CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mea

(Merged) Norman & Memey(Update:Baju kawen nak dipamer kat muzium@pg70)

   Close [Copy link]
Post time 25-9-2011 11:38 AM | Show all posts
...huhuhu..org dulu2 amat perihatin pada inai...kna pastikan inai di jari tuh bebetul merah..hitam pun xper..huhuhu..tp kuku memey x merah.... knapa org dolu2 prihatin ngan kuku berinai ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2011 11:42 AM | Show all posts
Normiang nangeh ayak mato boya lagi kerrr................??????????
Cer korang gali-gali balik kes 4-5 tahun dulu masa Normiang nangih
kat Press time lepas RUJUK dengan Abby. Tak silap aku AYAT dia masa tu
lebih kureng serupa macam ayat kat Press statmen nikah dengan si Memek ni:

GOMBAK 12 Mei 2006: “Secara terbuka hari ini (semalam) saya mohon maaf kepada Abby atas apa yang berlaku. Tempoh perceraian kami juga amat singkat kerana saya terlalu sayangkan keluarga.

“Saya tak boleh hidup tanpa isteri dan anak-anak kerana merekalah kekuatan dan `tulang belakang’ saya. Apa yang berlaku memberi banyak pengajaran kepada saya iaitu walau apa pun yang terjadi dalam rumah tangga, elakkan perceraian,” itulah luahan hati Norman Hakim, 30, sebaik merujuk kembali dengan Abby di Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Gombak Timur di Hulu Klang di sini, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 11:57 AM | Show all posts
salah satu tande2 akhir zaman...apabila mereka yang melakukan kemungkaran dipuja...dicontohi..

dalam hal ni...memey dan normanmiang yg berkhalwat..(wat kemungkaran) tetapi
pihak raflesia yg bodoh menaja mereka...

jelas pasangan bahlul ini salah satu contoh tanda akhir zaman...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 12:04 PM | Show all posts
pakai la baju mahal mna pn, khemah bderet, kek pn tayang muka sndri, gmbar pre wed peluk2...tp aku t ...
aechae Post at 24-9-2011 01:09 AM



SETUJU!!!

dah tak de seri pengantin... baraiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 12:05 PM | Show all posts
takpa....selepas ni kita tunggu pulak bila masa dia dapat anak pertama nanti....ada tak dia nak buat majlis cukur jambul yg meriah gitu?...atau ada tak mana2 stesen TV yg nak buat prgm khas mcm erra dulu...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 12:07 PM | Show all posts
boleh bahagia ke kalau kawin kena sumpah seranah dgn org ramai mcm gini? kalau org yg waras rasanya dah tak sanggup dh nak muncul di khalayak ramai tp diaorg ni mmg hati kering agaknya..   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2011 12:20 PM | Show all posts
Reply  alfrina


    kaaaannnn....aku pon x paham....style beli balang, letak bunga deco sket... ...
murasaki Post at 25-9-2011 03:01



tuh la pasal noks... tercari2 gak ipad tuh mlm td...

baju dia masuk muzium sampai ujung thn ni noks.. tgh tgk diva tv1 nih... reporter diva tv1 bodoh, tny soklan bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 12:20 PM | Show all posts
apalah yang anak2 tu fikir ek..
budak2 lagik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2011 12:26 PM | Show all posts
PLU Creative katenye. iols gugel2 x jumpe pulak butik ni kt mane. teringin nak tgk hasil2 y ...
bulanpurple Post at 25-9-2011 04:46


dr kota tinggi kot pelamin tuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 12:29 PM | Show all posts
[/URL]

Uploaded with [/img]


credit to NST
sitot Post at 25-9-2011 08:31


kebuncitan norman akhirnya terserlah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 12:32 PM | Show all posts
anyway, rupanya dia ni tak cerah sgt ehh... muka je cerah... produk aoa dia pakai ye?
tengku_juh Post at 25-9-2011 08:42


temulawak kot jah


maid bapak ai dolu2 penah pakai mende nih... mmg muka putih gilos... tp tgn ngan kaki lengam
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 12:33 PM | Show all posts
dulu mawi naikkan nama felda. kini memek pule.agak2 pasni ada lg x artis kelahiran felda yg  ...
bulanpurple Post at 25-9-2011 00:59



    kalo mawi  menang AF x per gak .... nih dah sah2 menjadi BIRAH THE LEGEND kat felda tenggaroh. ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 12:46 PM | Show all posts
pix_middle

NORMAN Hakim, 35, jadikan kegagalan perkahwinan pertamanya sebagai iktibar untuk melayari hidup barunya bersama Suhaiza Suhaimi, 23 atau Memey. Pasangan yang secantik sepadan itu selamat diijabkabulkan semalam (24 September) selepas Asar di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh 1, Kota Tinggi, Johor.

Hari ini pula berlangsungnya majlis kenduri dan persandingan mereka dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu.
sebelum   selepas

    * Foto

    * Foto

    * Foto

Bukan sedikit dugaan yang mereka lalui namun kalau sudah jodoh mereka tetap akan bersama. Paling melegakan pasangan raja sehari itu bila mana mereka bebas daripada tuduhan khalwat. Rezeki yang datang menjelang perkahwinan mereka dengan tajaan jutaan ringgit juga tanpa diduga sama sekali.

Pada hari pernikahan yang disaksikan keluarga kedua-dua belah, sahabat-handai dan saudara-mara itu, Memey terima mas kahwin RM22.50 dan wang hantaran RM24,000 berserta lima dulang barangan hantaran berbalas tujuh.


Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon dan Memey ditemui Selebriti Metro Ahad seminggu sebelum mereka bergelar suami isteri dan kala itu seri pengantin begitu terserlah. Barangkali dek kerana kesibukan Memey tidak berhenti menjalani penggambaran drama dan baru saja menyambut Ramadan serta berdebar untuk bergelar pengantin baru, tubuhnya kelihatan sangat susut dengan penurunan berat badan sebanyak 10 kilogram.


Akui Norman, dia masih berasa cemas, tertekan dan berdebar walaupun ini pernikahan keduanya selepas kegagalan pertama bersama Abby Abadi hampir dua tahun lalu.

“Sebagai selebriti, saya berasa tertekan kerana orang terus mahu tahu kisah hidup saya selepas ini. Namun begitu, apa yang penting perancangan selepas berkahwin. Meskipun sudah ada orang baru dalam hidup tetapi saya tetap bersedih dengan kegagalan perkahwinan saya yang pertama.

“Saya manusia biasa yang ada kekurangan diri. Apa saja yang berlaku akan dijadikan batas sempadan dalam kehidupan yang baru dibina ini. Hidup selebriti ini macam dalam program realiti, orang pandang dari setiap sudut. Siapa yang mahu berkahwin semata-mata untuk bercerai? Saya sayangkan perkahwinan saya dulu tetapi malangnya jodoh kami tidak panjang.

“Alhamdulillah saya tengok Abby semakin dapat menerima kenyataan perceraian kami, jiwanya semakin stabil dan dapat terima saya dengan baik. Apabila saya tengok anak-anak yang semakin membesar, boleh nampak diri kami berdua dalam diri mereka. Saya beritahu Abby, kami hanya berpisah sebagai suami isteri namun tanggungjawab saya sebagai bapa kepada tiga anak kami tidak akan terputus.

“Jangan kerana saya dan Abby bercerai, anak-anak turut kehilangan kasih orang tua mereka. Saya sentiasa ‘ada’ untuk anak-anak dan saya juga masih mengambil berat mengenai Abby. Saya juga mahu dia mencari kebahagiaannya sendiri” katanya.


Tidak marah

Norman bersyukur kerana Memey sangat memahami situasi dirinya sebagai duda anak tiga. Malah Memey juga tidak marah apabila tahu Norman masih ambil tahu mengenai Abby.

“Syukur kerana Memey tahu keadaan diri saya dan supaya tiada perselisihan faham, saya beritahu Memey apa saja yang berlaku. Saya turut menjemput Abby dan ‘teman baiknya’ Zul Ariffin ke majlis resepsi kami di Hotel Crowne Plaza Kuala Lumpur, pada Rabu ini (28 September).

“Saya harap ia adalah permulaan kepada perdamaian saya dan Abby. Apapun yang berlaku pada kami berdua, apabila saya bersama Abby dan anak-anak, saya mahu mereka berada dalam suasana keluarga yang bahagia,” katanya.

Memey pula berkata, dia tidak menduga dengan pelbagai dugaan melanda hidupnya, menjelang detik bahagia banyak perkara berlaku termasuk penajaan yang bernilai RM12 juta daripada Rafflesia The Pearl Centre. Pada malam resepsi perkahwinannya, Memey akan menyarungkan baju pengantin rekaan pereka terkenal dunia, Vera Wang, berkonsepkan ala Bohemian dan gaun jenama Rafflesia bertakhtakan mutiara. Dia juga akan menyarungkan kasut rekaan Jimmy Choo. Resepsi itu berkonsepkan New York bertema hitam putih.

Barangkali satu lagi sejarah baru tercipta buat pasangan mempelai ini apabila semua baju dan kasut yang dipakai mereka akan dipamerkan di Muzium Negara, mulai 26 November hingga 31 Disember ini. Ia bertujuan memberitahu kepada orang ramai bahawa mutiara bukan hanya untuk perhiasan diri tetapi juga boleh dipelbagaikan untuk hiasan kasut, baju dan beg tangan.

Bill Bora selaku perancang perkahwinan pasangan itu menyediakan yang terbaik buat Norman dan Memey kerana kebetulan Rafflesia mahu memperkasakan jenamanya dengan memperkenalkan banyak produk baru termasuk gaun pengantin Rafflesia.


Mutiara Kasih

Santapan pada resepsi itu diberi nama Mutiara Kasih. Ini kali kedua Rafflesia menjadi hos perkahwinan selebriti selepas mengadakan majlis sama untuk supermodel, Amber Chia dan suaminya.

Mencungkil perasaan Memey, dia bagaikan kehilangan kata-kata dengan segala persediaan yang dilakukan oleh banyak pihak bagi memeriahkan majlis perkahwinannya.

“Sedang saya sibuk membuat persediaan di kampung bersama emak dan ayah, Bill hubungi saya beritahu Rafflesia sudi menaja majlis resepsi saya di Kuala Lumpur. Ia majlis yang istimewa hanya 200 jemputan diundang di kalangan selebriti dan media. Ketika itu, Bill sudah menyiapkan separuh persediaan untuk resepsi itu,” katanya.

Mereka yang lain turut sudi memberikan penajaan termasuk Ezuwan Ismail (baju nikah), Hatta Dolmat (baju sanding), Rizman Ruzaimi (baju untuk acara potong kek). Pelamin dan hiasan barang hantaran pula tajaan Iezla Bridal dan PLU Creative dari Johor Bahru. Majlis di kampung dan di Kuala Lumpur itu juga diabadikan dalam bentuk rakaman video oleh Ezuwantazni Studio Production.

“Lega rasanya segala kontroversi sudah berakhir dan kini melangkah ke kehidupan baru. Dengan sokongan keluarga, saya dapat melaluinya dengan tabah dan sabar. Saya tak perlukan orang lain yang selama ini hanya memberikan pandangan negatif. Sekarang saya rasa semua pihak menerima diri saya dengan baik.

“Saya mahu menjadi isteri yang baik. Sejak mengenali Norman, kami mempunyai komunikasi yang sangat baik dan semoga ia berterusan sampai bila-bila. Antara kepincangan sesebuah perkahwinan apabila pasangan gagal meluahkan rasa yang terpendam di hati.

“Sebagai pasangan artis, lalui kami bukan mudah. Ada saja spekulasi yang timbul dan menghentam kami, jadi kami tidak boleh menggelabah. Sejak tiga tahun lepas banyak sangat dugaannya. Norman banyak memberikan sokongan dan kami berjaya melepasnya satu persatu,” katanya.

Jelas Memey, Norman tidak pernah berahsia dengannya termasuk hubungannya dengan anak-anak dan bekas isterinya.

“Apa yang Norman buat, dia akan beritahu supaya saya tidak mendengarnya daripada pihak lain. Apabila gambar atau ada saja cerita yang disampaikan oleh kawan-kawan, saya tidak marah atau kecil hati sebab Norman sudah beritahu dulu.

“Norman sudah terapkan perkara itu sejak awal dan ia menjadi sebahagian kehidupan saya. Doakan rumah tangga kami aman bahagia sampai bila-bila,” katanya yang belum tetapkan destinasi bulan madu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 01:39 PM | Show all posts
Wa'ahak... anak saya umur 10 tahun pun komplen pasal hantaran tu... soalan cepumas anak saya " hodohnya- napa pemalas sgt? "... 'napa bagi rantai ja... takde duit beli cincin ke ibu..?"... "hodohnya, ada bunga dirambut..." Bukan saya tanya ah...

Tergelak lak.. budak 10 tahun pun tahu benda cantik ke dak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 02:14 PM | Show all posts
majlis nih tak buat belah norman kahhminggu dpn buat kat hotel...rumah noramn tak buat ker...senang hidup abg norman nih yerk...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 02:16 PM | Show all posts
dahhh seratusss....tumpang lalu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2011 02:24 PM | Show all posts
apa yg memek bangga sgt kat normiang ni..dh lah sengkek...utang abby pn x byr2 lagi..AGAKNYA BANGGA MERAMPAS LAKI ORG WPUN SENGKEK NAK MAMPUIH...AGKNYA MEMEK NANTI MEROYAN TAK KALAU NORMAN SELALU DTG UMAH ABBY TGK ANAK2..X SBR TGK BETINA TU NGAMUK LAK..SELAMA NI ASYIK ABBY JE
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 02:30 PM | Show all posts
tk de yg sudi tepek gambo sanding ke...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 03:28 PM | Show all posts
tak de sapa nak bukak rumah baru ke?? sambung melahar kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 03:39 PM | Show all posts
janganlah samakan lisa dgn pmpuan ni... runtuh imej lisa nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.063144 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list