|
Originally posted by ReuK at 19-12-2006 12:03 PM
ada ramai dah...haku jadi ahli yg ke 1008 dah hehehe :bgrin:
kalau dah ada 1008 org, masyuk aku |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak pernah bagi steroid
Oleh Mohd Fadzrie Hazis
Sazali nafi jurulatihnya pernah syorkan dia guna bahan terlarang tingkat prestasi
WALAUPUN Milos Sarcev pernah dikaitkan dengan kes penggunaan steroid di Amerika Syarikat, atlit bina badan negara Sazali Samad menegaskan jurulatihnya tidak pernah memberi atau mencadangkan kepadanya untuk menggunakan bahan terlarang.
Malah, Sazali yang menjalani latihan tiga bulan di bawah kendalian Sarcev di Los Angelas, Amerika Syarikat Julai lalu berkata, dia turut ditemani pegawai Institut Sukan Negara (ISN) yang mengawasi pemakanannya.
Majlis Sukan Negara (MSN) menanggung segala pembiayaan saya ketika di Los Angelas dan mereka turut menghantar seorang pegawai ISN untuk memantau segala pemakanan dan jadual harian latihan saya dan Liew Teck Leong di sana.
Saya juga tidak tahu langsung mengenai kes steroid yang membabitkan Milos di Amerika Syarikat,? kata Sazali yang terkilan dengan isu itu yang dianggap cuba mahu mengaitkannya dengan penggunaan steroid.
Menurut Sazali, ketika di Amerika Syarikat, Sarcev banyak membantunya dari segi latihan dan juga aspek pemakanan.
Walaupun sebelum ini saya berjaya dinobatkan sebagai Mr Universe dengan berlatih sendiri, saya berasa teknik latihan dan aspek pemakanan yang diterapkan Milos membolehkan saya berada pada tahap terbaik sebelum pertandingan Mr Universe diadakan pada Oktober lalu.
Hasilnya saya berjaya memenangi gelaran Mr Universe buat kali ketiga selepas menjalani latihan di bawah Milos,? katanya.
Kredibiliti Sarcev dipersoalkan Setiausaha Agung Persekutuan Bina Badan Asia (ABBF) Datuk Paul Chua kerana jurulatih itu disabitkan kesalahan di Amerika Syarikat kerana pembabitannya dengan penggunaan steroid.
Kes itu timbul selepas Sarcev mengecam Chua yang didakwanya sudah menentukan sendiri nama pemenang berikutan kegagalan Sazali memenangi emas acara 65 kilogram di Sukan Asia Doha sedangkan jurulatih itu menganggap atlit itu berada pada tahap terbaik selepas baru memenangi kejuaraan dunia.
Sazali mengakui dia turut berasa kecewa apabila gagal memenangi emas di Doha kerana merasakan dia lebih berhak.
Belum ada atlit bina badan yang baru dinobatkan sebagai Mr Universe gagal memenangi emas Sukan Asia, saya adalah yang pertama dan tewas pula kepada seorang pendatang baru.
Milos merasakan saya sepatutnya berjaya memenangi emas berdasarkan persiapan yang kami lakukan, mungkin bukan rezeki saya di Doha tetapi apa yang pasti saya berada pada tahap terbaik ketika itu,? katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zokples Embong hairan dengan maksud sebenar tindakan Chua yang membangkit kes lama Sarcev itu.
Jelas Paul cuba mengalihkan isu sebenar dengan membangkitkan kes Milos. Dia sepatutnya menjawab kritikan Milos mengenai dakwaan menetapkan keputusan di Sukan Asia.
Milos sendiri menyatakan selama ini dia pernah mendengar kes menetapkan keputusan di Asia dan kali ini dapat menyaksikannya di depan mata sendiri. Tapi, Paul langsung tidak menjawab perkara ini.
[ Last edited by HangPC2 at 20-12-2006 07:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat kan semua atlit bina badan guna steroid...even yg masuk competition mr. olympia |
|
|
|
|
|
|
|
steroid tak besh..nnt telo kecutzzzz
tapikan..kagumlah aku ngn otot manusia yg leh di pam smpi besau cam tuh..
yg aku tau perut leh dipam hingga takat 360 darjah |
|
|
|
|
|
|
|
dalame aku x masuk kat sini hehehhe...alahai....aku rase macam badan aku d abetambah berat ar..tensyen tul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sinbad05 at 25-12-2006 12:19 AM
dalame aku x masuk kat sini hehehhe...alahai....aku rase macam badan aku d abetambah berat ar..tensyen tul..
xde rase2 ..
mmg tambah pon ....:nyorok::nyorok::nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
ahhahah kuang ajau ko ax wakakaka aku gigit perut ko karang hehehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Paul nafi pengaruhi hakim
KUALA LUMPUR ? Setiausaha Agung Persekutuan Bina Badan Asia (ABBF), Datuk Paul Chua menyifatkan kecaman pegawai sukan di Malaysia yang masih tidak berpuas hati dengan kekalahan Sazali Samad dalam Sukan Asia Doha sebagai mereka yang tidak bersemangat kesukanan.
Katanya, sudah menjadi lumrah bagi mereka yang kalah akan cuba mencari salah orang lain malah dengan mudah mengkritiknya secara peribadi daripada menerima keputusan yang meleburkan sasaran emas Malaysia dalam kategori bantamweight (bawah 65 kilogram) itu.
Paul turut membandingkan kekalahan Sazali, Mr. Universe dalam Kejohanan Amatur Dunia, Oktober lalu sebagai sesuatu yang tidak memeranjatkan seperti mana bekas juara tinju heavyweight dunia pada era 70-an, Muhammad Ali sendiri yang pernah tewas.
Tiada pihak yang kalah, akan gembira dan berkata, ?erima kasih!? sebaliknya akan cuba mencari ?ambing hitam?. Semua kritikan terhadap saya itu berbau peribadi, mengarut dan sampah semata-mata,? katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Sazali kempunan emas di Doha apabila kalah kepada peserta Amiriah Arab Bersatu (UAE), Salem Abdulla Zahmi. Empat tahun lalu, anggota polis berpangkat Sarjan ini digantung beberapa bulan oleh ABBF kerana didapati terlibat dengan iklan sehingga terlepas ke Sukan Asia Busan.
Sazali yang pernah bergelar Mr. Asia lima kali, turut kalah mengejut kepada ahli bina badan kurang ternama dari Filipina pada Sukan SEA ke-23 di Filipina, tahun lalu. Ia juga dikatakan berkaitan dengan penghakiman yang berat sebelah kepada tuan rumah.
Paul turut menafikan dia menggunakan peranannya sebagai Pengarah Teknikal Bina Badan di Doha untuk mempengaruhi keputusan tujuh hakim yang mengadili pertandingan dengan seorang pegawai dari Hong Kong menjadi pengerusi yang menyelianya.
Saya hanyalah Pengarah Teknikal. Tujuh hakim itu ada penyelianya dari Hong Kong tetapi saya yang dituduh mengatur keputusan di Doha. Sebenarnya ada saluran yang betul untuk mereka suarakan bantahan itu, bukannya menghentam saya semata-mata.
Mereka perlu tahu, ramai ahli bina badan yang tidak ke Kejohanan Dunia (di Ostrava, Czech) kerana memfokuskan Sukan Asia,? katanya yang menegaskan, telah merujuk kes kecaman pegawai Malaysia termasuk bekas jurulatih Sazali, Milos Sarcev itu kepada Persekutuan Bina Badan Antarabangsa (IFBB).
Malaysia turut mempertaruhkan pemenang perak di Busan, Liaw Teck Leong yang berlatih giat bersama Sazali dan Sarcev di Amerika Syarikat sebelum ke Doha, dalam kategori bawah 80 kg tetapi kempunan sebarang pingat kerana menduduki tempat keempat.
[ Last edited by HangPC2 at 28-12-2006 11:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
eh geng...aku ada soalan la..boleh x kita fitkan nak besarkan muscle2 kita dalam 3bulan sambil tu buangkan lemak2 belebihan?bukan pa..aku rasa 3bulan..mcm agak singkat...tntg makanan tu..aku xkisah..mmg aku jarang makan..kalo makanpon..aku slalu makan tghhari ja...pagi tu jarang..mmg aku susah sarapan..kalo malamtu ada la jugak skit2 ja..so aku nak tanya dari segi exercise2 apa yg aku kena amalkan start from now..selain sit up..pumpin...sebab aku da dpt merasekan badan aku ni betambah lemak ehekekeke...berat aku aritu aku timbang 67kg...ohye tinggi aku plak 175cm...
[ Last edited by sinbad05 at 31-12-2006 02:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku ari2 berbasikal 10km
dlm sminggu ni kire2 dah 50 km dah aku naek beskal ..
hehhehe ..
tu pon beli traxcycle .. buh dlm uma ...
xyah g lua
hahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sinbad05 at 31-12-2006 02:22 AM
eh geng...aku ada soalan la..boleh x kita fitkan nak besarkan muscle2 kita dalam 3bulan sambil tu buangkan lemak2 belebihan?bukan pa..aku rasa 3bulan..mcm agak singkat...tntg makanan tu..aku xkisah ...
kalau jrg makan mmg impossible. nak bdn jd kena selalu makan |
|
|
|
|
|
|
|
bihtu...kalo makan plak aku takut jadi gemuk plak... |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 mkn tuh..jgn berkoyan2 lak ko balun...hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #253 dewberry's post
hai dewwwww |
|
|
|
|
|
|
|
lame aku tak kaco ko dew...
heheheheheheeee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #256 akughi's post
aku semakin gagah skang...ko kaco leee....
nnti aku :ketuk: agak2 x penyek gak aku
hehehhee...amacam? berani? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #254 ReuK's post
:nyorok: :nyorok: :nyorok:
:love: |
|
|
|
|
|
|
|
nk mntk tlg skit..kat sini sape leh share2 jadual seimbang untuk makanan n exercise bagi setiap hari? |
|
|
|
|
|
|
|
Sazali terpaksa akur
Sazali terpaksa akur
Oleh SUFIAN THAURI MUHAMMED
KESUKARAN menurunkan berat badan mungkin menyebabkan Mr Universe, Sazali Samad, akan bertukar kelas kepada lightweight tahun ini.
Masalah berat badan itu timbul selepas dia mengamalkan diet yang diperkenalkan jurulatih Milos Sarcev ketika berguru dengan bekas Mr Olympia itu di Amerika Syarikat, tahun lalu.
揝aya terpaksa bertungkus-lumus menurunkan berat badan kepada bawah 65kg untuk melayakkan diri bertanding dalam kelas biasa saya, bantamweight, di Sukan Asia Doha lalu.
揂da kalanya saya dan Milos jadi risau, apakah saya mampu menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat, tetapi akhirnya usaha kami berjaya juga apabila berat saya turun sekitar 64kg sebelum ke Doha.
揚unca berat badan saya naik kerana diet digunakan Milos yang mahukan saya memakan 3,000 kalori sehari sebagai salah satu kaedah mencantikkan bentuk tubuh.
揇iet itu diamalkan sepanjang saya berguru dengannya di Amerika Syarikat. Namun, selepas pulang dari Doha, saya dapati agak sukar untuk saya menurunkan berat ke dalam kategori bantamweight.
揝aya menimbang kemungkinan untuk bertanding dalam kelas lightweight pula tahun ini kerana berat badan yang dikehendaki adalah 70kg. Saya fikir mudah untuk saya mengekalkan berat badan pada tahap 70kg ke bawah, |
|
|
|
|
|
|
| |
|