CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

[Copy link]
Post time 14-7-2009 06:39 PM | Show all posts
Selasa Julai 14, 2009

Manek Urai: 87% mengundi, lepasi sasaran SPR
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSEIN

KUALA KRAI: Lebih 87 peratus pemilih telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan hari ini.

Sehingga semua pusat pengundian ditutup pukul 5 petang tadi, 87.3 peratus atau 10,736 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata peratusan itu melepasi sasaran SPR iaitu 85 peratus keluar mengundi.

"Kita gembira kerana jumlah yang keluar mengundi amat baik dan melepasi jumlah yang disasarkan. Peratusan ini adalah antara yang tertinggi dalam pilihan raya kecil di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, dekat sini dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Ismail Yaacob, daripada PAS yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39 dan Mohd Fauzi Abdullah, 50 yang mewakili PAS.

-mStar-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2009 10:52 PM | Show all posts
Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai
14/07/2009 9:06pm

KUALA KRAI 14 Julai - Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini.

Mohd Fauzi, 50, memperolehi 5,348 undi manakala Tuan Aziz , 39, mendapat 5,283 undi.

— BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 11:28 PM | Show all posts


PAS menang nyawa-nyawa ikan

Jul 14, 09 5:09pm       

kemaskini 8.58pm Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam.

DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari ini.

Beberapa pemimpin atasan PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Mereka termasuklah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa; ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad bagi merayakan kemenangan Mohd Fauzi.

Bagaimanapun, tiada seorang pemimpin utama Umno yang hadir, termasuk pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan calon BN.

kemaskini 8.22pm Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah melangkah longlai keluar dari bilik gerakan utama parti di Manek Urai.



Beliau dalam perjalanan menuju ke tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Menurut sumber parti itu, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64 daripada 1,352 undi yang diperolehi pada pilihanraya umum lalu.


kemaskini 8.19pm Keputusan rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi.

Lima peti undi belum sampai di tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menanti ketibaan peti-peti sebelum membuat pengumuman rasmi.

Majoriti setakat ini 36 undi.

kemaskini 8.13pm Keputusan rasmi PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.

Majoriti setakat ini 345 undi.

kemaskini 7.59pm PAS didakwa menang dengan majoriti 65 undi tetapi akibat majoriti terlalu tipis, pengiraan semula dijangka akan dijalankan.


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata BN sedang berusaha agar kiraan semula diadakan.

"Kiraan pertama dan kedua sangat, sangat berbeza," katanya melalui Twitter sebentar tadi.

kemaskini 7.51pm Jika berlaku pengiraan semula di beberapa daerah mengundi, keputusan malam ini mungkin lebih lewat diketahui.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat di bilik gerakan utama PAS di Manek Urai.

Suasana serius di sini setelah agen-agen PAS dari tempat mengundi pulang dengan keputusan masing-masing.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 11:28 PM | Show all posts
tahniah pada yang menang.. berusaha lagi pada yang kalah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 09:50 AM | Show all posts
Gelombang penolakan?
Oleh Noor Azam Abd Aziz
azam@hmetro.com.my

KEKALAHAN tipis Barisan Nasional (BN) yang diwakili Umno dalam saingan pilihan raya kecil Dewan Undangan Kecil (DUN) Manek Urai, semalam, satu lagi pengalaman menyakitkan selepas tewas dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Kerusi ini kembali panas apabila terpaksa dikosongkan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob, daripada Pas, 22 Mei lalu, akibat komplikasi jantung.

Saingan pilihan raya kecil DUN Manek Urai menyaksikan Pas mengambil tindakan berani menamakan, Bendahari Pas Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan sebagai calon mereka.

Sementara itu, BN pula meletakkan harapan tinggi kepada anak tempatan iaitu Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan juga bekas Pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sebagai calon.

Proses membuang undi yang tamat jam 5 petang semalam menyaksikan seramai 10,736 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat baru bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
Jumlah itu mewakili 87 peratus daripada 12,293 pengundi dan ia meningkat sebanyak tiga peratus berbanding pilihan raya umum (PRU) 2008.

Walaupun secara keseluruhan proses pengundian berjalan lancar, ia dicemari beberapa insiden membabitkan penyokong kedua-dua parti bertanding di beberapa kawasan berhampiran tempat membuang undi.

Pertembungan dua calon berbeza latar belakang itu menyaksikan persaingan kali ini begitu sengit apabila keputusannya diumumkan kira-kira jam 9.10 malam.

Pas mendapat 5,348 undi dan BN pula memperoleh 5,283 undi dan tewas dengan majoriti kecil iaitu 65 undi.

Keputusan berkenaan jauh berbeza berbanding pilihan raya umum (PRU) 2008 apabila Pas menerusi arwah Ismail memperoleh 5,746 undi menewaskan BN yang diwakili Zulkepli Omar (4,394 undi) dengan majoriti 1,352 undi. Ini bermakna BN berjaya merapatkan jurang dengan 1,287 undi.

Keputusan pilihan raya kecil ini sememangnya penanda aras buat Pas terutamanya Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menguji pengaruhnya selepas memerintah Kelantan selama 19 tahun.

Saingan pilihan raya kali ini menyaksikan Pas sejak awal yakin menang dengan majoriti besar.

Dalam beberapa ceramah, Pas menjual isu berkaitan royalti minyak Kelantan, kekayaan luar biasa orang Umno, mempersoalkan apa dosa parti itu sehingga ditendang ketika bersama Umno, rasuah dan dasar Umno yang tidak Islam.

Strategi Pas menggunakan sentimen rakyat Kelantan terutama membabitkan isu royalti minyak ternyata hanya memberi sedikit kesan kepada pengundi.

Bagaimanapun, kemenangan dengan majoriti 65 undi belum boleh melegakan Pas kerana ia bagaikan gelombang kepada penolakan secara perlahan rakyat kepada parti itu. Pas juga bernasib baik apabila 117 undi yang dikira rosak dan jika diambil kira kemungkinan untuk tewas kepada BN hampir pasti.

Pilihan raya kecil ini mengulangi kembali sejarah saingan 2004 apabila Pas hanya menang dengan majoriti 53 undi. Ketika itu Pas memerintah Kelantan dalam keadaan tertekan apabila kehilangan 21 kerusi DUN kepada BN. Bagaimanapun, pada Disember 2005 BN merampas satu lagi kerusi Pas di Pengkalan Pasir.

Malah, pertambahan undi drastik kepada BN berbanding 2008 ternyata semangat baru kepada Umno yang mewakili umat Melayu.

Dalam perkembangan sama, ia menunjukkan keyakinan pengundi terhadap kepemimpinan negara diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terutama berkaitan beberapa dasar baru.

Bagi pemerhati politik, walaupun BN tewas ia sebenarnya kemenangan moral kepada parti itu dalam mengurangi majoriti Pas.

Menurut Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Ahmad Nizammuddin Sulaiman kejayaan kali ini menunjukkan perubahan mood pengundi terhadap strategi kempen BN yang lebih berkesan berbanding 2008.

“Saya kira ini usaha kempen yang berkesan dilaksanakan BN. Dalam mood politik yang ada kini adalah agak sukar untuk Pas tewas, tetapi hanya dengan strategi dan taktik yang berkesan saja boleh mencuri atau mengumpan undi,” katanya.

Beliau berkata, strategi BN dengan memberi harapan baru kepada rakyat Kelantan yang jauh tertinggal dalam arus pembangunan menyebabkan mereka sedar Pas seakan-akan gagal.

Ia juga menambah luka Pas yang kini berdepan krisis kepemimpinan terutamanya dalam beberapa dasar mereka yang dilihat semakin menyimpang daripada perjuangan asal.

Perkembangan itu jelas dalam kemelut politik membabitkan isu kerajaan perpaduan, toleransi berlebihan Pas kepada DAP di Perak dan Pulau Pinang serta sikap terlalu tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat sehingga setiap keputusan terpaksa dirujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dulu.

Keadaan itu semestinya mewujudkan rasa kurang senang penyokong Pas yang berasa mereka seperti dipermainkan dengan ‘cakap tak serupa bikin’ pemimpinnya.

Dalam hal ini Pas perlu bermuhasabah dengan kembali merenung perjuangan asal yang dilihat semakin lari daripada kiblatnya.

Dari perspektif lain, walaupun tewas, Umno Kelantan sebenarnya berada di landasan betul di bawah kepemimpinan Datuk Mustapa Mohamed dan ia memerlukan sokongan padu daripada semua pemimpinnya dengan menghapuskan budaya 'cas keting’ (mencantas).

Mustapa berkata, keputusan pilihan raya kecil ini membuktikan rakyat menaruh keyakinan kepada kepemimpinan baru Umno.

“Walaupun BN kalah, kita mendapat kemenangan moral apabila berjaya mengurangkan jurang bilangan undi berbanding pilihan raya tahun lalu, ini membuktikan rakyat memberi sokongan kepada Umno,” katanya.

Berada di pihak yang kalah memang pahit untuk ditelan terutama selepas berhempas pulas bagi memastikan kemenangan. Bagaimanapun, dengan peningkatan undi ini ia boleh dijadikan tonik buat BN untuk terus memenangi hati rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 09:53 AM | Show all posts
Barisan dapat kemenangan moral

KUALA KRAI: Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan moral apabila berjaya mengurangkan jurang majoriti bilangan undi daripada 1,352 kepada 65 undi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang diumumkan, semalam,

Pengarah pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Datuk Mustapa Mohamed, berkata keputusan itu membuktikan rakyat menaruh keyakinan dengan kepimpinan parti itu yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri. Walaupun kita (BN) kalah, tetapi kita berjaya mendapat kemenangan moral. Kita berjaya mengurangkan bilangan undi berbanding pilihan raya umum tahun lalu.

“Ini membuktikan bahawasanya, rakyat memberi sokongan kepada Umno di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak,” katanya pada sidang media di pejabat Kesedar, Peria, di Manek Urai, di sini, malam tadi.

Sementara itu, calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, menganggap kekalahan kepada calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50, sebagai ketentuan Ilahi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2009 09:56 AM | Show all posts
241# redbun


yakin benar menang 2000 undi hakhinya hanya 65.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 09:59 AM | Show all posts
Beza 65 undi
Oleh Noor Azam Abd Aziz, Mohd Sabran Md Sani, Amir Abd Hamid dan Ismail Muhamad
am@hmetro.com.my

KUALA KRAI: Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50, menang tipis dengan majoriti 65 undi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, yang diumumkan semalam.

Keputusan terbabit menyaksikan Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi, mengatasi calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang mendapat 5,283 undi.

Kemenangan Mohd Fauzi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Adnan Hussin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 1, jam 9.10 malam.

Menurutnya, proses pembuangan undi yang tamat jam 5 petang semalam menyaksikan seramai 10,736 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat baru bagi DUN itu.

Jumlah berkenaan mewakili 87 peratus daripada 12,293 pengundi dan ia meningkat sebanyak tiga peratus berbanding pilihan raya umum (PRU) 2008.

Kerusi berkenaan sebelum ini terpaksa dikosongkan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob daripada Pas, 22 Mei lalu akibat komplikasi jantung.

Sementara itu, situasi di dalam dewan sekolah terbabit menyaksikan puluhan petugas media menunggu dengan penuh debaran pengumuman keputusan DUN Manek Urai membabitkan pengiraan 28 peti undi.

Kira-kira jam 7.30 malam, keadaan menjadi sedikit kecoh berikutan berlaku gangguan bekalan elektrik menyebabkan orang ramai di dalam dewan itu riuh rendah dengan kejadian berlaku.

Pelbagai maklumat tidak rasmi mengenai parti mana yang menang tersebar menyebabkan berlakunya kekeliruan antara petugas media dengan maklumat diterima daripada sumber masing-masing.

Selepas 23 daripada 28 peti undi diumumkan kira-kira jam 8.15 malam, pandangan tertumpu dengan kehadiran Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Datuk Husam Musa yang masuk ke Dewan Petra itu.

Sementara itu, di luar dewan penyokong yang kebanyakannya daripada Pas bagaikan sudah mengetahui kemenangan mereka apabila melaungkan keyakinan bahawa parti itu akan menang dalam pilihan raya kecil berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2009 10:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2009 10:34 AM | Show all posts
masa dalam kelas malam tadi
beria kawan aku, kak datin kasi tau
laki dia tepon dari Manek Urai
kasik tau BN menang..
aku rasa mcm tak betul jerk citer nih
sbb area tu Nik Aziz jaga baik-baik..

pagi ni tgk berita
PAS menang, BN tetap kalah
tapi majoriti berapa ketul jerk..

kena kempen kuat skit lagi
mujor la Pak Muhy yang p sana

kalau bijan? harus laaaa

btw, undi rosak lagi banyak dari bilangan majoriti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2009 10:59 AM | Show all posts
Husam: PAS jangkakan akan kalah di Manek Urai

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA KRAI, 14 JULAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manek Urai yang baru dari PAS, Mohd. Fauzi Abdullah menyifatkan kemenangan yang diperoleh hari ini bukan kejayaan peribadi beliau semata-mata.

Sebaliknnya beliau berkata, ia adalah kemenangan Islam secara keseluruhan.

"Saya berterima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi saya, saya bersyukur pilihan raya ini berjalan dengan lancar.

"Saya akan menjadi ADUN dengan sebaik mungkin tanpa mengira fahaman politik," katanya ketika ditemui selepas diumumkan memenangi kerusi DUN Manek Urai sebentar tadi.

Fauzi berjaya mengekalkan kedudukan PAS di Manek Urai hari ini dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pukul 9.07 malam.

Bagaimanapun calon BN dan pemimpin-pemimpin parti itu tidak kelihatan di pusat penjumlahan undi yang diadakan di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

Dipercayai mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk dari Manek Urai ke Kuala Krai.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beliau sangat berbangga dengan pengundi di kawasan Manek Urai kerana mempunyai ketahanan diri yang kuat walaupun wang yang banyak digunakan.

"Majoriti tidak penting kerana kita (PAS) bukan sahaja berhadapan dengan jentera pilihan raya tetapi penggunaan politik wang juga," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS.

Husam yang juga Naib Presiden PAS memberitahu, pihaknya sebenarnya menjangkakan bahawa parti itu akan kalah kali ini.

Oleh itu, beliau menyifatkan malam ini sebagai satu kejayaan luar biasa.

Ditanya sama ada kemerosotan undi malam ini disebabkan faktor kehadiran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Husam berkata:

"Itu soalan nakal."

"Hari ini kita bersyukur kepada semua pihak malam ini. Kita akan analisis keputusan hari ini," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 11:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by catstitch at 15-7-2009 11:05

bnda alah undi ni punya la senang, cross mana suka pon bule rosak undi...
cat speku mmg org yg mengundi ni sengaja merosakkan undi sdr..... ats sbb
-tak tau nk pilih yg mana satu
-tak suka kedua dua belah parti
-niat saje2 nk rosakkan undi
-dua parti asyik nak gahuh je... dua2 tak betol so, aku rosakkan undi......
- mmg "tersangat pandai" smpai mmg tak reti nk mengundi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 03:20 PM | Show all posts
"Kira-kira jam 7.30 malam, keadaan menjadi sedikit kecoh berikutan berlaku gangguan bekalan elektrik menyebabkan orang ramai di dalam dewan itu riuh rendah dengan kejadian berlaku."

ermmmm kalau la BN menang di Manik Urai... akan timbul la isu ini. Orang PAS akan mendakwa

1. Terdapatnya Pengundi Hantu
2. Gangguan Elektrik- pertambahan undi secara tiba-tiba

ermmmmmmmm jadi kemenangan Manik Urai dapat disimpulkan:-

1. Pengundi Hantu menyokong PAS di Manik Urai= dijangka bilangannya 65 orang
2. Sabotaj dari pihak PAS.. masa gangguan elektrik tiba-tiba PAS menang majoriti 65 orang

Camna? Ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 11:10 PM | Show all posts
aku sbg warga warga kelate...berbangga sbb PAS menang hehee..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 01:46 AM | Show all posts
Rabu Julai 15, 2009

Nik Aziz akur faktor pembangunan dijanjikan BN punca PAS menang tipis

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Kelantan itu berkata faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti berkenaan kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu.

"Sebagai contoh janji-janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, pada hari Rabu.

Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kemenangan tipis Pas pada pilihan raya kecil itu.

Pada pilihan raya kecil DUN itu, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan memperoleh majoriti 65 undi, berbanding majoriti yang diperoleh penyandang ADUN kawasan itu, Allahyarham Ismail Yaakob,60, yang memperoleh majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihan raya kecil itu semalam, Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, seorang pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) memperoleh 5,283 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ismail akibat serangan penyakit jantung pada 22 Mei lalu.

Nik Abdul Aziz mendakwa, kemenangan itu juga mungkin disebabkan "rasuah politik" yang digunakan parti itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti menjanjikan pembangunan di kawasan tersebut.

"Oleh itu, saya tidak hairan mengapa calon PAS, mendapat majoriti tipis dalam pilihan raya kecil itu berbanding calon Umno," katanya.

Walaupun 19 tahun PAS mentadbir Kelantan, namun bagi Nik Abdul Aziz kawasan Manek Urai terletak di bawah jagaan KESEDAR, yang merupakan sebuah agensi kerajaan pusat.

Katanya secara logik kawasan Manek Urai termasuk dalam kawasan KESEDAR dan adalah menjadi kewajipan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh BN melaksanakan projek pembangunan seperti itu.

Beliau juga meminta, Kerajaan Pusat melaksanakan projek pembinaan jalan baru dan lebih luas yang menghubungkan Kuala Krai Krai-Gua Musang kerana jalan yang ada sekarang sempit dan mengundang banyak kemalangan.

Di PULAU PINANG, DAP juga mengakui bahawa pelbagai insentif untuk rakyat yang diumumkan sejak Najib menjadi Perdana Menteri adalah antara faktor BN mendapat sokongan pada pilihan raya kecil itu sehingga menyebabkan Pas menang dengan majoriti tipis.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata sejak menjadi Perdana Menteri, Najib telah membuat pelbagai pengumuman yang menggembirakan hati rakyat.

"Ini memberi kelebihan kepada BN dan Umno tetapi kita juga perlu tanya kenapa BN masih tidak menang di Manek Urai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata perpecahan dalam PAS sendiri adalah punca yang menyebabkan calon parti itu menang tipis pada pilihan raya tersebut.

"Masih ada pihak (dalam PAS) yang mahu adakan kerajaan perpaduan dengan Umno. Ini menyebabkan timbul kekeliruan di kalangan pengundi sehingga memberi kelebihan kepada Umno," katanya.

Lim juga berkata masalah di Selangor yang melibatkan ADUN Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali mendesak kerajaan Selangor merombak barisan Exconya juga antara penyumbang kepada kemenangan tipis Pas di Manik Urai.

"Insiden di Selangor yang melibatkan Azmin memberi gambaran tidak sihat kepada pakatan pembangkang bahawa ada perpecahan dalam pakatan pembangkang iaitu bukan sahaja di kalangan parti sebaliknya di dalam parti sendiri," katanya. BERNAMA

-mStar-
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 01:53 AM | Show all posts
Pengundi Manik Urai tetap pilih pemerintahan Islam - Kamarudin

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Jul 15, 09 | 10:37:01 am MYT

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Hrkh) - Pengundi di Dun Manik Urai disifatkan masih mahu dan terus memilih pemerintahan Islam setelah memberi kemenangan kepada Calon PAS, Fauzi Abdullah walau dengan majoriti 65 undi.

Demikian telahan ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar kepada Harakahdaily semasa mengulas kemenangan Fauzi dalam pilihan raya kecil Dun Manik Urai semalam.

Keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan PAS menang dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN yang diwakili Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi

PAS kata Kamarudin tetap menang walaupun dalam keadaan Umno/BN menggunakan seluruh jentera termasuk media dan agensi kerajaan berkempen di sana.

Segala taburan janji pembangunan dan politik ugut yang dibawa Umno/BN tidak termakan oleh pengundi di Manik Urai, ujarnya.

Bagaimanapun, ujar Kamarudin sesuatu perlu dilakukan berikutan kemenangan tipis tersebut.

Sementara itu, beberapa pembaca setia Harakah yang menghubungi Harakah hari ini meminta PAS membuat bedah siasat atas kemenangan tipis itu.

Zaharudin Hashim yang membuat panggilan dari Johor menyatakan, PAS perlu memikirkan strategi yang lebih mantap dan memberi penerangan yang luas kepada pengundi berhubung dasar dan pendekatan PAS.

Bagaimanapun kata Zaharudin, kemenangan tipis ini juga penting sebagai satu 'signal' yang diberi rakyat agar PAS tidak merasakan sentiasa selesa dengan kemenangan besar sebelum ini./wann _

-HarakahDaily-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2009 02:00 AM | Show all posts
Wang dan janji melonjatkan prestasi Umno di Manek Urai?

M Faqih
Wed | Jul 15, 09 | 3:56:39 pm MYT

KUALA KRAI, 15 Julai (Hrkh) - Pada sebelah pagi beberapa pengundi yang pulang mengundi dibayar RM600 setiap seorang oleh petugas Umno di Kampung Manek Urai Baru.

Kemudian pada sebelah tengahari dikurangkan kepada RM500. Dan sebelah petang pula pengundi yang datang menuntut wang tambang pulang mengundi hanya dibayar RM200.

Sebelum itu ketika pulang mengundi mereka sudah dibayar RM200 setiap seorang ketika datang ke rumah Pengerusi Perhubungan Umno di Kuala Lumpur.

Sebuah kereta yang sedia memasang bendera dacing pula dibayar RM400 dan motosikal RM50.

Ada pula pengundi yang diberi wang tunai RM1,000 ketika menerima kunjungan seorang pemimpin Umno ke rumahnya.

Seorang penduduk yang juga pengundi di Manek Urai Lama agak bertuah apabila anaknya yang tidak cemerlang dalam peperiksaan mendapat tawaran segera ke universiti selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke rumahnya.

Tengahari semalam pula sebuah pejabat kerajaan persekutuan digunakan bagi mengagihkan wang kepada pengundi yang pulang dari dari jauh.

Kelihatan orang ramai beratur panjang untuk menunggu mendapatkan wang di pejabat berkenaan.

Kejadian di pejabat kerajaan tersebut mendapat perhatian pasukan peguam PAS dan sedang meneliti kes terbabit.

Seorang penduduk pula melihat seorang pemimpin Umno membawa beg sehingga senget tubuhnya dipercayai berisi sesuatu yang berharga buat pengundi.

Berdasar kepada penemuan mampukah Umno berbangga dengan peningkatan jumlah undi yang diraihkan melalui calonnya, Tuan Aziz Tuan Mat semalam.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, berdasar kepada janji yang dijinakkan kepada penduduk di Manek Urai sepatutnya parti itu sudah menang di Manek Urai.

"Umno tambah gagah lagi dengan bantuan segala jentera kerajaan yang datang dari seluruh negara. Kalau diikutkan dengan segala kekuatan itu Umno sudah boleh menang besar," katanya di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun juga berkata, Umno sepatutnya menang di Manek Urai apabila diambil kira dengan segala kekuatan yang ada pada parti itu.

Biar pun Umno kelihatan perkasa dengan segala bantuan itu namun masih tewas sebanyak 65 undi.

Kemenangan Mohd Fauzi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Uji cukup bermakna sekali. - mj _

-HarakahDaily-
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 02:04 AM | Show all posts
jika benar lah seperti yang didakwa .. maka kemenangan 65 undi tersebut .. memang la amat bermakna untuk mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 02:08 AM | Show all posts
aku sbg warga warga kelate...berbangga sbb PAS menang hehee..
errasazza Post at 15-7-2009 23:10


tahniah ler.. tapi ada pegi mengundi tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 08:55 AM | Show all posts
260# redbun

kalu bleh mau jugak pi mengundi...
tapi sayangla bukan mukim kita....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.082769 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list