CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 28-10-2023 01:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:38 PM | Show all posts
Edited by anniez08 at 28-10-2023 04:50 PM

AFRIKA
Congo catat penularan taun terbesar di dunia - WHO

Oktober 28, 2023 @ 3:31pm


Seorang kanak-kanak menerima rawatan bagi penyakit taun di pusat perubatan dikendalikan Medecins Sans Frontieres (MSF) atau Doktor Tanpa Sempadan di Munigi, Congo. - Foto REUTERS
KINSHASA: Congo merekodkan lebih 41,000 kes taun yang menyebabkan 314 kematian, menjadikannya antara wabak taun terbesar di dunia tahun ini.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, kes taun kembali meningkat di Congo ekoran krisis kesihatan yang semakin memburuk sejak awal 2023 dengan ia tertumpu di timur, selepas beberapa tahun mencatatkan penurunan.


WHO dalam kenyataan semalam, berkata kira-kira 1,000 kes dilaporkan setiap minggu, selepas kemuncak pada April lalu, selain menjelaskan penularan lebih besar dan berlarutan akan memberi cabaran tambahan kepada pekerja kesihatan.


Pada Oktober 2023, kerajaan Congo memulakan rancangan menghapuskan wabak taun dari negara itu menjelang 2030.

Taun ialah jangkitan cirit-birit akut berpunca akibat pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan bakteria Vibrio cholera.


Ia kekal sebagai ancaman global kepada kesihatan awam dan berfungsi sebagai penunjuk ketidaksamaan dan jurang pembangunan sosial.

Mengikut WHO, penyelidik menganggarkan antara 1.3 hingga empat juta kes membabitkan 21,000 hingga 143,000 kematian berkaitan taun di seluruh dunia, setiap tahun. - AGENSI

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 04:43 PM | Show all posts
Hujan duit RM4.8 juta!


ORANG ramai berkumpul di tengah padang bagi mengutip wang. FOTO Tangkap Layar IG

Prague: Pempengaruh dari Republik Czech mengejutkan penduduk tempatan dengan mencampakkan wang AS$ 1 juta (kira-kira RM4.8 juta) dari sebuah helikopter berhampiran bandar Lysa nad Labem.

Kamil Bartoshek atau dikenali Kazma yang juga pengacara TV Republik Czech berhasrat untuk memberikan sejumlah besar wang kepada seorang pemenang.

Katanya, peserta perlu menyelesaikan kod yang dikodkan dalam filem Kazma 'Onemanshow: The Movie' untuk mencari wang itu namun tiada siapa yang dapat menyelesaikan misteri itu.

Kazma kemudiannya merangka strategi alternatif dan memutuskan untuk berkongsi hadiah wang dengan semua peserta yang sudah mendaftar.

Pada Ahad jam 6 pagi, Kazma menghantar e-mel kepada mereka termasuk butiran yang disulitkan di mana dia akan mendepositkan wang itu.

Kazma mengotakan janjinya dan tiba dengan helikopter di lokasi serta masa yang ditetapkan.

Lelaki itu memuat naik video itu di akaun Instagram (IG) rasminya dengan kapsyen, "Hujan wang sebenar pertama di dunia!"

"Helikopter kargo akan terbang melintasi Republik Czech dalam beberapa hari.

"Hanya mereka yang mengaktifkan kad mereka akan tahu bila dan di mana ini akan berlaku," kata Kazma dalam satu pengumuman sebelum tarikh akhir.

Ketika wang jatuh dari langit, ribuan individu berkumpul di ladang dan mengambil semua wang kertas dalam beg plastik dalam masa kurang satu jam.

Dalam video yang dikongsi dalam talian, orang ramai dilihat berlari pantas di tengah padang dengan beg, cuba mengumpul sebanyak mungkin bil satu dolar.

Ada juga yang membungkus payung untuk memperoleh wang sebanyak mungkin secepat mungkin.

Menurut Kazma, kira-kira 4,000 individu datang dengan setiap wang kertas termasuk kod respon pantas (QR) yang dipautkan ke portal Internet di mana pemenang boleh menderma wang kepada badan amal.
https://www.hmetro.com.my/global ... ujan-duit-rm48-juta
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 04:45 PM | Show all posts

Salah alamat punya pasal, rumah kena roboh


GAMBAR HIASAN

Miami: Seorang wanita hilang tempat berteduh selepas mendapati rumah miliknya di Atlanta sudah dirobohkan selepas dia pulang bercuti.

Portal news.sky.com melaporkan, rumah milik Susan Hodgson dipercayai tersilap dirobohkan semasa ketiadaannya.

Menurut Hodgson, seorang jiran menghubunginya ketika bercuti dan bertanya sama ada dia ada mengupah seseorang untuk merobohkan rumahnya.

"Saya berkata 'tidak' dan dia (jiran) berkata ada seseorang yang baru saja merobohkan seluruh rumah," kata Hodgson.

Hodgson berkata, apabila jirannya bertanya dengan pekerja, dia diminta untuk diam dan tidak masuk campur.

Wanita itu kemudian mewakilkan seorang ahli keluarga bagi meminta permit pekerja.

Apabila salah seorang kakitangan menyemak permit, Hodgson diberitahu yang mereka mengaku tersilap alamat.

Rumah itu tidak mempunyai sesiapa yang tinggal di sana ketika ia dirobohkan.

"Kami menyimpannya di papan, ditutup, dipotong rumput, dan halamannya bersih. Cukai dibayar dan segala-galanya sudah ditetapkan," katanya.

Menurut Hodgson, dia tidak mendapat sebarang makluman daripada syarikat yang bertanggungjawab.

"Apa yang perlu saya lakukan untuk membetulkannya. Ia adalah satu 'kemalangan'.

'Mereka tidak memberi saya apa-apa. Saya rasa mereka berhutang maaf kepada kami dan perlu menyelesaikan masalah itu," kata Hodgson.

Dalam satu kenyataan kepada WAGA-TV, syarikat terbabit memaklumkan sedang menyiasat dan berusaha untuk menyelesaikan hal itu.
https://www.hmetro.com.my/global ... al-rumah-kena-roboh
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 04:50 PM | Show all posts
Klopp sedia gilirkan pemain The Reds


Mohamed Salah muncul penjaring gol terbanyak bagi kelab EPL dalam pertandingan Eropah selepas meledak ketika Liverpool menang 5-1 ke atas Toulouse pada aksi Liga Europa. – Foto premierleague.com

LONDON: Liverpool akan cuba meneruskan usaha mencabar kejuaraan malam esok apabila mereka melayan kunjungan Nottingham Forest yang dilihat sukar untuk ditewaskan pada musim keduanya kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool memulakan hujung minggu ini enam mata di belakang Tottenham dan di tangga keempat kedudukan liga yang agak sengit ketika ini.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp masih mengekalkan rekod sempurna di laman sendiri dalam semua pertandingan, sesudah menundukkan jiran tetangga Everton 2-0 Sabtu lalu diikuti membelasah Toulouse 5-1 awal pagi semalam dalam aksi peringkat kumpulan Liga Europa.

Namun dengan hanya 72 jam untuk memulihkan diri, Klopp terpaksa menggilirkan pemainnya.


Beliau bertuah kerana mempunyai skuad besar yang menyaksikan penjaring gol terbanyak kelab Mohamed Salah hanya masuk sebagai pemain gantian ketika menewaskan kelab Perancis di Anfield.

"Ia bermakna ramai pemain yang tidak beraksi (menentang Toulouse) akan bermula Ahad ini (malam esok)," kata Klopp.

"Rentak ini adalah rentak yang kami miliki tahun ini dan kami perlu menyesuaikan diri dengannya secepat mungkin."



Nottingham Forest (jersi merah) hanya mampu seri 2-2 dengan Luton Town di The City Ground minggu lalu. – Foto premierleague.com

Selepas bergelut untuk memastikan kekal dalam EPL buat musim kedua berturut-turut pada kempen lalu, Nottingham Forest sudah menjarakkan diri enam mata berbanding zon penyingkiran.

Skuad kendalian pengurus Steve Cooper bertindak baik ketika kalah di gelanggang lawan kepada Arsenal dan Manchester United dan meraih kemenangan 1-0 di Chelsea pada awal September.

Namun The Trees kini seri empat daripada lima perlawanan terakhir, dengan tiga daripadanya di laman sendiri menentang pasukan yang dianggap penyokong mereka patut dimenangi.

Terbaharu, Forest mensia-siakan pendahuluan dua gol ketika seri 2-2 di laman sendiri dengan pendatang baharu Luton Town, di sebalik dua gol Chris Wood pada awal babak kedua.

"Kami perlu mengatasinya. Saya perlu memperbaikinya," kata Cooper mengenai pendekatan permainan yang menyebabkan mereka dibolosi. "Kami perlu bergerak ke hadapan dan perlu lebih daripada bersedia bagi perlawanan berikutnya."

Pemain tengah Liverpool, Curtis Jones akan menyempurnakan penggantungan tiga perlawanan kerana kad merah diterimanya ketika kalah 2-1 secara kontroversi di Tottenham Hotspur.

Sementara itu, bekas penyerang Liverpool, Divock Origi terlepas peluang untuk membuat kemunculan pertama di Anfield bersama Forest susulan kecederaan pinggul. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ilirkan-pemain-reds
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 05:03 PM | Show all posts
FDA beri amaran ubat titis mata tertentu memudaratkan, tingkat risiko jangkitan dan buta
Oktober 28, 2023 @ 4:41pm



Amaran FDA adalah untuk 26 ubat mata yang dijual bebas daripada beberapa jenama utama. - Foto AGENSI

WASHINGTON: Pentadbir Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) semalam memberi amaran kepada pengguna untuk tidak membeli atau menggunakan ubat titis mata membabitkan beberapa jenama termasuk CVS Health Corp dan Cardinal Health kerana boleh menyebabkan jangkitan mata dan dalam beberapa kes, mungkin berisiko menyebabkan hilang penglihatan.

Pengawal selia kesihatan AS itu mengesyorkan supaya 26 produk ubat titis mata yang dijual di kaunter tidak digunakan terutama untuk merawat gejala mata kering dan kelegaan terhadap kerengsaan mata.

FDA dalam satu kenyataan memaklumkan, ubat titis mata terbabit dipasarkan oleh CVS Health, Rite Aid dan Cardinal Health bersama-sama jenama lain iaitu Target's Up & Up dan Velocity Pharma.

Agensi berkenaan turut meminta pengilang menarik balik semua produk berkenaan selepas pihak penyiasat mendapati persekitaran di kemudahan pembuatan itu tidak bersih.

FDA berkata, penggunaan produk penjagaan mata tertentu daripada jenama terbabit boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan secara separa atau buta sepenuhnya.


Bagaimanapun, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang 'laporan buruk' mengenai jangkitan mata yang dikaitkan dengan produk berkenaan.

Menurut FDA, CVS, Rite Aid dan Target sedang mengalih keluar produk dari rak kedai dan laman web mereka.

Tambahnya, produk berjenama lain seperti Leader, Ragbi dan Velocity mungkin masih boleh dibeli di kedai dan secara dalam talian, namun pengguna dinasihatkan supaya tidak membelinya.

"Setelah dimaklumkan FDA, kami telah (CVS) menghentikan serta-merta penjualan produk itu di kedai dan secara dalam talian membabitkan semua produk yang dibekalkan oleh Velocity Pharma," kata rangkaian kedai ubat itu dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada Reuters.

Tambahnya, bayaran balik secara penuh akan diberikan kepada pelanggan yang memulangkan produk.

Setakat ini, Cardinal Health dan Velocity Pharma masih belum memberikan reaksi berhubung isu berkenaan. - REUTERS

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2023 05:11 PM | Show all posts
Indonesia terbangkan pesawat guna bahan api campuran minyak sawit
Oktober 28, 2023 @ 4:01pm


Pesawat milik Garuda Indonesia melakukan penerbangan komersial pertamanya menggunakan bahan api jet campuran minyak sawit. - Foto REUTERS
Indonesia conducts first commercial flight using palm oil-blended jet fuel

Indonesia terbangkan pesawat guna bahan api campura minyak sawit

JAKARTA: Indonesia semalam, melakukan penerbangan komersial pertamanya menggunakan bahan api jet campuran minyak sawit.


Ia dilakukan ketika pengeluar sawit terbesar dunia itu mendesak penggunaan biofuel lebih meluas untuk mengurangkan import bahan api.

Ketua Pegawai Eksekutif Garuda Indonesia, Irfan Setiaputra, berkata pesawat Boeing 737-800NG kendalian syarikat itu membawa lebih 100 penumpang dari Jakarta ke Surakarta dengan jarak kira-kira 550 kilometer.


"Kami akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Pertamina, Kementerian Tenaga dan pihak lain untuk memastikan harga bahan api ini berpatutan," katanya sambil menambah pesawat itu dijadual pulang ke Jakarta, semalam.

Garuda menjalankan beberapa ujian termasuk ujian penerbangan menggunakan bahan api baharu awal bulan ini, manakala ujian enjin, pada Ogos lalu.

Bahan api jet campuran minyak sawit dihasilkan firma tenaga Indonesia, PT Pertamina di kilang penapisannya di Cilacap, menggunakan teknologi hydroprocessed ester and fatty acid (HEFA) dan diperbuat daripada minyak isirong sawit luntur ditapis.

Pertamina berkata, bahan api berasaskan sawit itu kurang melepaskan gas rumah hijau, berbanding bahan api fosil, selain negara pengeluar minyak sawit menggesa minyak makan, dimasukkan ke dalam bahan mentah pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF).

Pengarah Pertamina, Alfian Nasution, berkata 2.0 SAF dihasilkan di unit Cilacap, menggunakan teknologi pemprosesan bersama dan diperbuat daripada minyak isirong sawit luntur ditapis dengan kapasiti pengeluaran 1,350 kiloliter sehari, pada 2021.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Tenaga, Harris Yahya, berkata penggunaan biofuel akan mengurangkan kesan rumah hijau.

Penerbangan adalah industri utama melepaskan gas rumah hijau, selain sedang mencari kaedah untuk mengurangkan jejak karbonnya, menggunakan sumber alternatif.

Pakar berkata, industri penerbangan akan memerlukan 450 bilion liter SAF setahun menjelang 2050, jika ia menyumbang kepada kira-kira 65 peratus pengurangan diperlukan untuk mencapai sasaran sifar pelepasan gas hijau.

Namun, beberapa negara menimbulkan kebimbangan mengenai potensi penebangan hutan bagi pengeluaran minyak sawit dari ladang dengan Kesatuan Eropah mengenakan sekatan import ke atas komoditi itu.

Pada 2021, Indonesia menjalankan ujian penerbangan dengan bahan api sama pada pesawat Dirgantara Indonesia, dari Bandung ke Jakarta.

Indonesia mewajibkan tiga peratus penggunaan biofuel untuk bahan api jet, menjelang 2020, namun pelaksanaannya ditangguhkan. - REUTERS

Kredit: Berita Harian


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 05:17 PM | Show all posts
Selamat petang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:50 PM | Show all posts
95 'scammer' ditahan di Myanmar



Yangon: Polis Myanmar menahan 95 individu ketika serbuan minggu ini terhadap operasi penipuan dalam talian di hab komersial Yangon, kata pihak berkuasa.

Negara itu berada dalam keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021, dengan sindiket jenayah mengambil kesempatan daripada pelanggaran undang-undang untuk menjalankan pusat penipuan, terutamanya di kawasan sempadan.

Pihak berkuasa menahan seramai 95 orang di tiga alamat di Yangon pada Khamis – kebanyakannya warga Burma, walaupun ada yang berasal dari negara asing yang tidak dinyatakan.


Polis merampas kereta BMW, komputer riba, telefon, komputer meja dan peralatan lain dalam serbuan itu, menurut kenyataan junta Myanmar yang dikeluarkan lewat Jumaat.

"Pada komputer terdapat data daripada orang di luar negara, digunakan untuk menipu wang dalam talian," kata kenyataan itu.


Pegawai juga menyerbu rumah yang disyaki ketua operasi itu, tetapi dia masih bebas, tambahnya.

Serbuan itu menandakan kali pertama junta Myanmar mengumumkan penahanan besar-besaran kerana penipuan di Yangon.

Tangkapan sebelum ini tertumpu di sempadan utara dengan China.

Myanmar berada di bawah tekanan daripada sekutu utama Beijing untuk menghapuskan pusat penipuan, yang sering menyasarkan warga China.

Kumpulan penjenayah dikatakan memikat, menculik atau memaksa beribu-ribu warga China dan penduduk tempatan menjadi buruh paksa dalam operasi penipuan dalam talian yang berpangkalan di Asia Tenggara.

Penipu biasanya melatih mangsa mereka selama berminggu-minggu sebelum meyakinkan mereka untuk menyerahkan wang untuk pelaburan palsu dan muslihat lain, kata penganalisis.

Pemerdagangan orang yang berkaitan dengan kasino dan operasi penipuan yang dijalankan oleh jenayah terancang "telah berkembang pesat di seluruh Asia Tenggara, terutamanya di Mekong", dan keuntungan berada pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menurut Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Industri penipuan memperoleh kumpulan penjenayah setara dengan berbilion dolar, dengan keuntungan menyaingi KDNK beberapa negara di rantau ini, kata agensi itu dalam laporan pada September.

Mangsa telah melaporkan perjalanan ke Myanmar, Kemboja, Thailand dan Laos atas janji palsu percintaan atau pekerjaan bergaji tinggi hanya untuk ditahan dan dipaksa untuk menipu orang.

Kementerian Luar Thailand berkata 219 warga Thailand terjebak dalam penipuan Myanmar dan rangkaian pemerdagangan orang di utara negeri Shan.

Setakat ini pihak berkuasa telah menyelamatkan 153 rakyat Thailand, kata jurucakap Kanchana Patarachoke pada Jumaat.

Kredit: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 05:51 PM | Show all posts
21 maut lombong arang batu terbakar



Gambar lombong arang batu ArcelorMittal sebelum kebakaran berlaku. - FOTO AFP

Berlin: Sekurang-kurangnya 21 pekerja maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan, lapor agensi berita Jerman dpa.

Seramai 23 lagi pelombong disenaraikan sebagai hilang susulan insiden yang berlaku di bandar perindustrian Karaganda, kata syarikat Arcelormittal.

Menurut syarikat multinasional itu, seramai 208 daripada 252 pekerja terselamat.

Pada Ogos lalu, kemalangan maut berlaku di satu daripada lombong milik syarikat yang sama.

Sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan mendapati syarikat itu perlu bertanggungjawab atas insiden berkenaan.

Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev dilaporkan telah mengarahkan kerajaan untuk menamatkan kerjasama pelaburan dengan Arcelormittal.
https://www.hmetro.com.my/global ... arang-batu-terbakar
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 09:24 PM | Show all posts
Lebih 100,000 orang protes tuntut PM Bangladesh letak jawatan


DHAKA: Lebih 100,000 penyokong dari dua parti pembangkang utama Bangladesh berhimpun di Dhaka bagi menuntut Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletak jawatan.

Individu berkenaan menuntut Sheikh Hasina berundur bagi membolehkan pemilihan yang bebas dan adil di bawah kerajaan neutral.

Protes anjuran parti pembangkang utama iaitu Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) dan Jamaat-e-Islami merupakan demonstrasi terbesar setakat tahun ini.

Malah, demonstrasi itu menandakan fasa baharu dalam bantahan mereka ketika pilihan raya umum bakal diadakan dalam tempoh tiga bulan.

Sheikh Hasina yang merupakan anak perempuan kepada pengasas negara itu sudah memerintah selama 15 tahun, selain pernah menyaksikan pertumbuhan ekonomi pesat dengan Bangladesh mengatasi negara jirannya, India dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita.





Bagaimanapun, inflasi meningkat dan pentadbirannya dituduh terlibat dalam rasuah dan pencabulan hak asasi manusia.

Pembangkang bertindak melancarkan protes mendesak tuntutan mereka selama berbulan-bulan, walaupun pemimpin BNP, Khaleda Zia yang sebelum ini pernah menjadi perdana menteri sebanyak dua kali, berada dalam tahanan rumah, selepas disabitkan dengan tuduhan rasuah.

Penyokongnya membanjiri Dhaka, bersesak-sesak dalam bas walaupun terdapat sekatan di jalan raya ke ibu negara.

Malah ada antara kumpulan penyokong itu turut menaiki kereta api yang sesak.

Seorang aktivis dari Chittagong, Sekandar Badsha menuntut Sheikh Hasina meletak jawatan dengan segera, selain membebaskan Khaleda Zia dan membenarkan rakyat untuk mengundi.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya 10,000 polis dikerah untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi.

Katanya, polis turut bertempur dengan ratusan penunjuk perasaan di kawasan kejiranan Kakrail dengan melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah.

“Beberapa anggota polis turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Akterul Islam. – AFP

Kredit: Utusan Malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by anniez08 at 28-10-2023 10:02 PM

Pasang CCTV dalam tandas sekolah elak kegiatan tidak bermoral?


PEMASANGAN CCTV dalam tandas perempuan di sebuah sekolah di Bolshoy Kamen, Rusia mengundang kecaman pelajar dan ibu bapa. FOTO Agensi

Moscow: Sebuah sekolah di pekan Bolshoy Kamen, Rusia dikecam hebat oleh pelajar dan ibu bapa selepas memasang sistem pengawasan kamera atau kamera litar tertutup (CCTV) di dalam tandas perempuan.

Oddity Central melaporkan, pemasangan CCTV menyebabkan pelajar perempuan yang di sekolah nombor satu di Bolshoy Kamen, Rusia, tidak lagi menikmati privasi di dalam tandas.

Ia kerana adanya sistem pengawasan tiga kamera yang menyalurkan rakaman langsung terus ke pondok pengawal keselamatan.



Meskipun kamera itu tidak menunjukkan pemandangan di dalam bilik tandas namun ia tetap mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pelajar dan ibu bapa kerana tahu setiap pergerakan di kawasan yang sepatutnya menjadi ruang paling privasi di sekolah diperhatikan.

Keputusan sekolah melaksanakan sistem CCTV itu mendapat banyak kritikan kerana tandas lelaki tidak dipantau dengan cara yang sama.


Walaupun pengurusan sekolah tidak menjelaskan mengapa hanya tandas perempuan dipantau, mereka mendakwa pemasangan CCTV itu perlu untuk memastikan pelajar tidak melawan, merokok atau terbabit dalam aktiviti lain yang tidak dibenarkan di sekolah.

Mereka juga menegaskan bahawa kamera itu tidak dipantau, jadi ini secara teknikalnya bukan pencerobohan privasi.

Ramai ibu bapa kanak-kanak perempuan itu meluahkan rasa marah mereka terhadap keputusan sekolah itu di laman sosial dengan mendakwa jika kanak-kanak itu mahu melanggar peraturan, mereka boleh berbuat demikian di dalam tandas atau menutup kamera.

Walaupun tiada aduan rasmi dibuat, liputan media yang meluas memaksa pihak sekolah menutup sementara sistem CCTV.

Lembaga sekolah tidak lama lagi akan memutuskan sama ada untuk terus menggunakannya atau sebaliknya.

Sistem CCTV tandas secara amnya dikritik, tetapi akhbar Rusia MK melaporkan ramai penduduk tempatan sebenarnya bersetuju dengan pemasangan CCTV kerana menghalang pelajar daripada merosakkan sekolah yang baru diubah suai dan membuatkan mereka berfikir dua kali untuk membuli rakan pelajar, merokok , atau mengambil dadah.

"Ya, ibu bapa kami bersedia. Tandas di sekolah kami diubah suai baru-baru ini namun sebulan kemudian iaitu pada mesyuarat ibu bapa, pengetua sekolah mengadu pemegang kertas tandas dan sabun cecair sudah dipecahkan.

"Selalu ada kekacauan di dalam tandas! Adalah mustahil untuk pelajar biasa pergi ke tandas pada waktu rehat.

"Sama ada terdapat kegiatan hisap rokok atau pergaduhan," kata Tatyana, pelajar dari bandar tepi pantai Spassk-Dalniy.

Disiarkan pada: Oktober 28, 2023 @ 11:49am

Kredit: MY Metro
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 09:52 PM | Show all posts
Edited by anniez08 at 28-10-2023 10:05 PM

Ibu menang tuntutan 'halau' 2 anak keluar rumah



Rom: Seorang wanita di Itali memenangi kes mahkamah iaitu tuntutan untuk mengusir dua anak lelaki, berumur 40 dan 42, dari rumahnya selepas mereka enggan keluar atau menghulurkan wang bagi meringankan bebannya.

Oddity Central melaporkan, wanita itu tiada pilihan selain pergi ke mahkamah untuk mengusir dua anak lelakinya yang sudah dewasa.

Wanita berusia 75 tahun dari bandar Pavia, di utara Itali itu, sudah lama meminta dua anaknya supaya keluar dari rumah.

Tambahan, kedua-duanya mempunyai pekerjaan dan mampu menyewa tempat tinggal sendiri.

Bagaimanapun, mereka tidak pernah mengendahkannya malah enggan menghulurkan wang belanja atau melakukan kerja rumah.


Bagi mendapat keadilan, ibu mereka tidak mempunyai pilihan selain 'mengheret' dua anaknya itu ke mahkamah.

Kes mahkamah yang pelik itu baru-baru ini diakhiri dengan keputusan Hakim Simona Caterbi yang bersimpati dengan wanita itu.

Berikutan itu, Simona mengeluarkan notis pengusiran terhadap dua anak lelakinya.

Dalam keputusannya, hakim berhujah bahawa menjadi kewajipan ibu bapa untuk menyediakan nafkah kepada anak-anak mereka sehingga mencapai umur 18 tahun namun tidak wajar apabila anak-anak berusia 40-an.

Menurut data tahun lalu, hampir 70 peratus orang dewasa berumur 18 hingga 34 tahun masih tinggal di rumah bersama ibu bapa mereka.

Meskipun begitu, kes membabitkan pengusiran ibu bapa terhadap anak sangat jarang berlaku.

Disiarkan pada: Oktober 28, 2023 @ 11:57am

Kredit: MY Metro
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 10:12 PM | Show all posts
Hampir 600 ditahan dalam serbuan anti-pemerdagangan manusia
Oktober 28, 2023 @ 9:13pm


Seorang anggota polis berkawal di dalam kawasan tempat polis menyerbu bangunan di Metro Manila pada 27 Jun 2023. -Foto AFP

MANILA: Polis Filipina menahan hampir 600 orang ketika serbuan ke atas suspek penyeludupan seks dan operasi penipuan dalam talian di Manila, kata pihak berkuasa hari ini.

Suruhanjaya Presiden Anti-Jenayah Terancang (PAOCC) dalam satu kenyataan berkata, warga China, Korea, Vietnam dan Filipina antara yang ditahan dalam operasi malam tadi.

ditahan dalam operasi malam tadi.




Setiausaha Kehakiman, Crispin Remulla memberitahu pemberita, pihak berkuasa menyoal siasat 598 tahanan untuk menentukan siapa dalam kalangan mereka adalah mangsa atau suspek.

Kedutaan China telah diminta membantu mengenal pasti sembilan individu yang disyaki menjalankan perniagaan itu yang dilesenkan sebagai syarikat permainan internet.

"Ia adalah operasi berskala besar... menjana wang melalui pemerdagangan orang," katanya.


Kebimbangan antarabangsa semakin meningkat mengenai penipuan internet di rantau Asia Pasifik, kebiasaannya dikendalikan mangsa pemerdagangan manusia yang ditipu atau dipaksa untuk mempromosikan pelaburan kripto palsu.

Remulla berkata, pihak berkuasa sedang memohon waran untuk mengakses komputer yang ditemui di dalam premis terbabit yang disyaki digunakan untuk penipuan kripto dan 'love scam'.

Menurut PAOCC, ketika serbuan dijalankan, dua warga China berkata, mereka dikerah secara paksa malah turut ada kesan kecederaan pada badan masing-masing.

Seorang daripada mereka mendakwa diculik dan dijual dengan harga 500,000 peso, manakala seorang lagi mangsa memberitahu telah ditahan selama setahun, malah dipaksa bekerja sehingga 15 jam sehari.

Alat permainan seks, rumah urut, bilik karaoke dan restoran turut ditemui di premis yang diserbu.

Pada Jun, lebih 2,700 orang telah ditahan semasa serbuan di beberapa bangunan di Manila, di mana mangsa pemerdagangan dikatakan dibayar untuk merekrut pemain untuk permainan dalam talian. - AFP

Kredit: BH Online
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 10:17 PM | Show all posts
AFRIKA
Nahas jalan raya di Mesir, 35 maut

Oktober 28, 2023 @ 9:18pm


Imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan sebuah lori terbalik terbabas di laluan laju di atas jalan yang hangus. - Foto AGENSI

MESIR: Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera dalam nahas di lebuh raya Mesir hari ini.

Kemalangan itu membabitkan sebuah bas dan beberapa kereta, lapor media kerajaan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Mesir di mana penyelenggaraan jalan raya di tahap teruk dengan etika pemanduan di lebuh raya sering diabaikan.

"Pertembungan ngeri di jalan padang pasir Kaherah-Alexandria berhampiran Wadi al-Natrun menyebabkan 35 orang maut, sekurang-kurangnya 18 orang daripadanya rentung," kata laman web berita Al-Ahram yang turut memberitahu, sekurang-kurangnya 53 mangsa tercedera.

Imej yang dikongsi di media sosial menunjukkan sebuah lori terbabas di lorong laju.


Selain itu, nahas berkenaan turut membabitkan sekurang-kurangnya sebuah bas dan sebuah bas mini, kedua-duanya musnah dalam kebakaran selain banyak lagi kereta terbakar.

Orang ramai dilihat berdiri di tepi jalan, melihat lokasi nahas dengan asap hitam tebal menyelubungi kawasan berkenaan.

Statistik rasmi menunjukkan 7,000 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 2021 di negara yang merekodkan jumlah penduduk tertinggi di dunia Arab. - AFP

Kredit: BH ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 10:18 PM | Show all posts
Selamat malam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2023 10:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 11:57 AM | Show all posts
Konon jual daging babi, kambing sebenarnya kucing


GAMBAR hiasan

Beijing: Polis China berjaya menyelamatkan lebih 1,000 ekor kucing yang bakal dijadikan sebagai hidangan kepada pengunjung.

Ia selepas pencinta haiwan mendedahkan isu itu kepada polis dengan mendakwa wujud kegiatan peniaga trak di Zhangjiagang, bandar Suzhou, Jiangsu, memburu kucing sebelum menipu pelanggan dengan menghidangkan kucing sebagai daging babi atau kambing, lapor akhbar The Paper.

Menurut salah seorang aktivis pencinta haiwan itu, Gong Jian berkata, mereka berjaya menjejaki trak kucing itu selama hampir seminggu selepas menemui puluhan peti kayu mengandungi kira-kira 20 kucing kuning setiap satu di tanah perkuburan di wilayah pantai timur.

Katanya, selepas menghabiskan enam hari mengintai sarang kucing dan laluan dilalui peniaga, kumpulan aktivis haiwan itu berjaya memintas trak kucing dan menghubungi polis tempatan untuk mendapatkan bantuan.

"Kucing itu dalam perjalanan dihantar ke pusat penyembelihan sebelum dijadikan makanan seperti daging lidi dan sosej yang dianggap sebagai daging babi, kambing atau daging lembu.

"Daging kucing dijual pada harga 4.50 yuan (RM2.94) kira-kira lebih 500 gram (g) tetapi di pasaran, daging kambing boleh dijual dengan harga 30 yuan (RM19.59) 500 g.

"Menjual kucing berkulit dengan berat sekitar empat hingga lima paun sebagai daging kambing atau daging babi, peniaga masih dapat keuntungan," katanya.

Kumpulan aktivis itu sebelum ini menemui sebuah rumah penyembelihan di wilayah tenggara Guangdong dan mendapati bangkai kucing beku disimpan untuk dijual.

Seorang lagi aktivis Han Jiali, yang mula menjejaki kereta kucing selepas kehilangan haiwan peliharaannya sendiri berkata, pihak berkuasa tempatan memberitahunya kucing tidak berada di bawah perlindungan undang-undang dan sumber awam tidak boleh diperuntukkan untuk penjagaannya.

"(Peniaga) menceroboh harta saya dan membawa kucing saya ke Guangdong untuk dimakan," katanya merujuk kepada kucingnya menjadi salah satu daripada ribuan kucing yang menjadi mangsa penipuan perniagaan itu.

Menurut laporan, buat masa ini, kebanyakan kucing yang diselamatkan dipindahkan ke taman sementara untuk dirawat sukarelawan.

Butiran tentang kucing seperti baka dan warna bulunya turut diletakkan dalam media sosial bagi membolehkan pemiliknya mengenal pasti kucing mereka sebelum menuntutnya.

Kucing itu akan diambil sebagai anak angkat jika tidak dituntut selepas sebulan, dengan pemilik baharu disaring dan bersetuju menerima lawatan susulan untuk memastikan mereka tidak mengabaikan kebajikan kucing itu

Sebuah tempat perlindungan yang dipanggil Pulau Kucing sedang didirikan di Taicang untuk menempatkan kucing yang yang tidak dituntut atau diambil penjaga angkat.
https://www.hmetro.com.my/global ... g-sebenarnya-kucing
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 11:58 AM | Show all posts
Ibu saman anak guna wang simpanan beli kereta baharu, belanja kekasih


GAMBAR hiasan

Beijing: Seorang wanita memfailkan saman terhadap anaknya kerana menyalah gunakan wang simpanannya untuk membeli kereta baharu dan belanja kekasihnya.

Liu, 41, membesarkan anaknya Xiaowei, 19, sendirian di wilayah Sichuan selepas berpisah dengan suaminya.

Katanya, dia memasukkan semua wang simpanannya 497,542 yuan (RM324,938) atas nama anaknya ketika dia berkahwin semula dengan seorang lelaki bagi mengelak wang itu digunakan suami baharunya sekiranya mereka berpisah.

"Wang itu untuk kegunaan masa depan apabila dia belajar di luar negara nanti.

"Saya juga janji akan masukkan 500,000 yuan (RM326,543) lagi jika Xiaowei belajar bersungguh-sungguh," katanya dalam saluran media China Hongxing News.

Katanya, dia terkejut apabila Xiaowei mengeluarkan semua wang simpanan itu selepas pihak bank menghubunginya.

"Bank memberitahu saya, anak saya melaporkan kehilangan buku simpanan dan menetapkan kata laluan baharu bagi membolehkannya mengeluarkan wang itu.

"Saya akhirnya mendapat tahu, Xiaowei menggunakan wang itu untuk teman wanitanya Wu dan membelanjakan 200,000 yuan (RM130,617.20) untuk kereta baharu," katanya.

Liu berkata, dia terpaksa membawa kes itu ke mahkamah kerana Xiaowei dan teman wanitanya enggan memulangkan baki simpanan yang tinggal dalam akaun.

"Saya minta mereka pulangkan baki 300,000 yuan (RM195,925.80) tetapi mereka tidak mahu kerana anggap wang itu miliknya.

"Akhirnya, mahkamah memutuskan, Xiaowei perlu membayar baki wang simpanan itu kepada saya.

"Walaupun begitu, saya tetap membayar yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup Xiaowei setiap bulan," katanya.

Kisah dua beranak ini tular di media sosial hingga ramai netizen kasihan dengan Liu kerana berkorban untuk anaknya yang tidak bertimbang rasa.
https://www.hmetro.com.my/global ... aru-belanja-kekasih
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 11:59 AM | Show all posts
Kantoi kencing dalam mangkuk adunan roti, tapi dapat pampasan RM115,907
Agensi


GAMBAR HIASAN

Barcelona: Biarpun perbuatannya membuang air kecil dalam mangkuk adunan kantoi, namun seorang pekerja di kedai bakeri bertuah menerima pampasan lebih 20,000 Pound Sterling (RM115,907) daripada majikannya.

Mahkamah Tinggi Catalonia memutuskan kedai bakeri, Neucroissant, di Barcelona menyalahi undang-undang apabila mengumpul bukti daripada kamera di bilik persalinan.

Wanita itu, menerima surat pemecatan semasa bercuti sakit pada 2018 sebelum dia membawa kes itu ke mahkamah.

Akhirnya, keputusan berpihak kepada wanita itu kerana di bawah undang-undang Sepanyol, kamera tidak boleh dipasang di kawasan yang digunakan kakitangan untuk rekreasi dan rehat.

Ini bermakna, rakaman di tempat seperti bilik persalinan, ruang makan dan tandas adalah pelanggaran privasi.

Mahkamah juga mendengar, kedai bakeri itu tidak mempunyai bilik persalinan yang ditetapkan hingga menyebabkan pekerja terpaksa menukar pakaian di kawasan yang juga digunakan untuk proses pengeluaran.

Malah, pekerja juga tidak diberitahu mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

Pihak Neucroissant mendakwa, kamera itu sah kerana ia dipasang di kawasan pengeluaran makanan.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak relevan sebelum mahkamah memutuskan syarikat itu perlu membayar itu 21,100 Pound Sterling (RM122,282) kepada wanita itu.

Terdahulu rakaman CCTV itu menunjukkan, wanita berkenaan membongkok sebelum membuang air kecil beberapa kali ke dalam bekas adunan yang digunakan untuk membuat produk roti di kedai itu.

Neucroissant mengupah sebuah syarikat detektif untuk menjejaki pergerakan wanita itu yang mengesahkan dia mencangkung dan membuang air kecil dalam mangkuk adunan.

Wanita itu didapati membasuh peralatan itu dengan air selepas membuang air kecil sebelum menggunakannya semula untuk membuat adunan baharu.

Ia menyebabkan Neucroissant memecat wanita itu.
https://www.hmetro.com.my/global ... t-pampasan-rm115907
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.624963 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list