CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cincau

Merged : ROSES V

   Close [Copy link]
Post time 16-8-2010 02:08 AM | Show all posts
Reply 232# rough7976
ok...xda hal.....bila2 pun andak sanggup tunggu.....rough nk cutting ros mini kg yg pink tu kn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2010 05:56 AM | Show all posts
Reply 27# rough7976


    macam kenai ja 1st pic tu..cantik kaler tu...yg 3rd tu x perasan pun ari tu..ada ke??..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 05:59 AM | Show all posts
Reply 28# rough7976


    ros kg ke ni? nampak macam ye je..yg ni pun xnampak ari tu...yg nampak pun dah banyak, tu xtgk yg xnampak lagi...hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 06:02 AM | Show all posts
Reply 20# rough7976


    yg ni lawa mcm tuan dia...cantik betul...pandai ambik gambaq..cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 06:07 AM | Show all posts
Reply 55# aishah


    ros kg ni le yg saya tgh semai skarang...daun dh mula tumbuh banyak....tapi, bunganya belum lagi...
saya campur 3 batang pokok ros kg dalam satu pasu...rasanya...3 3 jenis yg blainan..jimat pasu...hehhe...dah le nak beli pasu kat cni mahal...mgalahkan bunga...klu kat perak tu murah le...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 06:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by fadzlin_hayati at 16-8-2010 06:12

pelik tau...kenapa akar ros ni btambah ke atas...klu tukar pasu, akar kat atas lagi bnyak dari bawah...kkadang masa nak letak baja, nmpak akar pkok..klu tambah tanah...nampak sihat ckit pkok tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2010 06:15 AM | Show all posts
andak dah boleh jadi tokey nusery...klu smpai 100 tu dah tahap gila ros tu..
jarang nak tgk lelaki yg suka ros...hubby pun xsuka sgt...xpenah ambik tau pun pokok ape yg saya tanam...nama pokok lagi xtau...yg dia tau, bunga tu bunga smua sama je katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 06:18 AM | Show all posts
x tbalas ni..thread ni laju sgt...dah xbuka bberapa hari, dah buka thread baru..dah tu page 10 plak..dok baca je dari smalamn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2010 06:41 AM | Show all posts
tu tengok rose kat obesi...yang ni lawa plak ( saya suka bunga kaler pepel)..rega dia yang tak tahan tuhhh, kalu ada member dok sana nak balik, leh la usha suruh bli

http://www.fryers-roses.co.uk/Products/Floribunda_Roses/Blue_for_You.html/
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 07:48 AM | Show all posts
Reply  spiderlily
Tq2....ada gak jiran dlm 3 buah umah yg dh t'kena racun Ros......ros2 andak ...
andak6869 Post at 15-8-2010 16:28



    alamak..dah kena serangan..bahaya 2..ape yg serang ros andak 2?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 07:54 AM | Show all posts
andak & spiderlily, permintaan belum saya terlaksanakan.. mungkin saya bereskan minggu2 yg terdekat  ...
rough7976 Post at 16-8-2010 01:37



    ok..lambat pun xpe..saya rela menunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 09:57 AM | Show all posts
rough , ros saya bile berbunga mcm tak abis .. kembang tak sekata n tak cukup kuar abis dah gugur @ kehitaman . ape ye mslhnya ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 12:32 PM | Show all posts
Rose yang berkembang...

'Paradise'


putih kampung...



putih kampung tapi jadi rambu ramba sebab kna gigit kot


cream color


merah biasa


kuning air



kuning terang]


close up


'green apple'



balance ..lepas kna angkut ngan sofiera



yellow ruffle ari tu dah tukar kaler jadi ijau skit..dah cukup haul,wiken ni kna trim

flashback..bunga yang sama ari tu masa seminggu baru buka
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 01:23 PM | Show all posts
wah kak aishah.. mmg cantik cantik roses tuh... order by pos leh tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 01:24 PM | Show all posts
balance ..lepas kna angkut ngan sofiera


tu lah.. dah tanya ari tu.. kata xde nak sambar apa pun.. ekekeke... takkan dapat menahan gelora hati bila tgk bunga bunga mekar gitu kan.... eheheh
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 01:58 PM | Show all posts
Reply 247# aishah


   kak esah.. rose kampung putih tu untuk jualan ke???? kalo ya, sy nk beli... simpan utk sy... boleh x??? sekali dengan bunga-bunga wangi yg sy pm aritu... nanti sy bankin... ape2 rujuk pm erk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2010 02:04 PM | Show all posts
ni artikel berkenaan dgn pemilik kedai kat SACC Mall tu... cadang nk gi beli racun kat sana... tp x kesampaian.. tgk ler lepas2 pose nih..

Ros perlu kasih sayang

[/url]

Mawar yang cantik perlu penjagaan rapi.

SESIAPA saja akan tertarik dan jatuh cinta jika memandang bunga mawar mekar di kelilingi pepohon renek dan rumput menghijau di laman.

Namun, untuk menanam sendiri mawar di laman, ramai yang mengelak kerana berpendapat pokok berkenaan sukar dijaga dan perlu penjagaan rapi.

Seorang pengurus syarikat yang mengusahakan tanaman ros secara khusus, Encik Kamal Kamaruddin, menyangkal pendapat berkenaan sebaliknya menyatakan penanaman pokok mawar mudah jika anda mengikut prosedur dan cara penjagaan yang betul.

“Kita perlu lahirkan rasa cinta jika mahu menanam mawar sebagaimana bunga berkenaan sering dikaitkan sebagai lambang cinta,” katanya yang sudah empat tahun mengusahakan tanaman mawar dan kerja penyelenggaraan taman bunga berkenaan di sekitar Selangor.

DDEBeliau memberikan beberapa tip bagi penanaman mawar dan menasihatkan mereka yang berminat menanam pokok berkenaan tidak menggunakan baja kimia kerana ia boleh menyebabkan pokok tidak sihat.

“Menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang, jadi gunakan bahan semula jadi serta elakkan penggunaan air dan baja berlebihan,” katanya.

Bagi mereka yang mahu membina laman mawar perlulah memastikan tanah yang digunakan sesuai iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.

[url=http://www.senihias.com/v2/wp-content/uploads/2009/04/ros2.jpg]

Tanam anak pokok mawar dalam beg polistirena.

Sebelum mula menanam, bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. Bunga mawar juga tidak boleh ditanam berselang seli dengan pokok atau tumbuhan lain.

Seeloknya, taman mawar hanya dikhususkan untuknya saja kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.

Selepas tanah dibersihkan dan dicampurkan dengan tanah kompos, dan tanam anak pokok bunga seperti biasa. Kemudian, pokok berkenaan perlu disiram dua kali sehari, pagi dan petang. Air yang disiram mesti sampai ke atas bukannya hanya semburan biasa yang hanya terkena kepada daun.

Kamal berkata, seeloknya untuk pokok mawar dalam pasu air perlu membasahi tanah bagi membolehkan akar mendapat air secukupnya.

Selepas itu, pokok perlu di baja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali. Baja khas yang terdiri daripada isi ikan, kulit udang, sayuran, serbuk soya dan ekstrak sawit.

Baja berkenaan dihasilkan sendiri Kamal dan hanya boleh diperoleh di kedainya saja manakala semburan daripada bahan organik dihasilkan untuk mengelakkan serangan virus, daun nampak lebih segar dan bertindak sebagai anti fungus.

Baja berkenaan akan dapat mengelakkan dahan menjadi kurus, pokok lebih tahan lama, pokok tidak berbunga dan atau daun mengalami masalah seperti kering, kekuningan dan bergulung.


Ubat sembur dan baja khas untuk mawar.

Katanya, baja juga tidak boleh digunakan berlebihan dan jika boleh elak menggunakan baja kimia atau kumbahan seperti tahi ayam dan kambing kerana ia tidak membantu menyihatkan pokok sebaliknya mengurangkan jangka hayat pokok mawar.

Baja najis haiwan biasanya panas dan membawa pelbagai virus yang boleh mencacatkan daun dan bunga.

Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok.

Beliau berkata, ada beberapa kesalahan yang kerap dilakukan mereka yang menanam pokok mawar. Antaranya, menanam pokok mawar berselang seli atau mencampurkan dengan pokok lain, menggunakan racun serangga dan baja kimia, air berlebihan dan kurang baja.

Oleh kerana, mawar dikategorikan sebagai pokok manja, maka ia perlu dicantas dan tanah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar.

Seeloknya, pokok dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.

“Ramai yang merungut, dahan yang dicantas terlalu panjang dan boleh memendekkan pokok. Namun, mereka tidak tahu, jika formula itu digunakan pokok akan lebih cepat berbunga. Setiap dahan yang dicantas akan cepat membawa tunas baru yang turut mengeluarkan kudup bunga,” katanya.

Fakta: Mawar

# Dikenali juga dengan nama ros.

# Saiz bunga mawar di Malaysia dan di Eropah tidak sama kerana perbezaan cuaca. Saiznya lebih besar di negara beriklim sejuk.

# Mawar ada pelbagai warna termasuk biru, hijau lembut dan hitam. Di Malaysia, mawar yang biasanya dijumpai berwarna merah jambu lembut. Namun, mawar berwarna merah, kuning dan putih menjadi pilihan ramai.

# Teknologi dalam industri penanaman pokok menyaksikan pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti mawar ungu merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga.

# Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan ramai kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. Dari segi ekonomi, permintaan pokok mawar melebihi daripada bunga yang lain, digunakan dalam haruman, hiasan dan makanan

# Satu masa dulu di Eropah, bunga mawar menjadi bunga penting untuk taman larangan Istana.

# Ada pelbagai jenis mawar di dunia. Namun, ia dikategorikan dalam tiga jenis utama iaitu Mawar Liar, Mawar Taman Tradisi dan Mawar Taman Moden

# Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 03:22 PM | Show all posts
Reply 251# spiderlily


    bagus la info yang lily bg ni... syu mmg dah berminat dengan ros sejak dulu lagi... tapi tak la banyak mcm kawan2 kat tread ni... seronok dengan tread ni. nanti syu tepek gambar ros yang kembang di laman rumah syu........
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 03:28 PM | Show all posts
Reply 200# andak6869


    andak...aah..ros kg...insyaallah kalau pkk dah makin chat enie inform andak ekk...dun worry...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 03:32 PM | Show all posts
Reply 229# rough7976


    rough...yg mana satu ekk 'seven sister ros' nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.069120 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list