CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mea

(Merged) Norman & Memey(Update:Baju kawen nak dipamer kat muzium@pg70)

   Close [Copy link]
Post time 25-9-2011 09:30 AM | Show all posts
Reply 2459# NAT_11


    Sedara Mara la nooks gamaknye alaas whatever noks lepas reception di kl derang 2 mangkok tingkat ni akan kembali ke dunia nyata I.e dunia materialistic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2011 09:41 AM | Show all posts
asal namapak mcm semua benda dlm majlis dorg nie x berseri langsung.... dari pelamin, hantaran, baju ngan pengantin semua nampak mcm kusam jer.... yg majlis kat kl jer kan sponsor ramai tu... kat majlis kat jb nie kuar duit sendiri kot... tu yg nan hado jer rupe dia... tgk nti yg sponsor juta2 tu gah ker x???? ckp pum pang pum pang mcm over sgt jer kan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 09:45 AM | Show all posts
LOL.. tahniah memey..akhirnya orang2 bermolot jahat di sekeliling ko menangis kat akhirat sebab dok fitnah ko je.. aku tau ko tak bersalah... dan selamat pengantin baru..

biar kan orang2 dalam forum ni nak cakap ape.. cakap la.. asalkan ko bahagia dengan norman, one day, dorang akan sedar dan tau sape ko..

anyway.. ko mmg cantik
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 09:52 AM | Show all posts
Reply  NAT_11


    free adalah penting tuk jantan kokak macam norman neh..
skymania Post at 25-9-2011 08:53



memek tu pun bukan ada harga sangat
dah jadi free juga sejak kena tangkap dengan toto dan tuala basah

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 09:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by achik2009 at 25-9-2011 09:57

Komunikasi tanpa rahsia

Oleh NOR AKMAR SAMUDIN
[email protected]



NORMAN Hakim, 35, jadikan kegagalan perkahwinan pertamanya sebagai iktibar untuk melayari hidup barunya bersama Suhaiza Suhaimi, 23 atau Memey. Pasangan yang secantik sepadan itu selamat diijabkabulkan semalam (24 September) selepas Asar di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh 1, Kota Tinggi, Johor.

Hari ini pula berlangsungnya majlis kenduri dan persandingan mereka dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu.



Bukan sedikit dugaan yang mereka lalui namun kalau sudah jodoh mereka tetap akan bersama. Paling melegakan pasangan raja sehari itu bila mana mereka bebas daripada tuduhan khalwat. Rezeki yang datang menjelang perkahwinan mereka dengan tajaan jutaan ringgit juga tanpa diduga sama sekali.

Pada hari pernikahan yang disaksikan keluarga kedua-dua belah, sahabat-handai dan saudara-mara itu, Memey terima mas kahwin RM22.50 dan wang hantaran RM24,000 berserta lima dulang barangan hantaran berbalas tujuh.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon dan Memey ditemui Selebriti Metro Ahad seminggu sebelum mereka bergelar suami isteri dan kala itu seri pengantin begitu terserlah. Barangkali dek kerana kesibukan Memey tidak berhenti menjalani penggambaran drama dan baru saja menyambut Ramadan serta berdebar untuk bergelar pengantin baru, tubuhnya kelihatan sangat susut dengan penurunan berat badan sebanyak 10 kilogram.

Akui Norman, dia masih berasa cemas, tertekan dan berdebar walaupun ini pernikahan keduanya selepas kegagalan pertama bersama Abby Abadi hampir dua tahun lalu.

“Sebagai selebriti, saya berasa tertekan kerana orang terus mahu tahu kisah hidup saya selepas ini. Namun begitu, apa yang penting perancangan selepas berkahwin. Meskipun sudah ada orang baru dalam hidup tetapi saya tetap bersedih dengan kegagalan perkahwinan saya yang pertama.

“Saya manusia biasa yang ada kekurangan diri. Apa saja yang berlaku akan dijadikan batas sempadan dalam kehidupan yang baru dibina ini. Hidup selebriti ini macam dalam program realiti, orang pandang dari setiap sudut. Siapa yang mahu berkahwin semata-mata untuk bercerai? Saya sayangkan perkahwinan saya dulu tetapi malangnya jodoh kami tidak panjang.

“Alhamdulillah saya tengok Abby semakin dapat menerima kenyataan perceraian kami, jiwanya semakin stabil dan dapat terima saya dengan baik. Apabila saya tengok anak-anak yang semakin membesar, boleh nampak diri kami berdua dalam diri mereka. Saya beritahu Abby, kami hanya berpisah sebagai suami isteri namun tanggungjawab saya sebagai bapa kepada tiga anak kami tidak akan terputus.

“Jangan kerana saya dan Abby bercerai, anak-anak turut kehilangan kasih orang tua mereka. Saya sentiasa ‘ada’ untuk anak-anak dan saya juga masih mengambil berat mengenai Abby. Saya juga mahu dia mencari kebahagiaannya sendiri” katanya.


Tidak marah

Norman bersyukur kerana Memey sangat memahami situasi dirinya sebagai duda anak tiga. Malah Memey juga tidak marah apabila tahu Norman masih ambil tahu mengenai Abby.

“Syukur kerana Memey tahu keadaan diri saya dan supaya tiada perselisihan faham, saya beritahu Memey apa saja yang berlaku. Saya turut menjemput Abby dan ‘teman baiknya’ Zul Ariffin ke majlis resepsi kami di Hotel Crowne Plaza Kuala Lumpur, pada Rabu ini (28 September).

“Saya harap ia adalah permulaan kepada perdamaian saya dan Abby. Apapun yang berlaku pada kami berdua, apabila saya bersama Abby dan anak-anak, saya mahu mereka berada dalam suasana keluarga yang bahagia,” katanya.

Memey pula berkata, dia tidak menduga dengan pelbagai dugaan melanda hidupnya, menjelang detik bahagia banyak perkara berlaku termasuk penajaan yang bernilai RM12 juta daripada Rafflesia The Pearl Centre. Pada malam resepsi perkahwinannya, Memey akan menyarungkan baju pengantin rekaan pereka terkenal dunia, Vera Wang, berkonsepkan ala Bohemian dan gaun jenama Rafflesia bertakhtakan mutiara. Dia juga akan menyarungkan kasut rekaan Jimmy Choo. Resepsi itu berkonsepkan New York bertema hitam putih.

Barangkali satu lagi sejarah baru tercipta buat pasangan mempelai ini apabila semua baju dan kasut yang dipakai mereka akan dipamerkan di Muzium Negara, mulai 26 November hingga 31 Disember ini. Ia bertujuan memberitahu kepada orang ramai bahawa mutiara bukan hanya untuk perhiasan diri tetapi juga boleh dipelbagaikan untuk hiasan kasut, baju dan beg tangan.

Bill Bora selaku perancang perkahwinan pasangan itu menyediakan yang terbaik buat Norman dan Memey kerana kebetulan Rafflesia mahu memperkasakan jenamanya dengan memperkenalkan banyak produk baru termasuk gaun pengantin Rafflesia.


Mutiara Kasih

Santapan pada resepsi itu diberi nama Mutiara Kasih. Ini kali kedua Rafflesia menjadi hos perkahwinan selebriti selepas mengadakan majlis sama untuk supermodel, Amber Chia dan suaminya.

Mencungkil perasaan Memey, dia bagaikan kehilangan kata-kata dengan segala persediaan yang dilakukan oleh banyak pihak bagi memeriahkan majlis perkahwinannya.

“Sedang saya sibuk membuat persediaan di kampung bersama emak dan ayah, Bill hubungi saya beritahu Rafflesia sudi menaja majlis resepsi saya di Kuala Lumpur. Ia majlis yang istimewa hanya 200 jemputan diundang di kalangan selebriti dan media. Ketika itu, Bill sudah menyiapkan separuh persediaan untuk resepsi itu,” katanya.

Mereka yang lain turut sudi memberikan penajaan termasuk Ezuwan Ismail (baju nikah), Hatta Dolmat (baju sanding), Rizman Ruzaimi (baju untuk acara potong kek). Pelamin dan hiasan barang hantaran pula tajaan Iezla Bridal dan PLU Creative dari Johor Bahru. Majlis di kampung dan di Kuala Lumpur itu juga diabadikan dalam bentuk rakaman video oleh Ezuwantazni Studio Production.

“Lega rasanya segala kontroversi sudah berakhir dan kini melangkah ke kehidupan baru. Dengan sokongan keluarga, saya dapat melaluinya dengan tabah dan sabar. Saya tak perlukan orang lain yang selama ini hanya memberikan pandangan negatif. Sekarang saya rasa semua pihak menerima diri saya dengan baik.

“Saya mahu menjadi isteri yang baik. Sejak mengenali Norman, kami mempunyai komunikasi yang sangat baik dan semoga ia berterusan sampai bila-bila. Antara kepincangan sesebuah perkahwinan apabila pasangan gagal meluahkan rasa yang terpendam di hati.

“Sebagai pasangan artis, lalui kami bukan mudah. Ada saja spekulasi yang timbul dan menghentam kami, jadi kami tidak boleh menggelabah. Sejak tiga tahun lepas banyak sangat dugaannya. Norman banyak memberikan sokongan dan kami berjaya melepasnya satu persatu,” katanya.

Jelas Memey, Norman tidak pernah berahsia dengannya termasuk hubungannya dengan anak-anak dan bekas isterinya.

“Apa yang Norman buat, dia akan beritahu supaya saya tidak mendengarnya daripada pihak lain. Apabila gambar atau ada saja cerita yang disampaikan oleh kawan-kawan, saya tidak marah atau kecil hati sebab Norman sudah beritahu dulu.

“Norman sudah terapkan perkara itu sejak awal dan ia menjadi sebahagian kehidupan saya. Doakan rumah tangga kami aman bahagia sampai bila-bila,” katanya yang belum tetapkan destinasi bulan madu.



Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:02 AM | Show all posts
Menangis konon! Ko dah rampas kebahagiaan org menangis pe jadah?? Sbb org mencaci maki ko last2 ko dpt kawin normiang jgk?? Jangan nak tunjuk baik laa...sbb ko norman lupa anak bini dulu, lps tu kurang ajar dgn abby lg plak! Menangis sbb berjaya merampas. Tahniah! U're such an ultimate b*tch!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2011 10:04 AM | Show all posts
Serius rasa nak bile tgk kemek berposing!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:09 AM | Show all posts
Goog Luck Memey... i think u need it
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2011 10:11 AM | Show all posts
bodoh, lagi mau komen sal abby segala bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:18 AM | Show all posts
baju nikah macam baju pregnant je
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:19 AM | Show all posts
Bacer kat fan page abby.dia tertulis.utang norman blum bayar.yg dulu didulukan.yg kemudian dikemudian kan..oooopsssss. Blum bayar utang?hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:24 AM | Show all posts
pasal apa ekkk bila memey sun tu cakap asyik sebut abby sahaja
dia tak rasa bersalah dgn anak2 abby yda dia peluk itu ke
sampah betul le
tajaan berjuta pun majlis mereka tiada kelihatan bermakna
sebab diimbangi dengan berjuta dosa
dan berbillion pura-pura
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:30 AM | Show all posts
Abby ada letak status baru kat FB...
Rupanya utang Normang dgn dia lum langsai...
dr semalam aku duk pikir..hantaran kat bini baru 24K mampu...nak bayar hutang ex-bini boleh tak mampu plak
beli Ribena anak pun tak lepas...
NAfkah bln2 tuk 3 anak tu korang blh agak le bayar ke tak
What is this Normang?
Bila pikir hari2 yg Abby terpaksa lalui...hari2 pecah kepala duk pikir mcmn nak cari duit tuk tanggung anak2 dia tu aku jadi sebak plak..
senangnya si bapa lepas tgn mcm tu...
aku xtau nak cakap apa...
Tapi yg aku selalu tgk, kalau si bapa kedekut dgn darah daging sdri, maka Allah akan lebih kedekut dgn dia...tmbah2 lagi duit yg dia dapat pun xkan berkat..dan takkan penah cukup...
Norman ni gelap hati sgt dah ke sampai tak nak amik pengajaran?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:31 AM | Show all posts
apesal hantaran kawen bg makanan je banyak. selalu time tunang yg bgi makanan..time nikah ni grand2 la skit. dh le kek lapih sarawak je..koman2 dah pakai baju juta2 ni..mau la kek yg mahal2 skit. nampak sgt xde duit,mmg mengharapkan tajaan from head to toe...
hantaran2 tu kene beli sendri kott tu yg mcm ala kadar je.
ape pun,slamat bernikah normiang n memek.
eh..24k tu cakap mulut je ke...ke ade normiang bawak betul2 24k time menikah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:33 AM | Show all posts
Bila nk page satus neh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:36 AM | Show all posts
dah seratos ponggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2011 10:37 AM | Show all posts
Owh dh smpai satus yeaayyy
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 11:17 AM | Show all posts
pasal hantaran tu apa susah?
normiang tulis jer cek utk RN24 K letak dlm dulang setakat bagi gempag kat family & jiran Memey
pastu pakat dgn Memey suruh jgn bank in cek tu
memey pun mesti dah tau tahap kepokai an laki dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 11:25 AM | Show all posts
Memey Dapat gps supaya tak sesat jalan hantaran lain biasa jek. Kek , buah , sirih junjung( perlu ke?) moontah.. Norman dapat iPad 2. Tu jek yang mahal...... Lain pun macam biasa. Jek lapis Sarawak ( yg ni halal ke tak?)Coklat, buah, sirih junjung jugaks( yg ni pun perluke??)
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 11:32 AM | Show all posts
abby tu bongok gak..ada ke bg anak2 dia pegi majlis kawin dgn pompuan yg musnahkan kbhgiaan dirinyaKUDABELANG Post at 24-9-2011 22:10



    abes kalo tk kasi nnt... bertindan2 lak statement dr dua beruk ni kata tk sporting laa.. itu anak sy juga laa.. memek pon sy dh anggap mereka mcm anak sy knp masih tk leh terima kenyataan bagai (leh agak akan kuar statement dr beruk2 nih pon) .. kenapa dia sanggup buat mcm tu  la..karang press yg dok menggilai diorg ni kuarkan lak berita2 cam haram psl abby.. masih berdendam laa.. abby meroyan la itu la ini laa...
aku menyokong abby ketika ini ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055085 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list