditindih. dan yang aku pelik, baru sekarang dia buat macam ni. datang-datang kacau aku time aku 'cuti'. dulu ada la. tapi dah lama. dah lama sangat. sekarang ni dia datang balik. aku rasa, mungkin antara korang pun pernah rasa macam ni kan. yelah, kita kan time tu 'keluar' sesuatu yang makhluk tu suka. tu yang dio maghi jupo kito..

benda ni berlaku semasa turn kami balik berhari raya di rumah mak aku. masa tu dah masuk raya ke 4 ke 5 ek.. sorry aku memang cepat lupa bab-bab tahun ke, masa ke, umur ke.. sorry sangat-sangat. then time tu aku memang 'cuti' dan kebetulan pulak hari tu adalah hari pertama aku 'cuti'. so aku terima la dengan hati terbuka. sebab memang tak bajet kot hal ini akan menimbulkan sedikit masalah dekat aku. siang tu aku jalankan aktiviti macam biasa la. tanpa sebarang gangguan dan masalah.

haa.. time malam nak tido tu lah aku kena. standarlah. memang time-time nak tido tu lah dia suka datang jumpa aku. nak tido tu macam biasa lah. ready-ready apa yang patut. aku siap kibas-kibas tempat tido aku yang macam selalu aku amalkan. ditakuti ada benda-benda yang menganggu aku walaupun benda tu tetap datang even aku mengibas macam menyabit rumput sekalipun. takpe lah, hanya mengikut sunnah..

yang pelik, selalunya sebelum nak kena tindih malam tu, aku akan rasa tak senang hati setengah jam atau 1 jam awal sebelum tido. tapi kali ni tak ada rasa apa-apa pun. so aku tido lah macam biasa. masa terlelap tu, aku rasa lama jugak lah aku tido tanpa gangguan dalam lebih kurang 2 jam kot. memang tak ada masalah. lepas 2 jam (anggaran aku tido tanpa gangguan) aku dah rasa tak selesa. aku terbangun. rasa badan ni panas berpeluh-peluh sampai lencun leher, dahi aku. aku toleh laki aku kemahen sedap bunyik dia berdengkur. siap berselubung selimut lagi. apa tak panas ke laki aku ni? siap aku pegang dahi leher dia, memang tak berpeluh. so aku sambung tido tanpa berselubungkan selimut.

tapi yang kali ni memang aku terus ditindih. takda hint-hint punya. seolah-olah baru je nak mamai, layan tido. terus saja jin tu hinggap kat badan aku. sesak nafas kejap aku rasa. nak kata kalut, tak kalut lah. benda dah biasa kot. tapi oleh kerana dia datang secara tiba-tiba itu yang membuatkan aku kalut sekejap. mata terbukak sikit, mampu jugak lah aku pandang laki aku yang memang lena tido nya tanpa pernah gagal. nak jerit tak boleh. mampu sebut Allah je. tapi memang kuat aku ditindih. dan yang menjadi kepelikan lagi, aku setakat nak mengerang pun tak mampu. aku try pejam mata, bukan nak tido. tapi cuba nak cari kekuatan.

masa aku pejam mata ni lah, entah jin afrit mana entah, jelmakan diri dia dalam bentuk sentuhan. gitteww.. sebab apa? sebab aku dapat rasa sentuhan dan tindihan dia. aku tengah pejam mata ni. nak bukak mata balik memang tak mampu masa tu. aku cuma mampu menangis je dalam hati. memang rasa sangat masa tu aku digomol. dekat leher dan badan aku. sambil tangan dia (mungkin tangan sebab rasa figure jari even tak jelas) pegang kuat pinggang aku and tekan dada ke perut aku. memang aku rasa berat dan terbeban. dalam hati ni aku cuma mampu cakap ''ni kalau dibiarkan, memang kes siri berz***a dengan jin nih!' aku macam nak nangis sangat masa tu.

nak tolak tak boleh. nak tendang tak mampu. nak gerak memang tak boleh gerak. nak jerit, tak keluar. masa ni dia memang tengah rancak beraksi. sial! aku memang marah gila masa tu. kumpul kekuatan, aku pun jerit 'iyaahhhh!!' ha ngkau! terus aku bangun. toleh laki aku, tengah tido lagi tu! ni apa punya tido lah, aku jerit pun tak dengar. aku terus duduk, ucap astaghfirullah banyak kali. baca surah-surah 3 qul. ayat kursi semua. puh kiri, puh kanan, puh atas, puh bawah. siap aku cek leher badan semua. kot-kot berlendir ke ape ke..

aku try tido balik. pejam mata pelan-pelan. kali ni memang aku tau aku akan ditindih lagi. sebab masa mamai tu mungkin benda tu datang, sebabnya aku dah rasa panas-panas kebas dekat kaki aku. ye, aku ditindih lagi. aku bajet, jin sial ni memang nak menggauli aku la. sebab masa ditindih ni, apa yang aku rasa sama macam apa yang aku rasa masa mula-mula ditindih tadi. cuma kali ni gomol nya berat ke perut. tapi kat leher pun ye jugak. serius, aku sendiri tak boleh nak imejin macam mana cara jin ni sebenarnya. koserr sangat aku nak imejin masa tu kan.. aku pejam mata, cari kekuatan macam tadi. haa.. tau tak kenapa aku cakap jin afrit, sebab masa pejam mata ni lah aku macam dibayangi satu makhluk hitam, kepala bulat kilat, dan bertoncet! besar bagak bertenggek atas badan aku. tapi dia tunduk mengadap badan aku. so memang muka dia aku tak nampak la.

aku buat macam tadi lagi, cari kekuatan. kumpul kekuatan sebanyak mungkin, aku try jerit, lagi kuat dari mula-mula tadi 'iyaaarrgggghhh!!' haaa ngko.... masa tu jangan kata aku sendiri terbangun, dengan laki aku sekali bangun. terkejut dengar aku jerit. oleh kerana dia dah tau kalau aku jerit tiba-tiba ni kenapa, so dia terus peluk aku then masa tu memang aku dengar kat telinga ni laki aku recite ayat kursi dengan 3 qul then tiup ke telinga aku.. akhirnya lena lah daku sampai ke pagi..

bila pagi tu terus aku bercerita pengalaman seram geli geleman aku malam tadi ketika ditindih dekat mak aku and ofkos suami aku. sebab ini pasal maruah aku yang dicabuli kot. aku cerita-cerita, memang nampak sangat riak terkejut dekat muka mak aku. apatah lagi muka laki aku. tiba-tiba terpacul keluar dari mulut mak aku. 'rasa-rasa memang ada yang membela ni, tapi dah tak dilayan. kak imah (ini memang nama sebenar) belakang rumah ni, katanya aritu baru kena, siap berlebam birat kat leher' gitteww...  kusss semangat. berderau rasa jantung ni. nasib baik lah takda apa-apa bekas kat badan aku masa tu. kalau tak, mau aku sental pakai berus periuk! tak sanggup!!!

tapi yelah, aku hanya bersangka baik. kemungkinan sebab aku dalam keadaan kotor, tu yang agaknya jin tu ghairah tengok aku. mungkin jugak jiran aku kak imah tu pun tengah 'cuti' masa tu. dan siapa gerangan jiran yang membela tu pun aku tak tahu dan tak mahu ambil tahu. biarkan saja dia berurusan dengan Tuhan.

sekian....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2013 05:41 PM | Show all posts
cmf_blanco posted on 5-10-2013 04:25 PM
kisahnya mcm ni..
perkara ni jadi waktu sy masih studi kat u..hostel yg sy tinggal adalah perum ...

khusyuk benar member ko tengok cerita jepun kan. kawan kene jilat pun tak perasan...
kan dia cakap dia nampak ko bukak mata kan, pastu tido balik. aku rasa tu memang timing ko tengah kene tindih la kot.. pada dia ingatkan ko tengan mamai-mamai nak tido. padahal ko tengah menahan sedang dijilat jin...
alahai... sian ko..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 5-10-2013 05:41 PM
khusyuk benar member ko tengok cerita jepun kan. kawan kene jilat pun tak perasan...
kan dia caka ...

ntah la menatang yg suka tindih-tindih ni, dah xde kerja lain gamaknya..dah tu gatal pulak..huhu..sabar jer la..
tapi itu la kali terakhir sy d tindih..skrg ni alhamdullillah dah xde..kesian pulak kat tt,slalu d tindih..kuatkan semangat utk lawan spesis drg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
best lepak umah ni. cite byk2 lg taw
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 10:24 AM | Show all posts
non.sari posted on 1-10-2013 03:32 PM
oooiiii... meremang nya aku baca...
kalau dia siap tegor kita time kita tido, dah tu kita  ...

kat ulu klang. hikhik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.160990 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list