artikel tahun 2009
"Tekanan emosi Yassin...biarlah dia sendiri terangkan," kata isteri.
[size=0.98em]PENYANYI dan komposer lagu irama nasyid terkenal, Muhammad Yassin Sulaiman atau Yassin, 33, kini telah pulih daripada tekanan emosi setelah dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur baru-baru ini. [size=0.98em]Hal ini disahkan oleh isterinya, Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain atau Eena yang memaklumkan Yassin telah keluar dari hospital dan sudah kembali melakukan kerjanya yang tertangguh sebelum ini. [size=0.98em]Sebelum ini, Yassin dikhabarkan telah jatuh sakit akibat terlalu sibuk dengan kerja. [size=0.98em]Bagaimanapun, Eena enggan memberikan komen lanjut mengenai sebab-musabab, bila dan di mana suaminya berada sebelum ini. [size=15.008px]
[size=0.98em]“Dia dah ‘ok’ selepas keluar dari hospital. Situasi yang dia hadapi merupakan sebahagian daripada hidupnya. [size=0.98em]“Ada hari kita ‘ok’, dan ada hari kita tak ‘ok’. Kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah. [size=0.98em]“Saya tak nak komen pasal tu,” kata bekas wartawan hiburan New Straits Times ini. [size=0.98em]Jelasnya, jika orang bertanyakan tentang Yassin, dia hanya mampu menjawab, “Apa seorang isteri patut buat...” [size=0.98em]“Saya tak nak cerita apa-apa lagi. Biar dia yang buat kenyataan nanti pasal sakit apa, bila dia masuk hospital..biar dia jawab kemudian. [size=0.98em]“Sekarang, dia sedang menyiapkan kerja yang dia dah janji dengan orang untuk siapkan sebelum ini. Jadi, dia kena tepati janji. [size=0.98em]“Lepas tu biar dia rehat sikit dan selepas itu baru dia akan bersedia untuk menjawab soalan daripada pihak media,” ulas ibu kepada dua orang anak - Sameer, 5 dan Malaika, 1. [size=0.98em]Sejak Yassin dimasukkan ke dalam hospital, berita itu masih menjadi ‘misteri’ dikalangan para pengikut industri tempatan. [size=0.98em]Sehingga baru-baru ini ada telahan yang mendakwa Yassin terlibat dengan dadah sehingga dimasukkan ke wad psikiatri. [size=0.98em]Bagaimanapun, Eena hanya tergelak apabila mendengar cerita tersebut. [size=0.98em]“Cerita itu merupakan perkara baru dan pertama kali saya dengar. Tapi cerita pasal dadah tu tak betul. Ia hanya spekulasi dan merepek. [size=0.98em]“Dia boleh duduk dan terangkan tentang semua perkara termasuk pelbagai spekulasi nanti,” jawab Eena yang turut bertindak selaku pengurus Yassin. [size=0.98em]Eena yang menguruskan kerjaya suaminya sebagai penyanyi dan komposer lagu-lagu berentak ‘world music’. Terbaru, Yassin tampil dengan album Arus Qudus yang memuatkan lagu Arus Qudus, Kau Yang Mengetahui dan Bismillah. [size=0.98em]Selain menggubah lagu untuk albumnya, Yassin turut mencipta lagu untuk penyanyi Bienda dan Akhbar. [size=0.98em]Yassin juga pernah berlakon dalam tiga buah filem iaitu Syukur 21, No Problem dan Mendam Berahi. [size=0.98em]Sebelum ini, Yassin pernah mengaku menghidapi krisis identiti ketika mula-mula bergerak secara solo dalam nyanyian (2001 hingga 2005). Sebelum itu Yassin pernah menyertai kumpulan nasyid Brothers. [size=0.98em]"Ia bukanlah sesuatu yang asing sebab penyakit ini sebenarnya sudah mula menyerang manusia sejak zaman dahulu lagi cuma orang ramai tidak begitu arif dan tidak ambil peduli. [size=0.98em]"Kenyataannya, lebih 80 peratus jumlah manusia di muka bumi ini melalui masalah yang sama ketika meningkat dewasa," katanya yang dipetik dari sebuah akhbar perdana.
|