CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gabanzack

Merged: All about BALI (gabanzack/shahgti/ranggii)

 Close [Copy link]
Post time 3-11-2007 05:04 PM | Show all posts
My trip ke Bali last week selama seminggu...

Sebelum bertolak tukar duit dulu kat KL Sentral, sebelah McD..

100.000 Rp  =   RM  38.00
1.5 juta Rp   =   RM 565.50
Cukupla seminggu.



Flight AirAsia bertolak jam 4.40 pm.. tapi 5.15 baru terbang kat runaway tu.. Langit clear tapi banyak awan. Angin kuat plak tu. Laju jer awan bergerak. Dekat setengah jam la jugak pilot asyik kona kiri kanan mengelak awan tebal.

Bila rempuh awan tebal bergegar-gegar plane dan ada la beberapa minit gelap tak nampak apa2 sebab dalam awan. Senyap jerk dalam flight tu semua orang tengah berdoa kot.. Flight penuh 90%.

Tiba tepat ikut jadual jam 7.40 malam. Besar jugak Airport Bali ni. Jauh jugak la berjalan nak tiba Immigration. Banyak pamplet promo tour sepanjang nak keluar tu.

Member yg tiba sehari awal dah tunggu bersama Pak Komang, driver teksi terus ke Hotel Mercure di Sanur. Aku bayar 80.000 Rp utk teksi nih.. (RM32.00)

Tiba hotel terus keluar minum kat luar hotel tepi pantai.. Sanur ni sunyi sket... Sesuai utk relax kan kepala otak.

[ Last edited by  TipinTakTipu at 5-11-2007 01:46 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2007 05:16 PM | Show all posts


Sepanjang saya di Bali :

Hari
1 - Sanur - Denpasar (Museum Bali, Pasar Badung) - Kuta - Galeri Bali (sebelah Planet Hollywood) - Carrefour
2 - Sanur - Bedulu (Goa Gajah) - Pura Gunung Kawi - Gunung Batur (buffet lunch) - Padi Tegallalang - Ubud - Sukawati
3 - Pagi : Pantai Sanur (sewa basikal 4 jam)   ;   Petang : Uluwatu - Jimbaran - Carrefour
4 - Pagi : Massage kat pantai Sanur depan hotel   ;   Petang : Mengwi (Pura Taman Ayun) - Tanah Lot - Carrefour
5 - Pantai Petitenget Legian - Seminyak - Kuta (Jalan kaki sepanjang pantai - marvelous)
6 - Sanur
7 - Sanur - Kuta - massage - balik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 05:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 05:38 PM | Show all posts
Sekitar Resort...





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 05:43 PM | Show all posts
Bilik





Toilet yang luas..





[ Last edited by  TipinTakTipu at 5-11-2007 02:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 06:04 PM | Show all posts
Kolam renang utama.. dalam dia 2 meter max. Tiap2 awal pagi dan jam 10.00 malam berendam kat sini sbb tak ramai orang. Siang ramai mat saleh bejemo. Memang best berenang di bawah sinaran bulan purnama..



Pondok tu utk sewa beskal. Hari ke-3 kami sewa 2 basikal 73.000 Rp utk 4 jam. (RM15.00 seorang utk 4 jam)



Ni kolam kedua tepi pantai dan restoran. Dalam dia 1.6 m max.





Sebelah tu ada massage oleh orang2 tua ada 10 orang. Aku try sekali 50.000 Rp (RM 20.00) tapi tak best. Tak terasa massage dia.. Lebih kepada melumur minyak sambil bersembang2 dlm bahasa Bali sesama sundri.
Sunrise view cantik kat sini tapi tak leh berenang sbb low tide.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2007 06:48 PM | Show all posts
First day

Dari hotel selepas breakfast ambik teksi ke Denpasar (40.000 Rp - RM12.00).
Singgah kat  Maldenpasar dan Matahari beli Sim Card Simpati berharga 25.000 Rp (RM10.00) dan top up 20.000 Rp tapi kena bayar 22.000 Rp... so total utk prepaid = 47.000 Rp (RM18.80)



Then jalan kaki ke area Museum Bali.. (3.000 Rp entrance) - tak la best sangat. Tadak orang pun.







Depan muzium.. orang main chess



Then jalan kaki lagi ke Pasar Badung (banyak bunga utk upacara.. kotor kat sini) dan amik bemo ke Kuta. Memula tawar menawar dari 50.000 ke 40.000 tapi bila dah sampai kesian plak sbb memang jauh.. jalan kecik plak tu. Terus bagi 50.000 Rp. (RM20.00)

Sekejap jer kat Kuta termasuk hingga ke Discovery Mall Kuta..



Then jalan kaki nak carik Bali Bombing Monumen tak jumpak terus decide balik ke hotel. Kami tahan satu teksi ni then dlm 5 minit ternampak plak Shopping Mall besar - Bali Galleria dan Planet Hollywood terus stop kat situ. Bali Galleria ni upmarket & branded items punya mall.







Then ternampak plak Carrefour terus tahan teksi ke carrefour shopping utk breakfast. Terus dinner kat sini sbb murah sket.





Nasi soto tu murah banget - 6.500 Rp (RM2.60). Mihun goreng tu mahal plak sampai 17.000 Rp (RM6.80) Mango juice dan markisa 12.000 Rp each. Sedap gilosss..

Balik hotel amik teksi (43.000 Rp - RM17.00). Sampai hotel ada plak ceremony depan hotel area.. rupanya malam tu adalah full moon kalendar diorang.. Ada show gamelan depan hotel bersama satu tarian patung apa ntah..







[ Last edited by  TipinTakTipu at 5-11-2007 02:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 06:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2007 11:17 AM | Show all posts
Hari Kedua

Breakfast kat bilik. Beli kat Carrefour semalam. Stawberi tu murah banget.. 10.000 Rp (RM4.00) utk 2 pack.. Satu pack penuh tu RM2.00 jer..



Hari kedua ni dah janji dengan supir depan hotel jam 10.00 pagi utk tour ke utara. Dia caj 350.000 Rp (RM140.00)
Plannya : Goa Gajah di Bedulu, Gunung Batur (lunch), Sawah padi Tegallalang, Ubud, Sukawati.

Sementara nak keluar dari area Sanur ni jauh gak perjalanan sebab jalan kecil dan kenderaan banyak. Hampir 2 jam baru la sampai kat Goa Gajah (6.000 Rp - RM2.40) ramai gak tourist. Kawasan temple luas dan ada jeram. Tapi Goa Gajah tu takde la besar mana pun. Dalam tu ada patung sembahan..





Selepas sejam kat sini perjalanan diteruskan. Sejam kemudian singgah plak kat satu lagi Pura Gunung Kawi di Tampaksiring. Tapi kami tak masuk area tu sebab rasanya sama jer la temple kat Bali. Just bergambar kat pintu masuk.

Jalan lagi sampai la ke Gunung Batur. Splendid view. Kawasan gunung jam 1.00 tengahari tapi tak rasa panas.





Kat atas bukit ni ada banyak restoran. Ternampak la satu restoran ni ada tulis halal dan ada musolla.. Buffet lunch dia 50.000Rp (RM20.00) seorang.



Sedap gak la macam2 pilihan.  Comes with coffee atau tea sahaja. Nak jus kena order lain dan tambah duit.





Pemandangan pun best dan sejuk jer..

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 11:32 AM | Show all posts
Dah settle kat Gunung Batur terus plak ke Tegallalang. Teres sawah padi yang best untuk dilihat. Yang tak bestnya ramai penjual jalanan yang ikut bontot sampai kat dalam sawah suruh beli barang diorang.






Lebih kurang sejam kat sini sampai turun bawah sawah tu.. ke Ubud plak. On the way ke Ubud dari Tegallalang ni banyak perusahaan.. art etc..





Then ke Ubud..



Then ke Sukawati. Tapi oleh kerana dah jam 6.00 pm, banyak kedai2 dah tutup digantikan dengan pasar malam. Kotor sungguh Sukawati ni tapi boleh tengok the real Bali people dan tak ramai turis omputih dah.



Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 11:36 AM | Show all posts
Malam tu kami ke Restoran ni. 10 minit jer berjalan dari Hotel. Baru ternampak masa teksi nak keluar dari area hotel pagi tadi.








2 orang makan 30.000 Rp (RM12.00). Murah, sedap dan banyak pilihan.. nyum nyum... senangla pas ni nak makan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 12:27 PM | Show all posts
Hari Ketiga - Pagi

Pagi ni gi sewa basikal dalam kws hotel. USD$7 sehari tapi kami amik 4 jam jer sebab petang nanti nak ke Uluwatu. Dah janji dengan Pak Supir.

Sewa basikal 73.000 Rp utk 2 basikal. Seorang RM15.00 untuk 4 jam.



Yang bestnya kawasan pantai Sanur ni ialah dibina pavement khas sepanjang pantai. Dalam 15 Km.



Sepanjang pantai lorong basikal ni banyak Hotel & Resort.. Mat saleh bejemo dan tejumpakla Malaysian Hotel Holiday Villa..









Kat area ni ada masjid



Sampai kat hujung tu ternampak plak Dunkin Donut. Perut sudah lapar jam 11.00 pagi terus singgah.



Beli 5 dapat 1. Sekali dengan jus 64.000 Rp (RM25.60). Gelojoh sungguh.. kat Malaysia dah lama tak makan donut.

2 jam berbasikal ikut jalan besar.. Memang ngeri sebab kereta banyak. Then patah balik singgah untuk lunch kat KFC seberang jalan Dunkin Donut. (34.400 Rp).



Kemudian kami masuk balik Dunkin Donut makan sorang satu lagi..   sedap plak..



Memang best berbasikal sepanjang pantai dengan pemandangan indah. Dah lama aku teringin nak buat cenggini.. Kat Bali baru tercapai.. :2cool:



[ Last edited by  TipinTakTipu at 5-11-2007 01:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 01:01 PM | Show all posts
Hari Ketiga - Petang

Petang ni bertolak jam 4.00 petang ke Uluwatu. Pak Supir caj 150.000 Rp (RM60.00) untuk ke sini. Dari Sanur lebih kurang sejam.

Entrance 3.000 Rp (RM1.20)







Banyak monyet. Gemuk2 monyet kat sini.



Nice sunset view.



Jam 6.00 pm ada kecak dance kat satu arena dgn bayaran 10.000 Rp, tapi kami tak tengok pun.



Balik singgah kat Jimbaran tengok restoran seafood. Tengok price .. waduh mahal nya... terus balik. On the way singgah Carrefour shopping dan dinner Nasi soto lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 09:40 PM | Show all posts
tipin bestnye tgk gambar2 tue..hehehe eh spa dia best tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 12:34 AM | Show all posts
Silapnya tak explore habis resort nih.. Spa dia pun tak teringat plak nak tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 12:43 AM | Show all posts
Hari Keempat

Pagi ni relax kan badan gi berenang kat pool dan jalan2 tepi pantai. Then gi massage kat pantai hotel bawah pokok. Tak best massage oleh orang2 tua nih sebab tekan tak kuat. 50.000 Rp (RM20.00) satu jam. Tapi angin laut yang nyaman jadi relax la sket kepala otak.

Tengah hari gi makan kat Restoran Padang. 10 minit jalan kaki dari hotel.





Sedap la plak cumi (sotong) masak lemak tu.. Kami tambah lagi 3 ekor.. Jumlah 2 orang makan 57.000 Rp (RM22.80).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2007 01:01 AM | Show all posts
Petang jam 2.30 pm Pak Supir sudah menunggu depan hotel. Kali ni ke Mengwi dan Tanah Lot. Dia caj 200.000 Rp (RM80.00).

On the way ternampak la plak kedai tembikai.. Singgah beli 9.000 Rp sebiji (RM3.60).
Supir kami (ber beg sandang) tengah negotiate harga...



Di Mengwi femes dengan Pura Taman Ayun. Kerajaan lama. Area luas, sunyi dan tenang sesuai sebagai tempat ibadat.
Tiket 3.000 Rp (RM1.20).





Kemudian tiba di Tanah Lot. Wah.. ramainya umat. Komersil sungguh kat sini.
Tiket masuk untuk seorang 10.000 Rp (RM4.00). Teksi pun kena bayar gak untuk parkir 5.000 Rp (RM2.00).







Cantik pemandangan kat sini.





Turun bawah sampai ke pantai





Senja pun melabuhkan tirainya...



Sebelum balik ke hotel kami singgah lagi ke Carrefour untuk kali terakhirnya... Beli 4 botol mineral water besar (1.600 Rp - RM0.64) dan ole2 untuk Pak Supir.. dan makan nasi soto lagi.

Supir kami Mas Komang dan kenderaan Daihatsu nya yang telah membawa kami merata Bali.


[ Last edited by  TipinTakTipu at 5-11-2007 02:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 01:56 AM | Show all posts

Reply #2376 clean's post

hi clean,
kalau nak, you can try Mr. Isme Yanto, Mobile : +6281338614174. we hired him for 3 hari di bali. excellent driver, clean car and very nice guy   Cakap Mr. Kimi frm malaysia yg recommend.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 09:47 AM | Show all posts

Reply #2404 TipinTakTipu's post

Tipin, J pun duk kat Mercure ni dulu. Bilik J betui-betui depan swimming pool ada kat dlm pic yg first tu! J ambik family suite, best sgt. Hotel ni major guests dia French, kan. Tengok lah brekky dia penuh ngan pastries manis-manis! J duk sini dlm 2 minggu. Spa kat hotel ok lar tapi mahal harga nya. Kami selalu pegi kat spa luar hotel tu jer yg kat tepi-tepi jln tu ada banyak gak. J pun ada pergi restoran halal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 09:57 AM | Show all posts
nak tanya ada sapa2 pernah stay kat Febri's Hotel?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.089434 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list