CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cheq-sue

BUASIR & RAWATAN

[Copy link]
Post time 4-9-2007 02:23 PM | Show all posts
operate buang xleh ke?

jgn makan cili.....pedas2 x elok tau untuk bont*t....berak berapi la

satu lagi,makan sayur buah banyak2.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2007 02:25 PM | Show all posts
apa nak malukan....   pergi lar buat operation..

malu kejap ajer... sakit tu sampai bila nak tahan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:25 PM | Show all posts
kena gak makan sayur & buah byk2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:26 PM | Show all posts
panaskan kuali,lps tu duduk atas kuali sampai mende tu mengecut :cool:
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by Emancipation at 4-9-2007 02:25 PM
apa nak malukan....   pergi lar buat operation..

malu kejap ajer... sakit tu sampai bila nak tahan...




leh makan ubat herba, n buleh juga buat operation. tapi kalu da buat operation, ubat herba tak leh lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:28 PM | Show all posts

Reply #3 chebot81's post

umm..ubat tuh untuk kecutkan balik ker or just untuk bagi senag buang air besar?
kalo boleh akunak ubat yang boleh kecutkan balik dier macam normal
tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2007 02:30 PM | Show all posts

Reply #5 Emancipation's post

bukan taknak beb.ikutkan ati mmg bnak buat operation
tapi kene amik cuti lagik etc
lagipun nak buat operation nih aku ingat kene masuk peringkat3 kot
tapi kalo ader yang boleh elok takyah gi operation lagik bagus kan?
tq anyway
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:31 PM | Show all posts
kesian betul dgn kisah lubang bontot ko nih :cool:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2007 02:35 PM | Show all posts
kesiannya...

operate jer, buang.
percayalah.

aku ada pakcik ngan kakak sedara, kena buasir jugak ni.
doct suroh operate, tapi dorang takut..
so tahan jer lah.

aku cadangkan, ko operate jer.
insyallah, tak der apa2

doct zaman sekarang dah professional.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:36 PM | Show all posts

Reply #1 blahlalu's post

camner bleh kena buasir?pernah kena liwat ke? :cool:
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by blahlalu at 4-9-2007 02:14 PM
sebenarnya aku malu nak tulis.tapi terpaksa la jugak tulis kan.
aku nih ada buasir.aku lelaki.stat sejak aku form 5. skang aku dah 24yo.
buasir aku nih nak kata kritikal tak la sangat.tapi buat ...


mesti tak pernah nak baca surat khabar mingguan msia....sbb pernah ada kuar write up pasal pembedahan yg terkini utk pesakit yg ada buasir dimana anda tidak perlu mengambil cuti sakit yg panjang.....kos pembedahan pun murah dan tidak menyakitkan dimana selepas buat pembedahan esoknya boleh terus pergi kerja
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by daudkaran at 4-9-2007 02:36 PM
camner bleh kena buasir?pernah kena liwat ke? :cool:


astaga jahatnya mulut nko nie
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by daudkaran at 4-9-2007 02:36 PM
camner bleh kena buasir?pernah kena liwat ke? :cool:


:@:@:@:@:@:@ xsupport langsung
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 04:12 PM | Show all posts
aku kenal org yg ada jual ubat tradisional utk buasir ni..ubat tu kalau nak tidur kena tepek kat ubun2 sampai kering (esok pagi la)..abah aku kata ubat tu akan menarik benda yg nak kuar tu la..harganya RM 30.00 je..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 05:41 PM | Show all posts
nasihat aku satu jer..jangan di biarkan...kalau boleh operate...pergi jer coz buasir ni boleh rosakkan usus kau..macam mak aku dari buasir la dia dapat cancer hati coz usus dia dah rosak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 08:42 AM | Show all posts
Tidak semua buasir sama


BUASIR boleh berlaku diluar atau di dalam usus dan boleh dirawat dengan hanya menggunakannubat, melalui pembedahan atau memasukkan semula buasir terkeluarmelalui kaedah ligasi pita getah (gambar kecil).

HEMOROID atau lebih sinonim sebagai buasir di kalangan masyarakattempatan merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darahserta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) dan bahagian penghujungrektum (bahagian akhir usus besar).

Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atauberlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah dibahagian tersebut sewaktu pesakit mengandung.

Walaupun topik ini agak jarang dibincangkan, buasir merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh ramai orang.

Terdapat lebih kurang separuh daripada orang dewasa yang berumursekitar 50-an mengalami rasa gatal-gatal, pendarahan dan kesakitan dibahagian anus yang merupakan tanda-tanda awal buasir akan berlaku.



Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah dan pengubatan yangboleh merawat penyakit ini. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini hanyamemerlukan penjagaan kebersihan diri dan beberapa perubahan dalam carakehidupan terutaman dari segi pemakanan.

Jenis, tanda dan simptom berlakunya buasir bergantung pada kawasan sekitar anus di mana buasir itu terjadi.

Menurut Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, NegeriSembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain, seseorang itu tidak boleh melihatatau berasa buasir bahagian dalaman tetapi apabila meneran sewaktumembuang air besar, permukaan buasir yang lembut akan tercedera danmengakibatkannya berdarah.

憫Anda mungkin akan terlihat beberapa titik darah merah pada tisutandas atau dalam mangkuk tandas. Disebabkan membran anus dalaman tidakmempunyai saraf fiber yang peka terhadap rasa sakit, pesakit jarangmengalami rasa tidak selesa atau kesakitan.

揟etapi, anda mungkin mengalami rasa 憄enuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2008 08:43 AM | Show all posts
Jika anda mengalami kesakitan atau perdarahan buasir yang kerap, doktor mungkin mencadangkan:

* Banding Haemorrhoids. Doktor akan meletakkan satu atau dua gelunggetah di pangkal buasir dalaman untuk menyekat peredaran darah danbuasir itu akan terjatuh dalam jangka masa tertentu. Prosedur ringkasyang dikenali sebagai ligasi pita getah (rubber band ligation) bolehdilakukan di klinik doktor dan amat berkesan bagi ramai orang yangmengalami buasir peringkat 1 dan 2.

* Skleroterapi. Prosedur ini melibatkan satu larutan kimia yangdisuntik di sekitar salur darah untuk mengecutkan buasir. Prosedurboleh mendatangkan komplikasi yang buruk seperti pendarahan danjangkitan kuman di bahagian yang disuntik. Oleh sebab itu, prosedur iniamat jarang dipraktikkan oleh pakar bedah seluruh dunia.

* Lampu inframerah. Lampu inframerah yang dipancarkan selama 1hingga 2 saat ke bahagian buasir boleh memotong peredaran darah danmengecilkan bahagian buasir dalaman yang berdarah. Kaedah inimemerlukan penggunaan alat inframerah fotokoagulator yang berteknologitinggi. Oleh kerana keberkesanan kaedah ini adalah sama dengan rubberbanding, kaedah ini tidak begitu popular di kalangan pakar-pakar bedah.

* Pembedahan. Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika andamempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisuberkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi.Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempatdigabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau biusumum.


Selalunya, ia dijalankan sebagai rawatan pesakit luar tetapipesakit boleh bermalam di hospital jika perlu. pesakit juga bolehmendapatkan ubat jika berasa tidak selesa dan sakit selepas prosedurdijalankan. Salah satu cara melegakan rasa sakit ialah dengan kaedahmandi sitz (pesakit duduk dalam suatu tab mandi pinggul yang agakcetek).


Selain itu, teknik pembedahan yang terkini seperti StapledHaemorrhoidopexy mungkin akan mengurangkan rasa sakit yang dialami.Walau bagaimanapun, prosedur ini masih belum menjadi prosedurpembedahan yang menjadi kebiasaan untuk rawatan buasir teruk keranakeberkesanan keseluruhannya masih di dalam proses kajian.

Pencegahan

Untuk mencegah buasir atau flare-ups anda dinasihatkan supaya:

* Makan makanan berserat tinggi. Lebihkan buah-buahan, sayur-sayurandan bijirin di dalam diet pemakanan anda. Dengan berbuat demikian, iaakan melembutkan najis serta meningkatkan saiznya di mana ia akanmengurangkan kebarangkalian pesakit untuk meneran yang akanmengakibatkan buasir.

* Minum air yang banyak. Jumlah air yang anda patut minum setiaphari berbeza dan bergantung kepada faktor umur, jantina, kesihatan,tahap aktiviti dan faktor-faktor lain.

* Ambil makanan tambahan yang berserat. Produk yang boleh didapatidi kaunter farmasi seperti Metamucil dan Citrucel akan membantu andamembuang najis yang lembut dan secara lebih kerap. Rujuk kepada doktoranda tentang penggunaan ubat yang boleh melembutkan najis.

Jika anda mengambil makanan tambahan berserat, pastikan anda minumsekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air setiap hari. Jika tidak, iaakan mengakibatkan sembelit atau menjadikan buasir lebih teruk.Tambahkan pengambilan serat tambahan ke dalam diet anda secaraperlahan-lahan untuk mengelakkan sebarang masalah dengan gas (angin).

* Melakukan aktiviti fizikal. Aktifkan diri anda dengan mengurangkantekanan pada vena (pembuluh darah), yang akan terjadi apabila andaberdiri atau duduk terlalu lama. Selain mengelakkan sembelit, denganmelakukan latihan, anda juga boleh mengurangkan berat badan yangberlebihan.

* Elakkan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama. Jika andaterpaksa duduk untuk jangka masa yang lama, jangan gunakan kusyen donutsebagai alas kerusi anda. Ia hanya akan meningkatkan tekanan pada venadi dalam anus.

* Elakkan meneran. Meneran dan menahan nafas ketika membuang airbesar akan mengakibatkan tekanan yang kuat dalam vena di bahagian bawahrektum.

* Jika terasa ingin membuang air besar, lakukan dengan segera. Jikaditahan, najis anda akan menjadi kering dan lebih sukar untuk dibuang.

Penjagaan kebersihan diri

Anda boleh mengurangkan rasa sakit, bengkak atau inflamasi buasir dengan penjagaan diri yang berikut:

* Menggunakan rawatan topikal. Menyapu krim buasir atau supositoriyang mengandungi hidrokortison atau menggunakan pad yang mengandungiagen kebas.

* Memastikan kawasan anus bersih. Mandi setiap hari untukmembersihkan kawasan kulit di sekitar anus perlahan-lahan dengan airsuam. Anda tidak perlu menyabun kawasan ini kerana ia akanmenjadikannya lebih teruk. Keringkan kawasan tersebut dengan pengeringrambut secara perlahan-lahan selepas mandi untuk mengurangkankelembapan yang hanya akan mengakibatkan iritasi.

* Berendam secara konsisten dalam air mandian suam. Lakukan ini beberapa kali sehari.

* Menolak semula buasir yang prolaps (terkeluar dari kedudukanasal). Jika buasir mengalami prolaps, perlahan-lahan tolak buasirsemula ke dalam ruang anus.

* Gunakan mandian sitz dengan air suam. Mandian sitz bolehdiletakkan di atas tandas dan boleh didapati di farmasi atau storperubatan.

* Jangan gunakan tisu tandas yang kering. Gunakan tisu basah atau tisu yang dibasahkan selepas membuang air besar.

* Ambil ubat secara oral (makan). Paracetamol, aspirin atau ibuprofen akan mengurangkan rasa ketidakselesaan.

Perlu diingat bahawa penjagaan kebersihan diri ini akan mengurangkansimptom tetapi ia tidak akan menghilangkan buasir. Rujuk kepada doktorpakar jika rasa sakit yang dialami tidak berkurangan dalam beberapahari atau dengan segera jika anda mengalami sakit atau pendarahan yangteruk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 12:39 AM | Show all posts
Cam aku.. pun ada buasir.. since i was 16.. now 30 alredi!   Sbb kurang minum air kosong.. dari dulu nak operate tak buat2.. na cari yang tradisional yg 'ikat' buasir.. pun tak ketemu.. kalu aku 3 hari tak membuang, aku makan Dulcolax 2 biji. 7 jam pastu clearla usus aku. tapi tahan la sket sakit perut mula2 tu.. tp najis lembut la, tak menyakitkn langsung.

Skang aku ngandung. doktor tak bagi mkn Dulcolax (kuat sgt kot), dia suh makan Senokot lak.. Aku dah 5 tahun bergantung ngn Dulcolax nih.. :re:

aku tataula bila nak betul2 buang buasir nih.. dah tahap 2. lepas lepas hajat, tolak balik masuk.. Ada tak recommendation kinik yg ble baikkan buasir nih? PM aku!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:16 PM | Show all posts

Reply #256 Oomie's post

Cam aku.. pun ada buasir.. since i was 16.. now 30 alredi!   Sbb kurang minum air kosong.. dari dulu nak operate tak buat2.. na cari yang tradisional yg 'ikat' buasir.. pun tak ketemu.. kalu aku 3 hari tak membuang, aku makan Dulcolax 2 biji. 7 jam pastu clearla usus aku. tapi tahan la sket sakit perut mula2 tu.. tp najis lembut la, tak menyakitkn langsung.

Skang aku ngandung. doktor tak bagi mkn Dulcolax (kuat sgt kot), dia suh makan Senokot lak.. Aku dah 5 tahun bergantung ngn Dulcolax nih..

aku tataula bila nak betul2 buang buasir nih.. dah tahap 2. lepas lepas hajat, tolak balik masuk.. Ada tak recommendation kinik yg ble baikkan buasir nih? PM aku!


Aku simpati dgn ko..  Abg aku pernak kena piles ni  lama gak..  pastu gi doctor few times.  Now kata kakak ipar aku, dah baik dah abang aku punya piles tu..    Ko boleh gi clinic biasa..  yg aku tahu  kakak ipar aku kata  doc akan beri cream juga, untuk reduce the swelling   dan juga ubat makan..    aku harap  ko akan cepat baik..  btw kalu ko stop Dulcolax tu  - akan kena balik ke buasir tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:24 PM | Show all posts
aku kalau berak kengkadang berdarah..dah la low blood pressure
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.067203 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list