CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cess

[TVN]Liar Game {Lee Sang Yoon,Kim So Eun} [Hntr review sblm 1 Jan 2015]

[Copy link]
Post time 19-11-2014 01:56 PM | Show all posts
dah abih tengok ke kak?
saya tak abih lagik ni....adeh dah kul dua dah nih
huhuhuhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2014 02:40 PM | Show all posts
melati-putih posted on 19-11-2014 01:22 PM
12 episod...
(tetiba check in)..

haiiiii
cess pon lom tgk ep 10 lg...debor lakkk...lelebih tau ada 2 ep lagiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 02:41 PM | Show all posts
lakonan SSR dlm cite ni mmg menjadikk btol laa..dh mcm pembunuh bersiri pon ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 04:06 PM | Show all posts
ep 10

mmg sgt2 stress ler.....wpun Prof Ha dan yg lelain berjaya kenakan DY
tp DY pulak cari jalan nk kenakan Prof Ha...cuba pulak psiko DJ..
fuhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 11:35 PM | Show all posts
ayushuhada04 posted on 19-11-2014 01:48 PM
perghhhhhh...stress extend 2 ep lagi...

so betullah 12 episode...eheheh
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 03:23 PM | Show all posts
dah ada episode 11
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2014 02:39 PM | Show all posts
drama nih dah complete 12 episode...horeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 03:11 PM | Show all posts
Blueberri posted on 26-11-2014 02:39 PM
drama nih dah complete 12 episode...horeyyy

mcm ada season 2 je kan...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 03:13 PM | Show all posts
tak sabar nak tgk ep12
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 02:37 PM | Show all posts


(((((ATTENTION))))))
>> PANDUAN REVIEW <<




Pada tahun ini, buat pertama kalinya kami mengadakan cara penulisan review yang lebih mudah.
Markah review akan dikira untuk CARI 2014 K-Drama Awards.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama  LIAR GAME ,
anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda
.

Tagkan @dauswq, @nzhass79 , @eddlisa_uyuk untuk menuntut kredit setelah masukkan review.

REVIEW BOX
(Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)

CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2
" >>KLIK SINI<<"

(Kredit extra diberikan pada those yang menulis / memasukkan review dengan details dan lengkap)




@cess @loveammar @ayushuhada04  @naqibnasuha @annehuda @melati-putih  @Blueberri    @hijauputih  
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 04:17 PM | Show all posts
belum habis tengok takleh review lagi...ehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
karakter prof ha masa episod 1 mmg nampak psiko gila. tapi untk ep seterusya dah nmpk normal. watak tu dah tak kuat. mungkin kalau dia kekalkan kekemasan dalam penampilan seperti ep 1, itu boleh menguatkn lagi karakter dia sbgai psiko. kalau banding dengan mc liar game tu, mmg nampak mc tu ada strong karakter.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 07:37 PM | Show all posts
LiarGame – 7.6/10


1.Cerita (8.5/10)

Secara keseluruhan jalan cerita baik dan lain dari beberapa drama tipikal yang sedang berlangsung. Sangat sesuai untuk ditonton bersama keluarga. Sebabnya adalah dari awal sampai akhir drama banyak fokus kepada permainan itu sendiri dan tidak diselit dengan hubungan cinta. Jadi memang tak ada adegan ala-ala romantik gitu. Cerita ini juga menampakkan bagaimana setiap watak yang dipegang dikembangkan. Bukan saja pada tiga watak utama (Prof Ha, Nam Da Jung, MC Kang DoYoung) tetapi juga pada setiap peserta yang terlibat dengan Liar Game.
            
Drama ini dari awal episode 1 lagi dah menunjukkan unsur-unsur suspen. Beberapa persoalan mula timbul seperti:

1.   Bagaimana pemilihan peserta Liar Game dilakukan?
2.   Bagaimana Prof. Ha boleh terlibat dengan Liar Game?
3.   Bagaimana permainan ini berlangsung?
4.   Etc.

Ada beberapa perkara yang boleh dijangka dan tidak dijangka berlaku semasa permainan. Yang boleh dijangka adalah seperti situasi yang berlaku antara Nam Da Jung (watak utama) dan bekas guru sekolahnya (juga peserta Liar Game). Memang dapat dijangka ada muslihat disebalik kebaikan yang ditunjukkan guru tersebut yang pada awalnya mahukan mereka berdua bekerjasama supaya wang hadiah pada pusingan pertama dapat dibahagi sama rata (setiap pusingan akandiberi wang hadiah). Muslihat tersebut kemudian terbongkar dan bermulalah pula helah-helah dari Nam Da Jung untuk mendapatkan semula wang tersebut. Yang tak dapat dijangka adalah apakah strategi Nam Da Jung untuk mendapatkan kembali wang tersebut, supaya layak untuk ke pusingan kedua. Persoalan dan jangkaan akan sentiasa timbul pada setiap pusingan permainan.


Lebih detail mengenai permainan;
Liar  Game ada total 6 pusingan. Pemain diberi satu telefon pintar untuk digunakan sepanjang permainan. Telefon tersebut adalah untuk peserta saling berhubung antara mereka, dan semua arahan dan syarat bermain akan disampaikan menggunakan telefon tersebut. Setiap peserta mempunyai cameraman (VJ) masing-masing yang akan merakamkan segala situasi yang berlaku sepanjang tempoh permainan. Setiap pusingan ada syarat-syarat tertentu bagaimana untuk bermain. Tambahan, pada setiap pusingan juga akan diberikan sejumlah wang untuk digunakan semasa permainan sekaligus sebagai ganjaran bagi mereka yang berjaya mengumpul wang tertinggi. Untuk melepaskan diri dan sekaligus layak ke pusingan seterusnya, peserta kena bijak menggunakan helah termasuklah menipu. Mereka kena pandai memanipulasi peserta lain. Kerana untuk menang sesuatu pusingan tersebut, kadang-kadang strategi yang ada perlu melibatkan bantuan dan kerjasama dari peserta lain.


2.Keberkesanan Lakonan (9/10)

Fokus kepada tiga watak utama.Masing-masing bagus dalam penyampaian karakter.

i.Prof.Ha Woo Jin (bekas professor psikologi) – 8.5/10

Walaupun menjadi banduan, polis banyak menggunakan khidmat dia untuk membantu kes. Semasa di dalam penjara dia digelar sebagai lie detector. Kerana kebolehannya membaca mimik muka dan pergerakan badan seseorang, untuk tahu samada seseorang itu berbohong atau tak. Scene ada ditunjuk masa episode 1. Selepas keluar dari penjara, dia telah membantu Nam Da Jung untuk pusingan pertama Liar Game bagi mendapatkan kembali wang yang ditipu oleh bekas guru sekolah Nam Da Jung. Tamat pusingan pertama Liar Game, Prof. Ha telah diserap masuk sebagai peserta untuk pusingan kedua permainan, bersama-sama dengan peserta lain yang sudah melepasi pusingan pertama. Bermula dari pusingan kedua, Prof Ha dan Nam Da Jung mula bekerjasama.

ii.Nam Da Jung (kolej student – banyak tanggung hutang bapaknya) – 8/10

Masih belajar, tetapi terpaksa menanggung hutang ayahnya yang hilang larikan diri sebab tak nak bayar hutang. Itu adalah satu sebab kenapa dia masuk Liar Game. Seorang yang innocent dan mudah diperdaya. Mudah memberi kepercayaan pada orang lain. Tetapi sebab dia meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada semua pemain, maka ramailah yang tidak mempertikaikan untuk memberi kerjasama kepada dia sebab mereka yakin yang dia tak akan tikam mereka dari belakang. Prof Ha banyak membantu dia semasa permainan seperti menerangkan bagaimana strategi permainan untuk pusingan itu digunakan supaya mereka boleh menang. Setiap pusingan banyak memperlihatkan bagaimana peserta merancang strategi.

iii.MC Kang Do Young (genius con man – psiko giler) – 10/10 [Best Actor nomination - Shin Sung Rok]

Kang Do Young merupakan MC untuk Liar Game, sehinggalah pada pusingan keempat dia juga diserap sebagai peserta untuk permainan tersebut dan tempatnya sebagai MC diganti oleh orang lain. Liar Game adalah idea daripada Kang Do Young sendiri. Dia mempunyai muslihat tersendiri kenapa mewujudkan permainan tersebut. Muslihat utama dia adalah untuk sama-sama dapat bermain dengan Prof. Ha dan Nam Da Jung dalam Liar Game, kerana dia hendak membalas dendam kepada Prof. Ha dan menjadikan Nam Da Jung sebagai umpan untuk melemahkan Prof. Ha. Kepakaran dia dalam mem’fake’kan mimik muka berjaya mengelirukan Prof. Ha untuk mengetahui samada dia sedang menipu atau tak. Apabila dia diserap sebagai pemain, permainan menjadi semakin rumit kerana kebolehannya untuk manipulasi peserta lain, serta penipuan yang tak dapat dikesan oleh Prof. Ha. Tapi Prof. Ha juga sama bijak, ada strategi.

Kang Do Young layak diberi kredit tinggi kerana berjaya membawa watak antagonis dengan baik, daripada seorang MC yang berkarisma dan bijak dengan penyampaian, kepada peserta Liar Game yang psiko dan manipulatif. Dia menggunakan kebolehannya untuk menarik masuk Prof. Ha kedalam permainan Liar Game, serta mempergunakan peserta lain untuk mendapat kemenangan. Sepanjang permainan, memang nampak bagaimana para peserta diperbodohkan. Teruja tengok cara dia provoke peserta lain tanpa menimbulkan sebarang syak yang sebenarnya mereka sedang dipergunakan.


3.Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7/10)

Boleh tahan.

4.Skor muzik (2.5/5)

Kerana terlalu fokus pada jalan cerita, den lupa nak mendengar sebarang muzik latar. Jadi disimpulkan muzik latar tak perlukan peranan yang tinggi dalam cerita ini, kot.

5.Kebarangkalianuntuk tontonan semula (3.5/5)

Pasti akan tengok balik. Tapi perlukan 2 3 tahun lagi. Jarang tengok balik kecuali kalau cerita dah lama.


@dauswq   
@nzhass79
@eddlisa_uyuk
      

Last edited by meth.90 on 13-12-2014 09:09 PM

Comments

TOTAL =8.5 + 9 + 7.0 + 2.5 + 3.5= 7.63 Terima Kasih atas review Nomination: Shin Sung Rock   Post time 13-12-2014 10:28 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 11:44 PM | Show all posts
meth.90 posted on 12-12-2014 07:37 PM
LiarGame – 7.6/10

terima kasih meth.90
nak tanye, ade nomination utk Best Actor atau/dan Best Actress atau/dan Best Supporting Actor atau/dan Best Supporting Actress ?

kalau ade, just tmbh [Best Supporting Actor nomination - Shin Sung Rok] di sblh nama watak itu, misalnya...

Last edited by dauswq on 13-12-2014 12:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 09:10 PM | Show all posts
dauswq posted on 12-12-2014 11:44 PM
terima kasih meth.90
nak tanye, ade nomination utk Best Actor atau/dan Best Actress atau/dan Best ...

ok dah letak
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 08:01 PM | Show all posts
sebenarnya aku nak bagi total review drama ni 8.5/10 or 9/10. tapi sebab markah untuk aspek teknikal, skor muzik, dan kebarangkalian untuk tengok semula tu aku bagi rendah je, so memang drag jugak pemarkahan aku.

apepun memang puashati. episod pun tak banyak. sekejap je dah habis marathon. harap2 ada season 2.

lagi, drama ni is highly recommended for those yang:
- penat dengan drama cinta;
- suka berfikir, suka buat analisa (tak nak fikir pun takpe, duduk je tengok sape menang sape kalah, still boleh enjoy)
- layan drama pendek2 je
- suka dengan watak villain Shin Sung Rok dalam My Love From The Star, dalam ni lagi evil villain
- adalah fan kepada 3 watak utama ni Shin Sung Rok, Lee Sang Yoon, dan Kim So-eun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.156051 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list