CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

[Copy link]
Post time 25-3-2016 11:26 AM | Show all posts
jadree00 replied at 19-3-2016 07:47 PM
Salam
Harap ada yg sudi share pengalaman umrah Ramadhan @ umrah musim panas. Dengarnya suhu akhir j ...

memang suhu musim panas boleh cecah 40 degree celcius. Tapi InshyaAllah diberi kemudahan untuk menunaikan umrah , jangan risau pergi aje.
dalam masjid ada a/c kat kawasan tiang dan mist/a/c merata dan marmar tu sejuk je. zamzam sejuk pun best masa musim panas tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 11:29 AM | Show all posts
half replied at 25-3-2016 08:01 AM
assalamualaikum

nak tanya kt Malaysia ada jual ke simkad mobily atau zain tu. ke kita beli kt air ...

tak pernah tahu ada jual simcard saudi di malaysia. beli aje kat sana , yang ada data/internet. atau forumer kat sini .

untuk whatsapps atau ape2 apps , boleh je tukar no phone tu, nanti apps akan bagi confirmation sms pin untuk pertukaran no tu. balik sini tukar balik lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 01:51 AM | Show all posts
Ada forumer pergi umrah Ramadan nanti?

Ada TA yang bagus untuk rekemen handling umrah sebulan?

Saya dah pernah pergi dengan Dasree Travel. Memang ada umrah sebulan. Kali ni nak cuba TA lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 04:05 PM | Show all posts
1 April Mataf Keliling Kaabah Akan Diruntuh

KUALA LUMPUR: Mataf, binaan berbentuk bulatan di sekeliling Kaabah, yang digunakan oleh jemaah haji dan umrah tawaf di Masjidil Haram akan diruntukan secara berperingkat mulai Jumaat ini.

Pengurus Tapak Binaan Premier Composite Technologies, Hairul Nizam Baharuddin, berkata kerja-kerja meruntuhkan mataf akan mengambil tempoh 29 hari dan dijadualkan mataf tidak lagi digunakan menjelang Ramadan.

Beliau yang bertindak sebagai jurutera pembinaan mataf dan projek perluasan Masjidil Haram berkata, kerja-kerja meruntuhkan mataf itu bagaimanapun tidak menjejaskan jemaah untuk mengerjakan tawaf.

Mataf dibina untuk mengurangkan kesesakan di Masjidil Haram dan lebih khusus untuk jemaah berkerusi roda, berusia dan mereka yang berkeluarga. Ia mula dibuka kepada jemaah seminggu sebelum Ramadan pada 2013 untuk memudahkan mereka tawaf dan solat.

Mataf mampu menampung kira-kira 8,000 jemaah pada satu-satu masa dan sering menjadi tumpuan jemaah untuk bertawaf selepas Subuh, Maghrib dan Isyak.

“Seluruh binaan mataf yang menggunakan teknologi bahan komposit kukuh dari simen dan batu bata tidak lagi digunakan menjelang Ramadan pada Jun ini kerana arahan meruntuhkannya sudahpun diperoleh daripada Kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Menurut Hairul Nizam, berikutan kerja-kerja meruntuhkan mataf, kesesakan dan kesukaran untuk bertawaf dan bersolat dijangka dihadapi jemaah kerana projek perluasan serta naik taraf Masjidil Haram belum siap sepenuhnya.

Kawasan tawaf akan hanya tertumpu di perkarangan Kaabah dan ini boleh menjejaskan kelancaran ketika tawaf, terutama pada Ramadan dan musim haji tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 08:19 PM | Show all posts
nak tanya..ada tak sesiapa yang buat rayuan haji  2016 dah dpt surat dr th?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 07:52 AM | Show all posts
nize replied at 25-3-2016 11:29 AM
tak pernah tahu ada jual simcard saudi di malaysia. beli aje kat sana , yang ada data/internet. at ...


ok tq

bukan apa, sbb kami pergi berlainan tarikh tu yg pk camne nk contact diaorg nti bila nk jumpa kt mana2.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2016 08:58 AM | Show all posts
syasya99 replied at 30-3-2016 08:19 PM
nak tanya..ada tak sesiapa yang buat rayuan haji  2016 dah dpt surat dr th?

Suami saya ada buat utk ibu..baru dapat surat..via email..lama jugak la tunggu reply tu.. dia cakap kalau takde panggilan sehingga bulan Ramadhan, means xdapat la tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 11:43 AM | Show all posts
aryn_mz replied at 26-2-2016 03:03 PM
kena call or email mintak quotation or pakej yg lastest dr TH.
Cam sy email kt Rayhar...br dioran ...

salam,

blh bagi email address rayhar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 03:17 PM | Show all posts
saya baru je balik dri umrah on 30/3. pergi sana dri 18/3 dgn zahafiz travel. tapi saya amek pakej promo punya sbb last minute tetibe hubby ajak pergi umrah. flight chartered direct ke madinah dan balik dri jeddah. madinah cuaca dingin2 sedap2 je tapi kt mekah hari2 40 degree jugak. ramai org boleh tahan. lepas temporary mataf tu dah runtuh mesti lagi packed org buat tawaf kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 09:14 AM | Show all posts
Assalam semua,

bulan lepas saya pegi umrah dengan TA Al-Kawsar Travel. Naik emirates transit di Dubai 3 jam. Lepas tu  dari dubai ke madinah. Masuk Madinah dulu 4 hari lepas tu ke Mekah 6 hari. Balik dari Jeddah-Dubai (transit 3 jam) Dubai-KL. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Rindu sangat bumi suci hati meronta-ronta nak ke sana lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 10:32 AM | Show all posts
MsAjai replied at 31-3-2016 11:43 AM
salam,

blh bagi email address rayhar?

Yg nie email address Rayhar cawangan KL [email protected] cwgan selangor tk menjawab2 smpi skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 05:28 PM | Show all posts
syasya99 replied at 30-3-2016 08:19 PM
nak tanya..ada tak sesiapa yang buat rayuan haji  2016 dah dpt surat dr th?

dengar katanya, mulai 31.3 dah keluar surat berperingkat ... keutamaan diberikan kepada isu:
1. mahram
2. daftar dah lama
3. umur melebihi 76 thn

walau bagaimanapun, sekiranya tidak terima apa2 selepas ramadhan, anggap permohonan tidak berjaya

itu yg dimaklumkan oleh wakil tabung haji semasa kuliah operasi haji dlm siri kursus asas haji baru2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 12:18 AM | Show all posts
siapa yg pergi skrg ni mgkin agak serabut sebab kerja2 menanggalkan mataf sdg dijalankan..hati2
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:59 AM | Show all posts
half replied at 31-3-2016 07:52 AM
ok tq

bukan apa, sbb kami pergi berlainan tarikh tu yg pk camne nk contact diaorg nti bila nk ...

half....nak jelas sikit isu simkad sana.
kita masih boleh guna whatsapp disana dgn wifi hotel tanpa perlu register bagai.
klu kita beli simkad sana pun tak perlu daftar no sana.....masuk je kad yg ada data....kita boleh guna whatsapp dgn no kita yang sedia ada.

saya baru balik dari sana hari ahad 3hb ni tadi.....sepanjang di sana guna wifi hotel je.
cuma di Mekah ada masalah sikit sebab wifi hotel rosak.
lepas tu anak melanggan data digi rasanya yg rm10 utk 12jam....kami share dgn hotspot dari anak je.

cuaca di Mekah taklah sepanas Malaysia sekarang ni.
kami anak beranak boleh je tido berselimut dlm bilik tanpa econ  dan kipas.
kalau ke masjid pulak....di dataran tu je dah terasa sejuk....kuasa Allah swt.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 10:13 AM | Show all posts
CS Holidays dh keluar promo utk umrah Nov-Dec 2016...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:37 AM | Show all posts
aryn_mz replied at 8-4-2016 10:13 AM
CS Holidays dh keluar promo utk umrah Nov-Dec 2016...

survey dulu dr segi pricing dan lokasi hotel.
kami di Mekah je yg agak jauh....di Madinah semua hotel keliling masjid Nabawi je.
mutawif kami pun alhamdulillah....3x umrah...3x jugak dia ikut serta dan bimbing jemaah dia.
alhamdulillah....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 02:57 PM | Show all posts
dee556 replied at 8-4-2016 11:37 AM
survey dulu dr segi pricing dan lokasi hotel.
kami di Mekah je yg agak jauh....di Madinah semua h ...

Sis dee556, pegi dgn Andalusia yek? ok tk dr segi pengurusan andalusia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 03:22 PM | Show all posts
aryn_mz replied at 8-4-2016 02:57 PM
Sis dee556, pegi dgn Andalusia yek? ok tk dr segi pengurusan andalusia?

secara keseluruhannya berpuashati walau pada mulanya suami merungut sikit2.
dia merungut sebab masa di airport....jemaah tidak diberitahu utk berkumpul di tingkat atas selepas penyerahan beg utk kargo.
main pandai2 sendiri je.
selepas itu bila tiba di airport Jeddah, tak ada petugas yang tunjuk hala ke mana nak pergi lepas ambil beg.

tapi bila dah naik bas....check in hotel dan mula bergerak keesokan harinya....hingga balik....suami kata ok.
next time pegi pun boleh guna agensi sama.
mutawif bagus....makanan dihotel pun ok dengan 3x makan sehari di Madinah dan 4x makan di Mekah.
ada jemaah kata, dia makan di hotel je....makanan sedap (sesuai selera)....tak bazirkan duit utk makan di luar.

jarak hotel kena ambik kira pakej mana yang kita ambik.
kami 1st time jadi tak reti....ikut je yang agen cadang.
jarak hotel di Madinah dekat je....berdepan hotel Movenpick iaitu Mawaddah al waha (boleh google utk lihat jarak).
sementara di Mekah (Heraa Palace) walau jarak agak boleh tahan sekitar 800m............tapi masih dekat berbanding hotel kami masa haji.
tak perlu naik bukit turun bukit.

hotel lain yang andalusia pakai di Mekah....Haneen al firdaus...yg ni lebih dekat ke masjid.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 08:25 AM | Show all posts
dee556 replied at 8-4-2016 03:22 PM
secara keseluruhannya berpuashati walau pada mulanya suami merungut sikit2.
dia merungut sebab ma ...

tq for review sis...tu ler tgh tgk2 gak lagi travel agency yg ada...












Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 09:45 PM | Show all posts
dlisa replied at 21-1-2014 07:05 AM
bila rindu pada Kaabah, saya sering ikuti live streaming kat sini http://makkahlive.net/makkahlive.a ...

Samalah dgn saya, bila rindu kat Mekah tgk live streaming kat website tu.dah sebulan balik umra, masih tak move on lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.701883 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list