Sungguh menawan hati tertawan
Lalu mengejar lantas ku ke depan ku kata
Hai siapa nama boleh kenal
Atau pun tidak duduk kat mana
Dengan siapa ada handphone
Apa nombornya bolehkah kita bersama
Seminggu termenung asyik terbayang-bayang
Wajahnya yang manis buat fikiran melayang
Setelah perkenalan biar pun dah berkenan
Biar kukenalkan dia yang rupawan
Ini pula ikutilah kisah sambungan cerita
Anak muda lagi sesak memang gempak ku tersentak
Secara tiba-tiba kami terserempak
Mata bertentang mata tanda tanya di minda
Susahnya nak ikut hati bila pengalaman mengajar
Jangan gopoh…gelojoh…terlalu mudah jatuh cinta
Tapi apakah diagnosisnya jika simptom asyik merindu
Mungkin demam cinta melanda setiap pelusuk tubuhku
Ha ha…tak tahu…apa kau dah buat padaku?
Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih
Ha ha…tak tahu…oh semuanya salahmu!
Menggoda hatiku….jawablah kau… ku tak tahu