CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
Post time 4-8-2010 05:43 PM | Show all posts
fizz dah lama tak n3....
nanti free letak ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2010 01:49 AM | Show all posts
Pagi. Usai menunaikan solat Subuh berjemaah di surau, semua ahli kumpulan sukarelawan sudah berkumpul di depan rumah. Lori pick-up sebanyak 8 biji sudah tersedia di depan rumah bersama pemandu yang terdiri dari orang tempatan.

Kelihatan Ustaz Khalid dan Ustaz Ghani sedang berbincang sesuatu kepada pemandu2 itu dalam bahasa Arab. Diana hanya merenung mereka.

“Kau pun nak ikut masuk ke Gaza jugak ke?” soal Farid tiba2. Entah dari mana datangnya dia, tiba2 sudah berdiri di sebelah Diana.

“Kau ingat kau sorang nak pergi?” soal Diana kembali. Farid menarik nafas, kemudian menjungkit bahu.

“Oh ya..aku terlupa nak tanya…sejak bila kau pakai tudung ni??” soal Farid. Mereka sama2 menunggu arahan untuk memulakan perjalanan menuju ke sempadan Mesir.

“Suka hati aku la..” Diana membalas lemah. Malas dia hendak berbasa basi dengan Farid lagi.

“Well…tapi..” kedengaran suara ketua kumpulan, Encik Kadir dari AMAN Malaysia sudah bersedia hendak memberi taklimat tentang perjalanan mereka sebelum mereka bertolak pagi itu. Diana dan Farid mendekatkan diri mereka dengan Encik Kadir.

“Nampak macam orang Arab pulak bila kau pakai tudung ni…”kata Farid sambil tersenyum2. Dia masih berdiri di sebelah Diana.

“Ada aku kisah???” balas Diana perlahan, enggan suaranya didengari oleh orang lain. Farid senyum.

“Cantik!” bisik Farid sambil berlalu menghampiri Dasuki di suatu sudut. Diana tegamam mendengar ayat akhir dari Farid.Terdiam dia sejenak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2010 02:22 AM | Show all posts
Farid merenung Diana yang sedang mundar mandir tidak jauh darinya. Sejak tiba di pintu masuk sempadan Mesir dan Palestin 4 jam tadi, mereka masih tidak berupaya yntuk memasuki Gaza. Ustaz Ghani dan beberapa orang lagi sudah beberapa kali berunding dengan pengawal sempadan.

“Bila kita dapat masuk ni?” keluh Farid. Dasuki masih lagi berteleku di atas lori pick-up. Bagaikan patung tak bernyawa, mereka sama2 merenung deretan lori yang sarat dengan muatan terkandas di pintu masuk sempadan itu. Menurut En. Kadir, ada lori2 yang sudah terkandas sejak 3 bulan lalu. Lebih mengecewakan, banyak ubat2an dan barang2 makanan rosak terbiar di pintu masuk itu.

“Kita pergi sembahyang kat balai tu dulu…”penat menunggu, Dasuki turun dari lori pick-up. Farid angguk. Zohor sudah hampir lewat. Farid mengikut langkah Dasuki. Ekor matanya sesekali menjeling kea rah Diana yang sesekali berbual dengan Encik Hanafi. Siapa Encik Hanafi dan Diana? Terkadang, Farid lihat Encik Hanafi selalu memberikan tumpuan yang lebih kepada Diana berbanding sukarelawan lain.

Farid terus menuju ke balai yang membolehkan mereka bersolat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 09:24 AM | Show all posts
tq fizzi 4 n3..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 03:23 PM | Show all posts
Kecewanya hati Diana bila rombongan mereka tidak dapat memasuki Gaza pada hari itu. Letih menunggu dari pagi hingga ke Maghrib, akhirnya mereka mendapat tahu, pintu sempadan ditutup dan tiada rombongan dibenarkan masuk sehingga hari esok.

Berang hati Diana tidak terkira. Sofiah masih boleh mengukir senyum. Begnya di letakkan ke dalam lori pick-up.

“Sudahlah. Tak guna marah2. Perkara macam ni memang selalu terjadi.Jom,” ajak Sofiah sambil memanjat lori pick-up. Diana merenung kea rah tembok pintu sempadan.

“Kalau aku ada bom, aku nak bom pintu masuk sempadan ni..” getus Diana. Letih bercampur lapar menjadi satu. Sejak dari pagi, dia hanya sempat memakan roti. Seleranya tawar selagi Gaza tidak dapat ditembusi.

Diana memanjat lori pick-up lalu duduk disebelah Sofiah. Rombongan mereka sudah bersiap2 untuk pulang ke rumah AMAN dan akan kembali keesokan hari. Menurut Ustaz Ghani, Insya-Allah, esok mereka telah dijanjikan oleh pengawal Mesir itu untuk membenarkan rombongan dari Malaysia masuk ke Gaza. Tapi, meski itu adalah janji, ia Cuma mampu menjadi janji yang tidak boleh dipegang. Mungkin esok, lain pula alasan pengawal2 itu.

Farid dan Dasuki tiba2 menaiki lori pick-up mereka. Diana malas hendak melihat kea rah Dasuki dab Farid Dia sudah letih. Marah. Diana memegang kepalanya seseolah pening. Farid sudah duduk betul2 di hadapannya.

Lori pick-up sudah mula bergerak meninggalkan sempadan Rafah.

“ Lapar?” soal Sofiah kepada Diana di sebelahnya. Debu2 beterbangan memenuhi ruang angkasa Rafah yang mula kekuningan dek panas mentari. Cuaca panas kering memeritkan tekak.

Diana memandang farid di depannya. Farid turut  memandang Diana. Diana geleng. Melihat wajah Farid di depannya, lagilah seleranya terbantut.

“ Diana sebilik dengan Shila masa kat kolej dulu kan?” tiba2 Dasuki menyapa Diana. Diana pandang Dasuki. Perlahan, Diana angguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 03:23 PM | Show all posts
“Macamamana Diana boleh join group ni? Dulu, saya tak pernah nampak Diana join mana2 Humanitarian Mission program?” sudah lama Dasuki ingin bertanya soalan itu. Hairan juga tiba2 melihat salah seorang bekas pelajar universitinya tersangkut dalam program itu.

Diana memandang Farid, kemudian Dasuki. Di saat2 itu sebenarnya dia tiada perasaan hendak bersembang mesra dengan sesiapa.

“ Saya hantar nama kat AMAN Malaysia..” balas Diana. Dia agak keberatan hendak meyatakan hal sebenar. Dasuki mengerutkan keningnya. Iya ke?? Takkan begitu mudah?

Melihat pandangan mata Dasuki yang menjengkelkan, Diana megeluh nafas kesah. Daripada duduk berteleku, dia sudah duduk bersila di dalam lori pick-up yang sedang berjalan itu.

Diana pandang Sofiah di sebelahnya. Sofiah senyum. Hmm…gadis ni, dalam keadaan sekarang pun masih boleh tersenyum.

“Ada connection ke dalam AMAN Malaysia?’ soal Dasuki lagi. Farid memandang Diana ingin tahu juga. Dia juga hairan macamamana Diana boleh terlepas ke bumi Anbia ini.

“Pak Long saya, Encik Hanafi tu..” tutur Diana. Lega perasaannya.

“Oooo..patutlah..” Dasuki terangguk2 faham. Bibirnya mengukir senyum sambil melirik kea rah Sofiah yang sedang tersenyum. Wajah Sofiah memang cantik, ibunya keturunan Arab Pakistan. Bapanya Melayu tulen. Jadi, sedikit sebanyak, ciri2 Arab dan Pakistan dapat dilihat di wajah Sofiah.

“Yang ini?” ramah pula Dasuki ini. Pandangannya terarah kepada Sofiah disebelah Diana. Farid mengerling kearah Dasuki. Di universiti dulu, Dasuki ni jarang bercakap dengan perempuan kecuali hal kerja. Apa sudah jadi dengan Dasuki kali ini? Farid mengerut dahi hairan.

Diana memandang Sofiah. Sofiah senyum lagi.

“Sofiah. Saya anak saudara ustaz Khalid,” ramah Sofiah membalas pertanyaan Dasuki. Dasuki senyum lagi.

“Yang ini?” soal Sofiah pula. Jarinya menunjukkan kea rah Farid di sebelah Dasuki dengan sopan. Farid terkesima sebentar. Sudah beberapa hari di Mesir, waktu itu barulah sempat mereka bertegur sapa.

Diana memandang Farid. Farid memandang Diana. Macam ada guli di anak tekak Farid, susah untuk dia bersuara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-8-2010 03:24 PM | Show all posts
“Err..Farid! Saya kawan Dasuki..” itu saja pengenalan Farid. Dasuki tersengih. Sofiah senyum manis sambil terangguk2.

“ Farid sudah kenal Diana lama? Hari tu, saya nampak kamu berdua berbual2 di dewan makan. Macam dah kenal lama…” soal Sofiah tiba2. Serentak, Diana dan Farid berpandangan.

“Farid dengan Diana ni, masa kat universiti dulu, bestfriend. Satu kelab. Kelab Catur. Dulu, selalu nampak diorang study sama2 kat library. Tak pun, main catur sama2 kat kelab. Kan?” soal Dasuki pula.

Diana dan Farid ternganga. Diana terdiam.

“Oh…yakah? Tapi kenapa sekarang tak nampak macam baik pun?” soal Sofiah musykil. Dasuki juga diam, sama2 memandang Diana dan Farid silih berganti. Semua menanti jawapan.

Farid memandang semuanya satu persatu. Diana dipandang. Diana diam Cuma. Farid menarik nafas lemah.

“Dulu kitorang memang baik. Tapi, ada bergaduh sikit masa hujung2 semester tu..kan Di?” ujar Farid sambil memandang tepat ke mata Diana. Diana pandang tepat ke wajah Farid. Tiba2 Farid mengenyit sebelah mata kepadanya seolah2 minta kata2nya diakurkan saja. Terpana Diana dengan perlakuan Farid.

Dia kenyit mata kat aku? Meski tahu maksud kenyitan mata itu, namun Diana berasa kurang senang. Gelisah hatinya.

Sofiah dan dasuki memandang Diana. Diana pandang kedua2nya. Taik ayam betul kau Farid buat aku tersepit macam ni….

“Err..ya…gaduh sikit saja..” akhirnya Diana akur. Farid dipandang tajam. Farid tiba2 senyum. Kekekke..aku menang…….Senyuman Farid menyakitkan hati Diana.

“So..kalau dah ada kat sini, takkan nak bergaduh lagi? “ Sofiah pula bersuara.

“Ya lah. Tak baik bergaduh pun. Lagipun kat sini, kalau bergaduh tak kemana. Balik2 kita akan jumpa muka yang sama juga. Betul tak?” Farid menoleh kea rah Dasuki yang menuturkan kata2 yang luarbiasa di dengar dari mulut Dasuki. Dasuki ni….sejak bila jadi baik dengan perempuan??? Farid pandang Dasuki. Dasuki pandang Sofiah sambil tersenyum manis. Sofiah turut memandang Dasuki dan membalas senyuman manis itu.

Yarkhhh!!!Farid rasa hendak termuntah. Fahamlah dia keadaan itu! Rupanya, selama ini Dasuki seorang lelaki juga! Semasa di universiti dulu, lelaki ini Cuma ulat buku yang aktif berpersatuan. Tapi kat sini…ulat buku dah bertukar menjadi ulat bulu nampaknya!!!

Farid memandang Diana pula. Muka gadis itu serius saja. Adehhh..pandang muka perempuan ni, macam pandang muka ahli sihir….

Farid melepaskan pandangannya kea rah pemandangan luar. Rumah mereka sudah kian hampir. Perjalanan selama 14 km itu akan berakhir sebentar lagi.Fuh..lega!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 03:24 PM | Show all posts
Sebaik mengemaskan sejadah di surau, Farid bergegas ke dewan makan. Dasuki entah  kemana perginya. Habis saja tazkirah selepas Isyak, dia sudah hilang. Farid menapak ke dewan makan seorang diri.

Sebaik tiba di dewan makan, melopong mulut Farid melihat pemandangan di depannya. Dasuki sedang menolong Sofiah mengatur cawan dia atas meja makan!Adoii!!!Ini buang tebiat namanya!!!

“Sebab apa kita bergaduh dulu ya?” tiba2 entah dari mana, Diana sudah berada di sebelahnya. Farid pandang Diana. Dengan jubah berwarna kelabu dan tudung kelabu berbunga2, Diana nampak cantik malam itu.

“Kau dari mana tiba2 ada kat sebelah aku ni?” soal Farid pula. Mereka sama2 merenung isi dewan makan yang dipenuhi pekerja2 sukarelawan.

“Dari sini!!” Diana menunjal lubang hidungnya, menyatakan dia dari situ. Kemudian melangkah meninggalkan Farid. Farid terpana. Cepat2 langkahnya diatur laju menyaingi langkah Diana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2010 03:25 PM | Show all posts
Mereka duduk menikmati makanan yang tersedia. Seharian berpanas di pintu masuk Rafah, macam2 cerita dibicarakan. Farid yang duduk di sebelah Dasuki hanya memandang Dasuki dan Sofiah yang asyik rancak bercerita. Khusyuk Dasuki mendengar cerita Sofiah yang sudah berpengalaman 2 kali datang mengikuti misi bantuan kemanusiaan itu.

Diana masih mengunyah makanannya. Sesekali, Pak Longnya yang sedang berbual dengan ahli2 kumpulannya yang lain dijeling. Mereka sedang berbicara sambil minum kopi di hujung sudut dewan makan.

“Seronok ya kalau tahu bahasa Arab…” Dasuki senyum simpul memuji Sofiah yang bertutur dalam bahasa Arab bila dia meminta.

“Biasa saja..” Sofiah senyum pula.  Farid mula cuak melihat drama dia antara Dasuki dan Sofiah.

“Kalau selamat hari raya, dalam bahasa arab apa?” soal Dasuki pula. Sofiah senyum.

“Kullu ‘aamun, wa antum bi khair..” ujar Sofiah. Dasuki terangguk2.

“Agak2 esok kita dapat masuk ke Gaza tak?” tiba2 Diana mencelah. Keenam2 mata memandang Diana.

“Berdoa sajalah. Mudah-mudahan Tuhan permudahkan urusan kita,” kata Sofiah lembut. Diana senyap.

“Kenapa kerajaan Mesir bersikap macam ni? Dari sudut pilisi mereka, mereka nampaknya lebih suka berjiran dengan Israel berbanding berjiran dengan Palestin. Kalau tak kerana dek pilisi gila mereka itu, aku rasa rakyat Palestin takkan kebulur macam sekarang..” ujar Diana lagi. Terbayang kotak2 makanan yang membusuk di pintu masuk Rafah.

“ Kerajaan Mesir  ada kepentingan politik mereka sendiri. Kau tengoklah, tanah yang paling subur di muka bumi ini sebanrnya adalah tanah tebing Sungai Nil. Kau campakkanlah apa saja biji benih ke tanahnya, pasti ia akan tumbuh. Tapi, hakikatnya kerajaan Mesir masih terikat dengan eksport gandum dari USA. Polisi itu pun sebenarnya salah satu yang mengikat kerajaan Mesir terhadap polisi luar negaranya.,” Sofiah bersuara perlahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 03:25 PM | Show all posts
“ Kalau nak difikirkan pun, buat apa kita uyang dari jauh ni datang menghulur bantuan, sedangkan negara2 Arab yang dekat dengan Palestin ni, ada yang berdiam diri saja. Masing2 mahu menjaga periuk nasi negara sendiri. Kalau semua negara2 Arab bersatu, takkan jadi seteruk ni..” sampuk Dasuki pula.

“Negara Arab hendak bersatu? Hmhh…macam U-topia…cuma mimpi. Kita sudah dibataskan dengan satu perkataan iaitu “kedaulatan”. Semua negara mempunyai kedaulatan mereka sendiri. Jadi, apapun yang terjadi di dalam sesebuah negara itu, selagi ia tidak meminta bantuan Pertubuhan Bangsa2 Sedunia, mana2 negara pun tidak ada hak untuk mencampuri urusan negara tersebut. Jika kita masuk campur, kita digelar mencabul kedaulatan sesebuah negara itu. Itu jugak yang terjadi bila Afghanistan diserang, semua negara duduk diam. Apa yang mereka boleh buat selain hanya melihat,” sampuk Sofiah pula.

“Ya. Kita sebenarnya terperangkap antara kedaulatan sesebuah negara dan tanggungjawab sebagai manusia untuk menolong sesama kita..” Dasuki mengiyakan kata2 Sofiah. Perbincangan mereka bertambah berat pula.

Diana dan Farid saling berpandangan. Masing2 terdiam.

“ Nak masuk ke Gaza sebenarnya tak sesusah mana pun. Jika tak ada checkpoint2 dan karenah pegawai2 Mesir tu, kita boleh masuk ke Gaza dalam masa 1 jam saja. Tapi, aku masih ingat dulu, semasa rombongan kami memasuki Gaza, tiap2 checkpoint yang kami lalui, kami kena bayar sedikit duit kepada pegawai2 tu…8 checkpoint, 8 kali kena keluar duit..” bicara Sofiah.

“Duit untuk apa?” soal Diana pula. Air kopi diteguk perlahan.

“Rasuah…” balas Sofiah.

“Rasuah??” mereka berpandangan. Sofiah senyum lalu angguk.

“Ada sekali tu, kami naik bas, dia minta RM70 untuk satu perjalanan yang tak sampai 10km…” kata Sofiah lagi.

“Diorang tak ada badan pencegah rasuah macam kat Malaysia ke? At least kita boleh buat aduan..” Diana menyampuk pula. Serentak dengan itu, mereka ketawa.
“BPR??..hmmhh..entahlah. mengadu pun macam tak mengadu saja…” keluh Sofiah. Masing2 terangguk2.

“Anak2…marilah…hari sudah lewat. Esok kita perlu bersiap awal..” tiba2 Ustaz Khalid sudah berdiri di meja mereka. Masing2 angguk. Sofiah dan Diana mengemaskan cawan2 lalu membawa ke temapt basuhan. Ustaz Khalid sudah beredar.

“Nak kami tolong?” soal Dasuki .

“tak apalah…sikit saja..” pantas Sofiah menggeleng. Dasuki senyum.

“Kami masuk dulu..” pinta Dasuki hendak beredar. Sofiah dan Diana angguk. Farid senyum kepada Diana.

“Bye!” pendek saja ucapannya, Farid senyum manis kepada Diana. Diana tercengang sambil merenung pemergian Farid dan Dasuki. Malam kian larut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 03:25 PM | Show all posts
Diana mengangkat begnya yang agak berat ke dalam lori pick-up. Satu kotak lagi perlu dinaikkan. Sofiah sudah berada di atas lori. Semua pekerja2 sukarelawan sibuk bersiap sedia untuk bertolak. Barangkali, hari ini peluang mereka cerah untuk memasuki Gaza. Jesteru itu, bekalan makanan dan ubatan dibawa lebih sedikit.
       
Diana tunduk, hendak mengangkat kotak yang berisi makanan di depannya.

“Mari aku tolong..” Farid tiba2 muncul dari belakangnya. Kotak diangkat mudah ke dalam lori pick-up. Diana hanya merenung tingkah Farid. Farid memandang Diana.

“Naik dulu..” pinta Farid. Diana diam, kemudian angguk. Lori pick-up dipanjat. Kemudian Farid pula memanjat lori yang sama. Kotak2 dan barang2 ditolak ke dalam. Dasuki datang kemudian naik ke lori yang sama. Lori pick-up yang berada di hadapan sekali sudah mula bergerak meninggalkan rumah mereka.

“Sedap nasi goreng kamu pagi tadi…” Dasuki memuji masakan Sofiah lalu duduk. Sofiah senyum. Lori mereka juga sudah mula bergerak meninggalkan rumah.

“Oh..bukan saya yang masak pagi tadi. Diana..” kata Sofiah pula. Selalunya, dia yang memasak untuk semua orang.

Pantas Farid memandang Diana. Dasuki senyum.

“Oh..ya ka..Nice cook Diana..” Dasuki memandang Diana. Diana senyum kelat. Farid masih memandangnya. Diana menjeling kearah Farid. Apahal dia pandang2 aku macam tu? Ah…Diana menyelimutkan badannya dengan shawl berwarna kelabu. Dingin pagi menggigit tulang temulangnya. Farid senyum lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 03:29 PM | Show all posts
thanks fizzz....

tanam tebu tepi perigi
ada masa sambung lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 10:16 PM | Show all posts
nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 12:45 PM | Show all posts
Fizzy sambung lagi klu ada idea...
buat cerita gaza dlm bln ramadhan ni bagus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2010 01:18 PM | Show all posts
idea tu ada Qimi...tapi tu lah....masa nak menaip tu yg ciput!!
ni pun ponteng keje 2 hari..muahahahaha!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 01:29 PM | Show all posts
hari ni xde n3 ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2010 02:18 PM | Show all posts
takde n3 baru.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2010 02:33 PM | Show all posts
“Alhamdulillah….akhirnya kita dapat masuk juga…” Dasuki senyum panjang. Mereka melepaskan pandang kea rah pintu sempadan Rafah yang sudah dilewati. Meski terpaksa menunggu hingga 6 jam, akhirnya mereka dibenarkan masuk.

Betul seperti kata2 Sofiah, hampir setiap jalan yang mereka lalui, terdapat checkpoint di mana askar2 Mesir berkawal. Tiap kali itulah, mereka hanya  memandang Ustaz Ghani bercakap dengan askar2 itu di dalam bahasa Arab. Entah apa yang Ustaz Ghani bualkan dengan askar2 itu, mereka jua tidak tahu.

Diana memegang dadanya yang masih berderau. Semasa di checkpoint sebelum itu, ada seorang askar Mesir yang asyik merenungnya bila lori pick-up mereka diperiksa. Tak tentu arah Diana dibuatnya. Lebih menakutkan, tiba2 askar itu berdiri di belakangnya. Betul2 dekat dengannya. Diana hanya menahan geletar di dada. Pandangannya bersatu dengan Farid yang sedang merenungnya tajam.

Namun, segalanya berakhir bila lori mereka mula bergerak meninggalkan pusat kawalan itu. Lega hatinya tak terkata.

“Masih takut lagi?” Sofiah memegang tangan Diana. Diana geleng sambil senyum tawar.

“Askar tu suka kat Diana kot…” Dasuki pula mengusik. Diana menarik muka masam.

“Sebab tu rombongan ni jarang bawak perempuan muda ikut misi ni..Bahaya..” Sofiah tiba2 bersuara.

Farid dan Dasuki memandang Sofiah. Bagusnya ada orang yang berpengalaman macam ni. Macam2 cerita boleh dengar.

“ Ya lah..lebih2 lagi..kalau tengok orang cantik macam Sofiah dan Diana…lelaki mana yang tak nak pandang banyak kali…”sempat lagi Dasuki mengayat…Farid pandang dasuki yang merenung Sofiah sambil senyum manis.

Diana tarik nafas saja mendengar ayat Dasuki. Dasuki ni sejak bila jadi romeo? Lain benar peribadinya sewaktu di kampus dulu…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2010 02:34 PM | Show all posts
Mereka tiba di kem perubatan milik anggota persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia kira2 senja sudah hampir hilang. Khemah2 yang tegak berdiri kelihatan sarat dengan lori pick-up yang baru sampai. Diana menyapu debu dimukanya. Perjalanan kira2 3 jam tadi benar2 memenatkannya.

“Sofi..kita dah sampai..” Diana mengejutkan Sofiah yang terlelap. Cepat2 Sofiah bangun. Diana merenung sekelilingnya. Suasana yang sangat berbeza dari pandangan matanya sedang terbentang di depannya kini. Dasuki dan Farid sudah turun.

“Mari..” Farid bersuara, mengejutkan lamunan Diana yang asyik merenung segenap penjuru pemandangan itu. Tanpa bicara, Diana angguk. Dia terus turun dari lori.

“Ahlan wasahlan! Kaifa haaluki?” seorang perempuan yang agak berumur tiba2 menerpa kea rah Sofiah. Mereka berpelukan mesra. Dasuki, farid dan Diana hanya berpandangan sesame sendiri.

“Bikhair …Aunty Jamilah apa khabar?” Sofiah meleraikan pelukan mereka. Perempuan yang dipanggil Aunty Jamilah senyum senang hati.

“Alhamdulillah. Tuhan masih berikan aunty kesempatan untuk berkhidmat di sini..mari masuk.ajak kawan2...” Aunty Jamilah merangkul pinggang Sofiah.

“Oh ya . Ini Diana, anak saudara Encik Hanafi. Yang ini, kawan2nya. Sukarelawan dari Malaysia. Ini Dasuki, dan ini Farid….” Sofiah memperkenalkan kawan2nya kepada Aunty Jamilah. Masing2 bertukar senyuman.

“Ini.Dr. Jamilah. Doktor yang merawat pesakit2 di sini..” Sofiah bersuara lagi. Masing2 angguk. Sofiah dan Dr. Jamilah membimbit barang2 yang dibawa lalu di bawa masuk ke dalam khemah yang agak besar berbanding khemah2 yang lain.

Dasuki cepat2 mengekori mereka. Farid turut menggalas begnya.

“Jom..” melihat Diana yang masih tercegat, Farid mencuit siku Diana. Diana menggalas begnya. Matanya tak putus2 merenung kanak2 yang sedang bermain dengan batu bata yang terdapat di luar khemah. Wajah kanak2 di situ, semuanya berdebu. Ada dia atara mereka yang sedang mengunyah roti yang agak keras luaranya jika dilihat. Tangannya kehitaman, mungkin debu.  Mata mereka, kaku.

Yang lebih menyedihkan, ada dia antara mereka yang tidak mempunyai kaki. Seorang kanak2 lelaki, berbalut dikepalanya. Kesan balutan itu terdapat darah merah yang sudah kering. Namun, kanak2 lelaki itu leka bermain bersama kawan2nya.

Di satu sudut, beberapa orang perempuan Palestin sedang memasak dengan dapur kayu. Periuk yang digunakan hitam legam. Diana tidak tahu apa yang sedang dimasaknya. Tidak ada bunyi latar kereta, melainkan bunyi manusia yang berjalan ke hulu ke hilir. Dengan wajah yang kaku. Sesekali, terdengar bunyi api yang sedang membakar kayu2 dari tempat wanita2 Palestin itu  memasak.

“Apa yang kau tengok?” Farid menyapanya perlahan. Diana pandang Farid di sebelahnya.

“Aku tak percaya yang sekarang aku dah berada di bumi Gaza…” perlahan suara Diana membalas. Wajah Farid yang disimbah remang cahaya senja dipandang.

“Masuklah. Ada banyak lagi yang kau perlu tengok kat dalam khemah ni…” kata Farid lagi. Perlahan suaranya, lemah. Diana menapak masuk ke dalam khemah. Namun, langkahnya seakan  mati tiba2 sebaik melihat keadaan di dalam khemah. Diana bungkam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2010 02:35 PM | Show all posts
“Kau okay ke?” soal Farid sambil menghampiri Diana yang duduk memeluk tubuh di depan khemah. Suasana malam mula memanjat langit. Diana terketar2, menahan sejuta perasaan yang bertandang di dalam hatinya.

Sebaik melihat keadaan kanak2 di dalam khemah perubatan tadi, Diana terus meluru keluar. Dia tidak jadi hendak masuk ke dalam khemah itu. Seluruh khemah itu dipenuhi dengan kana2 yang sedang menerima rawatan perubatan. Bau darah yang hanyir memenuhi ruang khemah. Melihat keadaan kanak2 yang cedera dengan balutan di sana sini dengan wajah yang kosong, memeritkan hati Diana. Dia tidak dapat berhadapan dengan situasi itu!

“Minum…” Farid menghulurkan sebotol air mineral kepada Diana. Pantas Diana mencapai air itu lalu meneguk dengan rakus. Diana masih diam merenung ke bawah.

“Kenapa kau lari? Kau kan kuat..” soal Farid. Air botol ditangan Diana diambil, lalu air minuman itu diteguknya pula.

“Kau dah sampai ke sini Di. Kau kena kuat…” ujar Farid lagi. Diana terdiam dengan kata2 Farid. Lailahaillallah…Lailahaaillallah….Diana cuba mengumpul kekuatan dengan zikir itu.

“Mari masuk. Maghrib dah dekat..”Farid menarik tangan Diana. Diana masih tidak bergerak. Lailahaillallah..Lailaahaillallah…..Diana menarik nafas kuat. Dia bangun. Diana melangkah meninggalkan Farid yang masih terpinga2 memandangnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055156 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list