Post time 12-8-2024 04:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 12-8-2024 04:10 PM
Laki dia kata aruah bini baik nak mampus buat hapa pun mintak izin dengan dia even nak tengok anak ...
Over nau smpai dlm rumah mntk izin. I rasa bkn mntk izin mcm ni “bang, sy minta izin nk bgn tgk ank dlm bilik” tp lebih pd mcm ni “sy bgn jap nk tgk ank, jgn curi ayam sy” hah gitu
Post time 12-8-2024 04:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Macam mana tau ya suspek orang yang dikenali lepastu terus tangkap? HP arwah kan takda. Lepastu lepas result dna kan baru reman suspek? Macam mana begitu pantas polis syak suspek. Lepastu kenapa ambil masa lama ahli keluarga nak bagi test DNA?
Sadisnya pengakhiran seorang guru begini..kejam yang amat dasyat nak hapuskan mangsa. Sangat mengaibkan
Post time 12-8-2024 04:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
naina replied at 12-8-2024 04:36 PM
Macam mana tau ya suspek orang yang dikenali lepastu terus tangkap? HP arwah kan takda. Lepastu lepa ...
Saya rasa, lama sebab org hilang kan ramai.
Nak buat satu2, makan masa.
Lagi satu, nak dapatkan sample, kena tunggu waris dah sedia ke nak bagi, bukan saje2 minta terus dapat?
Tang dapat cari saspek, selepas beberapa hari tu, saya rasa ada libatkan Telco jugak.
Mungkin cikgu guna bill, bukan prepaid.
Jadi, senang nak trace history?
naina replied at 12-8-2024 04:36 PM
Macam mana tau ya suspek orang yang dikenali lepastu terus tangkap? HP arwah kan takda. Lepastu lepa ...
Ada lah clue2 yang Polis dah dapat dan kumpulkan, cuma amik masa nak identify suspek, locate dan nak tangkap suspek.
Kan ada gambar CCTV dia parking kereta. Aku syak ada je lagi video CCTV dari kedai2 atau tempat2 lain yang polis dapat atau dapat lambat..
Aku rasa lepas dapat tangkap, tahan reman minggu lepas baru kompom yang mayat tu mayat arwah, baru mintak mak arwah bagi sample DNA..
masa dalam tahanan reman jugak la suspek tunjuk kat polis kat mana dia buang bahagian2 lain, i.e. kepala dan tangan - 5-6 kilometer dari tempat dia buang body.. so masa tu dah konfem la..
Dan polis pun konfirm kan yang isteri suspek tak terlibat dan dilepaskan dengan jaminan polis kan..
so sekarang ni suspek mmg tengah tunggu masa nak kena dakwa aje la.. dan polis nak dapatkan bukti2 yang water tight
Post time 12-8-2024 04:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suspek kena tahan 6/8 membawa kpd penemuan tengkorak 6km dr badan
Kejam nye kau sanggup potong kepala tgn bagai
Memang tengah geram ke....
Biasa kalo kejam mcm ni mental atau high je
Sebab tak sedar ape yg dia buat.
I terbayang arwah bini dia minta husband dia 'selamatkan' dia...ni i terbayang jer
Btw, ade socmed keparat ni tak?
Hebat ek pulis...da 8bln pun masih boleh trace lagi...mesti lama team ni ngendap kan
Post time 12-8-2024 05:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
haruslah replied at 12-8-2024 04:55 PM
Suspek kena tahan 6/8 membawa kpd penemuan tengkorak 6km dr badan
Kejam nye kau sanggup potong kepal ...
Ingatkan polis daki tu kejam bunuh budak upsi rupanya ex guru bergelar pedagang porex lagi kejam kerat kepala kaki tangan seorang guru dan pedagang porex ni sama kejam dgn B1B2 yg bunuh arwah zayn. Letak deme ni satu sel baru ngam
Post time 12-8-2024 05:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Btw kat depan2 ni masa benang ni baru bukak aku ada komen takut2 jadi macam cerita Korea Helpless... Dalam movie tu perempuan yg hilang tu pi bunuh orang and kerat badan jugak sebab nak curi identiti. Tapi dalam kes ni orang yang MIA ni sendiri jadi mangsa bunuh kena kerat2 badan... Allahu
Post time 12-8-2024 05:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kenalan lelaki ketika sama-sama belajar di universiti disyaki mendalangi pembunuhan cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, yang mayatnya ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini pada 31 Disember lalu.
Lelaki terbabit juga bekas guru sebelum berhenti menjadi pedagang mata wang asing (Forex), dipercayai mempunyai urusan berkaitan pelaburan Forex dengan mangsa yang bertugas di Sekolah Kota Masai 3 dekat Pasir Gudang, Johor, yang dilaporkan hilang keluarganya sejak 26 Disember 2023.
Kereta milik mangsa yang juga ibu kepada tiga cahaya mata, dijumpai di kawasan pasar raya Lotus Kota Masai, Pasir Gudang, jam 2 petang pada 27 Disember tahun lalu.
Suspek direman 6 Ogos lalu
Hasil siasatan polis secara berterusan sejak penemuan mayat tanpa kepala pada 31 Disember lalu membawa kepada penahanan sepasang suami isteri di Chemor, Perak sebelum ditahan reman pada 6 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata identiti mayat wanita ditemui tanpa kepala dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.
Penemuan itu hasil siasatan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan Bahagian Data Bank/DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ke atas ibu mangsa.
Mayat tidak lengkap anggota badan termasuk kedua-dua tangan dan kaki itu ditemui orang awam pada 31 Disember 2023.
Berita Perak
Tak sangka suspek bunuh Cikgu Istiqomah rupanya kenalan universiti, disyaki ada kaitan urusan pelaburan Forex
August 12, 2024 3:43 pm
Tak sangka suspek bunuh Cikgu Istiqomah rupanya kenalan universiti, disyaki ada kaitan urusan pelaburan Forex
recommended by
Parasotin
Jika anda ada papiloma pada dada, leher atau ketiak - baca ini!
Ketahui lanjut
Kenalan lelaki ketika sama-sama belajar di universiti disyaki mendalangi pembunuhan cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, yang mayatnya ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini pada 31 Disember lalu.
Lelaki terbabit juga bekas guru sebelum berhenti menjadi pedagang mata wang asing (Forex), dipercayai mempunyai urusan berkaitan pelaburan Forex dengan mangsa yang bertugas di Sekolah Kota Masai 3 dekat Pasir Gudang, Johor, yang dilaporkan hilang keluarganya sejak 26 Disember 2023.
Promoted Content
A Young Millionaire Makes RM21000 Doing This Every Day
Bitcoin Bank
Seks sehingga pukul 3! Lakukan 15 minit sebelum seks!
Neagrex
Bil Elektrik Melambung Tinggi? Cuba Ini!
PowerFactor
Kereta milik mangsa yang juga ibu kepada tiga cahaya mata, dijumpai di kawasan pasar raya Lotus Kota Masai, Pasir Gudang, jam 2 petang pada 27 Disember tahun lalu.
Suspek direman 6 Ogos lalu
Promoted Content
A Young Millionaire Makes RM21000 Doing This Every Day
Bitcoin Bank
Bukit Mertajam: Millionaire Shows How To Earn RM23,000 A Day
Bitcoin Bank
Seks sehingga pukul 3! Lakukan 15 minit sebelum seks!
Neagrex
Hasil siasatan polis secara berterusan sejak penemuan mayat tanpa kepala pada 31 Disember lalu membawa kepada penahanan sepasang suami isteri di Chemor, Perak sebelum ditahan reman pada 6 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata identiti mayat wanita ditemui tanpa kepala dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.
Penemuan itu hasil siasatan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan Bahagian Data Bank/DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ke atas ibu mangsa.
Promoted Content
A Young Millionaire Makes RM21000 Doing This Every Day
Bitcoin Bank
Seks sehingga pukul 3! Lakukan 15 minit sebelum seks!
Neagrex
Bil Elektrik Melambung Tinggi? Cuba Ini!
PowerFactor
Mayat tidak lengkap anggota badan termasuk kedua-dua tangan dan kaki itu ditemui orang awam pada 31 Disember 2023.
mayat cikgu istiqomah
“Hasil ujian yang dijalankan pada 2 Ogos lalu, mendapati DNA wanita terbabit adalah sepadan dengan sampel diambil daripada mayat tidak lengkap dan tanpa identiti itu,” katanya.
Ashari berkata, bertindak atas maklumat itu, Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Poli Daerah Alor Gajah menjalankan risikan.
Susulan itu polis menahan suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu dan direman selama enam hari bermula 6 Ogos lalu hingga hari ini.
Tengkorak ditemui 6km dari badan
Menerusi siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tengkorak dan tulang jari kira-kira enam kilometer dari kawasan tempat mayat mangsa dijumpai,” katanya.
Suspek dan mangsa ada hubungan pelaburan Forex
Mengulas lanjut Ashari berkata, suspek lelaki adalah kenalan mangsa dan mereka turut berhubung berkaitan pelaburan mata wang Forex.
“Reman ke atas suspek lelaki disambung selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes.
“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya.
Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke BSJ IPD Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Norehan Omar di talian 010-4064003.
Terdahulu, kedua-dua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada jam 9.10 pagi sebelum dihadapkan ke hadapan Majistret Teoh Shu Yee.