CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN by Ruhil Amani

   Close [Copy link]
Post time 28-7-2010 12:03 PM | Show all posts
salam..
bunick.. bila nk bg n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 12:30 PM | Show all posts
sibuk lagi ke bunick?? tgh menunggu n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 12:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 28-7-2010 12:56

“Bismillahhirrohmanirrahim…”Chengkeh baca bismilah sebelum start enjin kereta. Jangan la ada JPJ buat roadblock. Kalau tak confirm aku kena saman. Dia cakap dalam hati. Nasibnya tak berapa baik hari ni sebab tak ada sorang pun officemate yang boleh temankan dia ke pejabat JPJ di Maju Junction untuk buat lesen baru. Lesen memandu dia yang hilang tu memang ghaib terus, terpaksa la dia buat lesen baru.


Dengan penuh hati-hati Chengkeh melarikan keretanya ke tengah-tengah pusat bandaraya. Perasaan cuak yang bersultan di hati membuatkan dia memandu seperti baru dapat lesen P je. Sesekali matanya melilau ke kiri dan kanan jalan, mana tau tiba-tiba je ada sekatan jalan.


Namun, degupan jantungnya menjadi bertambah kencang bila dia tengok kereta dah bersusun tak bergerak kat depan. Mintak-mintak la ada orang eksiden, jangan la ada roadblock. Chengkeh angkat tangan sambil baca doa. Tak baik sungguh Chengkeh ni baca doa macam tu….


Syak wasangkanya ternyata betul, memang ada roadblock kat depan. Chengkeh rasa macam nak pengsan je bila pegawai JPJ tu ketuk cermin kereta dia dan mintak kad pengenalan serta lesen memandu. Kelam kabut Chengkeh capai handbag kat bawah kaki tempat duduk penumpang. Terketar-ketar tangan dia menggagau cari purse Heloo Kitty warna pink kat dalam handbag. Pegawai JPJ yang handsome tu tak mampu untukmengurangkan darah gemuruh yang lebih kuat dari guruh di hati Chengkeh.


“Cik sila ke tepi ye…” Ujar pegawai JPJ kat Chengkeh.


Tak tertelan air lur Chengkeh saat ni. Mati la aku….Chengkeh dah menangis dalam hati. Perlahan-lahan dia masukkan gear D dan parking kat tepi jalan. Mesti pegawai JPJ tu dah syak aku tak ada lesen ni.


“Mintak ic dengan lesen cik…” Sekali lagi pegawai JPJ handsome tu cakap kat Chengkeh.


Chengkeh keluarkan kad pengenalan dan lesen memandu yang dah tamat tempoh. Dia hulurkan kedua-dua kad tu pada pegawai JPJ yang memakain tanda nama Hadif Iman tu. Sedapnya nama dia….Macam ada bunga je kat dalam hati bila sebut nama dia. Sempat lagi Chengkeh bagi rasa kat nama pegawai JPJ tu.


“Lesen memandu cik ni dah tamat tempoh.” Kata-kata manusia yang bergender lelaki itu menamatkan angan Chengkeh.


Apa aku nak jawab ni…Chengkeh masih bermonolog dalam hati. “Dah tamat ke? Belum tamat lagi la tuan.” Chengkeh buat-buat berani. Memang lesen memandu dia belum tamat tempoh, cuma hilang je.


“Cuba cik tengok. Kat lesen ni tulis 24/08/2007 – 23/08/2009. Atau pun cik ada slip lesen yang lain?” Penuh budi bahasa pegawai JPJ tu tanya Chengkeh.


“Ooooo…yang tu dah expired ye?” Chengkeh tanya balik kat pegawai JPJ tu. Sebenarnya memang lesen tu dah tamat pun,sebab tu lesen P je. Isshhhh, nak goreng apa lagi kat mamat handsome ni….


Pegawai JPJ yang bernama Hadif Iman tu masih setia tunggu Chengkeh bagi slip lesen memandu yang lain. Minah ni ada problem ke….desis Hadif dalam hati. Kesian pulak dia tengok perempuan dalam kereta tu dah menggelabah. Tapi seronok jugak kalau sesekali dapat usik orang awam yang manis macam dia ni. Hadif tahan senyum, nanti kantoi pulak kalau dia senyum.


“Lesen cik hilang ke?” Hadif tanya kat Chengkeh yang dah nak menangis tu. Wajah mendung Chengkeh membuatkan dia tak sampai hati nak main-main lagi.


Perlahan-lahan Chengkeh angguk. Mengaku je lah, kalau dia nak saman pun nak buat macam mana. Nasib baik handsome, kalau pegawai yang dah nak pencen tahan dia mau meluat jugak.


“Sekejap ye cik, saya check dalam sistem tengok lesen cik dah mati ke belum.” Hadif keluarkan satu alat elektronik dari dalam poket seluarnya. Jemarinya menari-nari di atas keypad gajet tersebut. “Lesen cik tak tamat lagi….”


Chengkeh dah senyum lebar. Nasib baik pegawai ni cerdik, tak saman dia dengan melulu je. Selamat duit dia dari bayar saman. Kalau tak, berganda-ganda la dia kena keluarkan duit. Kat kaunter JPJ pun nak kena bayar lagi. Kalau kena saman, kopak la jawabnya.


“Tapi saya boleh saman cik sebab memandu tanpa pamerkan lesen memandu yang sah.” Kata-kata Hadif membuatkan mulut Chengkeh yang tersengih lebar tadi terus tertutup.


“Kena saman jugak ke ni?” Chengkeh tanya dengan serius. Dia rasa macam nak meraung je. “Saya memang nak pergi kaunter JPJ Maju Junction ni tuan, nak buat lesen memandu yang baru.”


“Macam mana saya nak pastikan yang cikk ni nak pergi buat lesen baru?” Hadif tanya Chengkeh sambil senyum.


“Betul tuan, saya tak tipu.” Chengkeh angkat tangan buat isyarat sumpah kat Hadif. “Kalau tuan tak percaya, tuan boleh ikut saya.” Spontan je ayat tu keluar dari mulut Chengkeh. Amboi Chengkeh, kau ingat kau tu siapa nak surug tuan handsome tu escort kau pergi kaunter JPJ?


“Takpelah, cik pergi je dulu. Nanti dah siap lesen baru saya nak tengok.” Hadif hulurkan balik kad pengenalan dan lesen memandu yang dah tak valid kat Chengkeh.


Chengkeh kerut kening bila dengar Hadif cakap macam tu. Buat apa tuan handsome tu nak tengok lesen dia lepas ni. Takkanlah dia nak kena pergi pejabat JPJ pulak semata-mata nak buktikan yang dia nak buat lesen memandu yang baru hari ni.


“Errr…kena tunjuk ke tuan?” Chengkeh ni memang lurus la, bendul pun kalah ni. Takkan dia tak tak tau tuan handsome tu tengah ngurat dia.


“Nanti lesen awak dah siap, call saya.” Hadif hulurkan sekeping kertas bertulisan tangan kat Chengkeh. “Awak boleh jalan sekarang, nanti lambat pulak awak sampai kat kaunter tu.” Hadif tepuk side mirror kereta Chengkeh sebagai isyarat Chengkeh dah boleh gerak dari situ.


Chengkeh yang tergamam lepas dapat nombor telefon pegawai JPJ yang handsome tu cepat-cepat masukkan gear dan keretanya meluncur laju menuju Maju Junction. Perasaan berdebar-debar makin menggugah dada. Dia pegang kemas kertas kecil itu, kalau boleh biar masuk terus ke dalam tulang temulang jemarinya.


Sampai kat kaunter JPJ, dia terus ambil nombor giliran dan duduk di kerusi yang disediakan. Ada lagi sembilan nombor sebelum sampai giliran dia. Kertas kecil yang sudah renyuk itu dia pandang dengan hati yang berbunga. Rasa macam nak cium-cium je kertas tu. Tapi takkanlah dia nak call pulak. Malulah dia kalau dia yang call Hadif Iman. Mesra je nama tu meluncur kat mulut dia. Kalau dia cerita kat Miko dengan Bunick, mesti diorang melopong ni. Kia lain, dia tu seorang yang rasional kalau nak dibandingkan dengan makhluk yang tak berapa nak matang lagi dua orang tu.


Cepat-cepat Chengkeh bangun dan melangkah ke kaunter no enam bila nombor giliran dia dah dipanggil sebanyak dua kali. Dahsyat sungguh Chengkeh berangan, sampai tak sedar nombor giliran dia dah dipanggil.


Dengan bayaran sebanyak lima puluh ringgit, Chengkeh berjaya mendapatkan lesen memandu yang baru. Dan yang paling menggembirakannya, dia hilang lesen memandu tapi dia dapat nombor telefon pegawai JPJ yang handsome tu.


Lebar je senyuman Chengkeh bila keluar dari kaunter JPJ. Dia dah ada lesen memandu yang baru, dia juga ada nombor telefon Hadif Iman. Tapi masalahnya dia memang tak berani nak dail nombor tu. Malu dowh… Dia kan gadis melayu yang penuh dengan sifat santun dan pemalu…..

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:00 PM | Show all posts
Chengkeh diselamakan olh Hadif Iman - sedapnya nama...
psst bunick hero ko semua pakai uniform ekkkk...
irfan polis yg ni penguatkuasa JPJ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 01:03 PM | Show all posts
Chengkeh diselamakan olh Hadif Iman - sedapnya nama...
psst bunick hero ko semua pakai uniform ekkk ...
qimi08 Post at 28-7-2010 13:00



la....x perasan pun kak. ni x tau hero no bape nih...sbb nt mungkin ada hero miko ngan kia plak
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:10 PM | Show all posts
Reply 245# bunick

hero mikoo yg excited nak tahu
ko kena cari yg sesuai dgn watak mikoo.....yg brutal
mau hero nanti kena buli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2010 01:18 PM | Show all posts
Reply  bunick

hero mikoo yg excited nak tahu
ko kena cari yg sesuai dgn watak mikoo.....yg brut ...
qimi08 Post at 28-7-2010 13:10


ahahahhahaa.. x dapek nak mejinkan hero ku kena buli dgn diri ku sendiri..
bunick, x aci aa pg hero encem kat chengkeh sorang2... dah la nama best...
aku nak jugak,..... tp, x nak yg ala auw2... harus aku muntah nnt,,
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:19 PM | Show all posts
tp, x nak yg ala auw2... harus aku muntah nnt,,

Mikoo akak dah gelak dah ni ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 01:27 PM | Show all posts
Nik hero kamu tak ada ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:28 PM | Show all posts
Miko utk kamu tentu yg gagah pekasa

Klu yg auw nanti tak terdaya dia asyik kena buli aje
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:29 PM | Show all posts
tp, x nak yg ala auw2... harus aku muntah nnt,,

Mikoo akak dah gelak dah ni ....
qimi08 Post at 28-7-2010 13:19


eehhehehee... akak tgh gelak ke...
harus laa yg tukang tempek nie terkekeh-kekeh gelak jugak kak....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:34 PM | Show all posts
Nik hero kamu tak ada ke
anieaina Post at 28-7-2010 13:27


hero bunick ade dlm genggeman miko kak..  tgh berusaha nak bg berkenan kat bunick nie..  
si HOT GREEN APPLE..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:35 PM | Show all posts
Reply 251# mikoodette


Mikoo ko brutal dpat Auuuu yg lembut....
bagus gak semua kerja rmh dia buat..
ko jadi mem besar....
dpt cam chef wan tu x payah susah nak masak
cume x tahan mulut dia tu je le
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:35 PM | Show all posts
Miko utk kamu tentu yg gagah pekasa

Klu yg auw nanti tak terdaya dia asyik kena buli aje
anieaina Post at 28-7-2010 13:28


ehehehehe.... kuda ku lari gagah berani..... <-- refleck pulak kat lagu nie kak aina oii....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:35 PM | Show all posts
Miko dah kau genggam hero si Nik mana dia nak berkenan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:39 PM | Show all posts
Reply  mikoodette


Mikoo ko brutal dpat Auuuu yg lembut....
bagus gak semua kerja rmh dia buat ...
qimi08 Post at 28-7-2010 13:35


sggh x rela kak oii.....
mau sy kena lingkup dgn mak ayah sy nnt.... x boleh x boleh...
mmg hari ini dlm sejarah laa nnt...
mintak simpang jauh2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 01:41 PM | Show all posts
Miko dah kau genggam hero si Nik mana dia nak berkenan?
anieaina Post at 28-7-2010 13:35


sy genggam kan utk bunick kak..takut epal hijo lain yg dah layu rembat..
saya sepp kan utk bunick sbnrnya tu... berkenan sgt bunick kat die tu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 02:04 PM | Show all posts
ahahahhahaa.. x dapek nak mejinkan hero ku kena buli dgn diri ku sendiri..
bunick, x aci aa pg  ...
mikoodette Post at 28-7-2010 13:18



miko, harus la hero ko abuat yg komando muka celoreng2 tuh
tp kalau nk yg gagah perkasa, aku buat hero kau body builder cam sazali samad tu ko mau?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 02:06 PM | Show all posts
Reply  mikoodette


Mikoo ko brutal dpat Auuuu yg lembut....
bagus gak semua kerja rmh dia buat ...
qimi08 Post at 28-7-2010 13:35



akak, klu miko dpt yg mcm chef wan tu, harus la miko ada rancangan masakan pasni. boleh la dia jemput kite semua dgn resepi istimewa sebagai tukang masak jemputan a.k.a tukang hulur mangkuk kt chef wan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 02:07 PM | Show all posts
ehehehehe.... kuda ku lari gagah berani.....
mikoodette Post at 28-7-2010 13:35



aku tetiba terimejin ko nyanyi lagu ni ngan rambut gerbang ala2 tok pah miko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.104331 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list