CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

   Close [Copy link]
 Author| Post time 9-4-2010 11:24 AM | Show all posts
237# bunick

tungo dulu....
petang nanti kot
tengah cari yam nak buat aiskrim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2010 11:26 AM | Show all posts
ku sabar menanti disini....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:27 AM | Show all posts
smiley..nak aiskrim yam utk lunch boleh???
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:30 AM | Show all posts
kaypo, smiley nak bagi package sekali kut tu sbb tak da breakfast. Dia bagi brunch sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:34 AM | Show all posts
Smiley, baca novel kak mimie Bukan Tak Sudi, Si Anis minat kat Arjun Rampal sekali dia dapat si Arjun Rempah bin Kari alias Si Syarif Dol samseng kg Dusun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2010 11:37 AM | Show all posts
243# cmf_norb_ina

tunggu sat no
yam kena rebus lama skit.... lambat nak empuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-4-2010 11:39 AM | Show all posts
245# anieaina

baru start baca BTS tp tertinggal dalam kereta my fren
esok baru dapat balik

tak sampai lagi part anis suka arjun rampal ittew

smlm tak tgk channel zee... tgk The Love Guru kat HBO
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:41 AM | Show all posts
245# anieaina

..arjun rempah bin kari...aka sarip dol samseng kg dusun.....mmg lawak cite tu kan..aineaina...cite mimie sejak dua menjak mmg berunsur komedi sikit kan..aku suke cite...mamat rambut panjang rockers tapi naik vespa..nyanyi lagu 60an..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2010 11:45 AM | Show all posts
Betul tu kaypo, ceta kak mimie mmg best. Boleh buat org ketawa sorang2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2010 11:45 AM | Show all posts
248# kaypo

a'ah... novel Kalau Ada Jodoh

kelakar nya ... si Pian rambut panjang pastu heroin ( dah lupa nama) pergi tutup mata dia dari belakang sbb ingat tu adik pompuan dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:48 AM | Show all posts
248# kaypo

a'ah... novel Kalau Ada Jodoh

kelakar nya ... si Pian rambut panjang pastu heroin ( dah lupa nama) pergi tutup mata dia dari belakang sbb ingat tu adik pompuan dia
sang_arjuna Post at 9-4-2010 11:45


Paling kelakar pian tayang body kat cermin kunun2 badan dia cantik ..last kantoi dgn heroin yg ada dlm blk / mengintai lupe dah cite tu dah lamakan beli time book fair 2008  kut.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:58 AM | Show all posts
sambung... best cite nie....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 12:27 PM | Show all posts
Paling kelakar pian tayang body kat cermin kunun2 badan dia cantik ..last kantoi dgn heroin yg ada dlm blk / mengintai lupe dah cite tu dah lamakan beli time book fair 2008  kut.....
qimi08 Post at 9-4-2010 11:48


sementara tunggu yam nak empuk..kita selingan dulu kisah pian...

Qimi...part kantoi jadi bodybuilder..ngan seluar kecik tu........pian ni sungguh nampak luaran macho kekonon..tapi manja..makan nak bersuap ngan mak...merajok sikit lari rumah nenek......aku suka bapak pian..pedas oooo..sekali dia bercakap ngan pian...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 12:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by anieaina at 9-4-2010 12:40

pian ni mmg kuat merajuk. Mcm perempuan tapi lagak macho.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 12:52 PM | Show all posts
baca gak cita kalau ada jodoh nie.. hehe.. cita baru mimie afinie yg baru BUkan tak sudi pon best.. kelakar gak.. asyik gelak2 gak baca cita dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2010 01:16 PM | Show all posts
Ibu dan bakal ibu mertuanya sudah menunggu di Zerisa Wedding Planner. Puan Elina, pemilik kedai segera membuka pintu dan mempelawanya masuk.
.
“ Sorry, Lala terlambat. Lama Mak dan Auntie tunggu?” Nafasnya tercungap cungap sambil bersalaman dengan kedua mereka. Berbagai majalah pengantin dan album terbentang di meja bulat di tengah kedai

“ Its okay. Duduklah dulu. Lala nampak penat. Is Datuk Badri working you too hard?” tanya Puan Noraini, ibu Iskandar. Bossnya Datuk Badri ada kena mengena dengan keluarga Iskandar. Tapi dia sendiri tak pasti apa pertalian mereka.

“ Tak adalah. Penat tu memang penat tapi Lala enjoy kerja di sana”

“ Minggu lepas pergi Kuantan, minggu ni nak kena pergi mana pula? Mak dengan Abah pun jarang jumpa dengan Lala. Apa kata Iskandar nanti kalau dah kahwin? Lala tak boleh buat perangai macam orang bujang, keluar rumah dan balik ikut suka hati.” Datin Ainul mula membebel.

“ Kalau Lala  berhenti kerja  lagi bagus. Taklah penat terkejar ke sana sini. Iskandar lebih dari mampu nak support Lala. Lagi bagus kalau Lala duduk rumah, jadi lady of leisure. Jaga makan pakai suami, jaga anak. Banyak pahala tu. Kalau boring boleh buat volunteer work. “

Najlah menelan airliur mendengar kata Puan Noraini. Semakin dekat perkahwinannya, semakin berselirat keraguan. Betulkah keputusan yang aku buat?  Berkahwin dengan pilihan keluarga bukan semudah yang di jangka. Kebelakangan ini Iskandar nampak lain. Bila keluar bersama, ada saja panggilan telefon yang mengganggu. Muka dia pun cuak semacam. Dia ada perempuan lain kah? Baik aku selidik dulu. Sekarang baru rasa menyesal kerana bersetuju dengan cadangan gila Abah dan Mak.

“ Iskandar tak datang hari ni?”  

“ Tahulah saja Iskandar tu. Asyik kerja. Sekarang ni lagi lah sibuk dengan hal politik pula. Lagi pun orang lelaki mana suka benda remeh temeh macam ni. Elok untuk Lala, eloklah untuk dia.” Puan Noraini mengusap tangan Najlah. Is pun satu. Tak pandai jaga hati Najlah. Kerja tetap nombor satu. Kalau boleh nak tidur di ofis terus.

Najlah malas memberi sebarang komen. Cepatlah discus pasal majlis ni. Aku banyak kerja lain nak buat. Malam nanti kena keluar dinner dengan Datuk Bustami. Terpaksa bermanis muka dengan orang tua tu.Tadi dah kena sound dengan Datuk Badri sebab Bukhary Group masih belum bagi Letter of Award. Mesti Adham yang bocorkan kisah di Kuantan. Tak guna!

Dia.mula membelek album. Semua pelamin dan hiasan cantik cantik belaka. Baguslah wedding planner ini. Sesuai dengan citarasa aku. Tapi kena ambil kira kehendak Iskandar juga. Bukan aku nak bersanding seorang diri. Iskandar bercitarasa tinggi. Hantaran yang di beli semua mahal belaka. Beg tangan dan kasut jenama Chanel, alat solek Giorgio Armani, cincin dari Tiffany & Co, jam tangan Cartier. Banyak juga dia berhabis. Walaupun bukan aku yang demand tapi orang nak bagi. Terima sajalah.

“ Bila tarikh majlis ni Datin?” tanya Elisa sambil menyelak organizer.

“ Nikah  pagi 10 November. Majlis bersanding di  Kelab Bukit Kiara 11 November.”

“ Majlis menyambut pengantin di kampung saya di Batu Pahat 20 November tapi yang sebelah sana tu semua buat sendiri. Iskandar cucu sulung parents I. Entah berapa ekor lembu lah nak di tumbang.” Puan Noraini menambah. “ Seronok benar mereka tu sampai dah besarkan rumah.”

Elisa sibuk mencatit nota dan menekan calendar dalam Blackberry. “ Lebih kurang   sebulan lagi. Kita tak banyak masa”

Perut Najlah memulas mendengar kata Elisa. Kepalanya berdenyut. Loya pun ada.  Macam symptom anxiety attack. Dia menghela nafas panjang dan membaca salawat. Syaitan suka ganggu orang yang darah manis.
.
“ Apa konsep yang Lala suka?” tanya Datin Ainul “ Mak suka ethnic komtemporari”

Macam bunyi kategori Juara Lagu. Pandai pandai saja ibu aku ni.

“ Auntie suka English style. Classic and romantic”

Mereka berdua terus memberi hujah masing masing. Najlah cuma membisu. Kalau aku tak datang pun tak mengapa.

“ Apa kata bakal pengantin?” Elisa memandang Najlah yang menopang dagu mendengar perbahasan kedua ibu.

“Saya nak something simple. Tapi kena ada banyak bunga segar. Lebih kurang macam ni” Dia menunjuk  gambar dalam salah satu majalah .

“ Itu latest trend untuk pelamin. We use lots of fresh flowers. Warna tema apa yang you suka?”

“ Hijau”
“ Putih”
“ Lilac”

Kata Najlah, ibunya dan Puan Noraini serentak.

“ Apa kata kita guna tiga warna?. Lots of white, gabungkan dengan sedikit hijau epal dan lilac. The result will be something very fresh and romantic.” usul Elisa.

“ Tak terlampau gaudy kah nanti?” tanya Datin Ainul.

“ Oh tidak. Nanti saya tunjuk gambar apa yang saya nak buat. Kalau tak setuju , boleh tukar. Macam mana dengan hantaran? Datin nak buat sendiri atau saya buatkan?”

“ Biar saya yang buat. Bekas bunga telur pun kami berdua dah tempah dari Indonesia”

“ Okay, sekarang kita pilih design baju. Cik Najlah  sesuai semua jenis pakaian. You are slim dan proportion badan you cantik. “

Najlah menyelak lembaran majalah Bride. Baju rekaan Vera Wang di pilih.

“ Saya suka design ini. Tapi lengannya mesti panjang dan lehernya jangan terdedah sangat. ” Puan Noraini dan Datin Ainul mengangguk. Elisa mengambil sehelai kertas dan melakar baju versi tutup aurat.

“ Ha… lawa design tu. Mesti cantik menantu auntie nanti”

“ Baju nikah pula, I suggest baju kurung Johor dari kain songket putih. Kain sarungnya kain tenun Trengganu in shades of white, cream dan beige. Lain dari yang lain. Selalunya orang pakai semua putih.  Okay tak Najlah, ?” tanya Elisa

“ OK. I memang suka baju kurung traditional.”


“  Kalau macam tu semua settle. Najlah, jom ambil measurement.”

Phew! Lega rasanya. Lepas ini aku boleh balik. Hatinya kembali merudum bila teringat yang malam nanti dia ada temujanji dengan Datuk Bustami. Sebelum tu kena hantar mesej kat Adham. Jangan dia tak datang pula, mati kutu aku nak melayan Datuk Bustami.

.........................................................

sori.. n3 kali nak takde Yam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2010 01:40 PM | Show all posts
lagi la....x sbar nak tgk lala dinner dgn doto m daud kilau
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 01:43 PM | Show all posts
lagi la....x sbar nak tgk lala dinner dgn doto m daud kilau
qimi08 Post at 9-4-2010 13:40


Qimi lepas tu Is nmp si Lala dgn Si Yem bersama Dato
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 01:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by sukahatiku at 10-4-2010 08:45
Ibu dan bakal ibu mertuanya sudah menunggu di Zerisa Wedding Planner. Puan Elina, pemilik kedai segera membuka pintu dan mempelawanya masuk.
.
“ Sorry, Lala terlambat. Lama Mak dan Auntie tunggu?” ...
sang_arjuna Post at 9-4-2010 13:16


Yem tak ada Tak pe... tapi Adham mesti ada ekkk next N3!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 04:27 PM | Show all posts
betul ker iskandar ni gay.., sian kat lala kalu cam tue, nie yang suka lala & yem plak..hehehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.063862 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list