|
hahaha. imaginasi cerita hantu ek? aneh ni. sabar ye kak. aku busy skt pagi ni |
|
|
|
|
|
|
|
skalar posted on 18-8-2014 09:23 AM
Cerita ke - 16. Mohon kemaafan semua. Aku ritu busy sampai khamis ke sekolah kan? pastu jumaat,sabtu ...
uishhh seram..
nasib baik la aku tak penah nampak benda bukan2...
tp betul la.. kalau lalu area gunung ganang tu.. mmg mate ni duk pandang luar jer..
wpn tak nampak ape2.. gelappp ..!
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya mak saya pun pernah alami kejadian sama cam mama... kena kacau masa masak di subuh hari.. mak saya dulu masak untuk kantin sekolah (mak saya cikgu.. tapi pagi2 bangun masak untuk kantin sekolah - abah saya yg jaga kantintu). So mmg bangun kul 3 la start masak... cam biasa tingkap ngan pintu mmg terbukak... mak plak masak kat dapur luar... dekat dapur tu ada pokok kelapa.... masa mak tgh masak tu tak semena2 buah kelapa jatuh bergolek2 kat kaki mak... mak heran gak sbb takde angin pun... mak pandang atas pokok kelapa tu..terkejut mak tgk ada benda hitam berbulu lebat tgh tersengih2 atas pokok tu.... matanya merah... nasib baik mak jenis yg hati kental.. selamba mak cakap "aku nak masak ni... pegi sana jangan kacau aku... aku tak kacau kau" sambil dalam hati baca2 surah yg patut. Masa mak cita kat kitaorg adik beradik kitaorg yg meremang... mak rilex jer huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...sebelum nie aisya jd SR je..best citer TT..citer la lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
skalar posted on 25-7-2014 11:33 PM
Cerita ke 5. Part 2. Di Bukit Melawati, Kuala Selangor.
Perjalanan pergi ke sini dari Shah Alam ...
TT,
Ko pegi tempat tu mmg ada penghuni nye,nama pon tempat peninggalan sejarah.
Ada meriam kat situ di balut kain kuning. Sebabnye? Di khabarkan diwar -warkan meletup dengan sendirian berhadnye.
Dan YES, di situ jugak tempat penginapan selama2nya oleh seorang puteri. puteri apa? tidak la hamba tahu.
Situ bawah bukit kuala selangor tu ada taman rama2 ke apa,klu korang pegi sana,lagi seriau.. penah pegi sana,tapi siang hari la.. suram je tempatnye,redup kawasannye,tenang pandangannye.
Nanti cuba naik lagi di siang hari,ada muzium kecik kat atas tu,kat dengan kawasan meriam n tempat berkumpulnya segala cucu cicit monyet n beruk.
Ada yang 'menarik' di sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
waheedatul posted on 21-8-2014 02:31 PM
TT,
Ko pegi tempat tu mmg ada penghuni nye,nama pon tempat peninggalan sejarah.
Ada meriam kat s ...
Aku pernah masuk muzium tu.member aku siap amik gambar lagi kat replika kubur ke kubur betul kat dlm muzium tu.aku pun ingat2 lupe la.masa aku pegi tu tahun 2009 kot.monyet2 kat situ jinak betul xtakut org langsung.tapi yg aku pelikkan nape ek toilet kat situ xde cermin?xtau la kalau sekarang da ada cermin ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Arissa_Adaj posted on 21-8-2014 10:50 AM
Sebenarnya mak saya pun pernah alami kejadian sama cam mama... kena kacau masa masak di subuh hari.. ...
patutnya lepas sound tu mak arissa ambik kelapa baling plak kat antu tu..kikiki. gurau je
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita ke - 18. Sorry sayang2 semua.ewah. Aku busy sangat. Keroje bertimbun-timbun baq ang. Benco berpraktikal kerja banyak macam ni. Pening. Nasiblah minggu depan aku dah nak habis. Dah cerita yang ke 18. Punya banyak cerita aku. Aku berterima kasih kepada yang sudi membaca cerita aku yang aku hambar ni. Maklumlah, semua ni cerita yang jadi. Kalau cerita aku reka mungkin boleh jadi lebih ganas kan? Elemen-elemen tokok tambah lagi. Tapi tak apalah. Aku memilih untuk jujur (Bapak poyo). Okeh.
Cerita ke 18 ni pasal ekspidisi aku ke satu kawasan air terjun di Melaka iaitu Air Terjun Asahan di Asahan. Aku pergi dengan 3 orang kawan aku. Popoi, Mal dan Chai. Masa ni kami pusing-pusing Jasin tu mencari jalan ke air terjun tu. Pening nak cari nya. Last-last kami berenti kat Petronas Jasin lama. Depa nak lepas hajat. Aku beli aiskrim moo moo tu. Sedap jugak. So, Mal pergi bersembang dengan pump attendent(ke?) tu, dia tanya mana air terjun tu. Kebetulan besar, yang Mal tanya tu memang orang Asahan. So dia pun cakap lah. leh, takde lah jauh sangat
(katanya. Padahal jauh nak mampos). Tapi, sebelum belah tu orang Petronas tu cakap benda yang buat kami cuak jugak lah nak ke sana. Dia cakap. "Hati-hati bila ke sana. Nak mandi, mandi. Jaga mulut. Jangan buat benda bukan-bukan. Kat sana ada tok batin jaga. Jangan buat dia marah. Binatang dia bela tu ganas". Hah sudah. Jem aku. Aku cuak. Lain macam rasa. Tapi dah semangat nak mandi kan? Aku terpaksa. Banyak kes dalam kisah aku cerita ni semua aku terpaksa. Depa gila. AKu terpaksa. bugima.
SO, Air Terjun Asahan ni lokasi dia kat Gunung Ledang. Cuma ni Gunung Ledang sebelah melaka (walau hakikatnya Asahan ni memang di Johor). Atau begitu lah lebih kurang. Aku pandang macam tu je. Takde lah pulak detail investigation pasal kawasan ni. Perjalanan dari rumah aku kat Merlimau ke Air Terjun Asahan ni tambah dengan sesatnya lebih kurang 45minit. Jauh jugak. Air Terjun ni ada dekat 1 kawasan orang asli tapi yang moden lah. Ada kereta apa semua. Cuma memang jalan nak masuk dia angker beb. Aku kat office ni. Internet 'lajuuuu' sangat. AKu tak dapat nak upload gambar. Nanti aku post gambar jalan masuk dia. Nak masuk jalan tu ada 1 gerbang yang memang nampak angker. Sebab dia gerbang yang jalan depan nya ke bawah dan belakang pada gerbang tu hutan. Psiko je sebab jalan masuk je macam tu. Lepas ke atas sikit jalan biasa je.dem. Susah nak explain. Nanti aku kasi gambar. Kat gerbang tu ada tulis 'SELAMAT DATANG KE LAMAN TIGA BUDAYA ASAHAN'. Dengan rasa cuak kami pun lalulah. Turun je jalan ke bawah ada jalan 2 hala. tak besar. muat-muat kereta. Masa aku pergi tu ada pokok patah. Ada orang TNB tengah potong pokok yang kat tengah jalan tu. Nasib boleh lalu. Tambah cuak aku. (Note : aku je rasa cuak sebab aku tengok depa happy je.bugima). Kami lalui jalan tu sampai keluar area hutan tu. Ada kawasan lapang da. Aduh. Spoil je. Kat sini ada la orang lalu lalang naik moto. Awek-awek pulak tu. Hish. Hilang terus cuak aku.
So, kami jalan masuk. Okey. Jalan nak ke air terjun ni dah bukan tar. Jalan tanah je. Tapi kereta boleh lalu. Entrance tu simpang 2 antara air terjun dan kampung orang asli ni (Note : Kami mula-mula terlepas ke kampung orang asli tu. Dah masuk jauh ke dalam baru lah sedar macam tak sampai-sampai je. Last-last tanya budak-budak situ. Rupa-rupanya kat depan lagi kami dah salah simpang)ada 1 kawasan macam theme park? ke apa tah. Laman Tiga Budaya tu. Bapak kau aku cakap tempat tu. Dia macam ada hotel. belakang tu ada kawasan theme park kecik. Psiko abis. Aku serius. Kawasan tu dah takda orang. Kosong. Theme park, kosong. ironic. Memang lalu simpang 2 ni akan lalu Laman 3 Budaya ni. Masa aku lalu tu, aku perhati je hotel tu, meremang beb. Seriously. Sorry sebab gambar hotel tu aku tak tangkap. Takut. Tapi gambar theme park belakang tu aku ada tangkap sikit. Nanti aku upload. Aku tak tahu kenapa tapi memang seram gila. Hotel tinggal. Taman tema air tinggal. Combo.sial.
So, lepas sesat ke kampung orang asli, akhirnya kami sampai kat kawasan air terjun. Kereta ada limit parking dia. Kalau pakai jeep boleh ke atas lagi. So kami semua set, park kereta situ. Masa kami datang tu ada kereta lain, so lega la. Tapi still 4-5 kunci jugak kat kereta tu. Kereta 2nd hand baru Mal. ewah. Kami bawak serba biasa je. Cadangan nak bermalam kat situ. Punca utama sebab masa tu krisis air Merlimau tu. Benco wo tak mandi lama-lama. Memang mencari air aje. So kami bawak lah toileties dan bape helai baju seluar semua. Popoi bawak pisau rambo. Mal bawak pisau kecik. Chai lenggang. Aku bawak pisau 3 in 1.jem. Popoi pinjam dekat kawan dia khemah. Tapi 1 je. Besar jugak. Aku ragui kemuatan dia sebab memang kami semua tinggi-tinggi. Tapi jalan jelah.
Perjalanan masuk ke kawasan air terjun tu boleh tahan jugak. Mendaki sikit. Aku pancit. Tak tahan. Tapi kena gagah kan jela. Kami at first cuak sebab masa tu memang kemarau sikit kat melaka tu. Jalan depan tu ada kawasan air terjun. Ada batu-batu, tapi takda air. Memang benco. Tapi Popoi cakap jalan dulu. Atas lagi. Kami pun mendaki lagi (Actually bukan mendaki pun, hyperbola je. Dia macam jalan kat kawasan menaik sikit). Kami semua tersenyum lebar. Barulah sedar. Ada empangan rupanya. Yang kawasan kering tu akan ada air bila air kat empangan penuh je. Kat situ nampak lah budak-budak motor. Lepak-lepak. Muka tegang je. bugima. Kami ingat nak lepak situ. Tapi depa, tahu tahu jela. Adventure lebih-lebih.
Jadi kami mendaki sambil merentas hutan. Punya penat. Jauh gila. Memang jauh. AKu rasa dalam 2KM. Sebab aku dah nak pitam dah. Haha. Setelah lelah berjalan, kami pun tiba di kawasan yang sesuai. Luas jugak. Ada batu besar. Muat nak letak khemah. Air dia pun memang best. Batu kurang. Boleh terjun lagi. So kami pun menapak lah kat situ. Takda orang pun kat situ. Sunyi habis. Sebab macam dah dalam sangat. Manusia pun tak berani kat situ. Aku biasalah dengan cuak aku.haha. Tapi lepas terjun air, memang tak fikir apa. Berapa lama asyik mandi sikit-sikit je. Tak puas. Ni dapat dapat mandi puas-puas. Memang all out. Masa mandi ni, benda pelik jadi. Chai, yang kami tengah happy-happy, tiba-tiba macam lemas. Lepas tu hilang. Udah, jem kami. Tapi lepas tu tiba-tiba dia timbul macam baru lepas menyelam. Kami memang jem sebab masa tu aku, Popoi dengan Mal yakin yang Chai memang dah takde dalam air tu masa tu. Tapi dia keluar rilek je macam takda apa-apa jadi. Pening kami. Tapi, demi menyelamatkan keseronokan, kami decide untuk tidak bagitahu Chai. Kami teruskan mandi macam biasa. Walau dalam hati hanya tuhan yang tahu.
Hari semakin petang. Kami masih lagi tidak keluar dari air. Bestnya air terjun ni, dia ada ikan kecik yang makan kaki tu. Free. So memang lama kami berendam.perak. tak pernah merasa sebelum ni. Tapi ada bahana jugak ikan kecik ni yang dah besar pun makan kaki orang. Memang haram jadah. Aku ingat pirana ke apa. dem. Hari gelap cepat je. So, kami set khemah kat situ. Tekaan aku memang tepat. pundi betul. 2 orang je muat dalam tu. Jadi nak tak nak terpaksa buat sistem askar lah. 2 tido 2 berjaga,Aku jaga dengan Chai. Mal dengan Popoi. Sebab? Faktor saiz. Kecik besar kecik besar. Kisah aku dengan Chai ni lanc** sikit sebab isu petang tadi. Aku masa ni duduk kat batu kat air bawah. (Note : Khemah ni kat batu besar,tinggi. AKu kat batu yang kat laluan air tu. Bawah lah kiranye kan?) Ngasap. Chai pulak main gem apa tah kat phone dia. Sejak ada powerbank 15k mAH jenama Pineng ni, tidak lagi risaukan kehabisan bateri.ewah iklan. Dia kat tepi khemah. Sampai hari ni aku menyesali perbuatan aku berada di bawah ni. Masa tu aku tengah fefeeling ngasap kan. Tibe-tibe Chai yang tengah khusuk main game ni tiba-tiba panggil aku macam berbisik. Aku terajang dia nanti. Apakehal berbisik-bisik. Budak di perumahan royalty ke nak senyap-senyap. Dia cakap. "Ska (Note : geli aku panggil ni tapi dia tak panggil ni, nama samaran), naik naik." Dengan cara gelebah habis dalam nada berbisik. Aku pun hangin. Mengganggu fefeeling aku.Aku pun naik lah. Dia tarik aku pegi unggun api tepi khemah tu. (Note: masa ni pukul12lebih. Mal dengan Popoi tengah tidor. Shift dia 12-3. 3-6). Dia cakap, "Ang hisap rokok dengan sapa tadi?????" Aku jawab, "Apa kejadahnya dengan sapa. Mestilah sorang-sorang. pune". Dia pun cakap bercerita. "Masa aku main game tadi, aku tengok la ang. Hidup lagi ke tak. Tiba-tiba. Aku nampak benda hitam berdiri belakang ang. Dia bakar rokok. Mula-mula berdiri. Lepas tu dia duduk sebelah ang." Ah sudah. Jem aku. Bangsat apa dodol. Memang masa ni bulu roma aku meremang tahap nak terkeluar dari badan aku. Aku marah Chai. Cakap, "Biar betul! Mana ada sapa-sapa tadi!". Dia mengiakan bersungguh-sungguh. Benda ni memang aku cuak sebab Chai ni jarang cuak macam ni. Dia selalu rilek je. Lepas tu, aku decide lepak kat unggun je. Aku kalau ikut hati, memang nak masuk je khemah tu. Tapi aku rasa macam tak patut pulak. Jadi aku duduk lah dengan Chai kat unggun tu. Aku ingat, dekat 14 batang rokok aku hisap sepanjang duduk situ. Aku tengok jam, baru pukul 1.45. Memang bugima.
Lebih kurang pukul 2 lebih tu peristiwa paling haram sekali. Masa aku tengah lepak dengan Chai. Memang aku ingat masa ni aku sembang sampai zaman kanak-kanak dengan dia. Sebab nak buang seram tu. Tengah sembang tu, tiba-tiba dengar semak goncang. Pergh. Jantung aku punya laju. Dah la tengah cuak. Tiba-tiba datang elemen seram filem melayu. Okey, Masa ni, aku terfikir nak berlari terbang ke alam lain. Aku dengar betul-betul dalam jarak macam 3-4 langkah besar tu, ada bunyi deraman harimau. Betul-betul harimau. Aku tak rasa kucing hutan. Masa ni lah, aku dengan Chai punya kaku. Batu. Lama gila. Bunyi harimau tu buat macam geram sungguh kat kami. Dalam hati aku, memang aku baca segala apa kejadah aku tak tahu beb. Laju jantung aku. 12312312312 beats per second. Aku pandang Chai. Chai pandang aku. useless betoi. Takda solusi di mata dia. Last-last aku kasi isyarat masuk ke khemah. Punya pelan aku bergerak. Takda bunyi apa. Sampai khemah, memang aku sumbat masok dalam tu. Sekali dengan Chai. Popoi dengan Mal bising. Aku tekup muka Popoi dengan Mal tu. Suruh diam. Lama jugak. Bunyi sunyi je. Takde lagi bunyi deram tu. Pergh hati aku lega. Tak tahu la macam mana. Jadi lepas tu semua duduk dalam khemah tu. Aku cerita. Popoi senyap je. Ngantok kali. Reaksi Mal berlebihan. cuak gila. Aku yang geram pulak paksa aku jangan tidur. Memang tak. Ngantok habis aku.
So, cerita pasal Popoi dengan Mal aku sambung malam sekali dengan gambar entrance depan dengan water park psiko tu okey. dengan kawasan air terjun tu. Kerja banyak tapi aku selitkan jugak cerita ni untuk kome semua. sekian, cerita ke - 18 part 1. |
|
|
|
|
|
|
|
skalar posted on 22-8-2014 04:00 PM
Cerita ke - 18. Sorry sayang2 semua.ewah. Aku busy sangat. Keroje bertimbun-timbun baq ang. Benco be ...
jantung aku plak mmelompat2. ayaq terjun ni mmg macam2 crita tapi..mandi ayaq dia best..xtahan dowh. cepat2 sambung kaih.
|
|
|
|
|
|
|
|
follow....
|
|
|
|
|
|
|
|
khailya posted on 21-8-2014 10:19 AM
uishhh seram..
nasib baik la aku tak penah nampak benda bukan2...
tp betul la.. kalau lalu area ...
betul tu. lagi-lagi kalau driver bosan dan jugak bukan kita yang drive.memang pandang luar saja
|
|
|
|
|
|
|
|
Arissa_Adaj posted on 21-8-2014 10:50 AM
Sebenarnya mak saya pun pernah alami kejadian sama cam mama... kena kacau masa masak di subuh hari.. ...
gila bulu lebat atas pokok sengih? omgomg. kalau aku tu dah masuk fasa mati pura-pura dh tu. gnas nye. salute mak ang. hebat.awesome. melangkui batas.
|
|
|
|
|
|
|
|
aisyaaffiyya posted on 21-8-2014 11:03 AM
Assalamualaikum...sebelum nie aisya jd SR je..best citer TT..citer la lg..
terima kasih. aku akan cuba buat korang semua happy
|
|
|
|
|
|
|
|
waheedatul posted on 21-8-2014 02:31 PM
TT,
Ko pegi tempat tu mmg ada penghuni nye,nama pon tempat peninggalan sejarah.
Ada meriam kat s ...
apa yang 'menarik' tu yong? share sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
aryyan posted on 22-8-2014 04:59 PM
jantung aku plak mmelompat2. ayaq terjun ni mmg macam2 crita tapi..mandi ayaq dia best..xtahan ...
heh3. aku update gambar dulu okey.cerita typing
|
|
|
|
|
|
|
|
kupetik posted on 22-8-2014 06:55 PM
follow....
ty kupetikbintanguntukkausimpancahayanyaterang
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Cerita ke - 18 bahagian ke 2. Rentetan kisah aku dan Chai diganggu dengan kejam sekali oleh wallahualam rimau celah mana datang tu, aku di paksa untuk berjaga sekali. 'Berpapat lebih baik' kata si Mal. dem u Mal. Jadi dalam ketakutan itu, aku cuba mengira berapa cacian aku beri kepada Mal dan Popoi. Popoi masih diam. Psiko si polan ni. Mal tak habis-habis mintak maaf dengan pelbagai alasan-alasan budak baru nak up seperti, 'aku belum kahwin lagi' dan juga ' kereta belum habis bayar lagi'.menarik. Jadi aku dengan Chai terpaksa berjaga. Note masa ni kami memang bersempit habis. Kaki semua kepit aje kasi muat khemah tu. (Note lagi : Chai duduk sebelah kanan Popoi, aku sebelah kiri Popoi, Mal sebelah kanan aku dan Chai sebelah kiri Mal. Bulatan gitu). Dalam kesamaran malam tu aku nampak Chai bisik kat Popoi dan Popoi menggangguk. bugima. Aku tengok je. Tapi Mal macam suspek sesuatu suspicious di perbualan depa tu. Tapi macam biasa. aku senyap je. Aku cool kot? takde kerja aku nak tanya apa. Tapi Mal. Mal gigit jari.berfikir.
Masa ni khemah tu memang dah macam rumah terbakar. Kami ni memang problem dengan rokok ni. Apa situasi pun rokok tu mesti. Aku penyumbang jugak. Tapi kalau logiknya perbuatan kami ni, memang tak patut. kan? Aku tengok Mal. Tak keruan semacam. Pelik sebab dia tak hisap rokok. Last-last, Mal tanya, "Kenapa Poi? Chai?" Dia pendam dari tadi rupanya. Dan seperti biasa, jawapan typical nakharom zaman kini, "Takde apa". So, aku nampak Mal macam dah nyirap. Dengan asap yang begitu berkepul dalam tu, aku rasa dia stress. Mal menjerit. "AH SUDAHLAH!" Tiba-tiba. Ah sudah Mal ni. Berat nanang. Mal terus berdiri, pergi bukak zip khemah nak keluar. Masa Mal nak keluar, Popoi dengan Chai macam larang dia lain macam. Siap peluk kaki lagi. Aku join. Tapi apa kederat ntah si Mal ni tiba-tiba kuat pulak. So, anehnya takda sapa ikut keluar bila Mal dah keluar. Aku? sorry beb. Mesti tak.confirm. Tiba-tiba, aku dengar Mal menjerit. Dam. Kalau aku ingat balik, mencecah 15db kelantangan jeritan tu. Lawaknya dia menjerit sambil statik berdiri di situ. Mal menjerit tanpa henti seperti kena histeria sampai lah Popoi tarik Mal masuk.
Aku rasa depa geram kat Mal tu. Dia jerit je. Even dalam khemah tu lepas Popoi tarik masuk. Depa tampar Mal, banyak kali. Aku join. Sampai Mal stop jerit. Sebenarnya, Popoi nak tutup zip khemah tu. Bangang juga depa ni tampar dulu baru cakap. Mal pun duduk. Tak malu aku cakap yang dia menangis teresak-esak kot. Kami tak gelak dulu seperti hari-hari biasa. Aku beria tanya kenapa. Tapi Chai dengan Popoi lebih ke arah senyap je. Ini time aku pulak yang menyirap dengan depa ni. Popoi dengan Chai seolah-olah macam takde reaksi semenarik aku terhadap Mal ni. Macam depa dah expect benda tu. Aku tanya depa, "Kenapa ni Poi? Baik ang cakap" Sambil tangan aku dah kat lengan baju dia dah. Dia buat isyarat 'slow down' kat aku. Aku pelik. Dia bisik kat aku, "Tadi masa kome lari masuk, buka zip. Aku nampak ada benda putih betul-betul kat belakang kome. Benda tu terapung. Sebab tu aku senyap dari tadi. Aku bagitahu Chai benda yang sama. Tapi suruh jangan bagitau kome. Taknak kome risau". katanya Popoi.aku yang dengar tadi agak tergamam jugak. So, memang aku pun join senyap lepas tu.
Lama kami 'berkabung' dalam khemah tu. Akhirnya, lepas sejam lebih bersenyap, Chai buat benda yang unexpected. I salute u. Dia kata, "biar aku keluar tengok. Kalau clear kita amik angin kat luar. Lagi pun dah nak subuh". Memang pun. Sedar tak sedar dah dekat pukul5 dah. Dia keluar. Tapi macam biasa. Brotherhood. Aku dengan Popoi follow. (Note : Aku, Popoi dengan Chai memang rapat. Kami 3 orang kat rumah sewa melaka tu dari perak. Memang ride sekali. selalu bertiga je ride. Mal dok selangor) Mal masa tu tengah lena tidur. Kami biar jelah. Sebab memang tak pergi jauh pun. Duduk depan khemah tu je. Seram beb masa tu. Dengan angin pagi sejuk gila nya. Memang seram sejuklah. Aku dengan Popoi berasap je. Chai ni perhati je sekeliling. Dia terpandang semak belakang khemah tu macam bergerak. Pantas dia berlari ke dalam khemah. Terkejut aku. Nasib baik aku tak telan rokok tu.bugima. Dia keluar buat muka jem. "Akmal hilang!" katanya. Pening kami. Sebab kami memang duduk depan khemah betul. Tak nampak apa pun. Cari lubang belakang khemah. Tak ada! Jem beb. jem. Aku mulut cabol tahap jahanam aku ingat. Aku cakap, "Ke..harimau tu?" Popoi cepat tutup mulut aku. "Tempat orang.." slow katanya. Aku masa ni buat-buat stress. Aku tak main-main. Aku tak stress beb. Aku takut tahap max masa tu. Ketaq lutut. Popoi. Popoi simbol leadership zaman kini. Kalau Popoi takde aku rasa, semua dah arwah. Popoi suruh kemas beg dengan khemah.ini hebat. beg khemah, dengan 4 beg lain ikat 2 pecahan. beg 1 + beg 2 + beg khemah aku bawak. beg 3 + 4 Chai bawak. Popoi? sabar. Memang dah siap khemas habis. Masa ni, aku tarik tali pinggang aku penuh. Senak perut aku. Tapi aku redha. Sebab aku tahu dan yakin, lepas ni mesti ada kena berlari. Seluar aku selalu londeh. Memang tepat. Epoi suruh pegang pisau masing-masing. Chai pakai pisau Mal. Aku pakai pisau 3 in 1 tu? bugima. Potong cicak pun tak mati.
Popoi ajak cari Mal. Semua dah nekad. Popoi tutup mulut aku pasal aku mention harimau tu, tapi, dia memang terfikir tu. Semua dah nekad. Jumpa je Mal memang terus belah. Aku hebat. aku memang hebat sebab aku awal-awal dah tarik kunci kereta dari bek Mal. Point penting kat depan nanti. Popoi lead. Aku kat tengah. Torchlight android ni memang kimak. Masa aku pasang dalam bilik punya cerah. Popoi straigght ikut arah Chai cakap nampak benda gerak tadi. Bila kat dalam hutan tu, tak nampak apa beb. Lampu torchlight si Popoi ni jugak berguna. Sebab lampu dia tak putih. yang oren tu. Jadi 1 lampu je kat depan. Semua follow rapat. (Note : Sebelum apa-apa aku nak cakap yang situasi ni amat menakutkan tahap menggila. Sebab memang takde sorang dari kami pun yang pandai bab baca-baca ni. Mal dah hilang. Dia je harapan sebelum ni) Jauh jugak. Aku tanya Popoi di ikut trail apa sampai tahu jalan tu. Dia cakap dia tak tahu. Memang dia straight jalan ke arah yang Chai cakap. Udah. Pening aku macam ni. Aku rasa dekat 200 kali aku tanya, "Poi okey x.", "Chai okey x" masa jalan tu. Haha. Lama kami cari. Lawak sikit sebab terkejut dengar alarm azan subuh aku. Aku nak gelak tak kesampaian. Cuak berlebihan. Aku cakap, "Dah subuh wei". Mal still tak kelihatan. Popoi decide patah balik ke air. Sebab benda ni buntu. Jauh dia jalan, dia ada mark pokok tu. Dia cakap dekat 10kali ulang pokok tu. Sama. Mustahil identical punya tanda sebab tanda tu rare. Bukan sekadar 'x'.
Popoi suruh letak semua barang tepi. Dia ajak sembahyang subuh dengan sujud hajat. Hebat Popoi ni. Dia Imam. Kami follow. Beb. Sumpah lillahitaala beb. Aku cuba nak khusyuk masa semayang ni. Aku serius. TAPI. Masa aku semayang ni, aku dengar bunyi harimau tu macam betul-betul ada kat belakang aku. Terketar lutut aku. Sumpah aku try ignore tapi memang tak dapat. Dengan aku dengar beg kami kena koyak-koyak. Lagi hebat bila aku dengar air deras tengah lalu. Tu paling pailang. Dalam hati aku, memang bugima syaitanirojim ni. Aku ketar lutut tu stay sebab aku tengok Popoi macam cool mengimam tu. (Note : Bukan aku pandang angkat muka apa semua ye. Jeling mata je. Aku tak angkat muka beb). Habis je salam kedua. Aku terus peluk Chai. Tapi Chai tolak. Dia suruh tengok sekililing. Nothing. Nothing at all. Bunyi air slow. Bunyi cengkerik. Bunyi hutan. Aku tengok beg. Macam biasa. Kemas. Ditempat tadi aku letak. Barulah aku sedar macam mana berusaha syaitan ni nak pesongkan khusyuk kita. Menyesal beb. Tapi Popoi cakap tak apa. Die tepuk bahu aku. Pastu dia cakap, "kali ni kita cari, kita azan dulu. Ikhtiar". Masa ni lah yang best. Popoi azan. Tiba-tiba ada soundtrack beb. Guruh berdentum punya kuat. Angin tiba-tiba kuat. Memang effect cerita hantu melayu betul. So, time ni memang tak ingat apa dah. Habis je Popoi azan, semua sprint straight. Steady. Popoi lead. Memang steady.
Kali ni cari tak lama. 5minit Popoi bagitahu Akmal kat depan tu. Tengah tidur. Lawak kan? Bukan pengsan Popoi cakap. Tapi tengah tidur. Aku ingat lagi lawak hambar tu. Okey. Mal masa tu ada kat bawah 1 pokok apa benda tah. tengah baring macam duduk tu. Masa ni nampak kederat si Popoi ni macam mana. Dia depan,lead. Pisau sisip kat tepi. Sebelah tangan torchlight. Sebelah lagi gendong Mal kat bahu dia. Memang power. Aku cakap biar aku depan. Dia tak bagi. Dia cakap dia ingat jalan cepat balik sebab semalam tengahari tu memang Popoi ada ke kereta balik. Amik khemah tu. Memang jalan macam sial masa tu. Abis segala jadah apa aku langgar. Sampai pokok pun aku langgar. Tak nampak kot. Gelap lagi masa tu. Kami sebenarnya tak tahu kenapa perlu lari sebegitu laju. Mungkin risau benda tu follow? mungkin. Dari jauh nampak kereta parking. ye. kereta. Rasa macam lama betul tak sampai kereta tu. Aneh betul. Lepas tu memang takde bonet dah. Sumbat semua. Aku campak kucai kat Chai. Aku tarik beg dia. (Note : Chai ni memang power bab rempit samada motor atau kereta.) Memang seat depan sebelah driver tu full. sendat. Aku kasi selesa driver. dah tutup semua pintu. Kunci. Tak pernah kunci kereta tu. Kunci pulak hari tu. So, almaklumlah, tengah suspen. Mesti menggelabah nak cucuk kunci tu. Sampai terjatuh kunci tu. Cuba punya cuba last-last lepas. Nak start dia satu hal. Lama nak mampoih. Sejuk. dem. Lama jugak. Nasib mau. Terus Chai reverse tahap laju apa aku tak tahu lah. Merempit keluar. Lepas kawasan air terjun.
Sampai ke kawasan simpang 2. lalu tepi hotel tu. Masa tu matahari dah naik sikit. Lawa view die. Aku dari dalam kereta tu pandang ke kanan. Bajet tengok Chai. Aku pandang hotel tu sebenar nya. Aku rasa ni ilusi. Tapi aku nampak macam ada budak lambai ke arah kereta aku. dam. Lepas tu Chai terus merempit sampai lah keluar gerbang puaka tu sampai ke jalan besar. Masa tu punya lega kami. Akmal sedar macam baru bangun tidur je. Hebat jugak.
Banyak benda yang terkorban dalam adventure kami ni. Macam spec mata Mal. Syampu Head n Shoulder Chai. Berus gigi aku. Yang paling sedih, aku kehilangan baju padini aku. Mahal wo. 29.90. Sedih aku. Aku jemur kat tepi unggun masa tu. sob-sob. Tamat cerita ke - 18 aku. Sorry kalau hambar. |
|
|
|
|
|
|
|
Saye mau lagi!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
best...smpi aku pn terasa kepanikan kome tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|