CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafizi

AT TAQWA - SYARAT, RUKUN DAN JALANNYA

[Copy link]
PakMalay This user has been deleted
Post time 27-5-2005 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by an2toncit at 27-5-2005 02:06 AM:
tumpang tanya

buku Islam Hadhari menurut abuya ni kene haram ke ?,,,minggu lepas gi masjid kat parit buntar dia ada tampal surat dr Jabatan Agama Islam menghalang pengedaran buku ni kat masjid2



Biarlah halal dan haram ikut perpektif agama dengan memenuhi syariatnya.

kalau setakat nak tunggu yang halal macam ada lesen Radio dan TV tu, masih banyak lagi manusia yang rosak dengan hiburan2 dan maklumat yang melalaikan.

Bagus juga kalau ada siaran radio dan Tv yang haram jika masih boleh mentarbiah pendengar dan penontonya kearah Pengabadian Pada Illahi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2005 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by an2toncit at 27-5-2005 02:06 AM:
tumpang tanya

buku Islam Hadhari menurut abuya ni kene haram ke ?,,,minggu lepas gi masjid kat parit buntar dia ada tampal surat dr Jabatan Agama Islam menghalang pengedaran buku ni kat masjid2



akhir zaman nanti, bukan kah rasulullah saw ada berkata bahawa di akhir zaman perkara yang haram akan dihalalkan dan yang halal akan diharamkan.

Ini kerana ulamak kebanyakkannya ulamak suk, yg cinta dunia dan kepentingan diri dari kepentingan akhirat.

Tuhan dah beri akal fikiran utk berfikir dan memilih apa yg adil utk kita ketahui supaya kita tidak menganiaya diri sendiri.

Tepuk dada tanya iman masing-masing...bukan ikut selera ajer..sebab kalau ikut selera nanti tersasar jadi pengikut ulamak suk...

:hmm:hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2005 12:38 PM | Show all posts


DI SAMPING ITU, UNTUK YANG BERMINAT UNTUK MENGENALI DAN KENAL ARQAM ,

Silalah baca buku Al ARQAM DISEBALIK TABIR yang ditulis oleh Sdr Ann Wan Seng Abdullah. Buku ini adalah terbitan Penerbitan Universiti Malaya cetakan pertama April 2005.


Anda boleh dapatkan buku ini di kedai buku UM.

Penulis buku ini ialah seorang yang berkecuali dan bukan merupakan ahli rufaqa. Buku ini ditulis di dalam kaedah penyelidikan berbentuk ilmiah dan tidak BIAS. Terdapat data-data terperinci (kualitatif dan kuantitatif) mengenai sejarah Al Arqam dari tahun 1968 hinggalah kepada perkembangan perjuangan ustaz Ashaari di bawah Rufaqa.

Silakan...Dapatkannya di pasaran...




;)

[ Last edited by serihartatie on 27-5-2005 at 12:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2005 08:20 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 27-5-2005 12:38 PM:


DI SAMPING ITU, UNTUK YANG BERMINAT UNTUK MENGENALI DAN KENAL ARQAM ,

Silalah baca buku Al ARQAM DISEBALIK TABIR yang ditulis oleh Sdr Ann Wan Seng Abdullah. Buku ini adalah te ...


Saya pun dah dapat buku tu. Harganya dipasaran RM25.00

Banyak maklumat yang terkandung didalamnya.

Terima kasih Abuya ku. Membimbing daku dalam alam realiti perjuangan menegakkan Islam secara teori dan praktikal..


:hug:Abuyaku:love::hug::hug::hug::hug::hug:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 31-5-2005 10:48 PM | Show all posts
INTEGRASI KAUM

Islam Hadhari memberi ruang dan peluang yang luas untuk integrasi kaum, sama ada antara yang Islam dan bukan Islam atau antara sesama yang bukan Islam.

Dalam soal ini, integrasi atau perpaduan kaum itu perlu difahami betul-betul. Kita tidak boleh jadi jahil atau tersalah dalam memahaminya. Kalau tersalah, takut-takut apa yang kita usahakan itu bukan integrasi atau perpaduan kaum tetapi hanya berkumpul dan berpersatuan. Berkumpul dan berper-satuan nampak macam bersama tetapi ia bukan integrasi atau perpaduan. la hanya perpaduan fizikal.



Integrasi kaum bukan setakat perpaduan fizikal. Bukan kerana kita berkongsi perniagaan atau kita berada dalam parti yang sama atau gabungan parti yang sama. Bukan juga kerana kita berkongsi ideologi yang sama. Integrasi kaum bukan juga kerana kita selalu bertemu di majlis-majlis makan. Bukan juga kerana kita selalu bertemu di majlis-majlis perayaan kaum dan bangsa. Semua itu adalah hubungan yang berbentuk fizikal atau lahir semata-mata. la tidak dapat mem-buahkan integrasi atau perpaduan seperti yang diperlukan oleh negara.

Anggota lahir tidak tahu apa-apa. Dia tidak mengerti dan tidak merasa apa-apa. Yang mengerti itu adalah akal dan yang merasa itu adalah roh atau jiwa. Sekiranya akal fikiran tidak selari dan jiwa tidak ada perasaan bersama, pertemuan itu hanyalah pertemuan fizikal yang tidak mempunyai erti apa-apa.


Kalau fikiran tidak bertemu dan hati tidak serasa, sesuatu kaum atau bangsa tidak akan boleh bersatu dan berpadu. Bahkan, semakin kerap bertemu, semakin jauh di hati. Makin selalu bertemu, jarak hati semakin melebar. Ini mudah dilihat dan ternyata di dalam hidup kita seharian. Di dalam satu parti, biasa berkrisis selalu. Di dalam satu parti, biasa ada team-team, kroni-kroni dan klik-klik yang sentiasa mahu jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain.
Di dalam satu ideologi, biasa berlaku perpecahan, permusuhan dan perperangan. Dalam perkongsian perniagaan, biasa berlaku perselisihan dan ada yang terus pecah per-kongsian. Ini semua kerana fikiran tidak bertemu, hati tidak serasa.



Yang dikatakan integrasi atau perpaduan itu ialah yang bersifat maknawi dan rohani, berdasarkan akal dan jiwa. la adalah ikatan akal dan jiwa. Jarang bertemu pun tidak mengapa. Tidak berada dalam satu parti pun tidak mengapa. Asalkan fikiran selari dan jiwa rasa bersama.


Kalau begitu, baru kita faham. Untuk bersatu dan berpadu, sekali pun di antara satu kaum dan bangsa yang sama atau dalam satu parti yang sama amatlah susahnya. Tidak mudah berlaku seperti yang dikata. Yang berkata mudah itu ialah orang yang jahil yang tidak mengerti apa itu hakikat perpaduan yang sebenarnya.


BERSAMBUNG


[ Last edited by hafizi on 31-5-2005 at 10:50 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 2-6-2005 05:08 PM | Show all posts
PERPADUAN ADA BERBAGAI-BAGAI KATEGORI:

1. Perpaduan yang terpaksa

la datang secara mendadak dan tiba-tiba. Perpaduan secara ini hanya sementara, payah kekal lama. Apabila satu bangsa atau kaum yang berbalah diserang oleh musuhnya, terpaksa mereka bersatu untuk menghadapinya. Setelah selesai menghadapi musuh dan ancaman sudah tidak ada, perpecahan dan perbalahan berlaku semula.



2. Perpaduan yang dipaksa

Perpaduan yang diakta dan diundang-undangkan oleh negara kerana kepentingan nasional atau kepentingan bersama, demi keselamatan dan keharmonian bangsa. Kalau tidak risikonya berat dan terpaksa ditanggung bersama. Perpaduan ini hanya sebagai etika sahaja. Terpaksa berlakon dan berpura-pura kerana takut dihukum oleh negara.




3. Perpaduan bersifat ideologi

Ideologi yang diserapkan dan dididik semenjak di sekolah oleh negara hingga rakyat jadi fanatik, seolah-olah ideologi itu sudah jadi aqidah, agama atau jiwa bangsa. Perpaduan ini agak kuat sedikit daripada yang di atas tetapi berbahaya. Kerana apabila rakyat sudah fanatik dengan sesuatu ideologi, mereka akan memusuhi lain-lain bangsa yang tidak sama ideologi dengan mereka.

Perpaduan seperti ini boleh mengundang banyak musuh seperti berlakunya perang dunia yang kedua. Pihak Nazi, Bersekutu dan Komunis berperang kerana ideologi. Akhirnya, dunia yang musnah dibuatnya. Perpaduan begini tidak ada gunanya.



BERSAMBUNG


[ Last edited by hafizi on 2-6-2005 at 05:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 3-6-2005 02:43 PM | Show all posts


Ketiga-tiga bentuk perpaduan di atas masih kasar atau masih ada border. la masih menggunakan otak dan kemudian ditubi-tubi. la masih di tahap akal sahaja. la belum bersifat rohani atau kejiwaan.


Perpaduan ini juga banyak terdedah kepada sifat-sifat mazmumah atau perangai jahat manusia. Sifat mazmumah atau sifat jahat yang bersarang di hati manusia adalah punca manusia bergaduh dan berbalah. Sifat-sifat ini memusnahkan kasih sayang, tolak ansur, maaf bermaafan, lapang dada, timbang rasa dan sifat suka mendahulukan orang lain. Sifat sombong, hasad dengki, mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi, berdendam, pemarah, tamak, bakhil, zalim, khianatdan lain-lain boleh memecahbelahkan manusia dan menyebabkan krisis, pergaduhan dan perbalahan.



Ketiga-tiga bentuk perpaduan yang disebutkan di atas tidak mampu membuang mazmumah dari hati-hati manusia, dan ia juga tidak mampu melenyapkan perangai jahat manusia. lanya masih secara kasar dan bersifat luaran. Oleh itu, sekuat manapun perpaduan, ia tetap akan pecah akibat dilanda oleh pukulan-pukulan mazmumah ini. Kalaupun ada bersifat kejiwaan, ianya adalah hasil lobi-melobi, ditubi-tubi dan dipaksa-paksa.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2005 09:41 AM | Show all posts
:setuju:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2005 05:04 PM | Show all posts
Aku dah follow arqam sejak kt sekolah lagi, makin hari makin keliru, sekarang dah bagi sokongan padu kat islam hadhari pulak.:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2005 07:51 PM | Show all posts
karipap, kau jangan potong stim forumers yg membaca di majlis ilmu ini, kalau rasa baik terima kalau tak puas hati diam je....  nanti ilmu tak masuk lak.... ini majlis ilmu hati, kalau bising susah ilmu nak masuk ke hati, nanti hati tak leh canai, haa.. akal pulak kontrol susah ler.. itu yg terbabas. Ikut akal bahaya... so jangan ganggu lah, please.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2005 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalay at 27-5-2005 08:40 AM:



.Biarlah halal dan haram ikut perpektif agama dengan memenuhi syariatnya.

kalau setakat nak tunggu yang halal macam ada lesen Radio dan TV tu, masih banyak lagi manusia yang rosak dengan hiburan2 dan maklumat yang melalaikan.

Bagus juga kalau ada siaran radio dan Tv yang haram jika masih boleh mentarbiah pendengar dan penontonya kearah Pengabadian Pada Illahi.



Ermm...:pray::pray::pray:

Amin.


Tapi ada juga yang merobohkan stesyen radio dan tv yang haram tu..semacam tak mau terima penerangannya.

Tak perlah dalam perjuangan mana ada noktahnya.

Patah tumbuh hilang berganti....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 01:19 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 7-6-2005 07:51 PM:
karipap, kau jangan potong stim forumers yg membaca di majlis ilmu ini, kalau rasa baik terima kalau tak puas hati diam je....  nanti ilmu tak masuk lak.... ini majlis ilmu hati, kalau bising susah ...


Prrrrrfffffffttttttttt......sori tak tertahan nak gelak!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 12-6-2005 01:19 PM:


Prrrrrfffffffttttttttt......sori tak tertahan nak gelak!!


Inilah tandanya sukarnya nak lawan penyakit mazmumah dalam hati!!

Kena banyak mujahadah dengan perbanyakkan solat waktu malam..

Kesian.....





:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 04:21 PM | Show all posts
Originally posted by hambasufi at 12-6-2005 03:41 PM:


Inilah tandanya sukarnya nak lawan penyakit mazmumah dalam hati!!

Kena banyak mujahadah dengan perbanyakkan solat waktu malam..

Kesian.....





:pray:


Kesian lagi tengok orang yang mudah terpedaya dengan ahli bidaah.:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 12-6-2005 04:21 PM:


Kesian lagi tengok orang yang mudah terpedaya dengan ahli bidaah.:ah:



Biasalah tu... Para nabi2 dahulu pu perjuangan agama Allah. Berapa kerat yang masuk Islam? Itu belum dikira pengkhianat dalam kumpulan masing2.

Nabi Noh yang perjuangankan syiar Islam hampir ratusan tahun, tak sampai seratus pun bilangan pengikutnya.

Dalam Islam yang penting bukan majoriti atau kualiti tetapi kuantiti. Kalau tak percaya sila bandingkan akhlak pengunjung Malaysian Idol dengan pengunjung masjid dan surau yang sentiasa berkurangan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 09:58 AM | Show all posts
laaa..janganlah masuk kat sini pulak..kalau nak gado-gado...bagi ler thread ni jadik thread kuliah yg bermanafaat bukan tempat suburkan mazmumah....


ustaz hafizi...bila nak sambung lagik?...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2005 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 12-6-2005 06:07 PM:
Biasalah tu... Para nabi2 dahulu pu perjuangan agama Allah. Berapa kerat yang masuk Islam? Itu belum dikira pengkhianat dalam kumpulan masing2.

Nabi Noh yang perjuangankan syiar Islam hampir ratusan tahun, tak sampai seratus pun bilangan pengikutnya.

Dalam Islam yang penting bukan majoriti atau kualiti tetapi kuantiti. Kalau tak percaya sila bandingkan akhlak pengunjung Malaysian Idol dengan pengunjung masjid dan surau yang sentiasa berkurangan...

Kalau ikut logik kau, PakMalau rasa elok pakat masuk syiah sebab tak ramai pengikut mcm cth. nabi2 (lebih kurang 10% je dari umat Islam), pastu ada kualiti lagi... dok perang dengan Amerika (IRAQ). Ulama2 diaorang pun punya power dan kualiti utk buat decision..  tak mcm ulama2 ASWJ yg kebanyakan masih diikat tanggan dan kaki.. masjid syiah pun penuh dgn makmum... tak mcm ASWJ.. berani lak nak lawan Yahudi dan Amerika (IRAN) (ikut logik kau le..)
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 13-6-2005 06:23 PM | Show all posts
4. Perpaduan ikatan akal dan jiwa


Iaitu perpaduan kerana takutkan dan cintakan Tuhan serta selaraskan akal fikiran. Bila takutkan Tuhan, manusia takut hendak membuat salah kepada sesama manusia. Maka tidak berlaku pergaduhan dan perbalahan. Bila cintakan Tuhan, automatik timbul rasa cinta sesama manusia. Akan datang rasa perikemanusiaan. Maka lahirlah sikap bertolong bantu, bela-membela dan bekerjasama.



Inilah perpaduan yang lebih kuat, sejati lagi hakiki. Iaitu perpaduan yang lebih bersifat sejagat, global dan seni. la bersifat maknawi dan rohani. la bersifat akal dan jiwa. Inilah perpaduan yang boleh membunuh sifat-sifat mazmumah yang memecahbelahkan manusia sekalipun yang dalam satu keluarga. la boleh mengikat kaum dan bangsa, yang berbeza warna kulit, bahasa, budaya dan agama. la adalah kepunyaan bersama seluruh manusia. Tuhan adalah kepunyaan bersama seluruh manusia tidak kira apa kaum, agama dan bangsa
. Tuhan, sama-sama punya.


Kalau ikut Tuhan, tidak ada hasad dengki, tidak ada sombong, tidak ada tamak dan lain-lain sifat yang memecah belah-kan manusia. Rasa takut dan cinta pada Tuhan adalah kepunyaan bersama. Maka Tuhan menjadi pengikat antara semua kaum dan bangsa. Walaupun manusia itu mungkin berlainan agama dan kepercayaan, rasa bertuhan dan rasa mempunyai Tuhan itu adalah fitrah semula jadi. Rasa cinta dan takut Tuhan juga fitrah. Kalau bagi orang Islam, tauhid itu perlu dibina, bagi orang bukan Islam pula, fitrah bertuhan ini perlu disegarkan.


Ikatan ideologi adalah kepunyaan sesuatu kelompok sahaja, bukan kepunyaan bersama. Bahkan ia hanyalah ciptaan manusia. Begitu juga ikatan perundangan dan akta. Ianya atas dasar terpaksa. Tidak semuanya kena ataupun terlibat sama.

Wahai manusia sejagat. Sekiranya kita inginkan perpaduan sesama manusia, tidak kira kaum, bangsa dan agama, ilmu ini mesti ada. Supaya apabila berusaha untuk mencapai perpaduan, ada panduan dan kaedahnya. Namun, diingatkan untuk mencapai perpaduan, tidak semudah yang disangka. Tidak cukup dengan slogan, syarahan dan undang-undang sahaja.



Selagi sifat jahat dan mazmumah masih bersarang dalam diri manusia, selagi itulah manusia susah hendak bersatu. Bukan sahaja dalam satu kaum atau bangsa, bahkan juga dalam satu keluarga, satu ibu dan satu bapa. Kalaupun ideologi sudah sama, ertinya fikiran sudah sekata dan sehala, mazmumah pula pemecahnya.


Mazmumah lebih banyak memecahbelahkan manusia, sekalipun satu keluarga. Dalam satu agama pun kalau mazmumah bermaharajalela, belum boleh bersatu secara kukuh. Mazmumah boleh ditumpaskan hanya dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Sekadar ideologi, tidak akan sampai ke mana. Soal mazmumah inilah yang jarang kaum dan bangsa di dunia memikirkannya.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 14-6-2005 06:50 PM | Show all posts


SAJAK 5

Integrasi kaum


Perpaduan kaum bukan perpaduan fizikal,
Bukan kerana perkongsian perniagaan
atau berada sama-sama satu parti atau satu.ideologi
Perpaduan kaum juga bukan kerana selalu bertemu
di majlis-majlis makan



Perpaduan kaum bukan juga selalu bertemu
di majlis-majlis perayaan kaum dan bangsa
Semua itu adalah berbentuk fizik atau lahir semata-mata
Anggota lahir tidak merasa apa-apa
atau tidak mengerti apa-apa.


Yang mengerti itu adalah akal,
yang merasa itu adalah roh atau jiwa
Kalau akal fikiran tidak selalu selari,
jika jiwa selalu saja tidak ada perasaan bersama,
pertemuan fizik itu tidak ada erti apa-apa,
Bahkan makin selalu bertemu, makin jauh dihati
Makin selalu bertemu, jiwa berjarak sekali



Ini terbukti fakta yang telah berlaku di dalam kehidupan
kita sehari-hari memberi buktinya, Di dalam satu parti, biasa berkrisis selalu
Di dalam satu parti, biasa ada team-team dan kroni-kroni,
dan klik-klik yang jatuh menjatuhkan satu sama lain


Di dalam satu ideologi biasa berlaku perpecahan,
permusuhan dan peperangan,
Kongsi perniagaan biasa berlaku perselisihan
dan ada yang terus pecah perkongsian
Kerana fikiran tidak bertemu, hati tidak serasa,
mungkin satu kaum atau satu bangsa
tidak boleh bersatu



Di sini memberitahu kita bahwa perpaduan itu
bersifat rohani dan maknawi berdasarkan akal dan jiwa

Jarang bertemu pun tidak mengapa,
tidak berada dalam satu parti pun tidak mengapa
Kalau fikiran, selari jiwa rasa bersama
Kalau begitu, untuk bersatu, sekali pun satu kaum
dan bangsa, satu parti amat susahnya



Tidak mudah berlaku seperti yang dikata,
kecuali orang yang jahil memahami erti perpaduan,
yang mudah berkata



BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2005 12:17 PM | Show all posts


Perpaduan ada berbagai-bagai peringkat atau kategori:

1. Perpaduan yang terpaksa
Ia datang secara mendadak dan tiba-tiba
Perpaduan secara ini hanya sementara,
payah kekal berlama-lama
Apabila satu bangsa atau kaum diserang oleh musuhnya
Terpaksalah bersatu untuk menghadapinya.
Setelah selesai menghadapi musuh, perpecahan atau perbalahan berlaku semula.


2. Perpaduan yang dipaksa atau yang diundang-undangkan oleh negara
kerana kepentingan bersama,
demi keselamatan dan keharmonian bangsa,
kalau tidak risikonya diterima bersama.
Perpaduan ini hanya sebagai etika sahaja
Terpaksa berlakon atau pura-pura kerana takut dihukum oleh negara


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.268257 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list