|
Harap Tahun depan (Pesta Buku) ada Komik Tempatan yang bagus lagi .... |
|
|
|
|
|
|
|
Jaguh Komik
- Pahlawan Mimpi 2
- Dalilah Oh Dalilah
- Pentas Maut
- Potret - Hitam Putih Kehidupan
Painter/Illustrator/Comic Artist : Aedes / Hulubalang Lubuk (Ahmad Kamil Sabri)
Published : Raksasa Studio (2002)
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 9-4-2010 12:03
Comic Artist : Roy, Cabai, Madsein, Kidol, Haili, Kawe, Oly, Deng, Ubilepih, Nur, Dikuk, Fahmi
Writer : Pyanhabib, Puspa Ros, Hishamudin Rais
Sources : http://cartoonkafe.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Wajarkah Ujang tuntut bela namanya sendirian ?
Oleh H FANSURI
Kata orang, apalah ada pada nama. Tetapi, nama juga melibatkan maruah, harga diri dan kehormatan seseorang. Pepatah Melayu ada menyebutkan, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.Selepas menghadiri mesyuarat agung PAS kawasan Batu pada 4 April, saya pulang ke kampung, menaiki bas lompat-lompat dan akhirnya di Butterworth, ditakdirkan telah bertemu kartunis Zunar dalam bas yang sama.
Dalam bualan itu, saya bertanya perkembangan kartunis Ujang yang mana menurutnya sebelum ini, nama Ujang telah diambil oleh majikannya. Kes beliau, tambah Zunar, ada harapan boleh menang. Tapi, malangnya, kartunis Ujang telah mula putus asa.
"Kalau dia nak lawan, kita boleh bantu. Dan, peguam-peguam yang pernah melawan kes Mc Donald melawan Mc Curry sebelum ini pun pernah menghubungi saya untuk mengajak Ujang agar melawan kes ini," katanya.
Tambah Zunar lagi, Ujang boleh lawan untuk menggunakan namanya itu untuk pihaknya sendiri,kerana keputusan mahkamah sebelum ini ialah melarang Ujang daripada terus menggunakan namanya sendiri dalam berkarya.
"Sayang betul, kalau Ujang nak lawan dan dia menang, majikan tidak boleh lagi nak lakukan perkara yang sama ke atas kartunis ini," kata beliau lagi. "Kes ini akan menjadi rujukan nanti pada masa depan."
Saya termenung panjang. Bas Pancaran Matahari itu meluncur laju menuju ke destinasi terakhir di Shahab Perdana, Alor Setar.
Majalah Ujang pada suatu ketika dahulu, sekitar 1990-an sememangnya digilai ramai.
Sehinggakan, majalah humor dengan slogan lawak antarabangsa itu, pernah membawa tema-tema agama dan dakwah di dalam karyanya.
Tidak diketahui kenapakah dengan tiba-tiba Ujang mendapat suntikan agama dan dakwah itu? Dan,dari aliran manakah majalah itu diresapi dakwah dan agama? Yang pastinya, bukan Wahabi dan Syiah kerana ia tidak menyeru ke arah debat-debat fikah.
Ia cuma mendagangkan hadis-hadis dan firman-firman Tuhan yang menyeru manusia ke arah kebaikan. Sebab itu, ada andaian yang menyatakan bahawa, ada kemungkinan kumpulan kartunis itu mengikuti jemaah Tabligh.
Demikian antara spekulasi yang beredar dalam kalangan kami pada saat itu. Dan mungkin kecenderungan ke arah Tabligh itu telah sedikit sebanyak mempengaruhi watak kartun dalam karyamereka.
Sementara itu, ada pihak lain mencetak spekulasi baru yang juga tidak kurang hangatnya.Kononnya kumpulan Ujang yang bernaung di bawah kepimpinannya telah pun mengikuti ceramah ustaz Samsuri yang popular dengan jenakanya sekitar 1990-an itu.
Apa yang penting, Ujang pernah suatu ketika 'berjasa' besar dalam usaha menyebarkan risalah dakwah dengan gaya tersendiri.
Dan kini kebajikannya tidak terbela, apatah lagi dalam keadaan iltizamnya sudah pudar kerana mungkin memikirkan dirinya tidak akan mendapat sokongan.
Nama melambangkan maruah dan harga diri. Apabila nama sendiri sudah tidak boleh digunakan untuk berkarya apalah ertinya hidup ini?
Walhal pepatah Melayu menyatakan, manusia mati akan meninggalkan nama. Altantuya yang bukan Melayu itu pun mati meninggalkan namanya di Tanah Melayu ini. Beliau tidak cuma meninggalkan nama, malah turut mengbadikan nama negaranya; Mongolia di sini.
Orang tidak tahu Ulaan Batar itu adalah ibu kota Mongolia. Orang tidak tahu siapa raja, perdana menteri Mongolia, tapi orang tahu Altantuya itu datang dari Mongolia.
Demikianlah nasib Altantuya yang mana telah ditakdirkan kematiannya mengundang musibah buat Najib Razak.
Tiada mana-mana kuasa yang dapat membersih nama Najib Razak lagi. Hatta Yahudi Zionis Apco yang diupah untuk menaja konsep, syiar 1Malaysia sekali pun, akan gagal menyamak nama Najib lagi.
Nama dan jenama 1Malaysia dan Islam Hadhari akan mereput dalam ingatan manusia setelah waktu beredar ditelan zaman kerana ia dilafazkan bukan dari hati yang suci.
Hujan lebat sepanjang perjalanan ke stesen Shahab Perdana, Alor Setar membuat hati ini ternyata makin tertanya-tanya.
Adakah kebajikan Ujang ini akan dapat dibela oleh Negara Berkebajikan? Adakah akhbar berkebajikan akan memujuk Ujang untuk terus memperjuang haknya itu?
Saya beralih ke belakang, bertanya Zunar semula, "Ada tak nombor telefon Ujang?"
Kartunis tegar yang kini berhasil menerbitkan komik politiknya yang keempat itu memeriksa telefon bimbitnya. Nombor telefon bimbit kartunis Ujang itu tiada dalam simpanannya.
"Ada di pejabat saya barangkali," katanya.
Saya terdiam. Ujang punya asas yang sungguh kuat untuk dibela namanya itu. Dia pernah mengarahkan kelucuan kartunnya ke arah agama.
Abu Nawas antara tokoh dan watak komedi, humor yang ada selitkan pesan-pesan agama dalam gurauannya. Mungkin Ujang ini tidak sampai ke tahap dan martabat itu.
Tetapi tidakkah hal ini boleh menjadi alasan yang kukuh untuk kita membelanya? Apatah lagi beliau berdepan dengan bekas majikannya - Adun Umno, Kukup.
Tidakkah isu ini boleh diangkat oleh orang-orang parti? Jika hal ini ditanya kepada Zunar, seperti yang saya tanyakan sebelum ini, katanya beliau tidak berminat menggunakan saluran itu.
Tidak mengapa. Itu hak, pendirian dan pandangan beliau untuk menyatakan demikian. Tapi, dalam keadaan parti-parti pembangkang di negara ini mahu menang pilihan raya umum ke-13, kaum kartunis ini mungkin boleh diambil hati mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat juga.
Di luar bas yang sudah melepasi tol Sg Dua, kilat masih galak membelah udara panas. Hujan berterusan sejak bas yang saya naik tadi menurunkan para penumpangnya sebelum tiba di tol Juru,Pulau Pinang.
Dan, saya masih menyimpan pertanyaan yang akhirnya tenggelam lalu karam di lubuk hati.
Sources : http://www.detikdaily.net/
|
|
|
|
|
|
|
|
TRAILER ULTRA QALIF #1 (versi sebarang)
Credit
mohdhairy (pergh.com)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|