CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Hukuman Tak Setimpal Dengan Kesalahan -

[Copy link]
Post time 5-3-2007 08:26 PM | Show all posts
la aku ingat dia nak cerita kan jahil murakkab tu apa last last dia  jawab ini lah yang dikatakan tuk guru akai setitik dia pada orang lain hahhahahahahha.

keraih perut aku ketawa .sikit sikit itu yang di bawa nya hahahhahahahaha.

memang sahih la kai setitik semua nak harap tuk guru yang terang terang penulisan yang di katakan ilmiah tetapi dinyatakan sekadar melaris majalah

dan seperti biasa ente nya akan mengiakan tanpa banyak bicara.

   oooooppppsssss   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2007 09:33 PM | Show all posts
now this is what i said an absolute crap of justice system
in malaysia --

-------------------------------------------------------------------------------------

Pecah rumah: Jaga wanita tersenyum dipenjara 4 bulan
05-03-2007

KUALA LUMPUR:  Seorang pengawal keselamatan wanita, 35, dikenakan hukuman penjara empat bulan atas kesalahan pecah rumah.

A. Aidah Zainuddin, dari Bukit Antarabangsa di sini, ditangkap pada 29 Nov tahun lepas sewaktu menceroboh sebuah rumah di Kg Semarak, off Jalan Semarak di sini.

Mahkamah diberitahu, pengadu Azman Nam, 39, mendengar bunyi bising kira-kira 9.15 malam hari kejadian dan ternampak tertuduh berada di dalam rumah itu.

Dia segera mendapatkan pertolongan beberapa rakannya dan kembali ke rumah untuk menangkap penceroboh.

Aidah, yang mengaku bersalah, memberitahu majistret bahawa dia seorang janda dan perlu membesarkan seorang anak berumur 10 tahun.

Dia juga mendakwa terpaksa menjaga bapanya yang mempunyai masalah jantung dan ibunya yang menghidap kencing manis.

Aidah menambah, dia hanya menerima upah RM900 sebulan sebagai pengawal keselamatan.

Pegawai pendakwa Shamsul Akma Basiron berkata kepada mahkamah bahawa tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah dan meminta dia dijatuhkan hukuman setimpal.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman empat bulan penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap.

Selepas dijatuhkan hukuman, Aidah tersenyum dan mengucapkan "terima kasih" kepada majistret sebelum dibawa ke luar.

Dia dijangka dibebaskan daripada penjara tidak lama lagi kerana telah menjalani sebahagian besar tempoh tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2007 10:18 PM | Show all posts
Upah RM30, tipu RM1.24 juta, penjara 74 bulan
05-03-2007 10:13:36 PM  

KUALA LUMPUR:  Seorang pendandan rambut yang hanya menerima upah sebanyak RM30 untuk menipu kakitangan Tabung Haji (TH) bagi mengeluarkan wang pencarum sebanyak RM1.24 juta, terpaksa menerima hakikat bahawa perbuatannya menyebabkan dia perlu menjalani hukuman penjara selama 50 bulan.


Norzana Roslan, 26, yang mengaku bersalah melakukan dua kesalahan menipu pegawai TH, dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Sesyen di sini mulai dari tarikh dia ditangkap pada 3 Ogos 2005.

Hakim Rosenani Abd Rahman menjatuhkan hukuman penjara selama 50 bulan itu bagi kesalahan pertama dan 24 bulan bagi kesalahan kedua yang berjalan serentak.

Bagi kesalahan pertama, Norzana didakwa menipu pegawai dan kakitangan Lembaga TH dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa dia ialah pemegang akaun yang tulen bagi akuan milik Yuhaniz Padil, 29, dengan mengemukakan kad pengenalan palsu.

Hasil penipuannya itu, kakitangan tersebut telah menyerahkan sekeping cek Bank Islam bernilai RM950,000 kepadanya, pada 18 Julai 2001.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan yang sama membabitkan RM290,000 pada 20 Julai 2001.


Dua kesalahan itu dilakukan di ibu pejabat TH, 201 Jalan Tun Razak di sini dan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan denda.

Ketika rayuan, Norzana yang diwakili peguam Jagdish Kaur, berkata sikap Norzana yang terlalu mudah percaya dengan orang yang baru dikenali menjadi punca kesalahan itu berlaku dan dia (ketika itu berusia 20 tahun) terjerat dengan sindiket yang menggunakan gadis muda sebagai sasaran untuk melakukan jenayah.

Jagdish memohon mahkamah mempertimbangkan faktor kemiskinan keluarga Norzana yang baru sahaja kehilangan rumah kerana gagal membayar pinjaman bank dan Norzana, yang pernah lari dari rumah kerana mengikut dua anggota sindiket itu, juga tidak mendapat sebarang keuntungan, sebaliknya hanya diberi RM30 sebelum ke pejabat TH.

Katanya perancang yang terlibat dalam jenayah itu juga telah dijatuhi hukuman dan Norzana kini bertekad membina hidup baru bersama keluarga.

Norzana yang berbaju kurung, menangis teresak-esak sepanjang prosiding.

Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud kemudiannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Dalam penghakiman, Rosenani menasihatkan Norzana supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh hingga terlibat dengan jenayah.

"Saya berharap kamu benar-benar insaf dan dapat menjalani kehidupan baru bersama keluarga," katanya.

BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 10:53 PM | Show all posts
Originally posted by anti_aktivis at 5-3-2007 07:10 PM


Karengkang jangan le camni


Biar depa merapu , forumner lain still membaca tulisan anda. Melainkan geng maiden dapat membuktikan taida siapa yang membaca posting anda , (saya yakin mereka takkan dapat membuktikan).

P/s biar depa merapu , mungkin depa terlupa banyak forumner yang boleh menilai apa posting berisi atau tidak.


heh...

spesis cerdik pandai Islam dalam board nih lain macam sikit...
seperti yg aku pernah cakap sebelum nih lar...
kalau orang lain tu keliru...
dan dia tu betul...
sila tunjukkan kebenaran dan ajar kami yg keliru nih...

jawapan yg aku jumpa setakat nih==> we will only laugh and keep on saying that u people are stupid,but we won't tell u why...
kUi


dalam pepatah Yahudi kelahiran Jerman ader menyebut..
kok ka dilampang, kalempong alah baruban..


and i'm not here to impress anyone...
so,biarkan lar mereka dengan kebongkakkan mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 05:36 AM | Show all posts
Originally posted by anti_aktivis at 5-3-2007 07:10 PM


Karengkang jangan le camni...


Ye jgn la macam tu, Kerangking. Kita tak mao la Kerangking tinggalkan kain dia yg ter 'caught red handed' di sini lepas tu tergesa2 lari keluar thread sambil tunjuk zakar Islenya mcm suruh org potong lagi sekali.

Takbir!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 06:26 AM | Show all posts
Originally posted by pelaga at 6-3-2007 05:36 AM


Ye jgn la macam tu, Kerangking. Kita tak mao la Kerangking tinggalkan kain dia yg ter 'caught red handed' di sini lepas tu tergesa2 lari keluar thread sambil tunjuk zakar Islenya mcm suruh or ...

Hehehehehe....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2007 06:29 AM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 5-3-2007 07:17 PM


Ingatkan ada la dia tolong kawan dia tu keluarkan hujah2 tang soalan2 maideen dan Pelaga tu.tahniah2 je..

Nyesal AN baca page belakang2 tu cari kot ada..haram..tarak...


Meman tarak AN...walaupun tukang gendang dan tukang syabas cuba menolong tetapi mereka pon tak mampu nak menolong menerangkan apasal kena caught red handed baru boleh potong tangan.... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 08:43 AM | Show all posts
aku rasa mmg x patut wanita tu kena penjara. Even negara yg mempunyai pemimpin yg perangainya, wallahualam... tp sistem keadilannya x mcm sini. diorang ada community service. buat community service ni lagi baik dr penjarakan org yg x sepatutnya dipenjaranya. org yg patut dihumban ke dalam penjara, x pulak kena penjara. Pelik... :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2007 05:42 PM | Show all posts

PENDANDAN RAMBUT DIUPAH RM30 UTK TIPU TABUNG HAJI RM1.24juta

Penjara 50 bulan tipu TH RM1.24jKUALA LUMPUR 5 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 05:13 AM | Show all posts
Aper bodoh punyer pompuan....
kerja risiko mcm tu n sanggup diberi upah rm30...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 05:46 AM | Show all posts
Siapa yg lagi bodoh dlm kes ni? Yg menipu si bodoh itu atau yg tertipu oleh si bodoh yg ditipu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 05:47 AM | Show all posts
bendui betul!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 05:52 AM | Show all posts

Reply #248 cluesan's post

hukuman tak setimpal dengan kesalahan --
yang bersalah teruk dan terang terangan
hukuman yang chinonet  saje --

yang tak teruk mana - boleh lagi diperbaiki
kena bertahun penjara ----

padahal saya rasa community services pun
kira a good punishment --

tapi the law is the law is the  law ---
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 07:42 AM | Show all posts
what is rm30? dengarnya masa tu she was 20 . hope she learns the lesson
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 08:04 AM | Show all posts
Tula..
tak padan upah dgn risiko yg diambil..
takkan dia tak tau yg kerja dia cuba menipu TH..
risiko tinggi ... upah ciput..
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 7-3-2007 10:11 AM | Show all posts
kau dapat upah rm30 je ...orang tu untung berjota2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2007 10:17 AM | Show all posts

Reply #7 dempol's post

yer lah... mungkin masa tu dia fikir RM30 tu lebih banyak dari Rm3 upah cari ahli baru ...mcm yg dibuat oleh sebuah parti politik kat mesia ni .....
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 7-3-2007 10:38 AM | Show all posts

Reply #8 cibok2003's post

ape kene mengena rm3 ngan topik th ni...back to the topic la...jangan jadi puak oppurtimis...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 10:44 AM | Show all posts

Reply #9 dempol's post

ada kene mengena.... yg sorang dpt RM30.. dan yg sorang lagi .. dpt RM3... deduanyer dpt RM maaa....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 11:05 AM | Show all posts
mcm-mcm ..... itula akibat kurangnya ilmu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.062384 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list