|
[Edisi OMG] Zamani keluar Pengasih #263 Video #383. Sokongan divaAA! #284 ...
[Copy link]
|
|
Aku bukan nak sangka buruk. Tapi kalau betul dia dah tak nak duduk kat Pengasih lagi....memang good luck la. Dia belum pulih sepenuhnya. Ketagih tu mungkin masih belum hilang. Bila keluar dia...gang2 dadah dah menunggu. Nanti duit show menyanyi pun abis wat beli dadah je |
|
|
|
|
|
|
|
Sesi intervensi Zamani bersama pihak AADK Ampang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buruknya opis tu
Dah mcm dapur..hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Zeus79 replied at 19-10-2015 09:42 AM
sokong sangat2 comment ni.
Sy bila tgk kt ig zamani and admin dia start promote produk and event dia dh mula rasa was was.. |
|
|
|
|
|
|
|
dewimalam78 replied at 19-10-2015 09:23 AM
Dia ni mak bapak xde since remaja. Kakak sorg, abg sorang. So dia dh lost lama dh, berpuluh thn. Sus ...
Itulaa nampak gaya mcm jadi gitu jah..huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
katanya PC harini pukul berapa? kat pengasih kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
khen? and dalam semua budak2 slam zamani ni la paling menyedihkan sekali, yg lain nampak jugak ada aset sendiri.
must be something wrong somewhere, walhal dia banyak je show.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols salah sorang peminat abg adek
sedih baca kes dia lari ni
iols x sebelahkan mana2 pihak
apapun iols doakan yg terbaik utk dia
|
|
|
|
|
|
|
|
sedih bile abg adek lari begini..memburukkan nama sendiri je..
tp menyanyi kan periuk nasi nye..
x kesahlah apa jua keputusan abg adek..nak duduk dlm ke luar pengaseh ke..
asal x terjebak mendadah semula cukuplah..
tp mampu ke melawan dugaan yg kuat kat luar tu..
tok mal pun x yakin dok kat luar..tu yg sampai 5 tahun bertapa dlm tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
update PC harini (19/10 di pengasih)
Keluarga, PENGASIH sudah bincang keputusan saya - Zamani
ZAMANI (kiri) pada sidang akhbar khas di Rumah Pengasih, hari ini. - Foto Munira Abdul Ghani KUALA LUMPUR : Vokalis Slam, Zamani Ibrahim, 44, menafikan dakwaan beliau melarikan diri dari Rumah PENGASIH di sini pada Khamis lalu. Beliau menjelaskan perbincangan bersama pihak PENGASIH dan keluarga telah dibuat pada dua minggu lalu. "Sejujurnya saya terkejut dengan dakwaan mengatakan saya melarikan diri dari Rumah PENGASIH kerana perbincangan secara baik telah dibuat. "Bagaimana pun, pihak PENGASIH belum menetapkan sebarang tarikh untuk saya keluar secara baik. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan pusat rawatan ini. "Tindakan saya membuat laporan polis di Muar, Johor adalah bagi membuat 'cover report' memaklumkan saya sudah keluar dari Rumah PENGASIH. "Kehadiran saya pada hari ini adalah untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Ia sudah dibuat ketika perbincangan dua minggu lalu lagi," katanya kepada BH Online.
Zamani berkata, beliau berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik kerana masih memerlukan sokongan dari semua pihak untuk pulih seperti sedia kala. "Saya tidak boleh memberi jaminan untuk berubah secara mendadak. Namun saya mencuba sedaya upaya untuk tidak mengecewakan mana-mana pihak. "Beri saya masa secara perlahan-lahan kerana baru saja keluar dari Rumah PENGASIH. Masih terlalu awal untuk saya ulas lebih lanjut berhubung isu ini," kata Zamani.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90056
|
|
|
|
|
|
|
|
Officially, nak keluar terus dari Pengasih le nih. Macam dah taknak amik tau pasal Jamani lagik. Frust betoii..Semoga terus kuat yaaaa. Ok bye..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa imej abg adek ni nmpk busuk dan serabut aje..
mana nur di wajahnye sblm ni??
rambut tu abg adek kasi kemas.. |
|
|
|
|
|
|
|
gitulah nampaknya. @jijana iols pun nampak macam tu.
jawapan selamat je abgadek bagi ni, good luck la ye. banyaaaaaaaaaaak cabaran, mulut2 siap nak ngap kt luar tu
|
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 19-10-2015 04:02 PM
update PC harini (19/10 di pengasih)
Sian kat abg yang sebelah tu. Kalau pasal duit,abg kakak boleh tolong jah tarak adik seorang... Hurmm |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by doubleA at 19-10-2015 05:54 PM
Zamani Muncul Jawab Isu Lari Dari Rumah Pengasih
KUALA LUMPUR: Penyanyi Zamani (Slam) menjelaskan tindakannya keluar dari Rumah Pengasih dibuat selepas tiada keputusan mengenai hajatnya selepas satu perbincangan dilakukan bersama pihak pengurusan tempat pemulihan dadah itu.
Zamani atau sebenarnya Zamani Ibrahim,44, berkata, dia yakin bahawa dirinya sudah bersedia berhadapan dengan dunia luar selain ingin meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.
"Saya bukan melarikan diri sebaliknya mengambil keputusan untuk keluar dan yakin mampu untuk hidup sendiri selain ingin meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.
"Tiada isu tentang melarikan diri kerana tempoh saya di sini hanya enam bulan tetapi saya teruskan hingga lapan bulan dan perbincangan untuk keluar sudah dibuat dua minggu lalu antara keluarga saya dan pihak Rumah Pengasih.
"Namun sehingga sekarang mereka tidak ada jawapan untuk beri pelepasan kepada saya. Pada perbincangan itu juga mereka berat untuk melepaskan saya keluar dari pusat ini," ujarnya kepada mStar Online.
Zamani ditemui pada satu sidang media yang diadakan di rumah pemulihan itu di sini, Isnin.
Zamani yakin sudah bersedia untuk hidup berdikari. FOTO: Low Boon Tat
Pada Jumaat lalu Rumah Pengasih telah mengeluarkan kenyataan media menyatakan Zamani telah melarikan diri dari rumah pemulihan berkenaan pada Khamis lalu kira-kira pukul 10.26 malam.
Penyanyi itu dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua individu.
Dalam pada itu, Zamani berkata, dia sudah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, kira-kira lima jam selepas keluar dari pusat pemulihan tersebut.
"Saya buat laporan polis pada pukul 3 pagi di Muar, saya buat laporan bukan kerana saya tahu tentang laporan akhbar bahawa saya melarikan diri sebaliknya sebagai memberitahu saya sudah keluar dari pusat itu," ujarnya.
Zamani juga yakin untuk memulakan kehidupan baharu di luar dengan sokongan ahli keluarga dan pengurusannya.
"Saya datang hari ini untuk selesaikan beberapa perkara selain ingin mengambil barang-barang saya.
"Saya akan berusaha untuk menjaga diri saya di dunia luar dengan bantuan dan pengawasan daripada pihak keluarga serta pengurusan saya," ujarnya.
Sementara itu, Zamani bersama abang dan kakaknya iaitu Zulfazli dan Zuraidah bersama pengurusnya Johan Aziz hadir ke Rumah Pengasih itu untuk menyelesaikan perkara berkenaan.
Mereka pada mulanya terkejut apabila melihat sekumpulan rakan media kerana tidak dimaklumkan mengenai sesi berkenaan yang diuruskan oleh peguam yang pernah mengendalikan kes Zamani sebelum ini iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Malah, pihak Rumah Pengasih juga turut terkejut dengan sesi berkenaan kerana mereka tidak diberitahu mengenai sesi itu.
Bagaimanapun, Zamani yang hadir untuk mengambil barang-barangnya di rumah pemulihan itu mengambil peluang untuk menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden berkenaan kepada pihak media yang kebetulan berada di Rumah Pengasih.
Tiada wakil dari Rumah Pengasih yang menghadiri sidang media berkenaan.
sumber : mstar online.
---------------------------------
yg kiri kanan beliau tu abg dan kakak kandungnya.
rumusan : zamani dah bersedia hidup kat luar dan meneruskan karier seninya, jadi dia setel segala hal baik2 harini. tok yunus cakap tujuan dia buat laporan sebab zamani takda dalam premis pengasih hari tu. so now, ala2 dah official zamani tinggalkan pengasih. confident level tinggi ek? hmm, good luck bro!
|
|
|
|
|
|
|
|
d_dalia replied at 17-10-2015 09:18 PM
ingat senang ke zamani nak pulih? 8bln x cukup pun..tegar heroin..luaran nampak je dia happy, tp ras ...
Arwah pakcik akak sampai 3 thn dok bawah Tok Yunus ni.. Baru la dia kuat nak keluar bercampur masyarakat... So Zamani, sila la pulihlan diri betul2 dulu sblm keluar.. |
|
|
|
|
|
|
|
semuga segala urusan dipermudahkan dan good luck Bro... |
|
|
|
|
|
|
|
kem salam je la uols abg adik korang ni. jap lagi kalau jadi jerangkung tengkorak bergerak semula kita terajang je masuk tasik |
|
|
|
|
|
|
|
iols nak kirim penampo sekali sedas dua, dah kertu buat perangai lagi
by the time jadi jerangkung balik umur berapa? 50?
apapun iols doakan yg terbaik, semoga tak stress dan kembali ke zaman jerangkung.
|
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 19-10-2015 06:22 PM
kem salam je la uols abg adik korang ni. jap lagi kalau jadi jerangkung tengkorak bergerak semula ki ...
Kalau kembali jerangkung,weols taulah siapa punya kerja |
|
|
|
|
|
|
| |
|