CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

[Copy link]
 Author| Post time 7-9-2009 02:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 28-9-2009 11:58

Pedang Sungai Manik














Sources : http://ketualanun.blogspot.com/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2009 12:50 PM | Show all posts
Pedang Jenawi & Sundang Lipas







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2009 11:51 AM | Show all posts
Bintang penyeri Aidilfitri



Oleh AZELI ALI
[email protected]

Khairul kini muncul sebagai pembuat lampu bintang yang mahir di Pulau Pinang. Beliau sering dicari oleh orang ramai yang mahu menghiasi rumah mereka dengan lampu bintang pada sambutan Aidilfitri tahun ini.





KHAIRUL tekun menyiapkan lampu bintang berbucu 12 di Ayer Hitam, Pulau Pinang.


SETIAP kali Syawal menjelma, pasti halaman rumah terutama rumah-rumah di kampung disinari cahaya lampu hiasan yang gemerlapan pada waktu malam. Jika di Kuala Kangsar, Perak, lampu tersebut dikenali sebagai panjut.

Panjut yang dibuat bukan sahaja terdiri daripada pelita minyak tanah yang banyak dijual di pasaran, tetapi juga pelita yang diperbuat daripada buluh.

Selain itu, beraneka rekaan dan corak lampu kelip-kelip elektronik yang berwarna-warni turut dipasang untuk menceriakan lagi sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun, bagi masyarakat Melayu Pulau Pinang, khususnya di kawasan pulau atau Tanjung, tradisi memasang lampu bintang yang diperbuat daripada buluh atau ranting kayu pada malam Aidilfitri masih diteruskan. Justeru, tidak hairanlah, menjelang hari raya, permintaan terhadap lampu itu melambung tinggi. Di sebalik permintaan yang tinggi, tidak ramai yang mahir menghasilkan kraftangan itu untuk jualan. Ini kerana cara pembuatannya memerlukan tumpuan, berhati-hati, selain kreativiti.

Justeru, tidak hairanlah lampu bintang yang dihasilkan oleh Khairul Anuar Othman, 40, sering menjadi pilihan. Ketika ditemui Kosmo!, beliau dilihat begitu gigih meneruskan tradisi menghasilkan lampu bintang untuk jualan.

Bezanya, beliau menghasilkan lampu bintang dengan menggunakan kayu yang lebih tahan berbanding dengan buluh. Biarpun pernah diketawakan rakan-rakan yang menganggap hasil kerjanya tidak ke mana, namun itu semua tidak melemahkan semangatnya.




KERJA-KERJA membuat lampu bintang dilakukan secara sambilan bagi menambah pendapatan keluarga.


Sebaliknya, gelak ketawa itu menjadikan Khairul lebih gigih membuktikan hasil kerja tangannya bernilai serta mampu memberi pulangan yang menguntungkan sekali gus meletakkan dirinya dikenali ramai di kawasan Tanjung.

Usahanya tidak sia-sia apabila Khairul kini muncul sebagai pembuat lampu bintang yang mahir di Pulau Pinang. Beliau sering dicari oleh orang ramai yang mahu menghiasi rumah mereka dengan lampu bintang pada sambutan Aidilfitri.

Menurut Khairul, lampu bintang itu terdapat dalam bentuk berbucu lima, enam, tujuh, sembilan dan 12. Katanya, lampu bintang begitu popular sebagai lampu hiasan pada hari raya.

Tambahnya, beliau mula menghasilkan lampu bintang untuk dijual pada tahun lalu apabila menerima tempahan daripada rakan-rakan.

"Nampaknya, rezeki saya lebih pada tahun ini kerana sejak dua bulan lalu, saya mula terima tempahan daripada pembeli luar. Setakat ini, saya berjaya menyiapkan kira-kira 70 buah lampu bintang," katanya yang menyasarkan untuk menyiapkan sebanyak 200 tempahan pada Aidilfitri.

Beliau menambah: "Kalau dulu, saya hanya jual di rumah tetapi pada tahun ini, saya akan jual di Lorong Kulit."

Khairul ditemui Kosmo! di rumahnya di Jalan Sheikh Eusoff dekat Ayer Hitam.




KETELITIAN penting bagi melekatkan plastik pada rangka lampu bintang.


Menurutnya, lampu bintang itu dihasilkan daripada bahan asas seperti kayu kecil, tali, gam dan plastik berwarna.

Beliau mengambil masa separuh hari untuk menyiapkan satu lampu bintang.

"Harga lampu bintang yang dilengkapi dengan lampu adalah antara RM35 hingga RM65 satu, mengikut saiz. Tetapi, jika tanpa lampu, harga boleh dikurangkan sebanyak RM10," katanya yang memberitahu beliau menghasilkan lampu bintang secara sambilan sahaja.

"Syukurlah, ia boleh menambah pendapatan saya kerana pendapatan sekarang sebagai peniaga kecil tidak menentu,"ujarnya.

Khairul berkata, rangka lampu bintang yang dibuatnya boleh tahan sehingga lima tahun, bagaimanapun plastiknya perlu diganti setiap dua tahun sekali.

Bagi mereka di sekitar Pulau Pinang yang ingin menempah lampu bintang hiasan itu, bolehlah menghubungi Khairul di talian 012-4674639.



- Kosmo -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2009 10:01 AM | Show all posts
Tradisi atau kemestian ?


Oleh ZULKIPLE IBRAHIM





BAGI kanak-kanak di Malaysia, peluang mengumpul duit raya masih ada sepanjang bulan Syawal diraikan oleh pelbagai pihak terutama badan korporat. - Gambar hiasan


"NAK makan kuih raya atau nak salam saja?" tanya penulis kepada sekumpulan kanak-kanak kecil yang bertandang ke rumah pada pagi 1 Syawal yang lalu.

"Kami nak salam," kata kanak-kanak itu serentak dengan nada penuh yakin.

Selepas sahaja setiap seorang menerima sampul hijau cantik, mengandungi dua keping RM1 yang masih baru dan keras, kanak-kanak itu terus menghilangkan diri sepantas mana mereka muncul tadi.

Senario itu adalah sesuatu yang lumrah di hari raya dan kumpulan kanak-kanak kecil seperti itu biasa dilihat di kawasan perumahan, 'mencari' duit raya daripada penghuni-penghuni di situ. Malah, suasana yang sama turut berlaku di kampung-kampung apabila segerombolan kanak-kanak yang datang ke rumah tidak menjamah makanan, sebaliknya sekadar meneguk minuman. Sebaik sahaja minuman habis, tanpa berlengah mereka terus bersalam untuk 'menyambut' sampul duit raya daripada tuan rumah sebelum beredar ke rumah jiran yang lain pula.

Bagi mereka Aidilfitri adalah musim mengumpul 'duit raya'.

Masih teringat suasana berhari raya empat dekad yang lampau. Penulis begitu gembira menerima duit raya sebanyak 50 sen, satu angka yang memang besar bagi kanak-kanak berumur lapan tahun.

Ketika itu, kadar biasa bagi duit raya untuk kanak-kanak adalah antara 20 sen hingga 50 sen. Sesiapa yang menerima duit raya RM1 dianggap sungguh bertuah.

Kanak-kanak hari ini pula agak keberatan menerima RM1 sebagai duit raya. Sungguhpun begitu, angka itu masih dianggap sebagai sesuai.

Memberi duit raya sudah menjadi tradisi masyarakat Melayu pada setiap hari raya, bukan hanya untuk kanak-kanak yang berkunjung dari rumah ke rumah, tetapi memang disediakan untuk anak-anak sendiri, anak saudara kecil dan remaja serta cucu.

Bagi anak-anak dewasa pula, mereka akan menghulurkan duit raya kepada ibu bapa yang sudah tua.

Di kampung-kampung, pemberian duit raya bermula pada malam hari raya, apabila kanak-kanak yang mengikuti rombongan takbir raya dari rumah ke rumah, diberikan duit raya yang dikumpul hasil kutipan daripada setiap tuan rumah di mana kumpulan itu singgah bertakbir.

Kalau dahulu, wang syiling berkilat menjadi tarikan duit raya, kini wang kertas yang baru dan masih keras diutamakan, bak kata orang, 'masih berbau kedai'.

Bank-bank dan syarikat besar banyak membantu mempelbagaikan corak, saiz dan warna sampul kecil untuk digunakan mengisi duit raya, yang diedarkan secara percuma kepada pelanggan dan pengguna perkhidmatan mereka.




SELEPAS bersalam pada pagi 1 Syawal, ibu bapa biasanya memberi duit raya kepada anak-anak. - Gambar hiasan


Lain pula bagi orang dewasa. Cari 'duit raya' bermaksud mencari sumber kewangan tambahan untuk menyambut hari raya. Ini kerana perbelanjaan biasanya meningkat dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri seperti membeli juadah dan juga pakaian.

Selain itu, keghairahan mencari duit raya umpama 'rezeki terpijak' bagi sesetengah orang yang dirangsang dengan pelbagai pertandingan atau kuiz yang diadakan oleh stesen radio dan televisyen serta pasar raya.

Bagi stesen radio, mereka mendapat tajaan untuk menawarkan wang tunai kepada pendengar melalui beberapa kuiz yang mereka adakan.

Di pasar raya pula, pertandingan duit raya diadakan bertujuan menarik pelanggan dan meningkatkan jualan.

Sesetengah organisasi atau badan korporat juga memilih untuk mengagih-agihkan duit raya lebih awal iaitu pada majlis berbuka puasa anjuran mereka untuk warga emas, anak yatim, anak daripada keluarga miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal.

Pendek kata, duit raya boleh dinikmati oleh semua golongan di Malaysia.

Memberi duit raya sebenarnya bukanlah sesuatu yang wajib dan bukan juga budaya dalam kalangan umat Islam, menurut pensyarah sosiologi dan antropologi, Dr. Azmeer Borhan.

"Kalau tidak silap saya, di negara-negara di Asia Barat, memberi duit raya bukanlah satu budaya. Kalau adapun, ia terbit dari rasa ingin memberi," kata beliau.

Namun kata Dr. Azmeer, ramai yang mahu memberi duit raya dalam bulan Ramadan kepada fakir miskin dan mereka yang tidak bernasib baik sebagai menambah amalan kebajikan pada bulan puasa.

"Menjadi satu kebaikan untuk menggembirakan orang. Dengan memberi duit raya, ia sudah tentu dapat membuat orang gembira pada musim Aidilfitri.

"Berapa jumlah sebenarnya tidak penting. Niat untuk memberi dan juga pemberian itu yang lebih bermakna," kata beliau.

Bagi kanak-kanak di Malaysia, peluang mengumpul duit raya masih ada selagi bulan Syawal diraikan. Ini kerana pada kebiasaannya, rumah-rumah terbuka anjuran individu dan badan korporat menyediakan sampul istimewa itu untuk tetamu kecil mereka.


- Bernama / Kosmo -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2009 10:37 AM | Show all posts
Jangan sekat batik Malaysia


Oleh NURUL IZZA ROSLY dan SUHANA VERU

[email protected]




BATIK corak kontemporari Malaysia bukan sahaja jauh berbeza dengan Indonesia tetapi sudah diperkenalkan di pentas dunia sehingga menjadi pakaian rasmi gadis litar Formula 1.


KUALA LUMPUR - Jika Indonesia kini bersiap-sedia meraikan keputusan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang dijangka menyenaraikan batik republik itu sebagai warisan budaya dunia, pengusaha fabrik tersebut di Malaysia pula tidak mahu keputusan itu menjejaskan industri tersebut di negara ini.

Ramai pakar dan pengusaha batik di Malaysia berpendapat, walaupun batik berasal dari Indonesia, ia telah melalui banyak transformasi yang diadaptasi daripada persekitaran dan masyarakat negara lain.

"Batik kini bukan lagi milik mereka (Indonesia) sepenuhnya,'' kata Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu International Design Excellence (TIDE), Prof. Madya Sulaiman A. Ghani ketika dihubungi semalam.

Laporan agensi berita asing semalam memetik kenyataan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang meminta rakyatnya memakai batik esok untuk meraikan pengiktirafan UNESCO itu yang hanya akan dibuat minggu ini.




- Kosmo -



Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 10:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by sayapghaib at 6-10-2009 10:42
Terima Kasih Kerana Betulkan Fakta..


'' Cha '' macam kurang popular di Media masa.......

HangPC2 Post at 26-5-2009 01:11



rujuk kepelbagaian Tekpi Melayu dan senjata lainnya dalam Blog :


http://www.blogger.com/feeds/3037176044452566011/posts/default


rasanya Tekpi melayu lebih unik dan pelbagai berbanding tekpi bangsa lain yg lebih kurang serupa sahaja.




Antara penerangan tentang tekpi kat blog tersebut:

Menurut Pak Guru,terlalu banyak jenis tekpi melayu dan setiap satu mempunyai ciri-ciri unik, permainannya juga berbeza. Antara yang ditunjukkan dalam seminar satu hari tersebut adalah tekpi 'Tanduk Kerbau' tekpi 'Dada Tua', tekpi ' Merak Jendram', 'Kipas Raja Nandung', tekpi 'Seni Gedang' dan tekpi 'sambak' pakaian pahlawan rimba.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2009 03:42 PM | Show all posts
Warisan gendang silat





GENDANG yang baik ialah gendang yang mengggunakan kayu pokok nangka, kayu pokok kelapa dan kayu pokok cempedak.


"KALAU sehari Pak Tih tak bergeduk, rasanya macam kehilangan. Macam orang bercinta tapi kekasih hati tak ada di depan mata," kata Hamid Abdullah, 48, disambut derai ketawa mereka yang hadir.

Raut wajah Hamid, atau Pak Tih Mid bagi orang kampung, ceria bila diminta menceritakan tentang gendang silat oleh sekumpulan wartawan di Kampung Kuala Lanjut.

Pak Tih Mid mengambil sebiji gendang silat yang terletak di dinding bangsalnya lalu diletakkan di atas riba.

Sambil meriba sebiji gendang silat, jari-jemarinya mengetuk-ngetuk perlahan bahagian permukaan atas dan bawah gendang berukuran 53.3 sentimeter (sm) itu.

Mulutnya ramah menceritakan seni tradisional yang diwarisi daripada bapanya itu sambil sesekali beliau membetulkan lilitan kain di kepalanya.

Menurut Pak Tih Mid, beliau adalah generasi keempat yang meneruskan kepakaran keluarganya itu. Daripada 15 adik-beradik, Pak Tih Mid merupakan anak kelima dan satu-satunya anak yang meneruskan minat bapanya.

"Saya bermain gendang sejak berumur 14 tahun. Lepas tu, tak pernah berhenti hingga ke hari ini," jelas Pak Tih Mid yang masih lagi menyimpan gendang pertama hasil tangannya kira-kira 30 tahun yang lalu.

Malah beliau turut menyimpan gendang berusia lebih 70 tahun milik bapanya.

Memang sudah menjadi rezeki Pak Tih Mid apabila pasukan Gendang Budaya Warisan Pak Tih yang ditubuhkannya sejak 20 tahun lalu menjadi antara punca pendapatannya menyara keluarga.

Selain dimainkan pada upacara di gelanggang silat, beliau turut bergendang pada majlis-majlis perkahwinan. Adakalanya kumpulan Pak Tih Mid dijemput bagi memeriahkan majlis sambutan kemerdekaan, perasmian dan majlis menyambut wakil rakyat.

Bayaran yang dikenakan di antara RM600 hingga RM2,000 bergantung kepada lokasi, masa dan majlis. Ada majlis yang hanya memerlukan gendang semata-mata, ada juga yang turut melibatkan alat muzik iringan seperti serunai, tamborin dan gong.

Kepakaran Pak Tih Mid memang terbukti apabila beliau boleh memainkan lima biji gendang serentak. Selain itu, hanya dengan mendengar bunyinya sahaja, Pak Tih Mid sudah tahu kualiti sesebuah gendang.

"Lebih nipis kulit yang digunakan, bunyinya lebih sedap dan melengking," kata Pak Tih Mid.

Menurutnya, kualiti gendang bergantung kepada ketegangan kulit lembu dan kambing yang digunakan sebagai permukaan gendang. Kulit lembu digunakan untuk bahagian bam (bahagian bawah yang mengeluarkan bunyi rendah) manakala kulit kambing digunakan untuk bahagian cang (bahagian atas yang mengeluarkan bunyi tinggi).

"Kemudian rotan batu digunakan sebagai baluh iaitu bingkai pengikat atau pencengkam bam supaya lebih tegang," jelas Pak Tih Mid yang memiliki 10 pasang gendang terdiri daripada gendang silat, gendang keling dan gendang joget.

Bagi Pak Tih Mid, sungguhpun kerja menyiapkan sesebuah gendang agak renyah, tetapi kerana minat dan sayang terhadap warisan itu, beliau tetap meneruskan usahanya.

"Gendang yang baik ialah gendang yang mengggunakan kayu pokok nangka, kayu pokok kelapa dan kayu pokok cempedak," jelasnya yang turut membuka gelanggang dan mengajar Silat Gayung Melayu.

Menurut Pak Tih Mid, panjang gendang yang paling baik ialah 55 sm kerana tidak lenguh dipegang dan harganya boleh mencecah RM800 ke atas.

"Kayu itu kita jadikan badan gendang. Kerja-kerja membuang isi tengah lebih mudah dijalankan pada musim hujan kerana kayu akan lembut atau direndam di dalam air supaya ia kembang," terang Pak Tih Mid.

Setelah itu, kulitnya akan dibuang sehingga licin menggunakan pahat dan juga mesin serta kertas pasir. Kemudian barulah kerja memasang bam dan cang dijalankan.

"Kerja menyiapkan sebiji gendang adakalanya mengambil masa sebulan termasuk waktu menunggu batang pokok dan kulit kambing serta lembu tadi kering. Ia perlu dikikis licin bagi membuang bulu dan kesan lemak kering sebelum dipasang," jelas Pak Tih Mid meringkaskan cara-cara membuat gendang.

Pak Tih Mid juga sangat gembira apabila pihak Kraftangan Malaysia (Kedah) memperuntukan bantuan sebanyak RM5,000 untuk membina bengkel bersebelahan rumahnya. Ia juga sebagai satu galakan terhadap usaha mengekalkan warisan gendang.

Selain bengkel, pihak kraftangan turut menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM20,000 dalam bentuk mesin dan barang seperti kulit lembu untuk membuat gendang.

Kini, Pak Tih Mid tersenyum lega apabila minatnya itu ditunjukkan tiga daripada lapan orang anaknya.

Anak-anaknya Mohd Sabri, 25, Mohd Shabi, 17, dan Mohd Faizal, 16, sering berlatih dan membuat persembahan gendang bersama Kumpulan Gendang Budaya Warisan Pak Tih.

"Saya mula bermain sewaktu darjah tiga dan kini sepenuh masa membuat gendang. Saya fikir, kalau bukan saya dan adik-adik, siapa lagi yang akan meneruskan usaha ini," kata Mohd Sabri.


- Bernama / Kosmo -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2009 01:46 AM | Show all posts
Pedang @ Sundang as a Malay weapon


In Malaysian the Pedang @ Sundang is the only two-edged sword of any importance, The straight one-edged sword with blade or even width is called the Malay peninsular Chenangkas and in Jawa Lamang. A heavier, two handed sword is called Berandal in Borneo where it is most usually found. The Chinese and Japanese two handed sword is know as Jenawi.

Some chenangkas have a metal cross piece at right angles to the axis of the hilt, perhaps to prevent the hand sliding up the hilt when the weapon is wielded by wrist pressure. Some are undoubtedly of recent manufacture and may be fakes.

Of the greater interest, and usually of finer workmanship too, is the curved sword known to the Malay as Shamsir. This term is strictly applicable to only to the curved saber or scimitar of Persian origin. The Indian shamsir or tulwar is a cross-hilted sword. The hilt is usually of brass, sometimes of iron or silver, with pommel at the end to prevent the hand slipping when drawing cut is made. The pommel is large and hollow for lightness’ sake so that the balance of the sword is not upset.



Sources : http://malaykris.blogspot.com/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2009 07:13 PM | Show all posts
Pedang Jenawi






Credit

golokFly_30 (carigold.com)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2009 11:39 AM | Show all posts
Rich tapestry



By NEIL KHOR JIN KEONG


WE are often told that how we dress determines how we are treated. Azah Aziz has never doubted the truth of that dictum.




Azah Aziz with her book Rupa & Gaya: Busana Melayu: ‘The Malays were inspired by nature when creating (textile) patterns.’

It was her mother, the late Azizah Jaafar, who fired up her interest in the textiles of the Malay world. Over the years, Kak Azah (as the niece of Dato’ Onn Jaafar, founding father of Umno is addressed by friends) has travelled throughout Malaysia and the region. In the process, she has amassed one of the best private collections of Malay world fabrics and costumes, rivalling those kept in the country’s best museums.

A lifetime spent collecting these textiles and garments has given Kak Azah a deep insight into the world of Malay culture.

Through a detailed study of the costumes – considering the production of fabrics, the tailoring involved, materials and the lively patterns – she was able to piece together the lifestyle common to all strata of Malay society.

“The Malays had a close relationship with their natural surroundings and one can see that they were inspired by nature when creating (textile) patterns,” explained Kak Azah, whose father was a scion of the Alsagoff clan, one of the richest Arab trading families in Singapore.




The costume of Cik Siti Wan Kembang, the warrior queen of Kelantan, demonstrates the centrality of the sarong to Malay identity.

The cloud and wave motif is a common feature in Malay fabric, just as it is common in their wood-carving and decorative arts. The Malays had a great respect for the jungle and saw it as a source of sustenance.

They often transferred these feelings into verse and their writings. Kak Azah has spent a lot of time collecting suitable proverbs, idioms and pantun to make her latest book on Malay costumes – Rupa & Gaya: Busana Melayu – more full-bodied.

The ex-journalist explained that while this was a big undertaking, “I had a head start because I used to work with Pak Sako (the late Malaysian writer Ishak Hj Muhammad) in Utusan Melayu and we discussed Malay literature with great enthusiasm.”

Her book reveals a sense of openness in Malay culture that makes the region unique. Fabrics from China, India and Arabia were freely used. Patterns also included temperate climate motifs like the peony, rose and carnations. The Malays were also accepting of Indian-style jewellery, the colouring of the hands with henna and even adapted the bersanding marriage ceremony from the sub-continent.

But this was not blind imitation. Malay artisans tailored foreign innovations to suit their needs. In terms of materials, the Malays were not shy to use Indian textiles like the cindai or the finest Chinese silk. Velvet and damask were also popular at royal courts.

Typically Malay is the sarong. Kak Azah explained that Malay sarongs are unique because they have the kepala kain, a portion of the fabric with a distinctive pattern forming the “head” of the cloth. What is the function of this appendage?

“Malays are so polite that even when they turn their backs to their friends, they present the best part of their sarong,” she said.

The centrality of the sarong to the Malays is eloquently captured in the Malay proverb tinggal sehelai sepinggan, literally “left with a single piece of cloth”, an expression used to describe abject poverty.




Different types of coiffure: the nyonya’s sanggul tinggiand the Indian’s ‘low-snail’ style.

In her attempt to re-create the costume of the legendary Malay warrior queen – Cik Siti Wan Kembang of Kelantan – Kak Azah was able to demonstrate the flexibility of the sarong.

The costume of the queen consisted of three pieces of cloth. She tied one piece around her waist to form a skirt and another around her chest in berkemban style. There is no tailoring involved. Instead, the cloth is tied around the waist with a gold belt. To cover her bare shoulders, the queen draped a richly embroidered songket shawl woven with gold threads.

The Malays were also not shy to adopt new techniques to improve their own costumes. Till today, trousers are known as seluar Cina based on Chinese-style tailoring. There is also the batik kotak or box-style batik that is made of very fine silk. Whilst it has all the trappings of a Malay sarong with the kepala kain, it is obviously either of Chinese or Indian origins. Kak Azah believes that this fine piece was worn by royal brides.

This sense of openness and confidence created an environment that was invigorating for hybrid cultures. Most commonly referred when discussing cross-over influences in costumes of the Malay world are the nyonya Kebaya and the batik Peranakan.

Kak Azah is fascinated by the material culture of the Peranakan Chinese – a community descended from Chinese and Malay intermarriages – and sees the influence of the Malay, Chinese and Indian cultures in the motif and design of their costumes, jewellery and the ways the womenfolk tied their hair.

The nyonya Kebaya is decorated with intricate lace-work, a decorative art that the Peranakans picked up from the Europeans. Like Malay women, the nyonya used Indian-style hairpins to beautify her sanggol or a coiffure often resembling a sea-shell. They also used jasmine flowers to perfume their hair.

The batik Peranakan is based on a European tradition of composition art but enriched with typical Chinese motifs like the peony and the phoenix. “It really does reflect the intermediary position the community played between the Europeans and the Malays,” Kak Azah said.

Indeed, by combining lavish illustrations with selected pantun as well as extracts from legendary stories and court chronicles, Kak Azah has succeeded in creating not only an invaluable book on Malay costumes but also one that provides a deep insight into the Malay worldview.




Batik Peranakan (Batik Pekalongan) is influenced by Western-style composition art. This later influenced Malaysian ‘skrin batik’.

Today, the mass production of clothes has brought the price of clothing down but at the expense of cultural expression. Whilst more people can be clothed, we can no longer say that what we wear is who we are. In that rush to go to work, we sometimes feel that something is missing. Perhaps that feeling is related to the clothes our ancestors used to wear but that which we no longer do.


- The Star -


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 11:29 AM | Show all posts
Selalunya aku perhatikan alat-alat kebesaran bagi Raja-raja Melayu selalunya terdiri dari senjata seperti keris,pedang dan tombak.

Ada sesiapa tau mengapa senjata dijadikan alat kebesaran?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2009 05:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 1-11-2009 18:40

Kota Singgora (Kota Sultan Sulaiman)







Kota Ligor








Sources : http://smzakirsayapmatahari.blogspot.com/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2009 01:52 PM | Show all posts
British Empire Exhibition : Malaya Pavilion (1924)





Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:15 PM | Show all posts
Identiti Masyarakat dan Budaya Melayu

Identiti Individu

Sebagai individu setiap orang mempunyaiidentiti sendiri yang membezakan dirinya daripada individu-individulain dalam masyarakatnya. Seorang itu dapat membina image atau identitidiri dengan berbagai cara berasaskan kemampuan masing-masing.Pengenalan diri yang berasaskan identiti boleh diteliti kepada pakaian,gaya perlakuan, suaranya, cara berjalan, dan berbagai perkara.

Seseorang individu itu boleh membinaimage atau identiti, yang menunjukkan ciri-ciri pengenalannya denganberbagai cara. Image atau identiti seseorang yang popular dan dikenaliramai dalam masyarakat itu selalunya ditiru atau cuba diikuti oranglain pula. Misalnya, identiti seorang penyanyi popular dengan mudahpula dapat mempengaruhi peminat-peminatnya.
Identiti di peringkat individu itumerupakan pengenalan image yang dibina secara sedar atau tidak sedar,sebagai menyatakan kedudukannya sebagai individu dan anggota masyarakat.
Individu dan Budaya

Seorang itu sebagai anggota masyarakatdipengaruhi nilai-nilai sosial, yang memupuk nilai-nilai itu bagaimembolehkannya hidup dalam masyarakatnya. Oleh itu, individu itumempelajari dan menerima budayanya. Nilai-nilai sosial sebagai terasbudaya memainkan peranan penting dalam menyatakan identiti sesuatubudaya itu. Image atau identiti yang dibina oleh individu itu adalahtidak terpisah daripada budayanya.

Walau bagaimanapun individu turutmemainkan peranan dalam menyumbangkan nilai-nilai sosial dalam membinaidentiti itu. Dengan kata lain, individu itu sebagai anggota masyarakatdapat membawa perubahan atau memperkukuhkan identiti masyarakat danbudayanya.

Identiti masyarakat dan budaya itudibina oleh individu. Anggota-anggota masyarakat mempunyaitanggungjawab penting dalam menentukan identiti masyarakat danbudayanya. Sebaliknya berasaskan identiti yang dibina itu selalunyamenerngkan sifat-sifat anggota masyarakat. Melaluinya juga sesuatumasyarakat dan budaya dikenali umum.

Identiti individu dan masyarakat ituturut menyatakan nilai-nilai sosial. Pengenalan diri yang melibatkanperasaan atau nilai-nilai individu dan nilai-nilai sosial dibinademikian sehingga terbina image atau identiti masyarakat dan budaya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:16 PM | Show all posts
Identiti dan Perubahan Budaya

Anggota-anggota masyarakat dipupuknilai dan norma sosial melalui proses sosial atau proses sosialisasi.Melaluinya identiti masyarakat dan budaya dapat dipertahankan. Individusebagai anggota masyarakat menyedari identiti masyarakat dan budayanyayang berbeza daripada masyarakat dan budaya lain.

Dalam masyarakat itu terdapat pulakelompok-kelompok sosial yang membina image dan identiti tersendiri.Sebagai anggota kepada kelompok sosial itu, dalam membina kesedaranrasa kekitaan, maka ia berusaha mempertahankan image atau identitikelompoknya. Berbagai kelompok sosial dalam sesuatu masyarakat itumembina sub budaya yang membina kesatuan di peringkat masyarakat danbudaya yang lebih luas. Sub budaya yang berbagai dalam masyarakatMelayu itu merupakan khazanah yang menyatakan kekayaan budaya Melayuitu.

Masyarakat berusaha mempertahankanidentitinya yang menyatakan dengan jelas kekuatan masyarakat itu.Identiti itu mahu dipertahankan selama-lamanya. Di samping itu,anggota-anggota masyarakat mahukan perubahan. Perubahan yang berlakuitu menyatakan dengan jelas tentang budaya itu dinamis. Tetapiperubahan yang berlaku itu tidak pula menghilangkan identiti yangdiwarisi sejak sekian lama. Dalam perubahan yang berlaku masih bolehditeliti identiti yang dipertahankan. Budaya Melayu yang dinamiks,berkemampuan menerima dan menyesuaikan dengan perubahan, tetapimempertahankan identiti Melayu sejak sekian lama. Dengan tu dapatdikatakan, tidak Melayu hilang di dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:16 PM | Show all posts
Identiti dan Prasangka

Identiti masyarakat dan budaya yangdibina itu diakui dan disedari anggota-anggota masyarakat. Merekaberbangga dengan identiti budaya yang mereka warisi dan mereka binasekian lama. Malahan mereka berusaha menonjolnya, untuk dikenalisehingga ke peringkat global. Tradisi yang diwarisi itu mempunyainilai-nilai yang tinggi yang ingin dipertahankan.

Dalam membina identiti seperti di atasitu bermakna anggota-anggota masyarakat melihat dan menilai ke dalammasyarakat dan budaya sendiri yang sentiasa dipandang tinggi.Sebaliknya mereka juga melihat keluar, iaitu melihat masyarakat danbudaya lain. Dalam melihat keluar atau orang luar melihat budayaMelayu, kerapkali melibatkan prasangka, iaitu melihat identiti budayalain berasaskan sentiman, misalnya memandang rendah masyarakat danbudaya lain dalam konteks mengagongkan budaya sendiri. Adakalaprasangka itu tidak berasaskan realiti, tetapi semata-mata timbul darisentiman yang terbina dalam masyarakat. Adakala prasangka itu dibinaberasaskan kepentingan tertentu.

Malaysia yang terdiri daripada berbagaikumpulan ethnik, boleh menimbulkan prasangka antara satu dengan yanglain dan seterusnya boleh membawa kesan dalam hubungan antara kumpulanethnik itu. Oleh itu usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkanprasangka buruk antara satu dengan yang lain.

Orang luar yang melihat orang Melayusecara luaran, sebagaimana yang pernah ditulis oleh orang-orang baratmasa lalu, adakala menggambarkan orang Melayu sangat buruk. Merekatidak memahami masyarakat dan budaya Melayu. Pandangan merekaberasaskan budaya mereka, dan inilah yang dikatakan ethnocentric.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2009 06:17 PM | Show all posts
Kelompok majoriti dan kelompok minoriti

Kelompok majoriti, seperti orang Melayudi Malaysia mewarisi tradisi budaya dan berusaha mengekalkan identitiMelayu dalam berbagai lapangan. Tradisi budaya memainkan perananpenting dalam menyatakan lambang identiti yang diperturunkan dari satugenerasi kepada generasi berikut. Kelompok majoriti itu menentukanidentiti. Walaupun perubahan berlaku, tetapi kelompok itu berusahamengekalkan identiti.

Kelompok Melayu minoriti, terutama diluar alam Melayu ini didapati tidak mampu untuk mempertahankan identitiMelayu seperti kelompok majoriti itu. Kelompok minoriti itu selalunyadipengaruhi masyarakat dan budaya majoriti sehingga kelompok itu tidakmampu untuk mengekalkan identiti. Apabila generasi baru mengambiltempat dalam kelompok minoriti itu, maka kaitan dengan identiti itudidapati semakin lemah dan dalam jangka masa yang lama identiti Melayuyang asal itu boleh hilang. Bandingkan dengan kelompok Melayu di AfrikaSelatan, Sri Lanka dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:17 PM | Show all posts
Krisis Identiti

Dalam masyarakat Melayu yang pesatmengalami proses perubahan, terutama tekanan daripada peradaban asingdan proses globalisasi, anggota-anggota masyarakat menghadapi masalahdalam mempertahankan tradisi. Mereka menghadapi krisis dalammempertahankan tradisi sebagai menyatakan lambang identiti masyarakatdan budaya Melayu. Dalam menghadapi perubahan itu, selalunyaunsur-unsur budaya tradisi diketepikan, dan gaya hidup moden menjadipilihan. Dalam keadaan menghadapi krisis identiti itu, terdapat pulagerakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang mempertahankan identiti,terutama unsur-unsur budaya tradisi yang diwarisi sekian lama.

Krisis identiti juga turut dialami diperingkat individu. Dalam pesatnya perubahan yang melanda orang-orangMelayu, turut membawa kesan kepada individu, dalam menentukan bahawaperubahan yang berlaku itu tidak ketinggalan, maka ia juga menghadapikrisis dalam mengekalkan tradisi.

Krisis identiti ini turut dialamiindividu yang ibu atau bapanya bukan Melayu. Ia menghadapi masalahdalam menentukan identiti, sebelah ibunya atau sebelah bapanya. Dalamkeadaan ini selalunya identiti yang lebih dominan mempengaruhiseseorang itu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:18 PM | Show all posts
Mencari dan Mengenali Identiti

Dalam membina identiti sebagaimana yangtelah dinyatakan sebelum ini dapat dilakukan secara luaran, melaluirupa bentuk fisikal dan sesuatu yang dihasilkan dalam melambangkanidentiti itu berasaskan kepada struktur luaran. Selain itu, identitiitu juga melibatkan secara dalaman, iaitu jiwa Melayu itu. Oleh itudalam mengenali identiti itu perlu juga difahami aspek dalamannya,iaitu struktur dalaman sebagaimana yang dinyatakan oleh anggota-anggotamasyarakat.

Kelompok-kelompok sosial dalammasyarakat itu adakala berusaha membina identiti sendiri sebagaimelambangkan kekuatan kelompok sosial itu. Dalam membina identiti ituberbagai cara pernah dilakukan, misalnya melalui agama kelompok sosialitu menyatakan lambang-lambang tersendiri, di samping memupuknilai-nilai sosial yang berkaitan. Ada kelompok pula amat terpengaruhdengan kemodenan barat dan menyatakan identiti berasaskan nilai-nilaiitu. Walau bagaimanapun kelompok-kelompok sosial itu tidak terpisahdaripada masyarakat dan budaya Melayu yang dianggap dominan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 06:18 PM | Show all posts
Identiti Sosial dan Identiti Budaya

Masyarakat membina identiti berasaskanberbagai-bagai aspek kehidupan, termasuk aspek sosial dan budaya.Dengan berbagai-bagai aspek kehidupan itu secara keseluruhan dalamkonteks yang lebih luas masyarakat itu membina identiti.
Antara aspek atau sistem yang memberikan sumbangan kepada pembinaan identiti itu adalah seperti dinyatakan di bawah:

(1)Kekeluargaan dan perkahwinan – termasuk dalam menyusur galur keturunan.
(2)Sistem sosial – struktur sosial, meliputi aspek hiraki sosial, status sosial – tradisi dan moden.
(3)Sistem kepimpinan dan politik – kedudukan pemimpin.
(4)Agama dan kepercayaan – termasuk simbol/lambang yang berkaitan seperti masjid.
(5)Sistem ekonomi – termasuk demografi. Kegiatan cari makan, budaya kerja dan sebagainya. Penempatan kampung – bandar.
(6)Simbol status/kelas sosial. Kekayaan, kekuasaan.
(7)Pakaian, makanan.

Berasaskan identiti budaya pulatermasuklah nilai dan norma sosial, adat, dan seumpamanya, atau dalamkonteks visual dan bukan kebendaan.
Melihat kepada perkara-perkara yangditerangkan di atas itu, identiti masyarakat dan budaya itu meliputikeseluruhan aspek kehidupan masyarakat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 1.561216 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list