CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

SBP/MRSM/Elite Schools : update - 6600 Dapat ke SBP 2010 -

[Copy link]
 Author| Post time 23-12-2008 12:34 AM | Show all posts

Reply #238 kalekhamis's post

dulu STF and TKC.. lebih kurang sama aje pencapaian
academic

now - masing2 kalau dari segi academic pun
tak sebagus mana compare tu newer SBP  such as SASER and ASIS -

tapi kalau dari segi social co-co - memang both thumbs up -

hopefully  dapat capai and compete lagi
kegemilangan macam dulu -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2008 08:25 AM | Show all posts
5,320 dipilih masuki MRSM
Oleh Khairul Azran Hussin


Persaingan sengit dengan 23,000 permohonan rebut tempat terhad

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,320 pelajar tingkatan satu dan empat akan memasuki 40 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara penghujung bulan depan, meningkat sebanyak 300 pelajar berbanding tahun sebelumnya.


Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin, berkata jumlah tempat yang terhad itu, berbanding jumlah permohonan yang diterima berjumlah kira-kira 23,000 menyaksikan persaingan sengit bagi merebut tempat ke MRSM.

"Pertambahan 300 orang pelajar itu kerana terdapat dua kolej baru sudah dibuka iaitu masing-masing di Bentong, Pahang dan Betong, Sarawak. Kolej itu masing-masing akan menerima 150 orang pelajar baru.

"Mara menerima banyak permohonan, tetapi kerana faktor tempat yang terhad menyebabkan hanya pelajar yang benar-benar berkualiti saja layak memasuki MRSM bagi memastikannya kekal sebuah institusi yang unggul," katanya.

Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan baru-baru, menunjukkan keputusan dicatatkan adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya dengan 46,641 pelajar atau 9.2 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

Selain MRSM, sebanyak 6,100 lulusan UPSR turut berpeluang memasuki SBP Kementerian Pelajaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.


Nam berkata, MRSM adalah antara institusi pendidikan dikenal pasti menjadi pilihan utama lulusan cemerlang UPSR dan PMR untuk melanjutkan pelajaran, selain sekolah berasrama penuh.

Mengulas lanjut, beliau berkata, surat tawaran melanjutkan pelajaran ke MRSM akan diedarkan pada pertengahan bulan depan dan pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri di MRSM seperti ditawarkan pada penghujung bulan yang sama.

"Bagaimanapun, kami akan memberi keutamaan kepada murid luar bandar untuk memberi peluang kepada mereka yang kekurangan kemudahan pendidikan berbanding dinikmati penduduk di bandar," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, permohonan kali kedua hanya boleh dibuat jika adanya kekosongan selepas proses pendaftaran kemasukan pelajar baru selesai dilakukan.

"Pemohon boleh membuat rayuan kerana kalau ada kekosongan kita akan menawarkan tempat di MRSM. Kebiasaannya akan berlaku banyak kes pelajar menolak tawaran yang kita berikan," katanya.


********************************************************************************


tahniah pada yang berjaya -
pada yang tak berjaya.. no need to worry too much -
masa PMR nanti dapat result bagus - ada chance lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 08:41 AM | Show all posts
maknanya murid ting. 1 terpaksa ke sekolah biasa dulu sehingga pertengahan jan....mcm ngan yuran ya..sapa ada pgalaman antar anak  kes ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2008 09:20 AM | Show all posts

Reply #243 idajoe's post

kalau baca post sebelum ni -
sekolah waive dulu untuk sementara - (utk murid2 ni) -

kalau tak dapat - dan teruskan pengajian
kat sekolah tu - baru bayar -
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 02:25 PM | Show all posts

Reply #243 idajoe's post

mana ada bayar yuran lg... tunggu sampai bulan mac..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by idajoe at 25-12-2008 08:41 AM
maknanya murid ting. 1 terpaksa ke sekolah biasa dulu sehingga pertengahan jan....mcm ngan yuran ya..sapa ada pgalaman antar anak  kes ni...


jangan bimbang.. smeua sekolah tidak dibenarkan mengutip sebarang yuran sehingga terdapat perkeliling baru mac nanti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-12-2008 10:04 PM | Show all posts
25 Disember, 2008          

Hanya 180 Pelajar Bagi MRSM Ulul Albab

BESUT, 25 Dis (Bernama) -- Hanya 180 pelajar yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari seluruh negara akan dipilih menyertai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Kota Putera, Besut yang akan dibuka tahun depan.


Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebagai sebuah MRSM yang pertama melaksanakan konsep belajar secara penggunaan kemahiran berfikir, MRSM itu hanya akan memilih pelajar yang benar-benar cerdas dan berkemahiran dalam Al-Quran.


"Hanya pelajar yang mempunyai kemahiran dan bakat yang baik dalam kepimpinan dan agama di samping mempunyai daya kreativiti serta inisiatif yang tinggi akan dipilih memasuki Tingkatan Satu MRSM ini mulai tahun depan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Katanya, sesi pemilihan dan temuduga telah diadakan bagi 800 pelajar minggu lepas sebelum senarai pelajar yang terpilih diumumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata MRSM akan bekerjasama dengan sekolah Imtiaz di Terengganu bagi menjayakan konsep Ulul Albab yang kini telah dilaksanakan di tiga buah sekolah Imtiaz di Terengganu.

Katanya, pelajar yang terpilih menyertai MRSM Ulul Albab itu nanti akan didedahkan dengan kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran dalam Tingkatan Satu bagi membolehkan mereka menghafaz 30 juzuk Al-Quran apabila masuk Tingkatan Tiga, dengan bantuan tenaga hafiz Al-Quran dari Sekolah Menengah Imtiaz.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah dijangka melancarkan pembukaan konsep MRSM Ulul Albab, Kota Putera pada 19 Jan depan, katanya.

-- BERNAMA



**********************************************************************************************


yang tu kira pioneer la
lucky juga sapa yang dapat masuk sana tu -
hopefully MRSM ni dapat lahirkan lagi ramai
generasi cerdik pandai dunia dan akhirat -
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 10:12 PM | Show all posts

Balas #245 zehra2\ catat

Masa ana ..anak sulung....hari pertama daftar kat sekolah harian..dah kena bayar segala jenis bayaran termasuk yuran( masa tu masih dikenakan yuran RM13 kot)..tapi dengan lain lain bayaran rasanya ana bayar more than RM80 kot...according to the teacher..once you step in as a student kat sekolah you dah kena bayar...anak sek tu 3 bulan je..pas tu continue kat MRSM...hmm...bayar lak kat MRSM lepas tu....tak pe..kira sedekah laaa untuk ilmu anak-anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2008 11:22 PM | Show all posts
yang memohon punyalah ramai

yang ambil plak tak sampai 6 ribu je

rezekilah sapa yang dapat tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 10:18 PM | Show all posts
ini adalah ranking top 10
sekolah-sekolah di malaysia
untuk keputusan SPM 2007


1. MRSM Langkawi 1.4457
2. SM SAINS SEREMBAN 1.562
3. MRSM Tun Ghafar Baba 1.6084
4. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.665
5. MRSM Taiping 1.6716
6. MRSM Pengkalan Chepa 1.6735
7. SM SAINS ALAM SHAH 1.688
8. SM SAINS SERI PUTERI 1.709
9. SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.947
10.MRSM Kuala Kubu Baharu 1.9482
11.SM SAINS TENGKU M. F. PETRA 1.956
12.MRSM Kuala Lipis 1.9866

[ Last edited by  iman_kasih at 27-12-2008 10:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 01:31 PM | Show all posts
kalo nak cek mrsm kat mana pula? my niece 5A belum dapat apa2 tawaran lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 03:44 PM | Show all posts
liya...utk MRSM....masih belum boleh chek..selalu pemyemakan tawaran middle of januari or third week dlm bulan januari.
and web yg u kena pi ialah web mara itself..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 03:45 PM | Show all posts
menurut sumber...

pengambilan ting. satu ke mrsm tahun ni akan engikuti kurikulum baru...
di mana pelajar tingkatan satu akan mengikuti program KAT 1 selama satu semester.
semester 2 baru start belajar...pulun habiskan silibus..

sesapa yg dapat ke mrsm bentong..jgn terkejut kerana di sana mungkin ada 4/5 subjek yang akan diajar dalam bahasa inggeris...kerana rsm tersebut adalah pilot project untuk o-level. jadi pelajar yang cemerlang di sana akan mengambil peperiksaan o-level
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2009 07:18 AM | Show all posts

semalam latest news beritahu -
MRSM akan ambil 12,000 pelajar
untuk form 1 & form 4
untuk semua MRSM di Malaysia

tak ada pula mention berapa quota form 1
dan berapa quota form 4 -

juga mention yang ulul albab di besut
the first MRSM yang ada pengajian Islam -
(not sure the word yang diguna - tapi
basic arabic rasanya - )
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 08:40 AM | Show all posts
^ maksudnya belajar syariah apa semua tu kot.. cam budak aliran agama.. baguslah mrsm zaman sekarang ni.. tak semua budak amik sains je.. saingan pun bertambah hebat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2009 08:44 AM | Show all posts

Reply #255 snowflakes's post

bagus kan...
banyak competition untuk aliran syariah semua tu --

KISAS kena mantapkan lagi la academic dia juga -
ni dah ada competition dari MRSM ni -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2009 08:44 AM | Show all posts

info re: MRSM -

MRSM sasar pemenang Hadiah Nobel pada 2020

KUALA TERENGGANU: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mensasarkan melahirkan seorang pemenang Hadiah Nobel dalam bidang sains di kalangan pelajarnya menjelang 2020
.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata bagi merealisasikan hasrat itu, beberapa pelan tindakan akan dilaksanakan termasuk melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Katanya, MRSM akan melipatgandakan penyertaan pelajar MRSM dalam aktiviti kokurikulum sains pada peringkat antarabangsa termasuk program Intel Isef iaitu Pameran Kejuruteraan dan Sains Antarabangsa di Amerika Syarikat membabitkan pelajar prakolej dan beberapa program sains lain pada peringkat antarabangsa.

"Setakat ini pembabitan pelajar MRSM masih terbatas dan mulai tahun ini, MRSM akan mula menghantar lebih ramai peserta dan menambah jumlah penyertaan serta tidak mengehadkan untuk menyertai pertandingan tertentu saja," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke MRSM Kuala Terengganu Batu Rakit, dekat sini, semalam.

Saifuddin berkata, selain menggalakkan penyertaan, pelajar MRSM akan dipastikan mengikuti amalan terbaik melalui program Sekolah Berkembar dengan sekolah menengah terbaik dari luar negara mulai tahun ini dan merancang untuk menempatkan pelajar cemerlang di beberapa universiti terbaik dunia.

"Program ini adalah kelangsungan usaha Mara untuk memastikan pelajarnya mendapat pendidikan terbaik dalam bidang Sains dan Matematik. Universiti terbaik biasanya mempunyai saintis yang terkenal sebagai pensyarah dan antara contoh universiti yang menjadi sasaran ialah Institut Teknologi Massachusets di Amerika Syarikat, McGill University di Kanada dan Universiti Tokyo di Jepun.

揚rogram debat ala Parlimen akan diperluaskan bagi menyuburkan pemikiran kritis. Program itu juga akan diperluaskan bagi memastikan pelajar MRSM mampu mendebatkan teori sains dan amali,
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 11:43 AM | Show all posts
NEWS tak rasmi....
betul atau tak
MRSM Transkrian..ranking 1st dlm PMR baru-baru ni ( antrar mrsm seluruh malaysia)
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:11 AM | Show all posts
MARA call my daughter dapat MRSM Kota Putra hari daftar 19/1/09 tapi surat tawaran belum keluar sebab sistem down. Nak prepare pun tak berani sangat sebab tak dapat surat. Nak check online pun tak tahu kat mana.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 02:11 PM | Show all posts

Reply #259 panggungrama's post

Wah...tahniah..tahniah...cepat nya kena daftar?
selalu midle jan
By the way..MRSM kota putra kat mana?
Utk chek online tak boleh lagi.....selalu chek kat sini
http://www.mara.gov.my/

[ Last edited by  anasue at 9-1-2009 02:12 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.069082 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list