CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Changa

[Tempatan] Update: mie dark prince hilang; dah jumpa cikcur rumah nenek jah. drama queen ny

  [Copy link]
Post time 26-2-2018 10:19 AM | Show all posts
teringat kes pemimpin DAP yg berlakon hilang, sudahnya di temui oleh pihak berkuasa thailand dia sedang berseronok di Pattaya.  kencing kuat puak ni.  takut kantoi dgn bini kot so tpaksa pura2 hilang di thailand.  penyokong Dap salahkan pdrm sbb lambat selesaikan kes kehilangan dia. bila kantoi berseronok di pattaya semua senyap... tak mintak maaf pulak dgn pdrm sbb buat tuduhan fitnah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2018 11:04 AM | Show all posts
Edited by kalwawi65 at 26-2-2018 11:05 AM

Orang risau kes kekehilangan ni sejak kes arwah Datuk Mazlan hilang sebelum ditemui dibunuh dulu. Bergaduh tidak , bermasalah tidak tetapi tiba-tiba hilang.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni acah2 hilang ka lagu mana? Last2 reka cerita kata menderita fugue state..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 02:32 PM | Show all posts
Changa replied at 25-2-2018 10:12 PM
entah nya selama ini kat rumah nenek heshe jah.
nenek heshe takde facebook kot so tak tahu la cuc ...

Dia ni sesuatu ker noks? Tengok berita ada wife bagai.


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 02:59 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 26-2-2018 01:01 AM
Ada skandal kot.....

Pening kepala bergaduh dgn bini...larik diri rumah nenek...takut kantoi...bu ...

hr sbtu baru ni ada kes bunuh diri di kejiranan iols sbb gaduh dgn bini katanya. tgh hr sebelum bunuh diri tu sempat beli lauk kat kedai ktrg
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 03:04 PM | Show all posts
monreyes replied at 26-2-2018 09:52 AM
someone i knew pernah juga jadi camni...
hilang masa balik dari ofis...
jumpa after 2 weeks....

kena gomoi gomoi je kottt......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2018 03:06 PM | Show all posts
lazim replied at 26-2-2018 02:59 PM
hr sbtu baru ni ada kes bunuh diri di kejiranan iols sbb gaduh dgn bini katanya. tgh hr sebelum bu ...

apa lah masalah sampai nk kna bunuh diri.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 03:07 PM | Show all posts
Dari Berita Harian online

Kehilangan Azmee tiada unsur jenayah
Oleh Mohamed Farid Noh
farid_noh@nstp.com.my


BATU PAHAT: Kisah Azmee Elias yang hilang selama 13 hari sebelum ditemui tidak sedarkan diri di hadapan rumah lama neneknya di Kampung Bintang, Peserai, dekat sini, terus menimbulkan tanda tanya apabila polis mengesahkan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah.

Rumah neneknya tidak berpenghuni dan dipercayai sudah ditinggalkan sejak lebih 10 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata siasatan masih dijalankan pihaknya merangkumi pelbagai sudut dan kemungkinan.

Katanya, setakat ini, pihaknya belum merekodkan kenyataan Azmee, 36, berikutan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan keadaannya masih lemah.

Beliau berkata, siasatan lanjut kes itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dan IPD Putrajaya.

"Polis masih menyiasat bagaimana mangsa hilang tanpa dapat dikesan dan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah neneknya di Kampung Bintang, Peserai.

"Ketika ditemui mangsa juga berada dalam keadaan tidak bermaya, dipercayai tidak makan dan minum selama beberapa hari.

"Bagaimanapun, kita minta supaya masyarakat tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan, " katanya ketika dihubungi.

Azmee, yang juga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Mahkamah Syariah Jalan Duta dilaporkan hilang di ibu negara sejak 12 Februari lalu.

Beliau ditemui dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri di hadapan rumah neneknya di Kampung Bintang, Peserai, dekat sini, jam 4 petang semalam.

Beliau ditemui oleh bapa saudaranya, kira-kira 236 kilometer dari lokasi terakhir beliau dilihat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 12 Februari lalu, dengan memakai baju berwarna gelap dan berseluar kelabu, selain berkaca mata.

Pada 17 Februari lalu, polis menemui kereta Perodua Alza milik mangsa, yang ditinggalkan dalam keadaan berkunci di Jalan Jenderam, Dengkil, Selangor sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya.

Usaha mencari Azmee dilaporkan turut diperluaskan sekitar 100 kilometer (km) dari kawasan itu sebelum dia ditemui di rumah neneknya yang tidak berpenghuni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2018 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 26-2-2018 09:52 AM
someone i knew pernah juga jadi camni...
hilang masa balik dari ofis...
jumpa after 2 weeks....

Orang tu kerja apa yer..ada bersangkut dgn it, jnayah tak
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 03:19 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 26-2-2018 03:06 PM
apa lah masalah sampai nk kna bunuh diri.......

entahnya kalau gaduh teruk sangai cerai je sudah la. dh kenapa nk gantung diri plk

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 03:39 PM | Show all posts
makita replied at 19-2-2018 07:04 PM
Yg pasti bukan motip LGBTQ la sis.
Dia cuma nk cari kehidupan sendiri.

so macam mana kehidupan beliau sepanjang hilang tu?
jadi orang berjaya ke?
and adik-adik semasa kehilangan beliau sapa yang bantu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kalwawi65 replied at 26-2-2018 07:07 AM
Dari Berita Harian online

Kehilangan Azmee tiada unsur jenayah

Wow menarik!
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kenaperrr...

klu dh ada update kenyataan dr azmee bgtau yer
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Moskel yang aku....kena culik alien ke apa ni? Boleh pulak kena campak kat umah nenek yg dah lama kosong??? Misteriiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Heshe sleepwalking ke? Ke amnesia sementara?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 25-2-2018 09:56 PM
okay dah jumpa
mohon bapak polis update sebab musabab kehilangan beliau
sampai ketemu di rumah ne ...

Tadi baca Kat online paper, rumah nenek dah bertahun Tak berpenghuni, keadaan beliau berpakaian lusuh, kaki melecet. Ditemui terlentang Dlm keadaan tidak sedarkan diri. Bila dipanggil tidak menyahut, jiran panggil waris yg the berdekatan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2018 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah saka yg bwk dia balik rumah nenek?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 09:27 PM | Show all posts
DARI BERITA HARIAN ONLINE

Kaki Azmee melecet, baju kotor ketika ditemui  Oleh Mohamed Farid Noh
farid_noh@nstp.com.my












BATU PAHAT: Kakitangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Azmee Elias ditemui semalam dengan keadaan kakinya melecet dan kotor, selain baju serta seluar dalam keadaan lusuh dengan kesan tanah.
Kemunculan tiba-tiba Azmee, 36, yang ditemui tidak sedarkan diri di hadapan rumah lama neneknya di Kampung Bintang, Peserai, dekat sini, menggemparkan penduduk kampung berkenaan, apatah lagi rumah neneknya itu sudah lebih lima tahun tidak dihuni selepas warga emas itu meninggal dunia.
Penduduk kampung yang enggan dikenali mendakwa, kelibat seorang lelaki yang disangka gelandangan dilihat terbaring di rumah pusaka itu kira-kira jam 3 petang semalam.
Katanya, bimbang dengan kehadiran lelaki itu membuatkannya memaklumkan waris rumah pusaka berkenaan yang tinggal kira-kira 50 meter dari situ.
"Kami terkejut apabila waris rumah pusaka berkenaan menyatakan lelaki yang terlentang tidak sedarkan diri di hadapan rumah pusaka itu adalah anak saudaranya yang sudah hampir dua minggu hilang di Kuala Lumpur.
Sebuah rumah kosong yang dipercayai menjadi tempat Azmee Elias di temui oleh penduduk di Kampung Bintang, Peserai, Batu Pahat, Johor. - Foto Essa Abu Yamin

"Keadaan Azmee ketika itu terlentang tidak sedarkan diri malah cubaan bapa dan ibu saudaranya memanggil namanya beberapa kali juga tidak berjawab sebelum mereka melaungkan azan kepadanya.
"Apabila dilihat lebih dekat, walaupun memakai selipar, kaki Azmee melecet dan kotor, baju serta seluar dipakainya dalam keadaan lusuh serta kotor bertanah.
"Melihat keadaannya yang amat lemah menyebabkan keluarganya segera menghantarnya ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI)," katanya ketika ditemui di Kampung Bintang, hari ini.
Azmee, 36, yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Mahkamah Syariah Jalan Duta Kuala Lumpur, dilaporkan hilang sejak 12 Februari lalu, ditemui dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri di hadapan rumah neneknya di Kampung Bintang, Peserai dekat sini, jam 4 petang semalam.
Dia ditemui oleh bapa saudaranya, kira-kira 236 kilometer (km) dari lokasi terakhir beliau dilihat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 12 Februari lalu dengan memakai baju berwarna gelap dan berseluar kelabu, selain berkaca mata.
Difahamkan Azmee dibesarkan Allahyarham neneknya dari usia bayi sehingga memasuki universiti awam (UA) dan lokasinya ditemui adalah rumah tempatnya membesar dahulu.
Azmee yang kini masih dirawat di HSNI dilaporkan berada dalam keadaan stabil termasuk sudah boleh menjamah makanan.
Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang juga enggan dikenali memaklumkan, mereka juga bingung bagaimana Azmee boleh berada di rumah berkenaan selepas dilaporkan hilang di ibu negara.
"Kami terkejut sebaik dimaklumkan dia ditemui di Kampung Bintang di Batu Pahat kerana tidak menyangka atau terlintas langsung di fikiran dia akan muncul di sini.
"Namun kami bersyukur dan mengharapkan dia sihat seperti sedia kala dan biarlah pihak berkuasa menyiasat kes ini terlebih dahulu," katanya.













nya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
@Changa kena tipu dgn acik2 bawang batak viral ke?

Dengan cikki birah je tak kena tipu. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 10:17 PM | Show all posts
Kes laki bini bergaduh kah?

Lepas tu merajuk balik kampung?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.077520 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list