CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/11/24)

[Copy link]
 Author| Post time 5-7-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
crazybeach replied at 5-7-2019 04:09 PM
penulisan yang cemerlang oleh tt. dah takde cerita seram lagi dah ke. cuba lah tt korek dari abah tt ...

cerita ayah aku? Dia sembang taknak kalah...padahal aku pernah nampak dia mencicit lari kat pekan kena kacau dengan bapok
lain2 pun macam pendek2 je, aku tak reti nak panjang2kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2019 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-7-2019 04:17 PM
Wah TT dah habis ke? Cepatnyee!! Tak puas follow cerita T_T

Manusia moden boleh jadi rijalul gha ...

Eh? Kim sudah silap ni...aku ni bukan perawat. Kerja opis macam orang biasa je

Pasal wali atau rijalul ghaib apa semua tu, aku tak ada lah tau sangat, dulu arwah Pak Tahir taknak cerita sangat...pasal agama tu dia nak la cerita. Dia biasa cakap, "kita selamatkan diri kita dulu, kalau Allah nak bagi kita pangkat ke apa...kira bonus lah. Tu hak Allah nak bagi kat siapa yang Dia nak".

Kalau Pak Mud tu lagi lah takde nampak apa2 bezanya dari yang lain. Kalau dia ajak ikut dia pun biasanya ke sungai naik motorbot dia, pergi menangkap ikan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 05:01 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 5-7-2019 03:59 PM
lepas kawen memang hari2 pagar diri apa semua, jadi alhamdulillah la takda gangguan apa2 kecuali ...

alhamdulillah, ce share sikit amalan memagar diri camana
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 05:25 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 5-7-2019 08:21 AM
cerita ayah aku? Dia sembang taknak kalah...padahal aku pernah nampak dia mencicit lari kat pekan  ...

ha boleh lah tu daripada biarkan thread ni jadi sendu je takde citer baru. kira misteri lah jugak tuh kenapa abah tt dikejar sang bapok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
crazybeach replied at 5-7-2019 05:25 PM
ha boleh lah tu daripada biarkan thread ni jadi sendu je takde citer baru. kira misteri lah jugak  ...

haha...biasa lah geng2 bapok mengacau orang dalam nak tunggu bas ke Ipoh. Ayah aku pulak pergi menjawap balik dengan diorang, jadinya bapok tu cakap, "meh sini kau...aku bagi rasa". Kelam kabut la orang tua tu berlari. Aku kebetulan masa tu tengah tunggu turn untuk jamming, lepak2 dekat tangga studio ternampakkan dia. Seminggu aku pau dia rokok untuk rahsiakan dari ibu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 5-7-2019 05:01 PM
alhamdulillah, ce share sikit amalan memagar diri camana

errr...susah juga nak share. Aku ni bukannya guru nak passkan benda ni. Tapi kalau ayat kursi tu arwah Pak Tahir ajar tambahkan satu ayat sebelumnya tu. Biasa orang baca masa tahlil selepas al-Fatihah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 5-7-2019 05:42 PM
errr...susah juga nak share. Aku ni bukannya guru nak passkan benda ni. Tapi kalau ayat kursi tu a ...

Ayat apa tu exos?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 06:01 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 5-7-2019 09:40 AM
haha...biasa lah geng2 bapok mengacau orang dalam nak tunggu bas ke Ipoh. Ayah aku pulak pergi men ...

haha. mengundang betul ayah tt kan dah mendapat. wah tt pun banyak bakat ye jamming2 semua nih. tt play instrument apa. ha dah alang2 tuh, takde ke citer2 seram kat studio jamming ataupun yang diceritakan oleh rakan2 sejamming tt

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2019 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 5-7-2019 05:47 PM
Ayat apa tu exos?

dalam al-Quran ada sebelum ayat kursi tu...wa ila hukum ilahun wahidun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
crazybeach replied at 5-7-2019 06:01 PM
haha. mengundang betul ayah tt kan dah mendapat. wah tt pun banyak bakat ye jamming2 semua nih. tt ...

tak adelah...zaman dulu2 apa lagi hiburannya? Ramai2 la berangan nak jadi retis rock macam Wings, Search...abis dah story seramnya, aku ni kan manusia biasa je...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-7-2019 04:17 PM
Wah TT dah habis ke? Cepatnyee!! Tak puas follow cerita T_T

Manusia moden boleh jadi rijalul gha ...

Kim.. Sy percaya setiap satu kematian.. ALLAH akan ganti org yg mempunyai kelebihan yg sana.. Org2 yg Allah pilih ni.. Biasanya kita tgk.. X ada bezanya dgn kita.. X femes bab2 agama.. Silap2 kalau org minta berubat.. Dia baca al fatihah saja kat ayaq suruh bg minum kat pesakit.. Simple saja..

Tapi doa org2 mcm ni sgt mustajab..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 5-7-2019 06:29 PM
Kim.. Sy percaya setiap satu kematian.. ALLAH akan ganti org yg mempunyai kelebihan yg sana.. Org2 ...

Haha ya..Biasanya wali2 ni takheran dunia dan sederhana saja. Tapi kita pun pre-wali, Sarah..bakal wali dalam probation

Saya percaya tiap2 orang boleh dianugerahkan karomah/ilmu laduni..bergantung pada tahap ujian. Lagi berat, lagi tinggi. Nilah kelebihan umat Mahdi kot hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
tt.. bila nak sambung.. cepatla tazabar dah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-7-2019 06:46 PM
Haha ya..Biasanya wali2 ni takheran dunia dan sederhana saja. Tapi kita pun pre-wali, Sarah..bakal ...

Idak2..sy x ada kemahiran mcm depa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 5-7-2019 06:06 PM
dalam al-Quran ada sebelum ayat kursi tu...wa ila hukum ilahun wahidun...

Yg ni.. Tok yg aku mengasuh ni.. Family dia mmg amal baca ayat ni sebelum ayat qursi.. Nanti aku tanya anak dia..knp baca ayat ni sebelum ayat qursi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
azelinaputeri replied at 5-7-2019 06:57 PM
tt.. bila nak sambung.. cepatla tazabar dah ni..

eh? dah tamatlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 5-7-2019 06:06 PM
dalam al-Quran ada sebelum ayat kursi tu...wa ila hukum ilahun wahidun...

Oh, thank you exos!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu penceritaan sempurna. Setiap watak hidup dan bersinambung.

Kalau movie yg diadaptasi berdasarkan kisah benar, kat ending movie tu, akan tulis keadaan terkini setiap watak penting dalam movie tu.

We appreciate very much kalau TT, boleh update kehidupan, Amat budak Sabah tu.. Fendi yg kawin dgn minah salleh Perth tu.. Leman.. etc..

Btw Thank you TT for sharing.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Perkongsian yang bermanfaat, menarik. Tq tt share cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bro_kr replied at 6-7-2019 12:53 AM
Satu penceritaan sempurna. Setiap watak hidup dan bersinambung.

Kalau movie yg diadaptasi berdas ...

OKla...aku bagi update life diorang
Amat – Kerja oil & gas bertahun2 jugak, last2 dia kawen dengan orang Sabah jugak. Settle down sana, buat bisnes sewa kereta. Hari tu pergi Sabah sewa kereta syarikat dia lah. Dah ada 5 orang anak dan satu anak extra dari makan luar.

Fendi – Last aku jumpa dia masa aku kawen dulu, yang lain2 tu borak2 dekat fb je. Ada 5 orang anak mata biru, 3 boys 2 girls. Dia kerja syarikat construction kat Perth. Sampai sekarang aku tak faham kenapa dia ajar bini dia cakap Perak dengan aku...dah ler lepio abih. Mana entah belajonya cakap macam tu. Masih ada awek2 mat saleh nak berkenalan dengan dia.

Leman – Setelah puas berpass2 awek Singapore tu dengan Rashid, last2 dia kawen juga dengan awek Singapore tu. Tapi tak kekal lama...sekarang dia dah berkawen dengan cewek Bandung kerja kilang di Johor. Menetap sana terus, beli rumah bagai. Anak dah masuk 3 orang.

Rashid – Try adjust si Minah lepas Pak Itam meninggal tapi Minah tak layan pun. Lepas je Minah kawen baru, orang tua juga (memang selera orang tua ke ape)...Rashid kawen dengan ex wife Leman, awek Singapore tu. Tapi tak lama juga lah...sekarang dia solo je buat kerja2 kampung.

Fikri – Kawen dengan orang Klang, kerja pun di Port Klang. Masih meneruskan aktiviti2 camping dengan family dia dan masih juga kebal angker menurun kepada anak dia. Satu asrama hiteria, anak dia rileks je tidor macam takde kena mengena.

Zainal – Dia ada main bola sekejap sampai peringkat kebangsaan, masuk sukma kot? Lepas tu dia berhenti main bola…politik katenye. Dia pun sambung study, sekarang ni lecturer di salah sebuah IPTS di Shah Alam. Kawen dengan orang Kuala Selangor, dah ada 4 orang anak…dia train anak2 dia main badminton.

The Aweks – Dah tak berapa nak aweks dah…anak pun dah belasan tahun. Siti berkahwin dengan Engineer, tapi sekarang ni dah jadi ibu tunggal. Ex husband sponsor semua termasuk pergi cuti2 kat luar negara sebab kawen baru tak dapat anak. Nurul kawen dengan anak dato’, kerja apa aku tak tahu lah. Dah di luar lingkungan keselesaan aku kalau nak ajak borak2 tanya kabar pun macam tak masuk. Fatin pula berpindah ke Johor, suaminya bekerja di Pengerang. Rasanya Fatin buat bisnes online kot?


Ade ke yang aku tertinggal ek? Tu je la kot? Zul macam dalam ceritalah, dah meninggal. Tapi menurut Leman, dia pernah huru harakan kampung dia bila buat penanggal mengamuk. Dia minat dengan sorang awek kampung dia tu, jadi selalu la mengendap apa semua. Satu malam tu dia ternampak awek tu keluar jadi penanggal, mungkin sebab waris saka ke apa muda2 dah jadi penanggal. Si Zul ni nampak peluang kat situ, dirogolnya badan penanggal tu…Pada aku siapa lah nak rogol badan perempuan tak ada kepala kan? Jadi mengamuk lah perempuan tu tak tau siapa punya kerja…dah la anak dara lagi, tak pasal2 bunting pulak tu. Tapi sebab dia mengamuk sangat2 sampai lupa perangkap imam kampung situ. Last2 mati terbakar penanggal tu. Hal ni Zul bagitau Leman je dan Leman pulak cerita kat aku.

Epoi pula macam tu je lah…lepas mak dia meninggal, adik beradik dia pula tengok2kan dia…kalau nampak diam termenung je, diorang pun call ambulans hantar ke Tanjung Rambutan. Memang ujian juga lah untuk keluarga dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.069856 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list