CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsrezza

AKASIA : SETIA HUJUNG NYAWA [ADAPTASI NOVEL][Isnin-Khamis jam 7.00 pm]-Part VI

 Close [Copy link]
Post time 8-2-2013 08:55 PM | Show all posts
yuhuuu ada org x?? ke smua holiday dah
trasa rindu dah ngan SHN zainel@nelamar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 09:15 PM | Show all posts
from http://www.budiey.com/drama-setia-hujung-nyawa-raih-lebih-4-juta-penonton/

KEMUNCAK ‘SETIA HUJUNG NYAWA’

CIPTA SEJARAH LEBIH 4 JUTA PENONTON

Selepas NORA ELENA, TENTANG DHIA dan JULIA, slot Akasia terus menjadi perhatian dan meninggalkan kesan apabila lakonan Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Hairul Azreen, Talha Harith, Zila Bakarin, Raja Ema, Chacha Maembong, Sura Sojangi dan ramai lagi berjaya mencetuskan satu lagi fenomena menerusi drama siri SETIA HUJUNG NYAWA.
Episod terakhir yang ditayangkan semalam di TV3 berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.5 juta (16 TVR) atau 58% (sumber: Nielsen Audience Measurement).
Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan SETIA HUJUNG NYAWA telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah sebanyak 4 juta.
Lebih 2 juta tontonan video secara ‘catch-up’ telah direkodkan sepanjang 6 minggu siaran drama ini berlangsung di TV3 dan Tonton. Menerusi capaian TV Everywhere di portal Tonton sahaja, sejumlah 326,000 tontonan telah dicatatkan. Manakala sejumlah 700,000 unit paparan halaman (page views) turut dilihat menerusi laman SETIA HUJUNG NYAWA yang diwujudkan khas untuk meraikan para peminat drama popular ini.
Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan SETIA HUJUNG NYAWA telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah sebanyak 4 juta.SETIA HUJUNG NYAWA, sebuah kisah tentang kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan drastik untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi, belum sempat menikmati kemanisan berumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka, bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Episod akhir semalam menyaksikan Datin Adibah mengakui anaknya, Zain juga pernah melakukan kesilapan seperti Ersalina. Pada waktu yang sama, rakan baik Zain iaitu Hady tidak dapat menerima hambatan tersebut dan terus berusaha untuk merosakkan hubungan Zain dan Ersalina sehingga sanggup membunuh pasangan tersebut. Namun, rencana Hady gagal. Zain dan Ersalina hidup bahagia. Iqram pula yang selama ini mendambakan cinta Ersalina membawa diri ke Tanah Arab setelah redha dengan pilihan Ersalina.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “Sejak mula bersiaran pada 24 Disember 2012 hinggalah ke episod terakhir semalam, drama rantaian 28-episod ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kaca televisyen dengan purata 2.8 juta setiap episod. Malah, pengaruh SETIA HUJUNG NYAWA terus hangat diperkatakan saban hari rata-rata menerusi media komunikasi alam maya seperti Facebook, laman twitter dan juga blog-blog tempatan.”
Sesi ‘Live Chat’ yang menampilkan pelakon utama SETIA HUJUNG NYAWA iaitu Nelydia Senrose dan Amar Asyraf telah diadakan menerusi portal TV3 turut mencatatkan kejayaan luar biasa dengan jumlah kunjungan sebanyak 25,462 pelawat (visits) dan jumlah paparan halaman (page views) yang dilihat menjangkau 63,570 unit mengatasi drama NORA ELENA sebelumnya dengan peningkatan jumlah kunjungan sebanyak 31% berbanding 19,435 dan sebanyak 102% berbanding 31,458 unit pelawat. (Sumber: Omniture)
Bagi semua peminat drama TV3, jangan lupa temujanji anda untuk menonton drama terbaru di slot Akasia iaitu RINDU BERTAMU DI ABU DHABI yang membariskan pelakon terkenal tanahair seperti Fahrin Ahmad, Dato’ Rahim Razali, Tasha Shila, Fouziah Gous, Shahrizal Jaszle, Aiman Hakim Ridza, Lydiawati, Syatila Melvin, Elyssa Murni Johari dan ramai lagi bermula 11 Februari 2013. Mengorak langkah pada tahun 2013 ini, TV3 akan terus menyajikan rancangan-rancangan yang terbaik dan bersesuaian dengan citarasa penonton tidak kira usia ataupun bangsa.


++ dari insta dinpahang



Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya dtang meninggalkan jejak.

Wow! 3.5juta utk ending! Terbaik la
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 09:59 PM | Show all posts
zucheezy posted on 8-2-2013 12:35 AM
thank u cik amka  
akan ku tgu lgi gif2 yg lain

Gif @amka yg mintak shiom tu Best
Bile zain cakap tunggu mlm la notty betol muker dia
Aku pun rase malu .... Errr betol ke aku malu



Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 10:14 PM | Show all posts
jajamis posted on 8-2-2013 09:15 PM
from http://www.budiey.com/drama-setia-hujung-nyawa-raih-lebih-4-juta-penonton/

KEMUNCAK ‘SETIA  ...



yiehuuuuu ada gambar baru untuk diroyankannnn

(sebab iols tak pernah tengok, so barulah khennnn )
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 10:19 PM | Show all posts
dytechinc posted on 8-2-2013 02:29 AM
dorg pernah kua mane2 paper ke? xpenah tgk gamba ni!! klu pose lain dgn baju ni ade la

Errrr.. Lelaki pompan pelok cam ni tak rase pape ke.. Kalau betol tak rase ape ape... Kebal wei...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2013 10:26 PM | Show all posts
Wow tahniah SHN...iols part of 3.5 millions tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 10:42 PM | Show all posts
Akhir ye aku selamat membeklog
Sesape ade link livechat meh tepek sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 10:56 PM | Show all posts
aviators posted on 8-2-2013 10:19 PM
Errrr.. Lelaki pompan pelok cam ni tak rase pape ke.. Kalau betol tak rase ape ape... Kebal wei... ...

ni refer pic yg mana yer?
tolong repost bole ka....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 11:02 PM | Show all posts
amahnis posted on 8-2-2013 10:56 PM
ni refer pic yg mana yer?
tolong repost bole ka....

Alamak aku memang fail tepek pic
Pic ade kat
Pg 89 post 2221
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 11:04 PM | Show all posts
aviators posted on 8-2-2013 11:02 PM
Alamak aku memang fail tepek pic
Pic ade kat
Pg 89 post 2221

oh ok thks....
zassss.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 11:10 PM | Show all posts
aviators posted on 8-2-2013 11:02 PM
Alamak aku memang fail tepek pic
Pic ade kat
Pg 89 post 2221

pic tu cam dr keratan akhbar je?? bila punya tu??
pic tu sama cam avvy sapa ntah cumanya dari posisi kamera yg lain je kan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 11:13 PM | Show all posts
SHN dah memang terbaik sesangat..
instead of 28 episod .. i rasa raw material dia kalau tiada cut scene dan cara editing yang caca merba dengan semua benda nak masukkan dalam satu episod plus dikhabarkan hampir 1 jam scene yang dibuang.. SHN boleh pergi samapi 40 episod.. rasa lebih details..
sedangkan editing yang tunggang langgang pun kita masih boleh feel inikan pulak kalau editing bagus..
mesti berbulan2 tak berhenti meroyan..
huhuhu
cerita yang bagus dah tahu dapat sambutan. tak sepatutnya ditugaskan kepada editor freelance.. tak sepatutnya tukar2 editor...
nasib baik episod last ok.. cuma.. masih lagi terasa macam tergesa2 dan semua plot nak dimasukkan dalam satu episod..
sorry.. ini adalah komen saya sejujurna selepas tengok balik episod 1-28.. mula dengan episod 20 dan keatas.. dah memang pelik sangat plot cerita.. dengan melompat2 dan kelam kabut...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 12:41 AM | Show all posts
Check in di tingkat 98 rumah ini. Hihihi. Habis sudah shn maka tamatlah royanan aku. Sedih
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 12:47 AM | Show all posts
aviators posted on 8-2-2013 10:19 PM
Errrr.. Lelaki pompan pelok cam ni tak rase pape ke.. Kalau betol tak rase ape ape... Kebal wei... ...

khennn. kalau berlakon bercinta je tapi takde pegang2, memang takdela nak speku sangat, tapi ni peluk pegang semua dah buat la  
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 01:01 AM | Show all posts
sedih.................................shn da abes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2013 01:02 AM | Show all posts
baru je abis layan episode 6....

sweet je..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 01:04 AM | Show all posts
pinjam ayat ikram...

Allah x memberi orang yang kita menghendaki/mencintai..
tp Allah memberi orang yang kita sayang tu bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 01:10 AM | Show all posts
tgk x livechat tuh?

ok gak diaorang kat luar set kan...

siap nyanyi2 bagai...happy je...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 01:11 AM | Show all posts
masa tutup muka kat  livechat tu la amar nyanyi...

dua2 tutup muka sbb malu...

nely gelak time amar nyanyi...hahaha cute je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.062826 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list