CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silent_kid

::Izinku Pergi ::^episod 20^Updated!!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 12-4-2009 12:16 AM | Show all posts

Izinku pergi episod 17

Beberapa minit kemudian, pengacara majlis tampil dengan memegang nama – nama pemenang pertandingan. Di sudut belakang, Nur Ain dan Hakim duduk sebaris dengan rakan sekelas. “Ain, kau memang hebat tadi. Aku terpaku dengar korang berdua bersajak. Macam nampak betul – betul bercinta. Kekorang berdua ni bercinta?”soalan halilintar Linda membuat kedua – duanya tersentap. Hakim hanya memandang Nur Ain. Nur Ain tertunduk malu. “mana ada,kita orang biasa – biasa aja.”jawab Nur Ain perlahan. “aku bangga dengan kau Ain. Sayang Fariesh tak ada.”balas Sarah pula. “hmm Fariesh.”nama lelaki itu meniti di bibir Nur Ain. Tiba – tiba terbit rasa rindu yang membuak pada lelaki itu. Hakim yang mendengar nama Fariesh terus berubah air mukanya. Rasa bahgianya bersama Nur Ain tadi tiba – tiba lenyap disambar kenangan Fariesh yang memenuhi ruang fikiran Nur Ain kini. Hakim hanya berdiam diri saja ketika itu. Masing –masing melayan perasaan.


“saya rasa kalian semua ternanti siapa pemenang sajak yang bakal pergi ke Kuala Lumpur akan datang.”ucap pengerusi majlis memecah kesunyian dewan. Tika dada mereka berdetak kencang. Masing – masing menanti jawapan. “Baik tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist. Dijemput wakil ke hadapan.” Hela nafas dilepaskan. Nur Ain merasakan sekolah mereka tidak akan memenangi pertandingan itu. Pasrah. Itu sahaja yang dia mampu. “tempat kedua seterusnya, pemenangnya ialah Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Mohammed. Diminta wakil tampil.”ucap lagi pengerusi majlis. Tika itu kelihatan wajah muram Ain. “taka pa Ain, kita dah buat yang terbaik.”pujuk Hakim. Nur Ain hanya mengangguk lemah. “hmm ….tentu kalian semua tak sabar untuk tahu siapa pemenangnya. Tempat pertama dimenang ioleh wakil dari…..Sekolah Menengah Bukit Setongkol. Di jemput wakil kehadapan.”Nur Ain tersentap mendengar nama sekolah mereka. Adakah ini benar? Atau cuma mimpi sahaja. “Ain, kita menang. Mari.”ucap Hakim. mereka berdua bangun dari kerusi. Satu tepukan gemuruh memenuhi dewan itu. Masing – masing bersalaman dengan pengetua sekolah dan menerima hadiah serta mengambil gambar. Tak berapa lama kemudian majlis ituberakhir dengan jamuan ringan.


“tahniah awak berdua. Kan cikgu dah cakap, kalau kita buat yang terbaik pasti kita akandapat tempat yang terbaik.”puji Cikgu Syazana. Ain dan Hakim hanya tersenyum ceria.Tak putus – putus ucapan tahniah dari rakan – rakannya. Nur Ain sedar dia cuma membantu, tapi sejujurnya Hakim selayaknya mendapat pujian. Dia yang bersusah payah menggembleng tenaga menyediakan sajak itu. Matahari kian terik, tengah hari mula menunjukkan kuatnya, waktu sekolah telah pun tamat. Semua pelajar mula beransur– ansur beredar dari sekolah itu. Nur Ain berjalan seiring dengan Linda dan Sarah. Rakan – rakan mereka mengajaknya ke bandar untuk meraikan kemenangannya.Hakim juga akan hadir, tapi katanya lewat sedikit. Ada urusan khabarnya.

“aku bangga dengan kau Ain, lepas ni boleh la kau jejak KL tu. Dari dulu itu yang kau impikan kan?”ulah Linda. Mereka bertiga duduk bersama di perhentian bas menanti bas ke bandar. Nur Ain hanya tersenyum. Ya, memang dia sentiasa mengimpikan untuk menjejak kaki ke kota besar itu. Jika dulu kewangan yang menjadi persoalan namun kini peluang sudah ada di depan mata. Cuma dia pasti Hakim yang lebih gembira kerana dapat pulang kepada kawan – kawan atau barangkali kekasih yang dirinduinya. Tidak semena – mena cemburunya membuak.


“hei Ain, kau termenung apa?... kita orang dari tadi cakap kau buat bodoh je.”sergah Sarah. Lamunannya terhenti. “eh, kau cakap pe?...aku tak dengar tadi.”soal NurAin. Dia hanya malu sendiri. Tak guna cemburu pada sesuatu yang bukan hakmiliknya. Lagipun dia sendiri tak pasti dengan perasaannya.
Yang dia pasti tika mata mereka bertentangtadi ada satu getar sepantas kilat di hatinya “ya Allah, Lin, aku rasa kawankita ni, kena penyakit angau ni. Dari tadi asyik duk termenung. Kalau bas lalupun dia tak sedar.”usik Sarah. Linda tergelak besar sehingga ada beberaparemaja melihat tingkah mereka bertiga. Nur Ain tersenyum malu. “mana ada, akutengok bunga – bunga kat kedai mak cik tu lah.”balas Nur Ain. Memang dari tadimatanya tak lari memandang jambangan tulip putih. Linda dan Sarah tergelaklagi. “orang dilamun cinta, semuanya indah belaka kan Sarah.”usik Linda pula.Belum sempat Nur Ain ingin membalas, bas tiba.

Mereka bertiga berjalan seiringmenaiki bas tersebut. Tiba – tiba Nur Ain merasakan ada mata yang melihatnya dibalik cermin kereta Myvi bewarna hitam. Segera di paling wajahnya namun dia gagal melihat wajah pemandunya. “Ain, kenapa?”Tanya Linda yang duduk di sebelahAin. “ermm…aku rasa macam ada orang tengok aku dari jauh.. mungkin perasaan kot.”Nur Ain cuba menenangkan hatinya.“orang?...ke Hakim?...kan kita nak jumpa kejap lagi tak payah lah nak intai buah hati dia.”usik lagi Linda. Nur Ain tergelak kecil. Dia menjeling Linda. Namun hatinya senang dengan usikan Linda. Risaunya tadi hilang di baliktawanya.

Mereka tiba di Pusat Beli BelahMegamall. Hakim berjanji untuk menunggu mereka di KFC. Nur Ain dan rakan – rakannya bersama – sama memesan makanan mereka. Sejenak mereka duduk bersama makanan, Hakim tiba dengan wajah yang serius.. “wei romeo, mari lah kat sini, panggil Linda. Hakim menuju ke meja mereka. Wajahnya yang serius segera dimaniskan. “kau ke mana?... puas kita orang bertiga. Nasib baik tak berjanggut lagi.”sambung Linda. Sarah dan Nur Ain masing – masing asyik dengan makanan mereka. “aku…aku ada hal tadi. Aku pergi order jap.”bangkit Hakim meninggalkan mereka. Wajahnya kelat. Seperti sembunyikan sesuatu.“kenapa pulak mamat tu? Dah datang bulan ke?”ulah Linda. Bibirnya dijuihkan. Sarah dan Nur Ain hanya memandang sahaja. Masing – masing memandang Hakim dengan tanda tanya. Inginbertanya tak berani pula, bimbang Hakim naik angin. Panas barannya tak menentusangat.

Macam – macam mereka berbual.Hampir dua jam mereka lepak di situ. Nur Ain meminta diri untuk pulang. Bimbangpula dengan adik – adiknya. “Ain, saya hantar awak balik iya?”Hakim menawarkan diri membantunya. “hmm tak apalah, nanti kesian pulak Linda dan Sarah kene balik sendiri.”Nur Ain memberi alasan. “eh, tak apa, kau baliklah dengan Hakim,aku dengan Sarah boleh balik sendiri. Macam tak biasa je.”balas Linda sambiltersenyum penuh makna. Lama kemudian Nur Ain hanya mengangguk.

“kenapa diam je?”soal Hakim. Dari tadi dia melihat Nur Ain membisu dalam kereta. “tak adalah, Cuma letih sikit jer.Tak tau nak cakap apa sebenarnya.”jawab Nur Ain. Hakim tergelak dengan jawapan Nur Ain. Lurusnya. “la, ni dah cakap ni…kira cakaplah tu.”kata Hakim. Hampir serentak mereka tergelak. “hmmm well, hujung minggu ni, dapatlah kita pergi KL.”ujar Hakim. “ya, tak sabar saya. Saya ni tak pernah sampai kat sana lagi.”Balas Nur Ain. Matanya tak henti melihat deretan sepanjang kedai. “saya pun dah lama tak balik sana.”jawab Hakim. “ha….dapatlah jumpa dengan orang yang tersayang kan?”Nur Ain cuba mengusik. Hakim terdiam. Dia cuba untuk mengetahui kisah hidup Hakim. Manalah tau dia sudah berpunya. Nur Ain sendiri tak pasti dengan soalannya itu. Berbaur cemburu atau hanya untuk soalan. Hakim sedar taklama lagi dia akan pulang ke pangkuan Milla, gadis yang pernah bertapak dalamhatinya. Namun kini dia sedar gadis itu bukan miliknya. Ego lelakinya tak mahu menerima. Biarlah dia berdepan dengan Milla sendiri untuk mendapat jawapan.

[ Last edited by  silent_kid at 12-4-2009 02:37 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2009 02:25 AM | Show all posts
sori sume...sbb lmbt...laptop rosak....
adeh....
skang lak musim final...so maybe lmbt la n3 nyer...so sorik...
neway thnx bc novel yg tk sbrape neh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 12:00 PM | Show all posts
akhirnya ader gak smbg....., moga dapat jawab final exam dengan baik yer....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 12:01 PM | Show all posts
akhirnya ader gak smbg....., moga dapat jawab final exam dengan baik yer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2009 01:55 PM | Show all posts

Balas #244 sueh2306\ catat

ngeee....thnx kak sue....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 04:24 PM | Show all posts
ada pon sambungannya......thanx asy

good luck utk final ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-4-2009 08:17 PM | Show all posts

Balas #246 alia_hus\ catat

ngeee......
mceh kak alia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 01:41 PM | Show all posts
terimakasih silent kid

suka citer ni

sambung lagi bila free , k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 10:28 AM | Show all posts

Reply #248 sang_arjuna's post

smbung cpt2 kann
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 07:28 PM | Show all posts
heheeh.....sabau2.....

Originally posted by juliet80 at 16-4-2009 10:28
smbung cpt2 kann
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2009 11:03 AM | Show all posts
hmmm....
salam semua....
so sori terlalu lma sya tinggalkan novel ini tergantung disini sahaja
ade sebab2 tertentu yg buatkan otak ini bejat dr berkarya
namun insyaAllah tinta sudah kembali bekarya!!
sy akn cbe yg terbaek!!
aamin...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 11:53 AM | Show all posts
251# silent_kid

wah..baguss...blm baca lagi citer ni..taknak baca citer tergantung..nanti sakit ati...better penulisnye sambung dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 10:38 AM | Show all posts
252# jijah



huhuh.....insyaAllah
cite neh belum complete lg
sbb stil stdy so tk ckp mse nk wat
insyaAllah asy akn mskkan sikit demi sikit....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 11:10 PM | Show all posts

IZINKU PERGI EPISOD 18

Post Last Edit by silent_kid at 29-12-2009 23:12

Izinku Pergi Episod 18

      “Congratulations both of you, saya bangga dengan kamu berdua.”Puan Syazana ulah kepada Nur Ain dan Hakim. Nur Ain hanya gelak kecil sahaja. “so, sekolah ada beri sedikit penghargaan kerana kamu berdua berjaya mengharumkan nama sekolah kita. Khas dari pengetua kita.”sampul surat putih dihulurkan. 4 helai not RM50 dikeluarkan. “gunakan sebaiknya.”Hakim mengangguk. “terima kasih cikgu”.



        Hakim menghulurkan sampul surat putih kepada Nur Ain. “nah untuk awak.” “eh, tapi bukan ke kita dah setuju nak bahagi sama rata? Kenapa awak bagi semua pada saya?”soal Nur Ain. “tak apa awak ambil. Saya tahu buat masa ini awak sangat perlukan duit.”jawab Hakim. “tak boleh duit ini untuk kita berdua. Tak adil untuk awak.” Nur Ain serahkan kembali sampul surat pada Hakim. “Hakim, saya tak suka mengharapkan simpati sesiapa. Saya ingin berusaha dengan titik peluh saya mencari rezeki.”Hakim mengeluh perlahan dengan jawapan Ain. “macam inilah, awak simpan dulu, nanti kita boleh pakai untuk perjalanan nanti.”jawab Hakim sambil menguntum senyuman. Nur Ain membalasnya. Lalu disimpan kembali sampul surat dalam poket unifomnya.



          Sebaik sahaja tamat waktu kelas, semua pelajar meluru ke pagar sekolah pulang ke rumah. Nur Ain berjalan seiringan dengan Sarah. “Kau pergi dengan KL dengan apa nanti?”Tanya Sarah. “oh,aku naik dengan bas, Cikgu Syazana dah belikan tiket untuk kami. Aku gerak ke sana hari Jumaat ni.”terang Nur Ain. “Ain, aku tengok makin lama kau dengan Hakim makin rapat. Ada apa – apa ke?”Tanya Sarah lagi. Nur Ain tersenyum malu. Teserlah lesung pipi di belah kirinya. “ish…mana ada, aku dengan dia kawan je. Kami rapat pun sebab pertandingan tu saja.” Sarah hanya tersenyum mendengar jawapan Nur Ain. Jawapan selamat. Padahal dari jauh dia sudah tahu bahawa Nur Ain dan Hakim menyimpan perasaan antara satu sama lain. “hmm…kau tak teringatkan Fariesh?”mendengar nama teman baiknya disebut. Langkah Nur Ain terhenti. Fikirannya menerawang pada Fariesh yang selalu ada disisinya. Mungkin saat ini, temannya itu turut bangga dengan kejayaanya. Nur Ain tersenyum kelat. Dia selalu terkenangkan Fariesh. Sehingga kini, dia masih belum tahu apa salahnya pada Fariesh. Jauh benar dia pergi. Sarah hanya mendiamkan diri. Tak berani bertanya apa – apa lagi. Biar Nur Ain melayani fikirannya.



        Keluhan berat dilepaskan. Hakim kini sendiri dalam kamarnya. Selepas makan tengah hari bersama ibunya. Hakim meminta diri untuk berehat dengan alasan tidak sihat. Fikirannya menerawang peristiwa tempoh hari. Pertemuan dia dengan Fariesh menyesakkannya.



         Hakim yang baru sahaja sampai ke motorsikal kesayangannya yang diletakkan di belakang sekolah. Baru sahaja duduk di atas motornya ada kelibat menyapa dari belakang. “Assalamalaikum Hakim.”garau suara lelaki itu. Ditoleh kepala perlahan – lahan. Hakim menjawab kalimah mulia tersebut. Tiba – tiba darahnya berderau. “Fariesh?” “ya…aku Fariesh.”Fariesh menanggal kaca mata hitamnya. “terkejut aku kat sini?”soal Fariesh.  

         
          Hakim masih lagi dalam keadaan terkejut. Dia tak pernah menyangka bahawa Fariesh muncul di hadapannya setelah lama menghilangkan diri. “kenapa kau menghilangkan diri macam tu aja dulu? Kau ke mana selama ni?”soalan Fariesh berbalas dengan soalan Hakim.  Farish melepaskan keluhan berat.  Dibiarkan nafasnya diatur pelahan – lahan. “aku sekarang dah belajar kat Penang. Family aku kena pindah kat sana.”jawab Fariesh tenang. “masalahnya, kalau iya pun kau nak pindah, kenapa kau tak bagi tau Ain dulu. Kau tahu tak dia frust sangat bila kau tinggalkan dia macam tu je.”Hakim meninggikan suaranya. Fariesh menelan air liurnya. Matanya melilau kea rah beberapa pelajar yang berjalan ke tempat letak motosikal. “dia takkan frust lama – lama. Sebab dia ada kau Hakim.”Fariesh melemparkan  pandangannya kepada pelajar tersebut.  “maksud kau?”Hakim termangu seketika. “Aku dah kenal Ain lama sangat Hakim. Terlalu lama. Kami memang rapat dan kami memang bahgia sepanjang persahabatan kami.”Fariesh menarik nafas perlahan. Dia mendengus kasar.  Kemudian Fariesh menyambung kembali.



          “namun, sejak kehadiran kau dalam hidup dia. Aku dapat lihat dia bahgia. Aku dapat lihat dalam mata dia.”ujar Fariesh lagi. Hakim hanya diam mendengar penjelasan.  “selepas tamat SPM, aku akan melanjut pelajaran di London so aku memang tak akan berjumpa dengan dia lagi.”kenyataan Fariesh membuat Hakim lebih terkejut. “takkan kau tak nak jumpa dia lagi Fariesh? Kau tak kesian kat dia?”soal Hakim. Gelora dalam hatinya terasa. Dia tahu Fariesh mempunyai perasaan pada Nur Ain namun pada saat ini dia tidak boleh mementingkan diri. Fariesh merupakan teman sepermainan dan teman rapat Nur Ain. Dia tidak terlalu kejam untuk memutuskan sebuah persahabatan yang telah lama terjalin. “tidak. Aku takut kalau aku jumpa dia. Aku tak sanggup nak pergi dari sini. Hakim, kau jagalah Ain. Sesungguhnya dia gadis yang sangat lurus dan baik. Hidupnya penuh dengan liku-liku hidup. Aku harap kau selalu di samping dia ketika dia perlukan kau.”Fariesh menepuk perlahan bahu Hakim. “mustahil untuk aku berjumpa dengan dia sekarang. Tapi satu hari aku akan kembali.”Fariesh kembali memakai cermin mata hitamnya. Hakim hanya mampu mengangguk kepalanya. Fariesh meminta diri. Hakim hanya mampu melihat kelibat Fariesh kian menghilang disebalik pagar sekolahnya yang bewarna biru itu.



           “Mak, dua hari lagi Ain nak pergi KL. Mak betul – betul izinkan Ain pergi?”soal Ain yang baru sahaja selesai mencuci pinggan di dapur. Duduk bersimpuh dihadapan ibunya. Puan Suraya mengukir senyuman mesra buat anak sulongnya. “pergilah nak, lagipun Ain memang dari dulu nak pergi sana kan. Kalau nak tunggu mak dan abah. Lambat lagilah jawabnya. Ain melepaskan keluhan kecil. Dia bimbang akan ibunya. Dengan kesihatan ibunya yang kurang meyakinkan untuk dia berjauhan sukar bagi Ain untuk tinggalkan ibunya walaupun sekejap. “Ain, jangan risau, Alia dengan Aniq kan ada. Lagipun biasanya hujung minggu, ayah kamu tu kerja sekerat hari sahaja. Semua orang ada nak tengokkan mak. Pergilah Ain.”Puan Suraya membelai rambut ikal mayang anaknya. Ain tersenyum melihat ibunya. Dia masak benar dengan perangai ibunya. Puan Suraya tidak suka menyusahkan anaknya. Ain meminta diri untuk ke bilik. Tiba masa untuk mengulang kaji pelajaran. Lagipun petang ini dia harus bekerja. Puan Suraya hanya melihat kelibat anak sulongnya hilang dibalik langsir berenda biru bilik anak – anaknya.



             Nur Ain melabuhkan punggungnya di hujung katil. Dia sebenarnya risau meninggalkan ibunya. Bukan tidak percaya akan Aleya. Tapi sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya untuk menjaga ibu dan keluarganya. Walaupun pemergiannya hanya 3 hari namun tempoh itu cukup merisaukannya. Dia bimbang akan kesihatan Puan Suraya yang tidak menentu sejak kebelakang ini. Dia juga sedar ibunya selalu termenung dan menangis seorang diri. Nur Ain segera mengambil wudhu dan menjalankan tugasnya sebagai hamba Allah s.w.t. Selesai solat. Nur Ain bersiap untuk bekerja. Dia masih perlu bekerja untuk membantu keluarganya. Dia akan membantu selagi yang terdaya.



              “Encik Aliff, saya nak mintak cuti hujung minggu ni boleh?”Tanya Nur Ain. Setelah restoran ditutup. Nur Ain cuba meminta keizinan bosnya itu. Lelaki india muslim dihadapannya tersenyum manis menampakkan garisan gigi putihnya. “boleh, tapi kenapa?”soal Encik Aliff. “oh, saya ada lawatan sekolah. Jadi saya nak mintak cuti hujung minggu ini.”Nur Ain membalas. “ok..ok…pergilah. Sekali sekala kamu kena berehat juga. Sudah lama bekerja. Badan itu letih. Saya benarkan kamu bercuti.”Encik Aliff tersenyum kembali. Nur Ain mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu. Nur Ain meminta diri untuk pulang. Encik Aliff hanya menggelengkan kepala. “muda-muda sudah ada masalah. Biarlah dia berehat.” Dia juga simpati dengan gadis tersebut. Sudah hampir setahun Nur Ain bekerja di restoran miliknya. Sepanjang kehadiran gadis itu, semua pekerja menyenanginya kerna perwatakan yang riang dan suka membantu antara satu sama lain. Malah ada pelanggan yang sanggup datang kerap ke restorannya kerana layanan dari Ain sangat memuaskan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 11:14 PM | Show all posts
harap anda semua sukakannya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 04:13 PM | Show all posts
:pompom: at last ada jugak n3 nya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2009 04:15 PM | Show all posts
256# shahrinas


gomaewa
(^_^)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2010 12:41 PM | Show all posts
IZINKU PERGI EPISOD 19
        Setelah semua barang siap kemas, Nur Ain mengangkat bagasinya ke ruang tamu rumahnya. Puan Suraya dan EncikNordin menanti anak sulongnya di ruang tamu. Hajat mereka untuk menghantar anaknya itu ke stesen bas tapi Nur Ain menghalang. Dia tak mahu menyusahkan keluarganya. Lagipun dia tak mahu keluarganya melihat wajahnya sedih meninggalkan mereka memandangkan ini kali pertama Nur Ain berjauhan dari keluarga. “ayah…mak, Ain pergi dulu iya.”Nur Ain bersalam dengan ayahnya lalu mengucup dengan penuh rasa hormat. “mak jaga diri elok-elok ia?”pesan Nur Ain pada ibunya. Segera dimaniskan romannya. Saat ini mata Nur Ain hampir berkaca. Puan Suraya hanya mengangguk sambil tersenyum manis. Kedengaran sayup – sayup enjin kereta tiba di perkarangan rumah memecahkan suasana sedih mereka.

        Kelihatan Cikgu Syazana keluar dari keretanya. Beliau sempat member kalimah mulia kepada seluruh isu rumah itu. Cikgu Syazana tersenyum kepada Puan Suraya lalu bersalaman. “apa khabar kak?”Cikgu Syazana berbasa – basi. “baik.cikgu”Puan Suraya masih lagi tersenyum. “saya nak bawak Nur Ain pergi ke stesen bas. Kalau lambat nanti kena tinggal pulak.”ujar Cikgu Syazana. Segera tangannya mencapai beg Nur Ain ke bonet kereta. Nur Ain bersalaman dengan adik – adiknya. Aleya dan Aniq hanya tersenyum hambar melihat kakaknya pergi. “leya, jaga mak tau.”pesan Nur Ain sekali lagi. Entah berapa ribu kali dia berpesan pada adik kesayangannya itu. “akak, janganlah risau. Leya jaga mak first class punya.”Nur Ain tersenyum mendengar jawapan adiknya. Nur Ain melambai kepada keluarganya dari kereta Cikgu Syazana. Lama kelamaan imej keluarganya semakin kecil. Semakin jauh. “sudahlah Ain. Tak perlu bersedih. Awak pergi untuk 3 hari sahaja. Bukan lama sangat.”pujuk Cikgu Syazana melihat gadis disebelahnya bermuram durja. Nur Ain hanya tersenyum hambar.

        Hampir 20 minit perjalanan, mereka tiba di Terminal Makmur. Hakim telah pun menunggu di sana. Setelah berbasa basi bas Plusliner telah pun membunyikan hon menandakan akan bertolak dalam beberapa detik lagi. Mereka berdua dengan cikgu mereka. Cikgu Syazana hanya memerhatikan kelibat Hakim dan Ain naik ke dalam bas. Setelah bas meninggalkan perkarangan terminal, Cikgu Syazana turut meninggalkan tempat itu.

        Sepanjang dalam bas, Hakim banyak berbual dengan Ain. Nur Ain banyak mengetahui latar belakang Hakim. Serun pulak mendengar. tak berkelip mata Nur Ain mendengar cerita. Hakim yang melihat Ain begitu hanya ketawa kecil. “Ain, kalau awak buat macam tu, terkeluar pulak biji mata awak.”merah padam muka Nur Ain menahan malu. Hakim suka melihat Nur Ain malu – malu begitu. Dari situ Nur Ain tahu bahawa anggapan semasa mula – mula mengenali Hakim tesasar. Hakim seorang yang peramah malah ringan tulang membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan. “banyak awak tahu pasal saya. Ceritalah pasal awak pulak.”ujar Hakim. “saya tak ada cerita menarik untuk orang dengar.”balas Ain. Ada mendung di wajahnya.  “kenapa pulak awak cakap cam tu?”soal Hakim. “yelah. Saya orang susah.”balas Nur Ain. Terdengar dia mengeluh. “Nur Ain tak baik awak cakap macam tu. Setiap manusia dah diberikan ujian yang Allah tentukan. Dia takkan berikan kita ujian kalau kita tak mampu hadapinya. Setiap ujian yang Tuhan berikan pada kita pasti aka nada seribu rahmat dan hikmah di sebaliknya.”panjang lebar Hakim bercerita. Nur Ain hanya menunduk. Dia sentiasa reda dengan apa jua keadaan keluarganya. Cuma kadang – kadang ingin dia juga berasa hidup senang. Melihat kehidupan Hakim dan Fariesh membuat Ain agak sedikit cemburu. “lepas ni saya tak mahu dengar awak merungut lega. Kita hamba Allah harus terima cabaran baru dapat masuk syurga. Nanti insyaAllah kita berjumpa di sana.”Hakim tersenyum memandang Nur Ain. Pandangannya benar  - benar menusuk kalbu Nur Ain hingga tiba – tiba hatinya berdetar. Perasaannya bergelora. Adakah ini cinta?

        Bas Ekspress Plusliner sudah melewati Bentong untuk berhenti makan tengah hari.  Nur Ain yang nyenyak tidur terjaga setelah diagah Hakim. Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke ruang surau untuk menunaikan solat Zohor sebelum makan tengah hari. “Ain, petang ni saya nak bawak awak jalan – jalan area KLCC nak?”soal Hakim setelah menghabiskan makanannya. Nur Ain yang asyik menyuapkan nasi besinar – sinar matanya. “KLCC? Macam best je. Tak ganggu awak ke? Mana tau awak ada plan lain ke.”balas Nur Ain. “tak pun. Saya tak ada plan lain. Awak datang kat tempat saya. Biar saya jadi tourist guide awak ok.”Hakim mengenyitkan matanya kepada Nur Ain. Kemesraan mereka membuat beberapa mata memandang. Nur Ain hanya tersenyum. Dia mengangguk kecil. Hasrat hatinya memang ingin ke sana tapi dia segan. Lagipun dia tak mahu menyusahkan Hakim. Kini peluang sudah di depan mata. Dia mengikut sahaja. Setelah hampir 40 minit, bas ekpress bewarna hijau itu menyambung perjalanannya ke Bandaraya Kuala Lumpur. 2 jam kemudian mereka sudah pun berada di tengah – tengah Kuala Lumpur.

        Bagai rusa masuk kampung, Nur Ain asyik melihat keadaan sekeliling Kuala Lumpur. Kamera di tangannya tak henti henti mengambil gambar. Hakim asyik melihat Nur Ain. Seketika dia ketawa kecil. Melihat ekpresi Nur Ain yang kagum melihat kepesatan pembangunan Kuala Lumpur. “awak janganlah jakon sangat. Nanti saya bawak awak pusing – pusing punya.”tegur Hakim. Pipi Nur Ain merah menahan malu. Terus dia menyimpan kamera dalam beg sandangnya. Hakim ketawa lagi. Lantas keluarkan telefon bimbit lalu mengambil gambar Nur Ain yang kusam itu. Nur Ain terkejut dan tergamam. Hakim ketawa lagi. “Hakim apa awak buat ni.”suara Nur Ain meninggi. “sshhh…jangan bising. Dalam bas mana boleh bising – bising nanti orang marah.”tegur Hakim. Namun dia masih lagi menahan ketawa. Dia suka melihat wajah Nur Ain merah menahan malu. “saya saja ambil gambar awak buat kenangan. Janganlah marah. Nanti bertambah lagi kedut kat muka awak.”Hakim mengusik lagi. Nur Ain pura – pura marah. Dia cuba ingin merampas telefon bimbit Hakim. “bagi saya handphone awak. Saya nak delete gambar tu.”tangan Nur Ain terkapai – kapai mengambil telefon bimbit Hakim. Hakim pula makin dijauhkan telefon bimbitnya menyukarkan lagi Nur Ain mengambil telefon bimbitnya. Tiba – tiba bas tersebut brek dengan tiba – tiba menyebabkan kepala Nur Ain terhantuk ke cermin tingkap.

        “Ain awak tak apa – apa ke?”Hakim melihat Nur Ain meraba – raba kepalanya. Hakim lantas mengusap rambut Nur Ain. “biar saya tengok ada luka ke bengkak ke.”Nur Ain ingin menolak namun tangan Hakim lebih pantas. Setiap inci kepala Nur Ain dilihat. Takut – takut ada luka atau bengkak. “hmm nasib baik tak ada apa –apa.  Lebam sikit kat tepi kepala. Itulah tak hati – hati dah terhantuk kepala.” Hakim membebel. Nur Ain hanya mendiamkan diri. Penumpang di sebelah mereka hanya melihat telatah pasangan remaja. Mereka hanya tersenyum. Mungkin mengingatkan kenangan zaman bercinta ketika remaja dulu. Mereka menjadi sepi sebentar. Masing – masing melayani diri sendiri.

        Tak lama kemudian, mereka tiba di Hentian Puduraya. Kelibat orang ramai memenuhi Hentian Puduraya membuat Nur Ain berasa rimas. “Ain, jangan jauh sangat. Kat sini bukan macam kat tempat kita. Sini bahaya sikit.”Hakim berjalan merapati Nur Ain. Nur Ain memperkemas beg di tangannya. Takut di sambar orang. Disebabkan Cikgu Syazana mungkin tiba lewat di Kuala Lumpur. Terpaksalah mereka berdua pergi sendiri ke hotel yang disediakan. Turun sahaja dari Puduraya berderet teksi beratur di tepi jalan. “Ain, kita tunggu kawan saya ye. Dia janji nak amik kita.”Hakim sedang mengelap peluh  membasahi dahinya. “kenapa kita tak naik teksi je? Kan senang.”Tanya Nur Ain. “tak apalah. Lagipun dia dah dekat. Dia bawak kita jalan – jalan. Lagipun Cikgu Syazana sampai lambat lagi. Nur Ain hanya mengangguk mendengar penjelasan Hakim. Mereka duduk di ruang menunggu teksi. Banyak kelibat memandang. Ada pandangan yang menakutkan membuat Nur Ain tak senang duduk. “awak, lambat lagi ke kawan awak datang?”Tanya Nur Ain. Wajahnya gusar. Hakim yang asyik membaca surat khabar memandang keadaan sekeliling bimbang ada wajah – wajah yang curiga. “tak apa Ain, awak jangan bimbang. Saya kan ada.”Hakim mengenyitkan matanya. Nur Ain hanya tersenyum malu. Pipinya terasa panas. Selang beberapa minit ada sebuah kereta Proton Gen2 berwarna putih berhenti di tepi jalan. Ada kelibat lelaki keluar dari kereta tersebut dan berjalan ke arah Hakim.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 09:10 AM | Show all posts
best... :pompom:
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 01:07 PM | Show all posts
smbung lagi yer...., panjang2 ckit, dah lama tak der N3 kan..hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.531054 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list