CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shahgti

[merged] All about Naza Citra...

[Copy link]
Post time 15-9-2008 06:10 PM | Show all posts
buruksss nyer.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2008 09:21 PM | Show all posts
tak  berkenan langsung
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 01:16 AM | Show all posts
Kia Rondo Taxi Concept



This is Kia抯 entry into Taxi
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 08:16 AM | Show all posts
wa pun tak stimmmmmmmm....


grand livina lagi best.... value for money.... money wise....

apa bodow derang letak harga 80k +.... buleh kekah nisan ka? hanya org keciwa dengan waiting period nisan saja akan angkat ini barang...


2.0 vs 1.6?

some people tak peduli kuasa... sebab tu wujud avanza 1.3...

aku pun dah tua tua ni... tak mo lelaju dah...



kelemahan paling besar kia ni adalah..... mengikut pemerhatian aku.... tak sure lah...


tapi nampaknya... dia tak de sunroof..... so, memang aku duk usya antara livina vs citra... advantej citra adalah pada sunroof...

jadik... skang ni even lah...

jadik... i go for livina kaler puteh....... wa ka ka...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 08:51 AM | Show all posts
Naza Citra ii rondo tampil lebih bergaya
Dua kakitangan Naza Kia bergaya bersama Naza Citra
II Rondo pada pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.



PETALING JAYA - Kumpulan Naza menampilkan model terbaru kenderaan pelbagai gunanya (MPV), iaitu Citra II Rondo dengan ruang dalaman lebih luas berserta reka bentuk dinamik.

Citra II Rondo yang dilancarkan semalam, adalah kesinambungan model terdahulu dengan beberapa perubahan termasuk enjin 2.0 liter DOHC CVVT, rupa bentuk luaran lebih sporty, kerangka badan utuh dan keselesaan pemanduan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, model tujuh tempat duduk itu mengetengahkan gabungan kenderaan kegunaan sukan SUV dengan kenderaan sedan yang diberi nama crossover utility vehicle (CUV).

"Naza yakin model tersebut akan menjadi taruhan terbaik bagi meningkatkan penguasaan pasaran MPV kepada 20 peratus berbanding sebelum ini cuma 10 peratus," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran di Naza Auto Mall, Petaling Jaya.

Jelasnya, satu lagi kelebihan Citra II Rondo ialah penjimatan bahan api iaitu 20 sen bagi setiap kilometer berbanding 25 sen untuk model lama dengan kapasiti tangki 55 liter.

"Kami mensasarkan jualan 200 unit sebulan pembeli mempunyai pilihan warna perak, merah, hitam dan kelabu," ujarnya.
Tempahan untuk kenderaan itu mulai dibuka semalam.

Ia dijual dengan harga dari RM84,888 sehingga RM90,524.50 bagi kelas EX untuk versi standard manakala EXS untuk lebih sporty.




aku bukannya aper...  keta naza tak berapa laku kalu ajer aku rasa kalu nak tolak lain..  ada ke yg rasa berbaloi beli naza nih..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 09:18 AM | Show all posts
tak mo tunggu mpv proton ke...kekekekekke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2008 09:57 AM | Show all posts
belum ada perancangan nak amik MPV...tapi yang ini definitely out from my list
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 10:26 AM | Show all posts
dah ada tred ni.. jap aku kasik merge as highlighted by bro amazed....  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2008 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 16-9-2008 08:51 AM
Naza Citra ii rondo tampil lebih bergaya
Dua kakitangan Naza Kia bergaya bersama Naza Citra
II Rondo pada pelancarannya di K ...


aku taknak citra tu tapi aku nak awek tudung tu...ok tak heheheh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 08:19 AM | Show all posts
avanza lah best,walaupun 1.3 jerk tapi ramai tak sangka ianya 1.3 nampak mcm 1.5 ke atas ,besar,selesa, comel,harga pun berpatutan dan yang best jimat minyak
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 11:03 AM | Show all posts
yg dah uji kia Rondo (janda) ni kata ....... 3rd row seat lbh selesa sbb ruang kaki yg luas & seat yg lbh tinggi berbanding wish, avanza, livina & innova. Wak nak gi test drive gak la .........
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 11:20 AM | Show all posts

Reply #251 waksir's post

tapi citra rondo nih 3rd row ttp takde aircond

tengok air vent dia kat 2nd row tu, bleh dapat ke kat orang belakang
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by al-asil at 25-9-2008 11:20 AM
tapi citra rondo nih 3rd row ttp takde aircond

tengok air vent dia kat 2nd row tu, bleh dapat ke kat orang belakang



kalu wish 1.8 (recond/cbu) tu pun hose aircond kat depan je .... tp bangga je aku tgk owner wish tu

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 11:33 AM | Show all posts

Reply #253 waksir's post

tu la pasal wak, ramai harap citra baru ni dapat solve pasal aircond nih
tapi kira ok la kan, daripada takde langsung
pejam mata je lah

wish yang umw toyota bawak masuk pon takde aircond blakang kan
rasanya wish yang ader aircond blakang nih yang edisi naza jek
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 03:28 PM | Show all posts
Originally posted by venom1 at 16-9-2008 10:33 AM


aku taknak citra tu tapi aku nak awek tudung tu...ok tak heheheh...


1st time aku tgk model kete berpakaian decent..bagus..teruskan.. :victory:

p/s pakai elok2, dikata kakitangan..pakai tak senonoh je ke bole jadi model??
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 11:29 AM | Show all posts
Rondo pelengkap Citra
Oleh Mohd Razlan Salleh



KENDERAAN Pelbagai Guna (MPV) popular daripada Naza Kia Sdn Bhd, Naza Citra kini diberi sentuhan baru yang lebih moden dan bergaya dikenali sebagai Citra II Rondo.

Model MPV berkenaan dianggap pilihan terbaik kerana keluasan, keselesaan dan kuasa yang ditawarkan memberi kepuasan kepada pemiliknya.

Citra II Rondo yang dilancarkan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin, baru-baru ini adalah pelengkap kepada model Citra sedia ada.

Hadir sama, Presiden Kumpulan Naza, Datuk SM Shalahuddin SM Amin dan Pengarah Urusan Kia Motors Asia, Terry Im.

Rondo adalah kenderaan tujuh tempat duduk dengan enjin 2.0 liter DOHC CVVT dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Enjin sama seperti model Optima menghamburkan kuasa 145hp dan tork setinggi 189Nm.

Nasarudin berkata, Citra masih lagi dijual di pasaran untuk memenuhi kehendak mereka yang mahukan MPV tujuh tempat duduk berharga di bawah RM70,000.

“Rondo berada pada tahap antara Citra dan Ria serta menjadi pesaing kuat dalam kategori Crossover,” katanya.

Katanya, Naza Kia meletakkan Rondo sebagai sebuah Crossover disebabkan tempat duduknya sedikit tinggi berbanding MPV lain.

Dikeluarkan dalam dua varian iaitu Rondo EX dan Rondo EXS, MPV terbaru itu turut dilengkapi alat penggera ketika mengundur, beg udara depan berkembar, ABS serta EBD.

“Rondo adalah kenderaan MPV yang besar dan lebar berbanding MPV Jepun dalam kelas harganya,” katanya.

Ia memiliki keluasan 1,043 mm untuk ruang kepala dan 1,042 untuk ruang kaki, model ini menawarkan kualiti, nilai dan kepuasan pemanduan yang dikehendaki terutama bagi perjalanan jauh.

SM Nasarudin berkata, pihaknya mensasarkan menjual 200 unit sebulan kenderaan MPV terbaru itu serta menjangka terjual sehingga 600 unit sehingga hujung tahun ini.

“Syarikat merekodkan jualan yang stabil bagi model Citra sebelum ini iaitu hampir 40,000 unit dan ia membuktikan kenderaan Naza Kia tujuh tempat duduk adalah pilihan popular penggemar MPV Malaysia.

“Dengan 200 tempahan awal yang diterima setakat ini, kami yakin dengan model Citra II Rondo yang diperbaharui dapat mengekalkan populariti model Citra sebelum ini,” katanya.

Model Rondo EX berharga RM84,888 (termasuk insurans) dan model EXS yang dilengkapi rim 16 inci dan ‘roof rail’ berharga RM88,888 (termasuk insurans).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2008 12:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 03:19 PM | Show all posts
aku x penah naik citra nie....ingat nak sewa g cameron bawak 6 adult....betul ker 3dr seaters tu sempit sgt...ada yg kata avanza lagi besar, betul ker? naya jer nanti kalau aku dah tersewa citra nie...ada sesapa leh comparekan antara avanza ngan citra tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 10:25 AM | Show all posts
Sapa nak jual CITRA kat sini ek?... aku bercadang nak beli yg second hand je...

pm aku klu agak-agak nak jual...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 03:31 PM | Show all posts
~up~

aku nak baca....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.060443 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list