CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hani85

Jika lelaki dapa bidadari di syurga, wanita dapat apa?

[Copy link]
Post time 16-7-2015 01:23 PM | Show all posts
CaTtLeRaNcH replied at 15-7-2015 10:12 AM
Umah2 nie suka sgt dok memikir apa surga apa neraka kengkadang geli hati plak dgar. Baik la uolls pk ...

itulah beza orang pikir pendek dan panjang....

jangan geli2....

suatu hari engkau tetap akan bertemu dengan Tuhan mu.

sejauh mana kau mengejar dunia, kau tetap berlari menuju Tuhan kerana masa memang sifanya begitu





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2015 06:12 PM | Show all posts
salam

cari Tuan funya
  • Syurga dan
  • Neraka ..

  • buat secara jujur ..
maka suci ..
  • kerja secara ikhlas ..
supaya Lillah ..

insyAllah ..
Allah ridha terhadap mereka dan
merekapun ridha kepada-Nya

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 08:57 PM | Show all posts
ada satu video---exactly cerita hal ini----


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 10:03 PM | Show all posts
Fikirkan apa yg lbh penting...kehidupan dunia etc...

soal ruh,kubur,akhirat ,biarkan ia kerna Nabi SAW dan Quran hanya menceritakan sedikit sahaja.

Pastinya kita akan tempuhinya...............

Apa yg penting berusaha menjadi MANUSIA BERIMAN.................."Kami dengar dan kami taat "

Wallahua'lam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 12:55 AM | Show all posts
KAlau tak dpt apa apa pun tak apa - janji dpt masuk syurga dan dpt jumpa dgn anak anak dan suami also jumpa mak ayah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 07:11 PM | Show all posts
baik soalan adik ini .

tapi cuma paling patut saya rasa ..

apakah ia bersandar kepada hadis yg soheh  ??

dan mungkin adik boleh bawa sedikit berkaitan sunnahnya .

atau hukumnya  ??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2016 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum Hani85,

Boleh saya tau kalau2 saudari sudah mendapat jawapan kpd setiap persoalan saudari di atas? Sbb sy sendiri sedang mencari jawapan utk persoalan2 yg sama. Sebijik sama. Pd yg x fhm soalan tu, tolong la jgn bash TT sbb dia hanya ingin tahu. Kita kalau nk beragama kenalah ade sifat ingin tau. Sifat ingin tahu itu bkn tanda takde iman. Sebab dia nk beriman lah dia cari jwpn. Kalau dia x nak beriman, dh lama dia wat dek jer. Jgn cpt menghukum org. Kalau sifat ingin tahu ni salah, x patut dan berdosa, maka semua manusia ni hidup dlm gelap lah. Alim ulamak pn buat research mencari Allah swt dan sbgnya utk pengikut agama islam. Takde plak org kata dorg tu tak beriman. Dh TT kata dia hanya mahu mencari pengertian untk lebih memahami & dia lgsg takde kata Allah itu tidak adil. Setiap perkara tu mesti ade penjelasannya. Yg taktau penjelasan tu lebih baik berdiam diri, nnti x psl2 ade yg tersinggung hati, dosa free plak. Thread ni dh bertahun. Taktau la TT masih aktif x di sini. Sy hrp beliau masih aktif sbb sy teringin nk tau kalau2 dia dh jumpa jwpn yg dia cari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2016 06:07 AM | Show all posts
nfellyn4 replied at 20-1-2016 02:39 AM
Assalamualaikum Hani85,

Boleh saya tau kalau2 saudari sudah mendapat jawapan kpd setiap persoala ...

Waalaikum salam nfellyn4.
Ya, alhamdulillah saya sudah dapat jawapan yang at least sudah memuaskan hati saya. Cuba tonton video ni:

https://www.youtube.com/watch?v=u2vgRAM1o78

Penerangan oleh Sheikh Nouman Ali Khan. Kata beliau mengapa cerita tentang bidadari di dalam Al Quran banyak disebut seolah-olah hanya lelaki sahaja yang beroleh apa yang mereka mahu (kita sedia maklum lelaki itu keinginannya memang kepada perempuan-perempuan cantik) kerana wanita ini mahunya pelbagai tetapi lelaki kehendak dia memang pada perempuan. Dengan kata lain, jika disebutkan sesuatu nikmat yang seorang wanita mahukan di syurga, tak semestinya wanita yang lain pun berkehendakkan nikmat yang sama.

Cubalah tengok video tu. Worth watching!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 09:17 AM | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 20-1-2016 06:42 AM

Korang dok dengar sangat ustaz2 yg bengap tuh..kalau korang nak tahu..di akhirat korang tak sama dengan dunia..sebab manusia bukan jasad..diulang manusia bukan jasad..manusia adalah jiwa.jasad adalah sarong.manusia adalah jiwa.no matter apa jantina kamu semua kamu hidup di dunia..apa jasad kamu semasa di dunia..di  akhirat manusia akan di beri jasad baru.di beri sarong baru.jika kamu ahli syurga..kamu akan di beri jasad lelaki..walau semasa di dunia jasad kamu adalah perempuan..jika kamu ahli neraka kamu akan diberi jasad perempuan, walau jasad kamu semasa di dunia adalah lelaki..tak kisah apa jasad kamu di dunia, Samaada kamu lelaki, perempuan or khunsa, or pondan.
ini telah menjawab kenapa tiada biadadara di dalam syurga..cuma ada bidadari..sebab semua manusia penghuni syurga adalah lelaki, sementara semua penghuni neraka adalah perempuan..kenapa perempuan? kerana untuk menambah azab dalam neraka...jangan dengar sebang kosong ustaz ustaz bahlol yg yg ceritakan yg bukan bukan yg menyatakan suami isteri boleh bersama di syurga..tidak sebenarnya..j isteri semasa di dunia adalah seorang perempuan, dia dia masuk syurga dia akan menjadi lelaki. suami adalah seorang lelaki jika dia ahli neraka dia akan menjadi perempuan...maka keselamatan diri sendiri adalah tanggungjawab diri sendiri..di akhirat kita tiada ikatan lagi dah, tiada istilah bekas isteri, bekad sumai ibu bapa dan anak..jika mahu pasangan yg sama seperti di dunia boleh tak? tak boleh...tapi jika kita ahli syurga kita boleh meminta seorang bidadari yg di wajahkan dengan bekas pasangan kita semasa di dunia..
Tetapi di neraka jangan sangka perempuan tiada pasangan..ada..setiap ahli neraka(jasad perempuan) di beri 2 ekor makhluk yg berjantina lelaki..yg kemaluan mereka seperti pokok dan duri kaktus...makhluk jantan ini sentiasa laparkan berhubungan sex dengan perempuan..pemikiran makhluk ini terbalik..jika perempuan menjerit kesakitan semasa buat sex mereka anggap perempuan itu sedang sedap..makhluk ini sangat keji, dan banyak lagi makhluk lain dalam neraka termasuk mesin mesin penyiksaan yg sangat kejam..termasuk makhluk bernama jahanam..jasad adalah jasad perempuan..di ulang jasad adalah perempuan..
untuk di bebaskan dari neraka pun sebenarnya sangat sukar..bukan boleh panjat dinding neraka..bukan ada layanan istimewa seperti ada satu tangan ghaib yg ambil keluar dari neraka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2016 10:11 AM | Show all posts
monyet_2015 replied at 20-1-2016 09:17 AM
Korang dok dengar sangat ustaz2 yg bengap tuh..kalau korang nak tahu..di akhirat korang tak sama den ...

Really? Mana tuan dengar? Saya tak pernah dengar pula tafsiran seperti ini. Boleh beritahu tuan tafsir sendiri atau ada tok guru yang ajaq?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 10:50 AM | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 20-1-2016 07:51 AM
hani85 replied at 20-1-2016 07:11 AM
Really? Mana tuan dengar? Saya tak pernah dengar pula tafsiran seperti ini. Boleh beritahu tuan ta ...


Memang kamu tak pernah dengar sebab banyak ustaz ustaz sekarang hanya seorang penglipur lara.aku dapat ni bukan melalui dengar ceamah dari ustaz-ustaz yang minda zero yg banyak cakap pasal sex.
aku dapat ini dari pengembaraan rohani dalam pencarian ketuhanan..siapa tuhan..memecah rahsia alam dan kehidupan, apa itu kehidupan, kenapa manusia hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2016 10:55 AM | Show all posts
monyet_2015 replied at 20-1-2016 10:50 AM
Memang kamu tak pernah dengar sebab banyak ustaz ustaz sekarang hanya seorang penglipur lara.aku ...

Ok baguslah begitu. Cuma dalam mencari ilmu ni perlu berguru. Tak ada guru, takut syaitan jadi pendamping. Takut boleh menjurus kepada sesat. Sekadar ingatan untuk diri saya sendiri juga.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 01:02 AM | Show all posts
Edited by irbadh at 23-1-2016 05:41 PM

bismillah ar-rohman ar-roheem

segala puji hanyalah milik Alloh, semoga sholawat dan salam senantiasa dicurahkan pada kekasih kita muhammad penutup para nabi dan rosul, kepada seluruh ahli keluarganya dan para sahabatnya,

adapun selepas itu;

lama tak menjenguk, dengan taqdir Alloh ternampak tajuk yang menarik pada thread ni, rasanya perlu saya berkongsi dengan saudara sekalian dengan tujuan untuk berkongsi ilmu serta meluruskan kefahaman kita,

berdasarkan firman Alloh yang bermaksud:
"..... dan saling menasihati supaya menetapi kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran." (al-'ashr: 3)

dalam hal seperti ini, saya berpandu merujuk kepada firman Alloh yang bermaksud:
"..... maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui" (al-anbiyaa': 7)


sesungguhnya, perkara yang sama pernah ditanya kepada asy-syaikh muhammad bin sholeh al-'utsaimeen (moga Alloh merahmatinya), dan dengan memohon tawfiq dari Alloh, saya cuba ringkaskan tanpa disertakan dengan dalil (bukti) yang lengkap dari al-qur'an dan assunnah dengan tujuan agar mudah difahami (namun tidak mengubah makna asal jawapan asy-syaikh) dengan izin dari Alloh jua, moga bermanfaat.

maka, saya kumpulkan jawapan asy-syaikh (moga Alloh merahmatinya) sebagaimana dalam fatwa beliau dalam bentuk poin seperti berikut:

1) Jika seorang wanita belum nikah di dunia, maka sesungguhnya Alloh akan menikahkannya dengan suami yang membahagiakannya di syurga.  Maka kenikmatan syurga tidaklah terbatas hanya pada kaum lelaki, akan tetapi diperuntukkan bagi lelaki dan perempuan. Dan di antara bentuk kenikmatan syurga adalah pernikahan (berpasangan).

berdalilkan hadits nabi shollallohu 'alayhi wa sallam yang bermaksud:
'Dan tidaklah di dalam syurga itu ada seorang pun yang bujang' (direkodkan oleh imam muslim dalam shohihnya)


2) Kerana memang kenikmatan di syurga tidak hanya diberikan kepada para lelaki namun juga untuk para wanita, sementara termasuk kenikmatan syurga adalah memiliki pasangan hidup. Adapun pertanyaan kenapa Alloh subhanahu wa ta’aalaa hanya menyebutkan bidadari syurga sebagai pasangan hidup dan tidak
menyebutkan adanya suami-suami sebagai pasangan hidup wanita ahlul jannah (penduduk syurga);  
maka kami katakan: Alloh subhanahu wa ta’aalaa menyebutkan isteri-isteri bagi para lelaki ahlul jannah kerana lelakilah yang mencari wanita (ya'ni wanitalah yang dikejar-kejar dan dicari-cari). Namun bukan bermaksud para wanita ahlul jannah tidak memiliki suami di syurga bahkan mereka mempunyai suami dari kalangan anak Adam.

Alloh ta'aalaa berfirman yang bermaksud:
"Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Fushshilat: 31-32)

---------------------------------------------------------------------------------------
*asy-syaikh muhammad bin sholeh al-'utsaimeen merupakan di antara ulama' besar kerajaan arab saudi yang menjadi rujukan umat islam dari seluruh pelusuk dunia semasa hayatnya. semoga Alloh mengampuni serta merahmatinya atas jasa-jasa beliau untuk kaum muslimin
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 01:53 AM | Show all posts
Edited by irbadh at 23-1-2016 05:42 PM

nota tambahan:

- perlu diketahui bahawa nikmat di syurga itu teramatlah banyak dan tidak dapat dibayangkan dan sesungguhnya hanya Alloh lah Yang Maha Mengetahui

- dan merupakan nikmat yang paling agung tatkala di syurga nanti adalah kenikmatan memandang wajah Alloh ta'aalaa Yang Maha Mulia dan ini merupakan prinsip dasar aqidah ahlussunnah wal jamaah.

- yang paling penting adalah persediaan kita sendiri sebagai hamba Alloh dalam mengorak langkah di dunia ini dalam rangka mencari ridho Alloh agar memperoleh rahmat-Nya di akhirat kelak.

- dan di antara rahmat Alloh Yang Maha Luas meliputi hamba-hamba Nya adalah dengan diberikan jalan khusus untuk para wanita bagi meraih syurga Alloh dengan begitu mudah sekali Allohuakbar sebagaimana yang telah disabdakan oleh nabi shollallohu 'alayhi wa sallam dalam sebuah hadits yang direkodkan oleh imam ahmad bin hanbal dalam musnadnya yang bermaksud:
Jika seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan romadhon, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan dikatakan kepadanya: "Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu syurga mana saja yang kamu kehendaki."

kita memohon kepada Alloh tawfiq serta petunjuk agar dapat kita mengerjakan apa yang Dia cinta dan ridho demi mengharapkan wajah-Nya semata, sesungguhnya Dia (Alloh) Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan do'a walhamdulillaahi robbil 'aalameen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 03:19 AM | Show all posts
Edited by irbadh at 23-1-2016 05:43 PM

bismillah ar-rohman ar-roheem

sorry tt, saya out of topic sikit tapi masih ingin memberi sedikit input yang moga Alloh beri manfaat berkenaan thread tt satu lagi di board yang lain.

awalnya saya rasa tak nak masuk campur pun bab perempuan mengeluh pasal lambat jodoh ni, tapi from what i've read roughly from your writings, tt seorang yang nak kembali pada fitrah ya'ni agama islam itu sendiri dan itu merupakan antara nikmat dari Alloh serta rahmat-Nya kepada tt walhamdulillah.

teringat saya akan firman Alloh yang bermaksud:
Maka barangsiapa yang menghendaki, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada Robbnya (an-naba: 39)

ingin saya jelaskan kenapa saya reply di sini dan bukan di board di sinun adalah kerana apa yang saya nak kongsikan ni adalah berkenaan fatwa dari syaikh yang sama dengan posting atas juga ya'ni syaikh al-utsaimeen, qodarulloh asy-syaikh pernah juga ditanya persoalan yang sama macam tt hadapi.

jadi  saya berpendapat adalah lebih sesuai jika saya kongsikan di sini kerana kalau di board sinun, nama pun emosi, saya khuatir ramai yang akan cenderung melebihkan rasional yang mana sepatutnya kita harus mendahulukan wahyu ya'ni kembali merujuk kepada al-qur'an dan assunnah dengan kefahaman assalaf assoleh dalam setiap apa pun permasalahan yang kita hadapi.

sebagaimana yang diriwayatkan dari 'umar ibnul khottob (amirul mu'minin pengganti abu bakr) mafhumnya dia berkata: 'Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Alloh dengan islam, maka bila kami mencari kemuliaan dengan selain islam, maka Alloh akan menghinakan kami.'
subhanalloh, lihatlah ucapan seorang yang memahami hakikat nikmat islam dan dapat merasai manisnya iman dan hanya kepada Alloh kita memohon pertolongan.

jadi saya proceed terus kepada jawapan asy-syaikh seperti berikut:

Nasihat saya untuk yang terlambat menikah hendaknya selalu berdo’a kepada Alloh dengan penuh harapan dan keikhlasan, dan mempersiapkan diri untuk siap menerima lelaki yang soleh. Apabila seseorang jujur dan sungguh-sungguh dalam do’anya, disertai dengan adab do’a dan meninggalkan semua penghalang do’a, maka do’a tersebut akan dikabulkan.

Alloh subhanahu wa ta’aalaa berfirman (yang bermaksud):
“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila dia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. “ (al-baqoroh: 186)

Dan firman Alloh subhanahu wa ta’aalaa (yang bermaksud):
“Dan Robbmu berfirman: Berdo’alah kepada-Ku,nescaya akan Ku-perkenankan bagimu” (al-mu'min: 60)

Dalam ayat tersebut Alloh menggantungkan terkabulnya do’a hamba-Nya setelah dia memenuhi panggilan dan perintah-Nya. Saya melihat, tidak ada sesuatu yang baik kecuali berdo’a dan memohon kepada Alloh serta menunggu pertolongan dari-Nya.

Nabi shollallohu ‘alayhi wa sallam bersabda (yang bermaksud): “Ketahuilah sesungguhnya pertolongan diperoleh bersama kesabaran dan kemudahan selalu disertai kesulitan dan bersama kesulitan ada kemudahan.”

Saya memohon kepada Alloh untuk kalian dan yang lainnya agar dimudahkan oleh Alloh dalam seluruh urusannya dan semoga segera mempertemukan kalian dengan laki-laki yang soleh yang hanya menikah untuk kebaikan dunia dan agamanya.



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 04:33 AM | Show all posts
nota tambahan:

- point yang paling penting adalah bersabar kerana jodoh adalah rahsia Alloh kerana telah pun tertulis ketika malaikat meniupkan ruh ke dalam rahim ibu kita (ya'ni termasuk rezeki, ajal maut, amal, kebahagiaan atau sengsara).

- jodoh itu termasuk rezeki, dan jangan khuatir, Alloh akan sentiasa cukupkan rezeki hamba-hamba Nya selagi nyawa belum diambil.

- sekiranya tiada jodoh, kita dah ada penjelasan bagi wanita yang tiada jodoh di dunia tapi harus diingat, mission yang utama adalah mengejar rahmat Alloh dengan mencari ridho-Nya untuk mendapatkan syurga.

- dan ingatlah tujuan sebenar kita diciptakan di dunia adalah untuk beribadah mengabdikan diri pada Alloh dan cinta Alloh itu lah yang kekal sedangkan hati manusia itu, Alloh lah yang bolak-balikkan ia.

Alloh ta'aalaa berfirman yang bermaksud:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi diri (beribadah) kepada-Ku." (adz-dzaariyaat: 56)

- dan sebagaimana pesanan asy-syaikh (moga Alloh merahmatinya) di atas, persiapkan diri untuk menjadi muslimah yang solehah di samping berdo'a agar dijodohkan dengan lelaki soleh kerana ini termasuk bentuk usaha dan tawakkal. Dan mempersiapkan diri itu haruslah dengan ilmu yang benar berlandaskan al-qur'an dan assunnah berdasarkan kefahaman tiga generasi umat islam yang awal.

Alloh ta'aalaa berfirman yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhoan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Alloh benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (al-'ankabuut: 69)

- akhir sekali dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh imam muslim di dalam shohihnya bahawa nabi shollallohu 'alayhi wa sallam bersabda yang bermaksud:
'Lihatlah orang yang lebih rendah dari kalian, dan jangan melihat orang di atas kalian, maka itu lebih layak untuk kalian agar tidak memandang hina nikmat yang Alloh anugerahkan kepada kalian.'

akhir kata, berusahalah untuk perbaiki diri secara bertahap dalam upaya mendekatkan diri dengan Alloh bermula dari aqidah (tauhid), ibadah, akhlak, muamalah dan adab pergaulan serta luruskan niat dalam mencari ridho Alloh, moga dengan niat ikhlas kita beroleh pahala dari Alloh dan Alloh beri kita jalan keluar dalam segala permasalahan kita,

Firman Alloh yang bermaksud:
"Barangsiapa bertaqwa kepada Alloh nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Alloh nescaya Alloh akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Alloh melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Alloh telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (ath-tholaaq: 2-3)

walhamdulillaahi robbil 'aalameen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 09:45 AM | Show all posts
hani85 replied at 9-11-2013 06:36 PM
ok la aku paham apa yang korang nak sampaikan. tapi aku masih xjumpa jawapan nya. asik2 benda yang s ...

Tuhan akan cipta suami kau 1 lagi yg engkau tak akan tahu itu klon....dia boleh letak kamu berdua duaan dalam ruang dunia lain di syurga ...hehehehe

Tuhan maha berkuasa dan boleh buat apa shj dia mahu...belum kamu cakap dia sdh tahu dlm hati dan otak kamu...

jangan fikir benda yg kamu tidak mampu utk fikirkan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 01:23 PM | Show all posts
Bodoh sungguh kamu di tipu oleh ustaz dan ustazah bengong..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 03:02 PM | Show all posts
Simunggu replied at 28-1-2016 09:45 AM
Tuhan akan cipta suami kau 1 lagi yg engkau tak akan tahu itu klon....dia boleh letak kamu berdua  ...

Ya aku pun sekarang fikir benda yang sama. Huhu. Entah, sebenarnya nikmat dalam syurga tu tak ada siapa yang tahu. Sedangkan bumi yang kecik ni pun kita tak tercapai nak jelajah semuanya, apatah lagi memikirkan syurga. Alam yang terbentang luas ni pun, tak tercapai akal kita nak fikir. Galaksi sahaja sudah berbilion. Memang banyak sangat benda kita tak tahu. So kalau Allah tu kata syurga tu sangat indah, yang tak pernah kita terfikirkan, yang tak terbayangkan, maka benarlah kata2 Nya. Bak kata ustaz Nouman Khan, cari je jalan masuk syurga, gerenti happy. Kadang2 biasalah, ada juga aku, sebagai manusia dan perempuan yang lemah lagi hina, terfikir dan terdetik juga macam2, tapi aku cepat2 istighfar sebab aku tahu tu semua bisikan syaitan. Kena istiqamah dalam mujahadah ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 03:17 PM | Show all posts
irbadh replied at 23-1-2016 04:33 AM
nota tambahan:

- point yang paling penting adalah bersabar kerana jodoh adalah rahsia Alloh keran ...

Terima kasih tuan. Saya sebagai wanita yang single ni, biasalah kan, kadang-kadang tu terasa juga sunyi. Bila sunyi tu saya akan sibukkan dengan benda2 lain. Main kucing, dengar kuliah agama etc. Saya tidak lah mengeluh pun tentang jodoh ni, walau adakalanya bila lihat orang yang berpasangan ada juga terasa mahu seperti mereka. Tapi bila fikir balik, mungkin Allah tidak kurniakan saya pasangan lagi sebab saya tak sedia, saya masih banyak kekurangan, or kalau saya bernikah buat masa ini, disebabkan ketidaksediaan saya, maka saya akan makin jauh dari Allah.

Sayang Allah pada kita tu, kadangkala dalam bentuk yang tidak kita jangka. Kadangkala, Allah bagi kita jatuh. Allah bagi kita hilang pekerjaan. Allah bagi kita rasa sedih sangat. Allah bagi manusia pandang hina pada kita. Tapi dalam masa yang sama, Allah sebenarnya sedang angkat darjat kita ke tempat lebih tinggi. Allah rindu kan puji-pujian dari kita, Allah rindukan air mata kita yang menangis kerana cinta dan takut pada Nya. Allah, sesungguhnya perancangan Allah itu kadangkala pelik, tapi luarbiasa dan tersembunyi hikmah yang sangat besar.

Saya, masih lagi mencari diri dan dalam usaha mendekatkan diri pada Nya. Nak cari cinta Nya. Bukan senang, sebab kita ni selalu sangat tergoda dengan nafsu dan syaitan. Kadang tu rasa dekat, kadang tu rasa jauh, biasalah hati manusia. Sebab tu saya merancang di masa hadapan saya nak join kelas-kelas agama, nak mantapkan ilmu dan sebagai usaha mencari rahmat Nya. Doa kan saya ya.

Anyway saya rasa tak ada masalah pun kalau tuan nak post di thread saya yang lagi satu tu. Bagus juga sebenarnya jika ada orang yang mengingatkan tentang kebaikan, sebab agama ni bukan hanya perlu dititipkan dalam perbincangan agama sahaja. Bukankah Islam itu mencakupi semua, emosi manusia yang berbolak balik pun akan mencapai ketengangan dengan mendekatkan diri pada Nya. Dakwah itu, di mana-mana, tuan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.046916 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list