CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LittleEinsteins

ஜ ReLaX peKeNa PaSemBoQ 69 ஜ

 Close [Copy link]
Post time 20-10-2010 04:37 PM | Show all posts
kepanasann laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 04:48 PM | Show all posts
klu dh sejuk ... sejuk sangat
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:04 PM | Show all posts
skrg ni musim jerebu ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:04 PM | Show all posts
dgr berita kat johor jerebu dh melebihi tahap bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:08 PM | Show all posts
Jerebu di Muar dikategori tidak sihat



Bandar Muar yang diselubungi jerebu memasuki hari ketiga semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



MUAR 19 Okt. – Masalah jerebu di daerah ini terus berlarutan selama tiga hari berturut-turut dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hari ini mencecah pada tahap 122, iaitu dalam kategori tidak sihat.

Data yang dibekalkan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia di http: //www.met.gov.my menunjukkan bacaan IPU di Muar pada pukul 7 pagi ini adalah pada paras 118 sebelum meningkat lebih buruk kepada paras 122 pada bacaan pukul 11 pagi.

Bacaan IPU di stesen-stesen lain di negeri Johor pula memperlihatkan kawasan Larkin, Pasir Gudang dan Kota Tinggi mencatatkan IPU pada paras sederhana iaitu bacaan antara 51-100.

Dalam tinjauan yang dilakukan di sekitar bandar Muar pula, tahap penglihatan adalah sekadar 3 kilometer (km) dan keadaan turut menyukarkan pengguna kenderaan terutamanya penunggang motosikal.

Berdasarkan laman web Jabatan Meteorologi Malaysia di http://www. met.gov.my, keadaan yang sama dilaporkan di stesen pencerapan Batu Pahat yang menunjukkan jarak penglihatan pada pukul 2 petang hanya terhad kepada 4 kilometer berbanding jarak normal 10 kilometer.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr. Zulkifli Abdul Rahman,mengesahkan bacaan IPU di kawasan Muar sebagai mana yang dilaporkan dalam laman web JAS dan masalah tersebut telah berlanjutan sejak tiga hari yang lalu.

“Bacaan IPU di Muar memang dalam kategori tidak sihat namun ia tidak sehingga tahap membimbangkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Ismail Mahmud berkata, keadaan jerebu dikesan bermula semalam, namun keadaan menjadi lebih buruk pada hari
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:08 PM | Show all posts
itu citer semalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2010 05:08 PM | Show all posts
hari ni dh melepasi tahap 400 katanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:09 PM | Show all posts
ada kebakaran ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 05:11 PM | Show all posts
Jerebu kerana 244 titik panas Sumatera
Okt 18, 10 6:30pm  

Kongsi 0Keadaan berjerebu yang dialami terutamanya di sekitar kawasan Utara Johor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Selangor sejak kelmarin disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ini ekoran peningkatan bilangan titik panas di Sumatera meningkat kepada 244 kelmarin, berbanding 80 yang dikesan pada 16 Oktober.

"Imej satelit NOAA-18 pada 17 Oktober 2010 juga menunjukkan terdapat pergerakan asap jerebu dari kawasan-kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Wilayah Sumatera Selatan dan Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia," kata jabatan itu.

Sepanjang 24 jam juga, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) daripada 51 buah stesen pengawasan kualiti udara JAS yang direkodkan pada jam 11.00 pagi tadi mencatatkan 23 kawasan berada pada tahap baik.

Manakala 27 kawasan berada pada tahap sederhana dan satu kawasan berada pada tahap tidak sihat, kata JAS dalam kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu juga menyebut, jarak penglihatan sehingga pukul 12.00 tengah hari ini di beberapa kawasan tertentu seperti Batu Pahat, Muadzam Shah, Ipoh, Melaka, Temerloh dan Kuantan sedikit merosot kepada 3km hingga 7km.

"Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka," kata jabatan itu.

Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, orang ramai dinasihatkan melaporkannya kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:12 PM | Show all posts
patut la punnn
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:12 PM | Show all posts
nk habiskan page ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:14 PM | Show all posts
apa lagi yg menarik yeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:15 PM | Show all posts
  huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:15 PM | Show all posts
Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal  


HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

   
   
  


Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:16 PM | Show all posts
Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:16 PM | Show all posts
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 05:17 PM | Show all posts
berjaya ke page 100
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:18 PM | Show all posts
dah boleh buat umah baru ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 05:20 PM | Show all posts
nk gi bertukang jap
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 10:12 PM | Show all posts
akhirnya.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.172671 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list