|
Salam,
Saya copy paste Panduan Melancong ke Beijing / Tianjin yang biasa saya hantar kepada guest yang travel dengan Wenkt Vacation Sdn Bhd
Persediaan di Malaysia
1/ bawa baju sejuk, dan pakai setibanya di Tianjin. (untuk tour antara Oct-March)
2/ tukar duit ke RMB, jika tidak cukup, boleh withdraw di ATM (beritahu pihak bank di Malaysia terlebih dahulu) atau boleh tukar dgn guide
3/ Check in 2 jam lebih awal dari jadual penerbangan, seawal jam 6.40 pagi
4/ AirAsia hanya membenarkan 1 bagasi tangan (hand luggage), ini tidak termasuk beg tangan dan beg kamera
Semasa ketibaan
1/ Cari signboard yang bertandakan nama anda atau Wenkt Vacation
2/ Jika tidak jumpa, sila ke mana2 kedai, dan minta mereka hubungi guide atau agent
3/ Tour adalah secara private (tidak share dgn orang lain), maka sila berbincang dengan guide sewaktu ketibaan, mengenai jadual lawatan sepenuhnya dan jika ada spesifik untuk dibuat (mahu rasa peking duck, atau mahu ke zoo)
4/ Beritahu guide jika anda ada alergik, seperti seafood, supaya guide boleh atur jadual makan dengan lebih senang
Jadual lawatan
1/ Secara amnya, terdapat 5 tempat lawatan (Forbiden City, Tianmen Square, Great Wall, Olympic Stadium & Summer Palace) dan terdapat 7 tempat kedai kerajaan (jade, crystal, fresh water pearl, silk, tea house, foot massage, burning cream).
2/ Anda tidak diwajibkan shopping, tapi digalakkan shopping di kedai kerajaan. Harga mungkin lebih mahal sedikit, tapi kualiti adalah dijamin asli
3/ jadual lawatan mungkin tidak seperti dalam jadual asal (berlainan hari mengikut cuaca), tetapi tetap akan pergi ke kesemua tempat di atas
Shopping
1/ TIDAK DIGALAKAN beli barangan seperti jam tangan di tepi jalan, barangan permainan elektronik seperti PSP, HANDPHONES, iPad, dan sebagainya. Kesemua barangan ini mungkin tidak mempunyai jaminan dan boleh rosak dalam masa seminggu.
2/ sila tawar lebih separuh. Bayar mengikut apa harga yang berbaloi. Katakan satu beg dibuka harga pada 800RMB, dan anda hanya sanggup bayar 100RMB, sila deal sehingga dapat 100RMB atau 150RMB.
3/ Jika anda tidak bersetuju dengna harga, sila teruskan berjalan, mereka tidak akan sentuh kita (sentuh pelanggan adalah satu kesalahan). mereka akan bising dalam bahasa yang tidak difahami
Elektrik
1/ China mengunakan barangan elektrik 2 pin, jika charger camera/phone/laptop anda bukan 2pin, boleh minta adapter dari pihak hotel
2/ sesetengah plug elektrik adalah 110V dan bukannya 240V seperti di malaysia
Sesat
1/ pastikan kad hotel dan nombor telefon guide sentiasa bersama anda
2/ jika sesat, sila berikan nombor telefon guide kepada mana2 kedai, mereka akan hubungi guide
3/ jika gagal, sila pulang ke hotel menggunakan teksi (tidak pernah terjadi)
Makanan
1/ Lunch dan dinner adalah di local restaurant yang dijamin halal
2/ Breakfast adalah di hotel, dan sila berhati2 jika mungkin terdapat daging. utamakan roti, telur masak separuh/keras, jam, kaya & minuman.
3/ Kami sedaya upaya akan variasikan makanan anda, dan berbincang dengan guide jika ada alergi.
Kenderaan
1/ Tour adalah secara private, dan anda tidak akan berkongsi dengan orang lain
2/ Driver tidak boleh bercakap bahasa enggeris, kalau perlukan apa2, perlu melalui guide
3/ Kenderaan tidak boleh menunggu, biasanya guide akan turun bersama, dan driver akan tunggu di tempat lain
4/ jika anda ingin memulakan tour lewat untuk keesokkan harinya, sila beritahu guide, beliau boleh atur balik jadual lawatan
Ski
1/ Sewa peralatan ski adalah tidak termasuk
2/ Kos sewaan untuk baton & slide ialah RM60, kos sewaan snowboard dan skuter adalah berdasarkan budi bicara
3/ masa yang diberikan untuk ski kebiasaannya cukup.
Tip
1/ tip untuk guide dan driver sudah termasuk
2/ tapi boleh beri tip lebih kalau mahu (duit RMB yg terlebih masa hari terakhir)
Jika ada apa2 persoalan, boleh hubungi saya dari sana.
www.wenkt.com
[email protected] |
|