Perang Dingin 3 Aktor, Ezany Dedah Sikap Sebenar Sharnaaz
Kecoh apabila 3 aktor terkemuka tanah air Sharnaaz, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi kini dikatakan sedang perang dingin disebabkan oleh insiden semasa penggambaran drama Bukan Kerana Aku tak Cinta. Perselisihan yang dikatakan berlaku kerana tindakan Sharnaaz menengking Lisdawati telah menyebabkan Fauzi Nawawi tampil mempertahankan isterinya, sekaligus membuat laporan polis. Artikel Berkaitan: [color=#9900 !important]Fauzi Nawawi Mahu Sharnaaz Bertanggungjawab Jika Kandungan Lisdawati Terjejas Susulan kejadian itu, Ezany Nizariff telah memuatnaik status di laman Facebooknya yang menceritakan sikap sebenar Sharnaaz yang dikenalinya menerusi pengalaman semasa berkerja dengan pelakon itu. [color=#9900 !important]Status yang dimuatnaik oleh Ezany Nizarff semalam mengenai isu tersebut Lebih kurang sejam yang lalu, sekali lagi pelakon yang juga merupakan ketua biro pelakon persatuan Karyawan itu telah memuatnaik status yang mengatakan bahawa Fauzi Nawawi telah menghubungi dirinya. [color=#9900 !important]Status kedua yang dimuatnaik oleh Ezany Nizariff Bagaimanapun, telah timbul pula satu lagi isu di mana Ezany dikatakan mempertahankan tindakan Sharnaaz. Ezany yang dihubungi sebentar tadi menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa pihak media telah memutar belit kenyataannya. “Cuba tengok betul-betul. Statement saya telah di’twist’kan di media dan orang nampak saya macam pertahankan Sharnaaz. Status itu adalah secara umum. Saya cerita pasal pengalaman semasa berkerjasama dengan dia sahaja. Setahu saya Sharnaaz memang profesional dan hormat orang. Tapi kalau ada benda yang orang berkata buruk pasalnya, baru dia tampil dan tanya depan-depan. Bagi saya, nama Sharnaaz dah kerap sangat dikaitkan dengan macam-macam kes dan dia seperti tidak diberi peluang untuk memberitahu keadaan sebenar dan pertahankan diri.”
Perang dingin atara 3 orang artis ini mendapat perhatian ramai Ezany juga turut menafikan bahawa dirinya mahu masuk campur dalam isu ini dan mengakui bahawa Fauzi Nawawi ada menghubunginya. “Fauzi ada telefon saya. Dia tanya saya apa cerita sebenarnya. Jadi saya jelaskan bahawa tiada apapun, cuma saya buat status tersebut dan Fauzi pun gelak. Fauzi ada juga cerita pada saya pasal situasi yang berlaku, pasal Sharnaaz ada marah isteri dia, tetapi Fauzi tidaklah bercerita secara menyeluruh kerana ianya sudah menjadi kes polis.”
Nampaknya, kes ini sudah menjadi semakin rumit dan rasanya pihak berkuasa lebih arif dalam menguruskan hal ini. Walau apapun, diharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Industri hiburan di Malaysia ini kecil sahaja, jika dua-tiga orang bertelagah, yang lain pun akan turut terasa kesannya.
|