CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dyanayuni85

PERASAAN MENJADI ISTERI / AWEKS PERWIRA NEGARA v.3

 Close [Copy link]
Post time 21-9-2011 08:15 AM | Show all posts
sosimple..

saya assumed ur friend ni NAVY... so.. kat bawah ni saya sertakan sedikit maklumat untuk awak..

untuk LLP

Adalah lebih baik jika dapat berbual dan berbincang dengan seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang kehidupan di dalam TLDM. Untuk itu Sel Promosi dan Pengambilan Kerjaya LLP telah ditubuhkan di Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur bagi melayani sebarang pertanyaan atau persoalan yang mungkin menjadi kekusutan mengenai TLDM. Sila hubungi 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 3178.

Alamat surat menyurat:

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia - Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian : Sel Pengambilan Anggota TLDM)

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa beliawanis tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

Warganegara Malaysia
-Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 3 Okt 2011.

Kesihatan
-Sihat tubuh badan serta tidak cacat anggota.
-Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak kabur warna.

Tinggi (Minimum)
1.57 meter.  

Berat (Minimum)
40.5 kg.

Body Mass Index (BMI)
18 - 23.

(Cara pengiraan BMI= Berat dibahagi tinggi dibahagi tinggi
contoh: 48 kg dibahagi 1.57 mtr dibahagi 1.57 mtr = 19.47)

BMI :  (  Berat/kg  )
(Tinggi/meter X Tinggi/meter)

Ukuran dada (Lelaki sahaja)
Biasa -76 cm
Tarik Nafas - 81 cm

KELAYAKAN AKADEMIK

Memiliki SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik dan 3 mata pelajaran yang lain.
Sijil dan Dokumen
-Calon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL.
Kad Pengenalan (MY Kad).
Sijil Kerakyatan Malaysia (jika ada).
Sijil Kelahiran Pemohon.
Penyata/Sijil PMR/SPM/SPMV/SKM.
Sijil Berhenti Sekolah (tamat tingkatan 5).
Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan.
Sijil Akademik lain.
- Pemohon juga dikehendaki membawa bersama sekeping gambar terbaru berukuran pasport (gambar tidak akan dikembalikan) dan samput surat berukuran 16 sm x 23 sm bersetem RM1.00 beralamat sendiri.
- Kepada pemegang Kad Pengenalan Sementara, kemasukkan untuk menyertai perkhidmatan ATM ditangguhkan sehingga pemohon memiliki MY Kad.  

KEISTIMEWAAN LLP TLDM
· Pakaian seragam percuma.
· Makan dan tempat tinggal percuma.
· Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
· Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga.
· Potongan tambang perjalanan udara.
· Bayaran insentif bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak.
· Bayaran insentif Semenanjung Malaysia.
· Peluang mengikuti Program Skim Pengajian Tinggi.
· Kemudahan pinjaman kerajaan membeli rumah, motosikal, kereta dan komputer.
. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).

Nota: Tertakluk kepada syarat Perkhidmatan dari semasa ke semasa


untuk PEGAWAI


KELAYAKAN PEGAWAI GRADUAN                       
TUGAS AM

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Umum
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 27 tahun pada tarikh tutup permohonan
- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna
- Tinggi/Berat minimum :
Lelaki -157cm/47.5kg
Wanita - 147cm/40.5kg
- Ukuran dada minimum (lelaki sahaja):76sm.
- Body Mass Index (BMI) - 17.9 hingga 26.9

Syarat Kelayakan Akademik

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf.

Memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (kepujian) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam bidang berikut :
- Kejuruteraan
- Sains Komputer
- Senibina
- Teknologi Maklumat
- Pengurusan (Pembangunan Manusia)
- Pegurusan (Teknologi Maklumat)
- Undang-Undang
- Sains
- Statistik
- Ekonomi
- Matematik
- Inventori
- Kewangan/Perniagaan
- Perhubungan Antarabangsa
- Katering dan Perhotelan
- Lain-lain jurusan yang akan ditetapkan oleh perkhidmatan dari masa ke semasa


TUGAS IKHTISAS

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Umum
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh tutup permohonan
- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna
- Tinggi/Berat minimum :
Lelaki -157cm/47.5kg
Wanita - 147cm/40.5kg
- Body Mass Index (BMI) - 17.9 hingga 29.9

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf.

Kejuruteraan
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mekanikal
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Marin)
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Awam
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Elektrik/Elektronik
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Komputer

Perubatan/Pergigian/Veterinar/Farmasi
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Dokter Perubatan
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Doktor Pergigian
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Dokter Veterinar
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Farmasi

Pedidikan
- Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan (kepujian) dalam jurusan Sains/Matematik/Teknologi Maklumat/Bahasa Inggeris/TESL
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) serta Diploma Pendidkan dalam jurusan Sains/Matematik/Teknologi Maklumat/Bahasa Inggeris/TESL

Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam Ilmu Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin

LATIHAN DAN TAULIAH

Mereka yang lulus pemilihan dan temuduga akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek dengan menyandang pangkat Leftenan atau setaraf bagi pemegang Diploma dan Kapten atau setaraf bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda setelah diperkenankan oleh SPB Di-Pertuan Agong. Tempoh perkhidmatan permulaan adalah selama 10 tahun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2011 11:10 PM | Show all posts
Reply 2380# uzisyaziha

makaseh uzi.. saja jer tanya.. kebelakangan ni byk plak kwn2 dengan tentera.. tp sosi rasa kalau LLP pun kalau diaorg smbung belaja mesti boleh naik pngkat kan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 08:51 AM | Show all posts
Reply 2382# sosimple

buleh je.. no problem.. sebab tu lah depa digalakkan sambung belajar.. then ada biasiswa bagai.. dan sebab tu lah diwujudkan k-force: http://k-force.com.my.. untuk ber peluang pada askar sambung belajar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:25 PM | Show all posts
Reply 2383# uzisyaziha


oooo.. jd x susah la hidup ngan tentera ni...

suami uzi air force kan.. slalu kene tinggal x.. suami kene anta g misi ke? ada ke? apa perasaan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 08:53 PM | Show all posts
Reply  uzisyaziha


oooo.. jd x susah la hidup ngan tentera ni...
suami uzi air force kan.. slalu kene tinggal x.. suami kene anta g misi ke? ada ke? apa perasaan?
sosimple Post at 22-9-2011 22:25


tak dak lah sesusah mana.. cuma sesekali rasa sunyi je.. maklumlah.. macam saya ni. berPJJ.. sorang kat kedah.. sorang kat KL..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 09:39 PM | Show all posts
nak tanya sape2 spouse dia pernah gi op pasir kat sabah.. mmg xleh kontek lgsg ye?rindu la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2011 10:05 PM | Show all posts
rasanya ada gak geng2 BAKAT facebook yang dok merintih sebab tak buleh contact asben dia NAVY yang bertugas kat pulau yang tak dak line di sabah.. dah lah dia sensorang kat kuarters.. sian.. sian...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 06:56 PM | Show all posts
diaorg ni kalau pergi misi diaorg buat apa jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2011 08:01 PM | Show all posts
ye ke kak uzi?? ada jugak member senasib....  katanya gi pulau2 yang takde line tu la.. dah sebulan takde berita.. sedih ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 06:26 PM | Show all posts
assalamualaikum...

apa habaq kawan2....
lamanya norrien xmasuk thread ni ~
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 06:29 PM | Show all posts
Reply 2389# zeed


hehehe...
zeed, klu ops PASIR mmg ssh skit ler
tp biasanya sebulan sekali...depa kuaq bandar cari brg @ mknn basah
masa tu ler depa dpt hubungi org tersayang...

klu yg duk kat pulau2.......ada yg sanggup panjat pokok kelapa utk 'dpt' line phone.
depa pun rindu sepertimana zeed rindukan depa
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 09:01 PM | Show all posts
Reply 2391# norrien7678


    hehehe.. gitu rupenye.. iyelah kan? tapi dia memang dah bagitau susah nak kontek la.. jadinya kontek mak dia di kampung je la nak hilangkan rindu kat anaknye..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 09:28 PM | Show all posts
Reply 2392# zeed


i likeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 09:06 PM | Show all posts
assalamualaikum..

apa khabar kenkawan semua?
lama tak masuk sini..
rindu dengan kenkawan kat sini..

Kat sini gak uzi nak ucapkan Tahniah dan selamat pengantin baru pada forumer mas aka Yati yag telah selamat melangsungkan pernikahannyer..

Moga kekal bahagia untuk selamanya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 11:13 PM | Show all posts
Reply 2394# uzisyaziha
waalaikumussalaam, ziha
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 11:09 AM | Show all posts
salam sumer.. selama ni jadi silent reader jer
army ni memang busy ke? min dlaam proses nak kenal hati budi abang askar.
tapi dia ni selalu tenggelam timbul. tak mau cakap gi mana ke mana buat apa..
nak call pun tak berani takut dia busy. pangkat kapten. memang budaya kerja camgitu ke? memang dia tak leh ckp ke mana dia gi? ala ala rahsia kerajaan..
depa ni busy semedang dan jadual tak mcm kita yg lain ke .. maksud min selalu aje standby dan tak boleh agak ke mana next destinastion?

kalau depa kursus tak leh contact org luar ye?
mahap min manyak tanye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2011 06:05 AM | Show all posts
diaorg ni kalau pergi misi diaorg buat apa jer..
sosimple Post at 24-9-2011 18:56

macam macam diorang buat
ada buat buat sibuk
ada tu buat buat tak tau aje





{:4_231:}
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 10:56 AM | Show all posts
Reply 2397# tokmanting
tok.. kalau tukang masak tentera tuh dikira sebagai tentera gak ke?.. diaorg x buat tugas2 tentera ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 06:43 PM | Show all posts
Reply 2398# sosimple
kalau di singapura ni sekarang sos, mereka masih buat tugasan tentera
aktiviti memasak dah kurang...banyak dah dikasi (ditenderkan) pada catering company
lain dulu dalam tahun 70an ke awal 80an...kalau sebut tukang masak tentera, mesti perutnya buncit
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 08:39 PM | Show all posts
assalamualaikum..

apa khabar semua..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.874670 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list