|
Originally posted by simplelife at 29-12-2005 10:32 AM
Dan bukan sahaja Saiditina Fatimah yang mahu meminta pusaka Nabi:
Hadis Aisyah r.a:
Ketika Rasulullah s.a.w wafat, isteri-isteri Rasulullah s.a.w mengutus Othman bin Affan menemui Abu Bakar un ...
Ramai sejarawan Sunni meriwayatkan bahawa pernah sekali Aisyah pergi menemui Uthman dan menuntut bahagiannya dari hak pewarisan Nabi (selepas bertahun-tahun kewafatan baginda saaw). Uthman tidak memberikan walau sesenpun dengan mengingatkannya bahawa dia adalah salah seorang yang menjadi saksi dan menggalakkan Abu Bakar untuk tidak memberikan bahagian dari hak warisan kepada Fathimah (as). Jadi, sekiranya Fathimah (as) tidak mempunyai sebarang bahagian daripada hak warisan, lalu mengapa pula Aisyah boleh mendapatnya? Aisyah naik berang kepada Uthman, dan apabila keluar dia berkata:
揃unuhlah si Na抰sal (seorang Yahudi berjanggut panjang) ini, kerana dia telah kafir! |
|
|
|
|
|
|
|
Simplelife
...........................
Maka siapakah sebenarnya pemilik Tanah Fadak itu sendiri? Tentulah mereka yang sudah diwahyukan bahagiannya di dalam Al-Quran iaitu Allah dan Rasul,kerabat nabi, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang yang dalam perjalanan yang kesemuanya orang fakir dan berhijrah....
Jadi tentulah ia bukan milik mutlak Nabi saw, maka bagaimana pula boleh diwarisi?
dan anda merujuk surah al-Hasyar untuk menyokong perampasan hak Ahlul Bait a.s:
---------------------------------
Ahli tafsir Ahlus Sunnah sendiri meriwayatkan bahawa apabila turunnya ayat 26 surah 17, Rasululullah saaw telah menyerahkan fadak kepada puterinya itu:
"Berikanlah kepada kerabat haknya masing2" (al-Israk 26)
Imam Ali telah dihantar ke kawasan Fadak, bandar kaum Yahudi (yang melanggar perjanjian dengan rasulullah saaw beberapa kali), berhampiran Khaibar. Sebelum berlaku sebarang pertempuran, penduduknya menyerah kalah dan menyerahkan sebahagian milik mereka kepada Rasulullah saaw. Apabila diwahyukan ayat 17:26 tersebut, Malaikat Jibrail a.s menamakan sayyidatina Fathimah sebagai "kerabat" di dalam ayat tersebut.
"The Holy Prophet (PBUH) asked the Angel Gabriel: "Who are the Kinsmen and what is their due?" The Angel Gibrael replied "Give Fadak to Fathimahh for it is her due, and whatever is due to Allah and the Prophet (PBUH) out of Fadak, that also belongs to her, so entrust to her also."
hadis di atas diriwayatkan oleh al Bazzar, Abu Yala, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawaih dari Abdullah ibnu Abbas dan Abu said al-Khudri
Sumber Sunnah wal jamaah:
(Jalaluddin Sayuti, Tafsir Durr al-Mansur, Jil.4, hlm.177; Kanz al-Ummal, Jil.2 dan nota ringkas yang pengarangnya telah tulis pada Kitabu抣-Akhlaq Ahmad bin Hanbal dari Musnad Ahmad mengenai masalah Sila-e-rahm; Ibnu Hajar, Sawaiq al Muhriqah bab 15 hlm.21-22; Ridhwatul Safaa Jil. 2, hlm.135; Syarah al-Muwaqif, hlm.735; Tarikh Ahmadi hlm.45; Ruh al ma'ani, Jil.15 p 62; Adz-Dzahabi, Mizan al-I'tidal, jil.2, hlm.207) |
|
|
|
|
|
|
|
simplelfe:seperti yang anda pinta: (maaf lambat respon, tak perasan)
SAKSI BAGI PIHAK HAZRAT FATHIMAH A.S DARI SUMBER aswj
1-ummu Aiman: Rasulullah saaw menyatakan "Ummu Aiman adalah ibuku sesudah ibuku" (Mustadrak al-Hakim, jil.4, hlm.63; Tabari edisi Leiden Jil.3, hlm.3460, Ibni Abdil Barr, al-Isti'ab, Jil.4, hlm.1793; Ibnu Atsir, Usd al-Ghabah, Jil.5, hlm.567)
2- Ali Ibni Abi Thalib. (Rasulullah saaw menyatakan bahawa Ali di sisinya seumpama Harun di sisi Musa, hanya saja tiada Nabi selepasnya.diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmidzi, ibnu Hambal, Ibnu majah, al-Hakim, Ibnu Saad, Baghdadi, Ibnu Atsir, Muttaqi dalam Kanzul, ataupun hadis "Sesungguhnya Ali adalah dariku dan aku darinya; dan dia adalah penguasa seluruh kaum mukminin" Tirmidzi, Jil.2, hlm.297, Musnad Ahmad, Jil.4, hlm.437; Jil.5, hlm.537, Abu Dawud, Jil.3, hlm.111 dll.) dan beliau termasuk Ahlul bait yang disucikan Allah. "Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali"
3-Hasan dan Hussein a.s
4- Rabah, pelayan keluarga Rasulullah saaw.
Tetapi kesemuanya ditolak oleh Abu Bakar.! -(Baladzuri, Futuh al-Buldan, I, hlm.35; al-Ya択ubi, Tarikh, III, hlm.195; al-Mas抲di, Muruj az-Dzahab, III, hlm.327;Abu Hilal al-Askari, al-Awail, hlm.290; Wafa抋l-Wafa |
|
|
|
|
|
|
|
salam
bacalah dnegan hati terbuka wahai simplelife!
sebenarnya dari dulu bill malas untuk bicara panjang tentang bab ini, kerana berdaasrkan logik akal sahaja seseorang yang jujur pasti akan dapat melihat ada yang tidak kena dengan masalah ini. Tapi anda terus-terusan mengeluarkan pendapat anda dan bersungguh2 menyokong perampasan hak milik Fathimah s.a. Oleh itu anda bacalah sendiri, dan dengan ini anda akan ketahui siapakah yang menjadi penyokong Ahlul Bait a.s dan siapakah yang berada bersama anda dalam barisan para perampas hak2 Ahli Keluarga Nabi anda sendiri!
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 30-12-2005 10:56 AM
salam
bacalah dnegan hati terbuka wahai simplelife!
sebenarnya dari dulu bill malas untuk bicara panjang tentang bab ini, kerana berdaasrkan logik akal sahaja seseorang yang jujur pasti akan dapa ...
dah baca dgn hati dan akal yg terbuka...bgmanapun tatie lebih faham mengapa S. Abu Bakar kerana hormat dan kasihnya kepada RSAW, membuat keputusan untuk tidak menyerahkan semuanya kepada S. Fatimah, dan hanya memberi sedikit untuk keperluan harian.
Perbuatan S. Abu Bakar ini tidaklah sampai hingga umat Islam terkemudian
harus mengkafir, memurtad dan menfasikkan beliau.
Renungilah dgn hati dan akal yg terbuka wahai bill & the gang..
p/s : Salmon apa khabar?..dah sedar ker?... |
|
|
|
|
|
|
|
Ulasan anda bukan jawapan. Tidak ada hujah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 30-12-2005 11:40 AM
Ulasan anda bukan jawapan. Tidak ada hujah.
memang tatie buat ulasan sahaja...buat apa ndak tambah hujah simplelife yg dah cukup kuat dan berilmiah itu...itupun Bill & the gang tak larat ndak faham hujah si simplelife, ndak tambah lagik hujah lain..buang masa ajer... |
|
|
|
|
|
|
|
hujah simplelife kuat? puan, jom pi kedai kopi..... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by billionaire at 30-12-2005 11:54 AM
hujah simplelife kuat? puan, jom pi kedai kopi..... [/quote
nasib baik mood bill baik hari ini..cam tu ler...pi kedai kopi si pipi tu ker?...seganlah.... |
|
|
|
|
|
|
simplelife This user has been deleted
|
Originally posted by giler at 29-12-2005 12:46 PM
salam....
cuba anda rileks tenang dan berfikir sebentar wahai simplelife......ni asyik jawab dgn simpleplan je........kan bill dah jawab.........so rasa2 mana yg benar al-quran ke hadis......jad ...
Maaf giler, saya tidak punya autoriti untuk mengesahkan yang mana hadis palsu dan yang mana tidak. Tambahan pula apabila ia diriwayatkan oleh Ummul Mukminin sendiri bahkan telah diterima oleh Imam Muslim yang mempunyai pengetahuan sebegitu mendalam dalam bidang hadis, sebagai sebuah hadis sahih. Jadi masakan kita mahu menolaknya....Masakan kerana tidak memenuhi selera kita, hadis perlu ditolak dengan sebegitu selamba sekali....
Bill, giler, dan sdr Syiah sekalian,sebenarnya saya sebegitu hairan dengan Syiah Imamiah/Rafidhah ini.
Anda mengatakan bahawa Ali ra tidak redha dengan Umar ra, tetapi hakikatnya anak Saidina Ali sendiri (Ummu Kalthum) telah berkahwin dengan Saidina Umar. Lihatlah betapa "marahnya" Ali terhadap Umar...???????
Dan diceritakan ahli sejarah Islam bahawa semasa berlakunya pengepungan rumah Saidina Uthman ra sebelum pembunuhannya, Saidina Ali telah memerintahkan anaknya Saidina Hasan dan Husein untuk menjaga rumah Saidina Uthman. Apabila ternyata Saidina Uthman telah mati akibat dibunuh oleh orang yang menceroboh dari atap, Saidina Ali begitu marah sekali dengan kedua-dua anaknya dan memukul (atau seumpama dengannya) mereka berdua. Maka lihatlah betapa "marahnya" Ali terhadap Uthman...??
Dan diceritakan juga bahawa terjadinya perang Jamal ialah kerana kelainan pendapat antara Saidina Ali dengan golongan Aisyah, Ummul Mukminin mengenai hukuman ke atas pembunuh Uthman atau kestabilan negara yang patut didahulukan. A isyah mewakili pendapat bahawa pembunuh Uthman yang patut didahulukan. Tentulah ini berlainan dengan catatan sejarah yang dibawa oleh bill:
[quote]Ramai sejarawan Sunni meriwayatkan bahawa pernah sekali Aisyah pergi menemui Uthman dan menuntut bahagiannya dari hak pewarisan Nabi (selepas bertahun-tahun kewafatan baginda saaw). Uthman tidak memberikan walau sesenpun dengan mengingatkannya bahawa dia adalah salah seorang yang menjadi saksi dan menggalakkan Abu Bakar untuk tidak memberikan bahagian dari hak warisan kepada Fathimah (as). Jadi, sekiranya Fathimah (as) tidak mempunyai sebarang bahagian daripada hak warisan, lalu mengapa pula Aisyah boleh mendapatnya? Aisyah naik berang kepada Uthman, dan apabila keluar dia berkata:
揃unuhlah si Na抰sal (seorang Yahudi berjanggut panjang) ini, kerana dia telah kafir! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh saya terangkan sedikit ttg sumber tu ...
(Tarikh Ibn Atsir, Jil.3, hlm.206; Lisan al-Arab, jil.14, hlm.141; al-慖qd al-Farid, Jil.4, hlm.290; Ibnu Abil Hadid, Syarh Nahjul Balaghah, Jil.16, hlm.220-223)
1. Tarikh Ibnul Athir memang kitab sejarah yg ditulis oleh Ibnul Athir, seorang ulama' sunni.
2. Lisanul Arab sebuah kamus Arab-Arab yg disusun oleh Ibnu Manzur al-Ifriqi.
3. al-Iqd al-Farid sebuah kitab sastera Arab yg ditulis oleh Ibnu Abdi Rabbih.
4. Syarh Nahjul Balaghah sebenarnya kitab syiah, bukan kitab sunni.
kesimpulannya? buat sendirilah heh heh |
|
|
|
|
|
|
simplelife This user has been deleted
|
Nasib baik ada Ust. Zul yang tahu pasal kitab-kitab, kalau tidak mungkin simple dan bill sendiri sudah terjerat disebabkan banyaknya rujukan yang disertakan untuk menyokong sumber sejarah tersebut....
Terima kasih Ustaz Zul, kalau boleh check-check la jugak kenyataan yang simple buat, takut-takut ada yang tersilap, masalah jugak tu..... |
|
|
|
|
|
|
nawazihussin This user has been deleted
|
simple wrote
Bill, giler, dan sdr Syiah sekalian,sebenarnya saya sebegitu hairan dengan Syiah Imamiah/Rafidhah ini.
Anda mengatakan bahawa Ali ra tidak redha dengan Umar ra, tetapi hakikatnya anak Saidina Ali sendiri (Rukiah kalau tak silap) telah berkahwin dengan Saidina Umar. Lihatlah betapa "marahnya" Ali terhadap Umar...???????
pertama sekali ada kesilapan fakta simple sebenarnya ummu khalsum yg dikahwinkan oleh sayyidina ali r.a. dgn sayyidina umar r.a.
rujukan:
sumber aswj: shahih bukhari kitabul jihad bab perempuan2 membawa air kpd pejuang dlm peperangan..
dan kitabul maghazi bab pd menyebutkan ummu sulait
dan shahih muslim
sumber syiah: kitab al-kafi karangan abu jaafar al-kulaini insyaallah saya akan menyebutkan jilid dan mukasurat nya nanti dan beberapa kitab lg. |
|
|
|
|
|
|
simplelife This user has been deleted
|
Originally posted by nawazihussin at 1-1-2006 10:10 PM
simple wrote
pertama sekali ada kesilapan fakta simple sebenarnya ummu khalsum yg dikahwinkan oleh sayyidina ali r.a. dgn sayyidina umar r.a.
rujukan:
sumber aswj: shahih bukhari kitabul jih ...
terima kasih nawazi atas pembetulan tersebut..., dan sudi-sudikanlah untuk berkongsi ilmu di sini....
[ Last edited by simplelife at 2-1-2006 09:27 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 31-12-2005 05:03 PM
kalau boleh saya terangkan sedikit ttg sumber tu ...
1. Tarikh Ibnul Athir memang kitab sejarah yg ditulis oleh Ibnul Athir, seorang ulama' sunni.
2. Lisanul Arab sebuah kamus Arab-Arab yg ...
itulah depa ni, Bill & the gang kdg-kdg ulamak Syiah atau kitab Syiahpun depa bantai kata ulamak dan kitab ASWJ itu yg depa jadik keliru tahap kronik tu.....talking from experience kat dlm forum ni ler...
hehehe..... |
|
|
|
|
|
|
simplelife This user has been deleted
|
Itulah yang masalahnya tatie, payahlah kalau begini kalau sumber pun boleh dikelirukan, bagaimana pula dengan ajaran yang lainnya?
Tertanya-tanya juga mengapa sdr2 Syiah di sini memilih Syiah Imamiyah dan bukannya Syiah Zaidiyah? Rasanya Zaidiyah lagi bebas daripada penyelewengan dan taksub tidak seperti yang terdapat dalam aliran Imamiyah.....
dan juga, oleh kerana yang membai'at Imam adalah manusia (pengikut Syiah), dan mereka memilih antara keturunan Ahlul Bait yang mana yang akan di bai'at, maka tidakkah ini bermakna sebenarnya yang mema'sumkan Imam itu adalah Syiah sendiri dan bukannya Allah swt. Lihat contoh yang berlaku kepada Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin...
[ Last edited by simplelife at 3-1-2006 12:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by simplelife at 3-1-2006 09:43 AM
Itulah yang masalahnya tatie, payahlah kalau begini kalau sumber pun boleh dikelirukan, bagaimana pula dengan ajaran yang lainnya?
Tertanya-tanya juga mengapa sdr2 Syiah di sini memilih Syiah Im ...
betul tu simple, depa kata (Syiah Imamiyah) mencintai ahlulbait tetapi depa pulak pilih-pilih ahlulbait pulak..malah ada yg depa kutuk dan maki hamun sesetgh keturunan dari S. ALi dan S.Fatimah ni...
apa cerighta?....:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Serihartatie
oppsss.....silap faham tu pak bill...PC ada masalah bukan maksud PC rosak...ada masalah dgn connection PC dgn internet...tak caya tk per...
eleh...hujah kosong ker, tak ilmiah ker, serangan peribadi ker, itu STRATEGI org yg dah tak der idea ndak balas balik hujah...bukan tatie tk tahu....
kat forum ni, walaupun berlainan fahaman, tapi tatie salute kat ustaz zul dan Pakmalau sebb walaupun kami lain-lain fahaman tetapi ok ajer....sampai ada gak yg jeles..hehehe...
Serihartatie
ustaz zul, tolong pak bill ni terjemahkan makna SYIAH dari bahasa Arab kpd bahasa Melayu, dia ni cam tak faham ajer gamaknya...
rasanya tatie dah beri hadis RSAW mengenai RSAW menyebut istilah ASWJ ni, tapi biasalah pak bill & the gang tutup mata daripada baca...
alasannya, tak der hujah, tak ilmiah..hehehe....
hujah apa yang anda bawakan bahawa Nabi menyebutkan Ahlus Sunnah wal- Jamaah? Hadis dhaif? Syahrastani mengatakan ASWJ wujud apabila dengan usaha Abul Hasan Asy抋ri |
|
|
|
|
|
|
|
Simplelife, jangan lupa untuk menjelaskan
Originally posted by simplelife at 31-12-2005 09:13 PM
Nasib baik ada Ust. Zul yang tahu pasal kitab-kitab, kalau tidak mungkin simple dan bill sendiri sudah terjerat disebabkan banyaknya rujukan yang disertakan untuk menyokong sumber sejarah tersebut. ...
Ibni Abil Hadid seorang Muktazilah bukannya seorang Syiah. Sekiranya seorang Syiah dijadikan kriteria untuk menolak sesebuah hujjah, maka tidak perlu juga orang Syiah menerima apa sahaja penolakan terhadap Syiah dari kitab Sunni. Walaubagaimanapun, selain dari usaha Nahzalus ini, masih belum ada lagi jawapan mengenai Fadak.
- mengapa kesaksian tunggal Jabir diterima, kesaksian Fathimah, Ali ditolak.
- Mengapa kesaksian Khuzaimah lebih bernilai dari kesaksian Pemuka wanita Syurga yang kedudukannya lebih utama dari Mariam al-Muqaddsah.
- Mengapa Abu Bakar menentang al-Quran apabila mengatakan 揔AMI para Nabi tidak mewariskan. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa simplelife
Originally posted by simplelife at 31-12-2005 09:13 PM
Nasib baik ada Ust. Zul yang tahu pasal kitab-kitab, kalau tidak mungkin simple dan bill sendiri sudah terjerat disebabkan banyaknya rujukan yang disertakan untuk menyokong sumber sejarah tersebut. ...
Ibni Abil Hadid seorang Muktazilah bukannya seorang Syiah. Sekiranya seorang Syiah dijadikan kriteria untuk menolak sesebuah hujjah, maka tidak perlu juga orang Syiah menerima apa sahaja penolakan terhadap Syiah dari kitab Sunni. Walaubagaimanapun, selain dari usaha Nahzalus ini, masih belum ada lagi jawapan mengenai Fadak.
- mengapa kesaksian tunggal Jabir diterima, kesaksian Fathimah, Ali ditolak.
- Mengapa kesaksian Khuzaimah lebih bernilai dari kesaksian Pemuka wanita Syurga yang kedudukannya lebih utama dari Mariam al-Muqaddsah.
- Mengapa Abu Bakar menentang al-Quran apabila mengatakan 揔AMI para Nabi tidak mewariskan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|