CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kuman

Koleksi Kata-kata hikmat

[Copy link]
Post time 16-5-2008 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by Amiin_al_Kalam at 16-5-2008 12:08 AM
buah-buah dosa kian berputik...
daun-daun pahala mula berguguran...
dikala nafasnya semakin panjang...
putih itu mula dinodai kotoran..


berkasih dengan tuhan
yang benar itu nyata
berselawat pada NAbi Muhammad saw
kelabu kan menjadi putih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2008 06:34 PM | Show all posts
Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah seribu tahun . Tapi kalau tak beribadah sesaat macam mana nak fikirkan azab siksaan api neraka yang tiada penghujung tahun

Sebab itu wajib beribadah mengikut syariat Illahi supaya dapat merasai dan menghayati rasa kehambaan , cinta , takut  dan rindu pada Illahi :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 06:59 PM | Show all posts
Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman..

Tidak perlu seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar..

Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
andai kasih tidak setulus Zulaikha..

Mengapa didamba teman hidup sehebat Khadijah,
andai diri tidak sesempurna Muhammad Rasulullah s.a.w...

[ Last edited by  akukamudandia at 16-5-2008 07:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 11:54 PM | Show all posts
Penantian itu adalah satu penyiksaan kecuali golongan yang mau bersabar.
Tetapi kesabaran itu satu penantian yang tiada penghujungnya kecuali mati.
Dan mati itu adalah pemisahan antara roh dengan jasad.
Juga  adalah penutup sebuah kehidupan di dunia .
Hanya bertemu kembali di alam akhirat samada menuju kesyurga atau keneraka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 12:13 AM | Show all posts
Kita tidak tahu, entah2 esok2 yang selamatkan kita daripada api neraka bukannya pahala amal ibadat kita, tapi rupa2nya pahala yang datang ketika kita ditimpa musibah.....

p.s= ketika ditimpa musibah, jangan melatah tapi amek kesempatan.....

       ketika ditimpa malang, jangan loose control tapi in control............

       sebab hanya ketika musibah lah, kita nak tunjuk kat Tuhan siapa kita......

       masa senang sapa pun senang.....nak tunjuk apa kat Tuhan.................

       masa ujian saja yg boleh tunjuk pun........so jangan mengutuk ujian yg melanda....rugik....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 11:48 AM | Show all posts
kullu nafsin dzaiqatul maut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2008 12:09 PM | Show all posts
Tuhan dalam menempuh hidup ini
banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan ada yg dapat kugagahi dan ada yg gagal kuhindari
Tuhan dosaku menggunung tinggi tapi taubatku kan kutepati
Tuhan rahmatMu melangit luas terlalu sedikit ku bersyukiur
kini kukembali padaMu mengharap maghfirah dariMu
mogakan terampunlah dosa2ku
biar pun ujian melanda
ku tetap berkasih padaMu krn ku yakin kasih mu kekal tiada sudahnya...

bila hati mencintai Allah melebihi segala-galanya..hati menjadi tenang
adakalanya hidup ini penuh kebahagiaan dan adakalanya penuh penderitaan..
jangan berputus asa dari mengharapkan rahmatNya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 12:36 AM | Show all posts
Syaitan mempunyai byk cara utk memperdayakan kita tetapi penipuanlah yang plg berkesan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2008 11:23 AM | Show all posts
besnya baca....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 10:43 PM | Show all posts
jasa guru ku tak terhingga... aku tidak melupakannya... banyak ku dapat ilmu daripadanya... jasanya telah & akan aku kenang sampai bila-bila...

[ Last edited by  anak_pejuang at 19-5-2008 10:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 11:53 AM | Show all posts
Kadang-kadang Allah tidak memberi seseorg seperti kita kehendaki,

Akan tetapi Dia memberi kita seseorg yg membantu kita, menyayangi kita atau melukakan kita supaya kita dapat jadi insan yg sepatutnya...

Allah Maha Penyayang...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 05:33 PM | Show all posts

Reply #251 pinKy180's post

betul sangat2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 09:49 AM | Show all posts
"Orang yg berjaya adalah Orang yg melambatkn keseronokan"

yg ni aku dpt ms g kem bina semangat ms F2..
till skang aku ingt .. muke cikgu yg bg ayat ni aku dh lupe..
tp kate2 ni mmg best..

[ Last edited by  rianz at 21-5-2008 09:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 11:03 AM | Show all posts
Tabahla & sabarla..sesungguhnya Allah Maha Pengasih..
Apa yg diingini belum tentu yg terbaik...seringkali yg tak terfikirkan itu yg terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 01:41 PM | Show all posts
Aku dan Su

Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk.



Aku dan Zu

Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah. Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.


Aku dan As

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. 'Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.


Aku dan Mag

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.


Aku dan Is

Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar.. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last',semuanya aku tinggalkan.



Kawan-kawan semua,untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is, masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.   

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 01:53 PM | Show all posts

jangan mengeluh

JANGAN MENGELUH ...........
Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......   

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Kalu engko nak mengeluh lagi ............ jom gi ngaji

Nota:
Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 01:58 PM | Show all posts

Reply #256 reenz's post

artikel pusat islam uitm..
kuliah mingguan bulan april...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 01:59 PM | Show all posts

Reply #258 penglipur's post

yeke..dpt dari mail
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 3-5-2008 01:24 AM
maybe we can write more than we talk because we have 2 hands?


maybe..

great tendency to get slip of tongue..
and very seldom will think before they talk..

but people will think before they write....
and they re-read what they've  written..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 02:03 PM | Show all posts

Reply #258 reenz's post

a'ah..
ade org post gne email kot..
apepun..mende baik..
wajar disebarkan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.064854 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list