|
Yg tak tahannya pondan hauk ni leh tunjuk resit courier customer2 dia nak wat modal cakapbesar.. tak pepasal satu negara tau acik2 tu order rendang (atau pun dapat rendang free upah hencap aznil..)...
kalo org nak prank pun boleh sbb lengkap ada nama alamat no tepon... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zoe1511 at 18-1-2016 01:57 PM
Kicap Tirana saman Azwan Ali
http://bm.therakyatpost.com/beri ... na-saman-azwan-ali/
PUBLISHED: Jan 18, 2016 01:16pm
UPDATED: Jan 18, 2016 01:16pm
Selebriti terkenal tanah air, Azwan Ali bakal berhadapan tindakan saman oleh syarikat pengeluar kicap milik Bumiputera, Tirana Products Sdn Bhd sekiranya tidak menarik balik kenyataan yang mencemarkan imej syarikat terbabit, sebelum 26 Januari ini. - Foto TRP/Syahirah Roslan
PETALING JAYA, 18 Januari:
Selebriti terkenal tanah air, Azwan Ali bakal berhadapan tindakan saman oleh syarikat pengeluar kicap milik Bumiputera, Tirana Products Sdn Bhd sekiranya tidak menarik balik kenyataan yang mencemarkan imej syarikat terbabit, sebelum 26 Januari ini.
Menurut peguam yang mewakili syarikat berkenaan, Adnan Seman, pihak beliau telah memberikan notis tuntutan kepada Azwan pada 12 Januari yang lalu dengan beberapa tuntutan yang antaranya ialah menarik semula kenyataan dan video-video yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis tersebut.
“Pada 12 Januari kita sudah keluarkan satu surat tuntutan yang mana berkaitan dengan banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Azwan Ali melalui akaun Instagram beliau menggunakan nama ‘divaazwanavazz’.
“Tuntutan ini selama 14 hari untuk beliau secara ringkasnya pertama untuk mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf secara bertulis dan kepada anak guam kami dan juga untuk mengeluarkan satu akujanji untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun video yang tidak benar serta bersifat fitnah terhadap produk keluaran anak guam kami.
“Kita juga menuntut permohonan maaf secara bertulis yang disiarkan dalam satu akhbar tempatan. Notis 12 Januari telah dikeluarkan dan beliau juga di Instagram telah memaklumkan telah menerima notis tuntutan dan beliau nampaknya bersedia untuk disaman.
“Di pihak kami memberikan beliau 14 hari maka Azwan ada masa sehingga 26 Januari ini untuk memberikan jawapan dan memenuhi tuntutan yang kami buat, sekiranya beliau tidak memenuhi tuntutan yang diberikan saya akan berbincang semula dengan anak guam sama ada ingin meneruskan saman atau tidak,” katanya di dalam sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, pemilik bersama syarikat ini, Dr Hilmi Murad Mohamed berkata bahawa tindakan Azwan itu memberikan impak yang buruk kepada syarikat mereka dan mengharapkan agar pihak plaintif dapat mengambil langkah untuk menjernihkan kembali keadaan.
Beliau berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Azwan di laman Instagram itu disifatkannya melampau dan dirinya maklum berkenaan perkara tersebut selepas tiga hari iklan mereka disiarkan di televisyen hujung tahun lalu.
“Komen-komen yang diberikan agak pedas dan agak melampau. Kalau pun iklan saya itu teruk, tetapi ada cara untuk kita tegur. Tegur dengan cara beradab, kita orang Melayu dan kita beragama Islam..kita ada cara yang lebih beradab.
“Komen-komen sedemikian tidak mencerminkan peribadi yang baik, dan tidak mencerminkan imej yang baik, dan seterusnya kesan kepada kami mencerminkan imej yang buruk dan juga peribadi yang buruk terhadap jenama kami.
“Kami tidak boleh menerima dalam keadaan macam itu,” katanya.
Dalam masa itu, Hilmi menjelaskan bahawa Datuk Aznil Nawawi bukanlah duta kepada produk berkenaan sebaliknya Aznil hanya terlibat sebagai pelakon di dalam iklan komersil terbabit.
“Dia bukan duta tapi dia terlibat dalam mempromosi iklan kita, jadi jumpa tak jumpa soal syarikat, untuk isu ini tiada perjumpaan dengan Pak Nil,” tambahnya.
Sebelum ini, Azwan di dalam Instagramnya memuat naik komen dan juga video berupa provokasi ke atas iklan komersil Kicap Tirana yang ditayangkan di televisyen dengan menampilkan Aznil Nawawi.
Malah Azwan juga turut mengajak pengikut Instragramnya bersama-sama mengutuk iklan tersebut dengan menawarkan rendang buatannya secara percuma. |
|
|
|
|
|
|
|
nantikan permohonan maaf sheols |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaa jawab la kau kak azwana |
|
|
|
|
|
|
|
Aku arap kicap ni saman azwan kaw2 sampai tinggal bulu jer... Kot2 lepas tu boleh jadi insaf dan pakai tudung... |
|
|
|
|
|
|
|
AA ade update ape2 ke dalam ig she? |
|
|
|
|
|
|
|
azwana tak gentar disaman katanyah di ig
divaazwanavazz#SAMANisON
AGAINST KICAP PLG
GAMPANGSSS ! SOOOONNNN
ariz.iiHmmm . Kicap Tirana lah sangat 😒
ariz.iiHuhuhu
jjousshuaBeraninya Diva AA wow curlass
jjousshuaDiorang lupa azwan ali ni pnah blajar law
[email protected] #IklanKICAPplgGAMPANGSSS #SAMANmakDIA
divaazwanavazz@jjousshua #IklanKICAPplgGAMPANGSSS #SAMANmakDIA
apa2ajaBerani diorg cemarkan nama #AGONG truly Diva AA? #LUDAHHH #KENTUTTTT #SENDAWAAA kan aje diorg ni.
divaazwanavazz@apa2aja #IklanKICAPplgGAMPANGSSS #SAMANmakDIA |
|
|
|
|
|
|
|
pasal iklan kicap tu mmg kelakar hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah kes kicap boleh buat nama azwan azli termaktub di law journal sekali lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah belajar law berapa ribu tahun yg lepas dan x pernah prektis langsung...
Boleh ke nak lawan lawyer yg betul2 prektis?
Stakat meroyan di ig boleh la kut ek..
|
|
|
|
|
|
|
|
vangangnya la diva AA ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mwaahahahahahahaha
Padan muka dia.
Saman lah plisssss...bia jatuh terduduk dia ni. Pastu kita tgk apa dia boleh buat |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ek dengan DIVA AA gigih buat apa aje untuk dapatkan perhatian.. lepas dah maki hamun segala minta maaf senangnya hidup dia kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dia gaduh sorang2 je.. aznil tak layan sepatah haram pun provokasi AA ni |
|
|
|
|
|
|
|
pasal kicap pon AA nak meroyan.. adoiiiii kelakar mcm dah xde modal lain dia nak meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
Iols doakan syarikat kicap kes menang saman AA ni
|
|
|
|
|
|
|
|
DIVA AA ni meroyan cam apa jer...dah tua2 x malu dok cari gaduh...ya ampun x malu ke?INSAF sesaat je ko ni pastu buang tebiat semula...alahai DIVA TUA..kesian betul dengan nasib ko!! Hantar DIVA ni masuk spital owang gila je !! |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nk tgk dia kena saman sampai terlondeh....
byk jer iklan tak semenggah kt tv tu
iklan ni juga dia nk bantai sebab ada Aznil
dia ingat org bodoh mcm dia gamaknya....
Azwan dakwa dia kaya dlm akaun juta-juta... so harap sgt dia tak goyah yerr dgn meminta maaf... see u in court kaedahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
zoe1511 replied at 18-1-2016 02:03 PM
azwana tak gentar disaman katanyah di ig
divaazwanavazz#SAMANisON
Komen si jjousshua tu paling tak boleh tahan
Takat belajar je law
Habis tu lawyer company ni tak belajar law?
Pengampu si azwan ni sama sengal macam azwan |
|
|
|
|
|
|
| |
|