CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bangcak

maksud tersirat lagu2 m.nasir

  [Copy link]
Post time 16-1-2011 07:28 PM | Show all posts
Reply 239# loQlaQ

dalam satu lagi lagu amy/search - suralaya dalam d major.
Petikan lirik "Suralaya Dalam D Major"
Getar senandung suralaya menggamit
Di ruang sanubari rindu menghimpit
Wajah kasihku melirik senyum tangis
Sukar untuk ku tangkis

Getar senandung suralaya menggamit
Di sudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasihku gemersik makin jelas
Makin rasa sebegitu ikhlas



komen amy, dia cakap loloq bagitau, suralaya = tempat pengabdian manusia selepas mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2011 07:55 PM | Show all posts
wah2..like semua comment
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 08:15 PM | Show all posts
dialog berbalas2 ni memang ada maksud, masing2 ada pegang watak masing2
m.nasir pegang watak he ...
iscol_klang Post at 16-1-2011 16:16



i like it..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 08:15 AM | Show all posts


dalam satu lagi lagu amy/search - suralaya dalam d major.



komen amy, dia ca ...
mudzao Post at 16-1-2011 19:28



owh pesen tu noh? paham lagu kita nih seropa Taman Syurga Firdausi kot? @ Kerajaan Syurga Abadi.

Smalam ceq ada pi riki tanya pacit Gugel, dia habaq Suralaya tuh mai dari bahsa Sanskrit; adek-bradek spusat-spusin dgn Sorgaloka, Inderaloka, Triloka hapa bala smua tu...

makaseh ceq, pasai bagi clue...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 08:17 AM | Show all posts
Reply 243# miftahuljamilah


amboih... sukanya ceq tapi baguih naaa kita pakat2 like belaka smua drpd dok bertegang orat lehiarq sesama, dak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 10:15 AM | Show all posts
Reply  miftahuljamilah

Ana dalam Bahasa Arab bermaksud saya..sebenarnya lagu ini juga mempunyai  ...
miftahuljamilah Post at 27-12-2010 12:37


M Nasir pernah cakap lagu ni utk Nana...arwah isteri beliau.  Banyak jgkla lagu2 yg dia cipta khas utk arwah...antaranya Hanya Sekali, Andainya aku pergi dulu dan Hingga Akhir Nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2011 10:16 AM | Show all posts
susah2 sgt neh.... m.nasir antara yg terawal tulis lagu nasyid.sedap sgt sore pompuan neh..sape ye n ...
alesandra Post at 13-1-2011 17:30


x ingatla nama pompuan ni tapi dia adik M Nasir sendiri kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 04:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by miftahuljamilah at 17-1-2011 16:28
M Nasir pernah cakap lagu ni utk Nana...arwah isteri beliau.  Banyak jgkla lagu2 yg dia cipta kh ...
bungaros Post at 17-1-2011 10:15


betul juga..lagu M Nasir memang mempunyai berlapis2 makna..jika yang mengenalinya secara peribadi,pasti dapat mengaitkan dengan kisah peribadi beliau dengan lagu2nya..selain berkaitan dengan kisah perjalanan sufi ia juga merujuk kisah kehidupan beliau sendiri menerusi pengamatan dan pengalaman..tidak dapat tidak sedikit sebanyak akan mempengaruhi karya individu itu sendiri..bercakap tentang lagu Keroncong Untuk Ana, ia mempunyai kesinambungan dengan lagu Keroncong Untuk Ana 2.


Keroncong Untuk Ana  

Setelah lama berjauhan                                 
Baru kini engkau terasa
Sedalam mana cinta
Yang terbenam di lubuk hatiku

Apakah sebenarnya
Rahsia yang engkau sembunyikan
Hingga sanggup berpaling
Dari hakikat sebenar-benarnya

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana (3x)

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana (3x)

Bentangkanlah lembaran
Kasih sayang baru untuk kita
Dan semoga hendaknya
Akan bertapak mahligai bahagia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2011 04:37 PM | Show all posts
Penulis merujuk kepada kisah keroncong Untuk Ana dahulu..kemudian dikaitkan dengan lirik lagu Keroncong Untuk Ana 2..dalam maksud lagu ini..Ana yang dikenali dahulu telah 'lupa dan jauh' dari diri..sehingga tidak lagi mengenali diri ...
lantaran itu jiwa mengalami kekalutan dan konflik..pada yang mengerti..perlu kembali mencari 'Ana' itu..kerana hakikatnya diri itu tidaklah jauh tetapi mata 'buta' melihat hakikat kejadian insan..pabila diri telah kembali dan dikenali maka kekusutan terlerai..
nyanyian keroncong sifatnya lembut,dan mendamaikan..memberi kedamaian pada hati yang tenang itu sekadar simbolik pengenalan mencari jiwa yang tenang..kembali ke asal ..
kasih sayang baru untuk kita adalah kasih sayang yang telah sekian lama terjalin cuma dibiarkan..lalu ia terlerai dan sirna dari diri...ibarat sirih pulang ke gagang disitulah bertapak mahligai bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 04:40 PM | Show all posts
Reply 249# miftahuljamilah


maaf jika tidak menepati maksud..saya hanya melontarkan pendapat tentang lagu ini..tafsirannya hanya yang empunya saja yang mengerti...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 04:43 PM | Show all posts
Reply  miftahuljamilah


amboih... sukanya ceq  tapi baguih naaa kita pakat2 like belaka smua  ...
loQlaQ Post at 17-1-2011 08:17


semua pendapat pun subjektif .cheq pun tumpang baca..pakat2 keluaq idea lautan ilmuNya..nak pi mana lagi dah zat sifat asma' af'al Dia jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 06:30 PM | Show all posts
x ingatla nama pompuan ni tapi dia adik M Nasir sendiri kan..
bungaros Post at 17-1-2011 10:16



ye ker?setau aku dia ade adik lelaki ..menyanyi jugak.jadi artis luncai emas.tapi mcm tak best je.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 10:34 AM | Show all posts
lagu falsafah tentang kehidupan dan diri manusia

Insan Dan Manikam

Ya insan yang hadir
Dengarkan semua
Ku isytiharkan dengan hati terbuka
Ya insan yang daif
Insaflah semua
Manikam yang di sangkakan
Bukan yang asli
Hanya seiras dan serupa
Ya insan yang hagas
Awasilah semua
Maya yang indah
Ada kudisnya
Jangan terpedaya

Angin yang membawa berita
Pancaindera yang memang lemah
Mudah terkeliru

Pak tua menangis sendiri
Mengenangkan nasib diri
Walaupun puas mencari
Namun belum ketemui
Cik Buyung riang selalu
Damai dan senang hati
Walaupun tak berusaha
Dia ketemui

Dia ketemui
Apa dicari
Dia ketemui
Yang abadi
Dia ketemui

Alam yang membawa cerita
Pancaindera yang memang lemah
Mudah terkeliru
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 04:28 PM | Show all posts
Bonda
Artist: M Nasir
Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 08:11 PM | Show all posts
bonda bermaksud ibu ataupun tanah tumpah darah..ibu pertiwi..yang dirindui yang dikenang sayang kemajuan melenyapkan sama sekali ketenangan yang dikecapi dahulu...penulis merindui suasana itu juga pada kasih bonda..tanpa bonda bagai tiada pedoman..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 06:30 AM | Show all posts
Keroncong Untuk Ana  

Setelah lama berjauhan                                 
Baru kini engkau terasa
Sedalam mana cinta
Yang terbenam di lubuk hatiku

Apakah sebenarnya
Rahsia yang engkau sembunyikan
Hingga sanggup berpaling
Dari hakikat sebenar-benarnya

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana (3x)

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana (3x)

Bentangkanlah lembaran
Kasih sayang baru untuk kita
Dan semoga hendaknya
Akan bertapak mahligai bahagia
miftahuljamilah Post at 17-1-2011 16:23


serius sy baru tau ada lagu yg ke2.....sedih nya....hadir dari lubuk ati yg sy sndiri xtau knpe....
kedang tu menitis kn air mata mgenangkn dosa2 yg sndiri lakukan..
makin buntu dengan dunia kini, hanya menunggu hari pertemuan nanty....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2011 06:38 AM | Show all posts
lagu falsafah tentang kehidupan dan diri manusia

Insan Dan Manikam

Ya insan yang hadir
Dengar ...
miftahuljamilah Post at 20-1-2011 10:34


lagu ini buatkn diri ku tersenyum, bersyukur...kerna Dia, Allah, Dia permudahkn fahamn aq tentang apa yg sbenar nya aq sndiri pada asal nya tidak mncari...pada usia muda ku ini, aq pegang akn hakikat diri...sukar penjalanan ku, kerna xtahu bagaimana nak letakkn hakikat itu d jalan syariat. kadang2 tersenyum sndiri fikirkn..lalu aq tiada jawapan utk kata2 syariat, nak berkata takot d katakn org, baik diam dan senyum kecil sndiri...saudara pernah mgalami?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 08:39 AM | Show all posts
lama tak masuk sini..hmm rupanya saya baru tau kebanyakan lagu M Nasir liriknya ditulis loloq dan S Amin Shahab. S Amin Shahab juga banyak menulis lagu Damasutra  MNasir hanya menulis lagu...karya beliau lebih menonjol berbanding beliau sendiri,dan ia mungkin juga tenggelam dengan populariti M Nasir.. namun gabungan kedua2nya mencantikkan lagu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 11:39 AM | Show all posts
Rahim Maarof

Istana Menanti

Langkah ini
Terasa terhenti-henti
Depan kelabu
Pedih memilu
Masa bukan lagi temanku

Masih jua
Aku mengharap cahaya
Biarpun terus
Meredah belukar
Pecahan kaca

Menusuk tubuh berdarah
Sakitnya tiada terkira

Istana menanti
Bertakhta hati
Berseri...
Istana menanti
Tempat kita
Pasti...

Getar jari-jemari
Bertaut pada harapan ini
Aku membilang hari
Apa akan datang hari
Ku nanti
Istana menanti
Pasti...

saje tepek.lagu ini soundtrack utk filem fenomena.lagu&lirik m.nasir.lagu neh mengenai struggling,harapan dan kesabaran.jangan putus asa.nyanyian rahim maarof tapi kalo dengar betul2 ade suara m.nasir kat back ground
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 12:21 AM | Show all posts
salam warahmatullah. saya cuma SR je thread ni. tetiba rasa nak post comment jugak. hehehe

~~se ...
kikyou Post at 1-1-2011 20:23



memang byk lg lagu yg berkisar ketuhanan yg dinyanykan oleh penyanyi lain....
tp pendapat peribadi aku, tafsiran mengenai ketuhanan dlm lagu2 m nasir adalah genius dan berdiri dalam kelas yg tersendiri...
bg aku selain m nasir dan arwah loloq, belom ada lg penulis lirik yg mampu smpi ke thp mereka berdua....mungkin kerana itu wujud chemistry di antara mereka..
lirik yg berasaskn dr tafsir alquran, sejarah islam, brp rmi sgt org yg phm (ini trmsk aku sendiri)...
sedih bila melihat org2 yg mengaggap karya2 m nasir terlalu pelik dan berat dan ada yg anggap karya2 m nasir itu mengarut...
walaupun malaysia semakin membangun dgn teknologi dan kemodenan, tp sedarkah kita semua bhw pemikiran kita tk pernah berubah malah semakin mundur... fikir2 kan lah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.064150 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list